Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

Mula buat perubahan

Sepatutnya perubahan sudah lama dibuat. Bukannya baru sekarang ini nak bertindak. Tapi apakan daya sebab aku mampu merancang dan hanya Allah yang tentukan. Apa pun aku berusaha untuk merubah segalanya. Kemudian aku bertawakkal saja. Kini aku sudah mula untuk membuat perubahan dari pelbagai sudut terutama sekali pada perancangan perniagaan. Cadangan aku untuk bekerja dan berkhidmat untuk oranga lain mungkin terpaksa ditangguhkan. Atau dihentikan. Bro Jimi pun sudah mula nak sibukkan diri untuk mencari pembiaya untuk projek aku dan dia dan Shahrul nanti. Projek besar-besaran. Harap pulangannya nanti menjadi jutaan. Insyaallah. Bak kata Bro Jimi, jika kita tak cuba pasti kita tak tau. Biar jatuh ke atau tersungkur sekali pun. Yang penting kita ada usaha. Bila sentuh bab usaha ini bukanlah seperti menadah diri untuk jatuh tersungkur dengan sengaja. Aku bercerita yang melibatkan usaha disertakan dengan perancangan yang betul. Dulu lagi aku pernah buat semua ini dan hasilnya sangat teruk. Se

Selamat Datang 2009, Bye bye 2009

Tahun 2009 akan datang tidak lama lagi. Mankala 2008 akan blah begitu saja sambil membawa kenangan-kenangan pahit dan manis. Bagi aku yang dah berlalu tetap akan berlalu. Tugas seterusnya membuka buku baru dan perancangan baru. Bagi aku tahun 2008 ini banyak kenangan suka dan dukanya. Susah nak dilupakan dan digambarkan dengan perkataan. Apa yang berlaku aku ambil sebagai kenangan dan pengalaman untuk mematangkan lagi diri aku ni. Masih banyak lagi kelemahan yang perlu aku selindungkan dan perbanyakkan kebaikan dalam diri. Untuk perancangan tahun 2009 ni banyak benda yang aku akan buat perubahan dari segi perancang perniagaan. Kini aku panggil balik aku punya partner iaitu Shahrul. Kini dia masih bekerja dan aku akan panggil semula untuk mentadbir perniagaan aku bersama dia dahulu yang kini seolah-olah hidup segan mati tak mahu. Apa yang aku lakukan adalah mengadakan meeting dari pelbagai sudut untuk menaikkan semula MyEnik dan beberapa projek yang sudah sekian lama tersadai. Aku meman

Banyak benda yang rosak

Aduuuhhh... sekarang ni banyak betul benda yang rosak. Kamera digital aku rosak. Handphone aku ada patah sikit. Motor aku pun rosak. Barang yang aku baru buat pun rosak juga. Tapi bukan la rosak namanya kalau tak berfungsi dengan betul. Kira boleh dikatakan rosak juga la. Baru-baru ni aku ada buat beberapa sample untuk produk baru yang boleh dipasarkan. Tapi bagi aku masih belum boleh dipasarkan sebab proses terakhir masih belum sempurna. Apa benda proses terakhir tu? Proses terakhir adalah guna dan uji ketahanannya. Untuk proses tu maknanya aku kena guna sendiri atau bagi kat sesiapa yang aku nak untuk buat test. Jika ujian lulus maknanya produk tu yakin boleh dipasarkan. Tapi aku masih tercari-cari sapa yang layak untuk uji produk aku ni. Paling tidak pun dalam 10 orang je. Kemudian dapatkan maklum balas mengenai produk yang telah digunakan. 10 produk yang nak ditest tu akan diberikan percuma kepada 10 orang yang terpilih. Maknanya aku kena buat pemilihan 10 orang tersebut kecuali ak

Jaga kesihatan banyak cara

Pada kali ini aku nak sentuh sikit pasal kesihatan. Tapi jangan la korang fikir aku ni orang yang paling sihat dan menjaga kesihatan sepenuhnya. Aku macam orang lain jugak. Ada kalanya terlepas pandang dari segi menjaga kesihatan ini. Lebih-lebih lagi mengawal pemakanan. Kalau sentuh bab makan ni aku memang suka. Suka makan. Tapi tak la sekerap mana pun. Ada masa aku takde selera makan. Bila cakap pasal makan ia terlibat sekali dengan hal kesihatan badan. Makanan yang baik akan menjamin kesihatan yang baik juga. Tapi ada kalanya makanan juga boleh membawa musibah buruk. Jika ianya dimakan secara tidak terkawal dan berlebihan. Raya haji baru-baru ini seumpamanya sebagai contoh yang mana aku dijamu dengan hidangan daging-daging korban. Sedap tu memang sedap tapi kalau makan berlebihan akan mengundang padah kepada aku. Bila makan daging banyak-banyak boleh menyebabkan kepala aku pening dan rasa nak pitam. Darah tinggi la tu. Jangan tanya aku ada darah tinggi ke tak?! Apa pun memang aku ad

