Translate

Isnin, 18 Mei 2015

Kejanggalan dalam erti kehidupan

Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad saw.

Dalam kehidupan ini terlalu banyak rahsia yang tersimpan. Baiknya ianya tersirat mahu pun yang tersurat. Namun kita sebagai hamba Allah yang Esa diberi akal dan fikiran untuk memikirkan kebesaran dan kehebatan kuasaNya mentadbir alam maya ini.

Ia berkenaan dengan ilmu. Allah adalah pemilik ilmu yang Maha Besar. Meliputi segala galanya. Dan kita pula diwajibkan untuk menuntut ilmu ilmu yang ada selagi terdaya. Ilmu terbahagi kepada beberapa bahagian dan kelasnya. Boleh rujuk kepada yang ahli untuk ketahuinya. Ada ilmu yang kita nampak di depan mata dan ada juga ilmu yang sudah lama hilang tetapi sangat hebat nilainya walaupun telah menghilang.

Kini kita selagi ada daya keringat dan usaha, wajiblah kita menuntut ilmu. Ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat. Ilmu boleh dimanfaatkan. Ilmu boleh diamalkan. Ilmu juga boleh disampaikan kepada yang lain. Terpulang kepada kita untuk bertindak. Ilmu juga ada yang buruknya sekiranya disalah gunakan oleh pemiliknya. Oleh itu berniatlah dengan baik dengan mengamalkan ilmu tersebut supaya ianya menjadi kebaikan untuk orang lain.

Bagi saya, saya sangat suka menyampaikan ilmu kepada orang lain. Sebabnya saya minat. Namun saya ada cara tersendiri. Dan saya tetap dengan pendirian dan cara saya. Untuk sampaikan ilmu ada banyak cara. Ada macam macam cara. Ada guna kelas, ada yang buat kursus, ada perjumpaan di kedai kopi, ada yang melalui internet, ada yang melalui media sosial dan macam macam lagi.

Namun cara saya adalah cara santai bersemuka. Tak kisahlah di dalam kelas atau pun di kedai kopi.  Saya lebih selasa bersemuka. Dan paling saya tidak suka adalah melalui penulisan sama ada melalui buku atau pun penulisan blog. Tetapi kadang kala saya terpaksa juga untuk menulis. Cuma ianya terhad. Saya terhad untuk sampaikan ilmu menerusi penulisan. Bagi saya berbeza. Namun ramai yang telah menasihatkan saya untuk membuat penulisan bagi menyampaikan ilmu yang saya ada.
Saya bukan seorang yang hebat seperti hebatnya beberapa insan yang orang ramai kenal. Saya biasa biasa saja. Tiada yang istimewa. Namun saya sangat suka berkongsi cerita, pengalaman dan sedikit ilmu yang saya pelajari dan yang saya perolehi daripada kerja kerja ujikaji yang pernah saya buat.

Marilah berjumpa dengan saya dan saya akan kongsikan ilmu ilmu yang saya ada. Malah saya juga akan cuba tunjukkan beberapa hasil penemuan saya dan juga beberapa alat yang pernah saya hasilkan yang belum orang lain lihat.

Ada yang kata saya ni jenis berahsia. Ya betul. Saya sangat berahsia jika saya di media sosial atau di internet. Tetapi tidak jika bersemuka. Begitu juga pada alatan alatan yang pernah saya cipta dan hasilkan, memang saya merahsiakan. Hanya beberapa alatan yang saya tunjuk pada orang sekeliling atau pun menjualnya. Selebihnya saya simpan. Saya akan tunjukkan jika orang datang ke lab saya saja. Tak minta ditunjuk pun saya akan tunjukkan juga.

Mengenai alatan yang saya buat, tidak semua saya jual dan tunjuk pada orang ramai. Malah dulu seorang wartawan datang ke lab saya pun tidak saya tunjukkan semua yang saya ada. Kebanyakan alatan yang saya hasilkan berkenaan dengan penjanaan tenaga, alatan pengesan seperti alat pengesan logam teknologi tinggi pengesan harta karun permata batu batuan, alatan sensor serbaguna, alatan kesihatan dan penaik kekuatan badan, dan free energy.

Apa yang saya jual, itulah sebahagian kecil yang saya tunjukkan. Memang nampak cikai dan biasa biasa saja. Yang luar biasa memang saya tak sanggup untuk menjualnya.

Akan datang ini saya berhasrat untuk membuat kelas rekacipta dan bukan seperti asas elektronik yang sebelum ini. Dalam kelas tersebut saya akan sampaikan ilmu saya dan tunjukkan beberapa alatan yang pelik pelik termasuklah alat pengesan harta karun dan alat penggalak tenaga manusia. Pastinya menarik. Apa yang penting adalah ilmu yang ingin saya sampaikan. Kena bayar atau tidak itu anggaplah sebagai pelaburan. Yang penting adalah ilmu yang akan saya sampaikan.

Anggaplah saya ni seperti orang biasa biasa saja. Tiada yang istimewa. Cuma ada ilmu sedikit yang nak dikongsikan. Insyaallah ilmu saya sedikit berkenaan rekacipta elektronik hardware dan programming serta elektronik secret profile.
Dalam blog elektronik saya lebih suka tunjuk projek yang simple seperti projek LED running light, LED kelip kelip dan beberapa sensor yang simple. Memang saya minat ke situ. Walaupun ringkas tetapi saya suka. Projek berkaitan dengan LED lah yang paling saya gemari. Oleh itu ramai yang lihat saya post artikel berkenaan dengan LED. Walaupun sekarang sudah ramai yang jadi otai otai dalam elektronik, dengan pelbagai kombinasi litar projek yang hebat, serta beberapa alatan pengesan yang nampak canggih. Tahniah saya ucapkan kepada semua. Saya lebih suka berdiri di belakang tabir sahaja. Jadi pemerhati adalah keutamaan saya.

Ok semoga berjaya.