Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2023

OverThinking dan Oveltine

Pada waktu sekarang ini terasa sangat cabaran dalam kehidupan seharian. Sepuluh tahun dahulu tidak sama seperti waktu sekarang ini. Banyak yang berubah. Berubah pada cara hidup, cara kerja dan rutin seharian juga banyak yang menunjukkan perubahan.  Kini saya merasainya juga akan berlaku perubahan yang besar sekali. Tidak sama seperti dulu. Ianya lebih ketara selepas wabak covid19 melanda seluruh dunia yang menyebabkan banyak berlaku perubahan besar pada banyak sektor terutama sekali sektor ekomomi. Bermulanya wabak Corona Virus dan kemudian Covid19 cara kehidupan saya berubah mungkin disebabkan SOP yang merubahkan cara hidup seharian. Saya masih ingat lagi ketika PKP kali pertama diumumkan. Ketika itu saya baru dapat kerja baru sebagai agent jualan. Pekerjaan tersebut skop kerjanya perlu keluar mencari prospek. Namun disebabkan PKP dilaksanakan semua orang diwajibkan duduk di rumah sahaja. Segala aktiviti luar termasuk bekerja di luar kawasan tidak dibenarkan. Disebabkan saya baru mula

Teknik potong rumput

Masa muda remaja dulu kerja potong rumput ni memang dah menjadi kebiasaan aku. Lepas habis pengajian UTM, kerja yang mula-mula aku buat adalah kerja potong rumput. Bukan buat kerja sendiri tapi kerja secara berkumpulan di bawah satu syarikat kontrak lanskap. Bukan tiada pilihan kerja tapi memang masa tu dah terjebak sebab syarikat sepupu dan kalangan pekerjanya pun dari orang kampung belah ayah aku. So tak kekok dan rasa seronok bekerja bersama. Masa tu pekerja Bangla, Indon atau Pakistan memang takde. Semuanya orang tempatan. Kali pertama guna mesin potong rumput sandang ni memang agak kekok. Sebab tak biasa guna dan lagi pun kat rumah memang takde mesin sandang ni. Ada pun yang jenis tolak je. Lama jugalah aku kerja potong rumput ni sampailah masanya aku dapat kerja lain yang berkaitan dengan bidang yang belajar dulu iaitu bidang elektronik. Walaupun dapat kerja baru, kerja potong rumput aku tak tinggal terus. Ada masa cuti hujung minggu aku buat kerja potong rumput secar