Pengalaman Guna Bio Aura

Sejak isteri aku jadi ahli untuk produk Bio Aura ni, aku ambil kesempatan untuk guna produk ini 100%. Apa guna kalau beli mahal-mahal tapi tak guna untuk sendiri. Lagi pun ramai orang kata ianya sangat manfaat jika digunakan selalu. Maklumlah aku ni banyak penyakit yang sedar dan yang tidak aku sedar. Kalau nak dilihat pada zahir aku memang orang akan kata aku ni tak berpenyakit sebab susuk tubuh badan yang sederhana. Cuma perut je nampak boroi kedepan. itu cerita dulu sebelum aku guna Bio Aura ni. Bukan niat nak promote supaya orang percaya cakap aku dan terus beli produk ni. Kuasa membeli atas tangan anda. Bukan nak memaksa. Isteri aku beli ni pun bukan kena paksa tapi atas sebab kebaikan yang terdapat pada Bio Aura. Lagi pun dalam tv pun dah mula cerita pasal Bio Aura ni. Rasa macam tak aci la kalau aku tak berkongsi pasal Bio Aura ni. Sebelum ini pun aku pernah guna penapis air tapi yang jenis biasa-biasa je yang guna 2 level penapis. Sebab aku guna kerana kualiti air kat rumah lam

Guna Kuasa Minda: Nampak Imej Misteri

Guna minda dan kemahiran mata. Kalau nak ikutkan hal-hal motivasi ni aku dah lama dah tinggalkan bidang tersebut masa kat sekolah dulu. Walaupun aku presiden, tapi macam tak jadi presiden pun. Ini gara-gara undi dan sokong membabi buta la ni. Last-last aku yang malang ni yang kena. Tolong jangan amalkan lagi cara tersebut. Rosak negara nanti. Pengalaman aku masa jadi ala-ala konselor tak banyak membantu pun. Tapi masih ada kalanya boleh membantu diri sendiri juga. Kalau tak digunakan selalu, lama-lama jadi lupa pulak. Dan aku memang minat dengan benda-benda macam tu. Lebih lebih lagi kalau yang melibatkan menguji IQ. Walaupun IQ aku tak la bagus mana pun, paling tidak pun EQ aku bagus la. Kalau main games pula suka yang menguji IQ. Cuba korang tengok pada gambar ni. Cuba klik untuk besarkan. (jangan klik dulu, baca arah selanjutnya dulu lepas tu baru klik gambar). Pada gambar itu kelihatan corak-corak dan warna-warna. Tapikan kalau korang terror, sebenarnya ada imej apa sebenarnya? Kor

Pengalaman Dulu Tiba Lagi

Sebenarnya aku dah lama serik dengan banyak benda-benda yang remeh temeh. Tapi semua tu memang dah selalu terkena pada diri aku sendiri. Setakat ini aku memang agak dan memang sibuk sangat dengan projek yang aku reka sendiri. Tak nampak sangat hasilnya sebab ianya berlaku dengan perlahan-lahan. Tapi satu perkara yang membuatkan aku serik dengan semua ini dan hampir-hampir aku putus harapan adalah masalah kesihatan. Puncanya sebab jadual yang tidak tersusun dengan sempurna. Ini menyebabkan aku banyak kali hampir jatuh sakit dan mengalami peredaran sistem badan yang tidak sempurna. Hasilnya amat menakutkan aku. Yang lebih menakutkan adalah kerana jantung hampir tidak berfungsi dengan betul. Aku ada kalanya bagaikan sudah hampir kepada kematian. Tapi bukan semudah itu aku menyerah kepada keadaan. Semangat aku perlu untuk melawan perasaan yang membuatkan aku hampir-hampir menempah maut semata-mata ingin merealisasikan impian aku sebagai seorang perekacipta. Siang malam aku pulun mengejarka

Produk Baru Siapa Nak Order?

Aku kali ini rasa agak tak berapa sedap badan la. Badan sakit sana sini. Tapi bukan nak demam. Mungkin adalah masalahnya tu. Tak lama lagi aku akan keluarkan beberapa produk baru. Semua produk berasaskan elektronik. Tak kiralah apa pun janji elektronik. Sebelum ini seperti yang ramai dah tahu aku ni sibuk dengan kerja uji kaji dan R&D untuk beberapa produk baru. Semuanya aku reka sendiri. Tiru tu ada juga tapi aku upgrade jadi lebih baik lagi. Kalau diikutkan banyak juga produk yang akan aku hasilkan dan semua produk tersebut akan dijual di pasaran. Buat masa ini ada satu syarikat yang menjadi marketing aku punya produk. Usaha sama itu juga terjalin sudah sekian lama. Harap-harap berkekalan la. Apa pun tidak semua idea dan produk yang diterima. Ianya bergantung kepada kehendak syarikat tersebut. Ia memilihi beberapa produk yang sesuai dengan perniagaan mereka. Contohnya jika syarikat terbabit menjual produk berasaskan sistem kereta, tidak mungkin mereka menerima produk berasaskan p

Pening dengan R&D

Sekarang ni aku pening sikit dengan aktiviti yang agak berat. Biasanya perkara seperti tu kena buat berpasukan dan di dalam group. Barulah terjalinnya satu keputusan yang 100% baik. Tapi bagi aku, aku buat benda ni sorang je. Dulu ada partner aku si Shahrul, boleh la kongsi idea. Kalau nak guna idea aku sorang je agak lambat la. Tapi bila ada orang lain macam Shahrul idea aku dia boleh perbaiki lagi. Guna idea dalam berpasukan ini memang bagus sebab boleh gabungkan idea menjadi lebih baik. Tapi yang tak bagusnya kalau bertelagah. Sini setuju yang sana pula tak setuju. Kena pula ketua group yang jenis tak mahu dengar pandangan ahli kumpulan. Aku punya stail kalau jadi ketua kumpulan, aku akan guna kaedah kumpul semua idea. Ala... a ku ada belajar la sikit-sikit teknik pemikiran Socrate, Plato dan Aristotle. Walaupun kaedah tersebut dari ahli pemikir barat, tapi sebenarnya kaedah tersebut dari pemikir Islam. Tak kisah la apa pun. Tapi teknik tersebut memang berguna dan aku mamang selalu

Tugas getir tapi ok dan penat giler

Baru-baru ni aku agak sibuk dengan pelbagai tugasan dan projek. Sampaikan aku rasa cam nak giler. Tapi syukur sebab tak jadi giler lagi. Masih waras. Sebabkan banyak tugasan dan ianya baru permulaan bagi aku, ianya agak goyah sikit. Maklumlah baru. Kini aku sibuk dengan mini production kat lab aku sendiri. Kerja sampai lewat pagi. Maklumlah jadual tak tersusun. Agak kelam kabut dan agak penat. Tapi apalah sangat rasa susah tu. Kalau dibandingkan dengan rasa minat yang mendalam. Satu persatu aku cuba langsaikan hutang kerja aku. Banyak yang tertangguh. Aku sorang lak tu. Dulu ada pembantu. Tapi sekarang takde lagi buat sementara waktu ni. Aku bagi rehat dulu sementara aku setup balik organisasi aku dulu yang hidup segan mati tak mahu ni. Insyaallah production banyak, aku panggil la balik. Untuk permulaan ini aku mengalami banyak kesulitan dari pelbagai segi. Dari sudut kerja sebab baru permulaan ni agak tak biasa. Kalau diikut pada list kerja... wow! Pengsan gua. Tapi semua kerja tu pen

Production bermula

Kini produksi dah bermula dengan jayanya. Walaupun pada permulaan ini agak kelam kabut sebab tugasan pertama dan kurang ada pengal aman. Target aku mula-mula ni memang la agak kekok dan tak boleh nak buget masa yang sesuai. Apa pun aku cuba yang terbaik hari demi hari. Sekarang ni aku buat apa yang patut aku buat. Dapat je tugasan, terus laksanakan dengan teratur. Mula-mula tu tak dapat rentak. Tapi bila dah lama-lama buat kerja, rentak tu dah dapat. Jadi aku susun tugasan ikut prioriti. Pada gambar sebelah ni adalah produk keselamatan untuk kereta. Benda ni di pasang dalam kereta sebagai sensor untuk keselamatan kereta. So aku tak jual benda ni direct pada pelanggan, aku cuma production je. Tapi kalau sesiapa yang minat nak tau benda ni dan nak pasang kat kereta, boleh la contact bahagian marketing. Alat ni belum ramai yang tahu dan tidak ramai yang pasang dalam kereta masing-masing. Termasuklah aku. Walupun aku design dan buat benda ni, tapi aku tak pasang pun kat kereta aku. Sebabny

Sakit wa cakap lu...

Aduhh... sakit wooo... Ikutlah ungkapan yang aku boleh luahkan untuk minggu ini. Macam macam masalah timbul. Mahu pun sedar atau pun tak. Ini gara-gara cuti beraya la ni. Tapi tak boleh salahkan raya gak, cuma beraya sakan tu je sebabnya. Itu yang bila dah mula tugas tu dah jadi kelam kabut banyaknya. Serba serbi kucar kacir dengan itu ini takde. So aku patah kaki, patah tangan dan patah la segala-galanya. Bukan patah betul la. Ungkapan je. So sebelum raya, kalau aku pergi mana-mana memang naik motor je. Kete tak guna. Senang nak pergi mana-mana. Kalau sesat pun boleh buat U-turn atas divider je. Senang. Tapi itu dulu. Sekarang ni payah banyak sebab motor gua dah rosak giler. Nak repair banyak guna duit sebab rosak giler la aku kata tadi. So tangguh la dulu sampai dapat payment baru repair motor. Kira dah patah kaki la. Kalau nak gi mana-mana pandu kete je la... Malas sebab kos tinggi. Lepas tu pulak tipon punya citer. Nombor gua (Maxis) memang tak boleh contact. Sesiapa pun termasuk l

Minggu meeting

Agak penat sikit la minggu ni sebab ke sana dan ke sini ada perjumpaan. Banyakkan perjumpaan sebab nak bincang mengenai projek yang aku rasa dah tak mampu aku nak buat dah. Ikut-ikutkan memanmg tak mampu tapi mana boleh mengalah macam tu je. Kena teruskan usaha juga. Perjumpaan banyak kat Ampang. Sebabnya aku pun tak tau. Kalau nak buat kat Kajang pun boleh juga tapi sebab dah memang kena tempat tu, kenalah ikut. Bila balik rumah je badan penat dan terus nak tido. Penat woo. Nak update blog ni pun penat giler. Apa pun aku memang penat dan kalau jumpa dengan orang pastinya aku tak tunjuk keletihan tu. Bila dah jumpa katil dan kepala diletakkan ke bantal, pastinya terus lelap dan tak sedarkan diri. Macam dah mati la. Memang betul. Aku kalau tido memang susah nak bangun dah. Kalau rumah terbakar ke memang rentung dah aku ni. Tapi sebabkan bini aku ni senang jaga, so aku tak jadi masalah. Perjalanan aku ke Ampang dari Semenyih memang mencabar. Sebabnya aku lalu ikut laluan jalan bukit buk

Terkejut campur hairan

Walaupun sekarang ni aku dah boleh katakan full time kat internet ni, tapi kerja lain luaran juga aku buat. Takleh nak mengadap pc je. Biru mata karang. Dalam minggu ni pun aku dah banyak buat perubahan tapi sikit demi skit la. Terutama sekali pada web site elektronik MyEnik. Memang aku rancang nak buat perubahan sikit dari semua sudut. Baru-baru ini aku ada send email pada mailing list MyEnik hanya untuk memberitahu beberapa perubahan dan juga perancangan MyEnik pada masa terdekat ini. Dalam blog MyEnik juga aku ceritakan perkara yang sama. Dan pada masa yang sama juga aku sekarang dah on YM aku setiap masa (waktu kerja). Jadi memang ramai yang ambil kesempatan ini. Maklumlah aku ni kurang minat sikit dengan chatting ni. tapi sebab nak tahu masalah dan cadangan pengunjung MyEnik, aku onkan jelah. Dan aku pun suka juga dapat melayani diorang ni. Semua baik-baik. Buat masa ni tak pula yang kutuk dan memaki hamun aku. Kalau ada pun takpe, aku terima je. Selepas aku send email ke mailing

Selamat Hari Raya AidilFitri

Jika aku tak terlambat, aku nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri. Maaf zahir batin. Jika aku ada buat salah dan dosa kat korang, aku minta ampun dan maaf. Apa pun aku maafkan semua orang walapun korang tak jumpa ku nak minta ampun maaf. Lagi pun takde siapa pun yang ada buat salah kat aku. Mungkin belakang aku ada juga, tapi aku maafkan awal-awal lagi. Raya ni aku agak sibuk sikit la. Banyak kerja yang aku kena buat untuk persiapan hari raya. Bila raya dah tiba, sibuk pula beraya. Kalau beraya tu semuanya jauh-jauh. Yang dekat-dekat tu ada yang belum sempat beraya. Bukan salah aku juga, bila nak datang raya je takde kat rumah. Sorry la ye kalau au tak sampai mana-mana lagi terutama rumah korang. Korang pun bila nak datang rumah aku. Tak kiralah sesapa pun. Janji korang kenal aku sudah. Kalau aku tak kenal korang pun boleh datang seperti kenalan MyEnik ke atau kenalan melalui internet pun boleh. Rumah aku sentiasa terbuka. Bila sebut pasal terbuka ni, tahun ni aku tak buat rumah te

Agak sibuk dgn kerja?

Wah sekarang ni aku betul betul sibuk dengan pelbagai kerja dan projek. Projek banyak masuk tapi apa yang aku dapat ntah pergi ke mana. Satu lagi aku tak boleh nak tumpukkan pada semua kerja atas satu sebab. Cepat letih dan mengantuk. Bulan Ramadhan ni aku rasa cepat penat pada belah malam. Itu belum masuk kalau solat Terawih lagi. Tapi banyak kali juga aku miss solat Terawih ni. Sampai rumah je dah masuk Isyak. Berbuka puasa pun kat rumah parent aku je. Tiap-tiap hari. Time aku balik kerja je pukul 5 petang. Bini aku pula balik pukul 5.30 petang. Sampai rumah dah pukul 6 lebih. Lepas tu pergi jalan kat pasar Ramadhan pulak. Nak masak memang tak masuk akal la. Kepada mereka yang ada buat tempahan projek ke, atau beli apa-apa barang kat aku terutama sekali pelanggan MyEnik, aku minta maaf bebanyak sebab ada kelewatan atas sebab-sebab tertentu yang memang aku tidak mampu elakkan. Insyaallah jika kuderat aku kuat pada belah malam, mungkin aku dapat selesaikan banyak kerja dan tugasan yang

Mana la aku hilang ni?

Sebenarnya aku pun tak pasti la macam mana aku boleh hilang ni. Ramai pulak yang tanya mana pulak budak Azrai ni pegi ni? Lari rumah ke? Mana ada lari dari rumah. Aku duduk kat rumah je. Sekarang ni aku sibuk dengan projek itu ininya. Tapi baru permulaan. Baru nak ula je dah sibuk tak nampak muka. Sebenarnya aku banyak buat projek dengan orang itu ini. Semuanya member la. Tapi itulah jadinya ni. Aku dah tak boleh nak uruskan semua sekali. Sampaikan banayk perkara yang aku terlepas. Mungkin silap aku gak. Banyak sangat projeknya. Tapi satu apa pun tak beres lagi. Apa pun aku dah mula atur balik jadual. Dulu masa kerja tempat lama, tak pulak aku sibuk camni. Taklah sampai nak buat jadual. Teringat pula jadual waktu masa kat sekolah dulu. Baru-baru ni aku ada pergi ke MAHA. Apa tu? Ala... MAHA la. Dua kali aku pergi sana. Dekat je. Yang best kat sana sebab macam-macam barang tempatan yang boleh kita beli dan yang penting sekali adalah beli anak pokok dan benih pokok. Kambing, kuda, unta

Dah boleh dah ni....

Sekarang ni aku dah open untuk tempahan bakul ayam kepada semua. Aku agak terkejut juga la sebab belum buat pelancaran lagi dah banyak order dah. Tapi apa pun aku masih open lagi sebelum tempahan dihentikan untuk sementara. Buat masa ni aku buat web site guna free dulu sebab lepas ni aku akan trasfer masuk ke web site hosting berbayar la. Itu pun tengok pada sambut juga. Sama seperti web site myenik juga. Mula-mula aku buat guna web site free je dulu. Selepas sambutan amat menggalakkan, barulah aku transfer ke web hosting berbayar. Tapi lepas nia aku rasa memang kena buat web site yang real punya web site. Sebab dia punya sambutan tu aku pun dah naik risau dah. Tukang anyam pun dah berpeluh-peluh dah ni. Mula-mula tu risau sebab takut takde order je. Lepas aku ambil alih dan promote pada orang ramai, dah mula ramai yang order. Harga memang tak jadi masalah sebab murah pun ye dan hasilnya pun berkualiti. Ada qc lagi. Pada masa yang sama juga aku tengah set up MyEnik untuk pelanggan MyEn

Koleksi Bakul Anyam

Dalam beberapa hari lagi aku akan lancarkan web site yang menjual dan menempah bakul anyam. Semua koleksi bakul anyaman ini aku akan muatkan dalam satu web site yang sedang aku siapkan. Sebelum ni aku pernah jual bakul anyam melalui internet kat Mudah.com.my. Permintaan sangat menggalakkan. Jadi kini aku ada production bakul aku sendiri. Tapi bukan aku yang anyam semua ni. Cuma sedara-mara aku je yang buat. Maknanya aku ada segala jualan melalui online aku akan buat dan uruskan sendiri. Manakala untuk pembuatan itu sedara aku yang uruskan. Lepas ni aku open pada semua yang berminat dengan bakul anyam ni. Harga ikut market la. Urusan pembelian melalui pos. Tunggu la nanti aku akan umumkan laman web tersebut. Aku ada buat pra-pelancaran baru-baru ini... sambutan sangat hebat sampaikan aku pun naik risau dengan order yang banyak.

Lagu yang aku suka

Cerita pasal lagu ni, aku bukannya pandai sangat bab lagu-lagu ni. Lagu baru ke atau lama ke, semuanya sama je. Sebab aku bukan peminat fanatik bab lagu lagu ni. Tapi bagi aku la, aku suka dengar lagu nasyid je. Kalau dalam lap top aku memang banyak lagu nasyid je dan termasuk juga zikir-zikir. Kalau lagu lagu baru sekarang ni memang aku layan juga tapi sekadar dengar je la. Aku kalau menyanyi ni suara tak la berapa sedap pun. Kalau masa nyanyi lagu nasyid ni boleh hayati sekali lirik lagunya. Tapi korang jangan ingat aku ni mat nasyid je. Dulu aku layan lagu-lagu merapu juga seperti satu group ni yang paling aku suka masa muda remaje dulu iaitu Cromok. Dulu memang aku layan semua lagu yang ada dalam group ni. Paling best sekali muzik yang diorang main tu. Walaupun agak keras dan laju tetapi masih tidak tinggal alunan lagu melayu. Kalau tengok pada liriknya pun biasa je. Setakat Cromok aku boleh layan lagi. Lebih dari tu macam Iron Maiden ke, Pantera ke, dan macam-macam yang seumpamany

Hacked

Memang aku angin sebab web site MyEnik aku kena hacked. Macam mana boleh jadi camtu aku pun tak tau la. Sampaikan aku dah lemah longlai dah rasanya. Bab hacking meng hacking ni aku tak berapa reti pun sebab bukan itu kerja aku. Yang pasti aku tak nak kacau orang. Tapi kalau orang dah nak kacau aku, apa boleh buat. Yang kacau aku pun tak tau sapa. Boleh main sorok-sorok pulak kan. Sesekali tu nak juga ajak main sorok-sorok, sebab aku ni agak pakar bab sorok-sorok ni. Kelebihan aku boleh menyamar dalam apa bentuk dan keadaan sekali pun. Tapi masa kena tu aku cool je sebab aku tak panic. Tapi aku pun tak tau nak buat apa sebenarnya melainkan report pada web hosting aku. Lepas tu terus ok, walaupun agak susah nak merampas kembali web site aku yang kena rampasan kuasa sebelum ni. Aku tak pasti kerja sapa ni. Mungkin mana yang pakar IT mesti tau bab hacking ni. Yang pasti ini kerja orang pro (pro dalam bidang hacking la). Ini adalah first time aku kena camni. Mula-mula dulu aku tak hirau

Main dengan e-mail

Ada beberapa perkara yang ingin aku sentuh sikit mengenai e-mail. Maaf la ye aku ni bukan terror mana pun bab e-mail dan internet ni. Tapi pengalaman tu yang menjadi pemangkin untuk aku story dalam blog ni. Aku selalu berurusan dengan pelanggan MyEnik setiap hari. Ada yang bertanya soalan-soalan yang boleh aku jawab dan ada yang aku tak boleh jawab, ada yang hantar e-mail memberi sokongan dan galakan, ada yang hantar email kata-kata maki hamun kat aku, ada yang tersalah hantar email kat aku dan macam-macam lagi lah. Semua e-mail yang aku dapat tu ada yang aku simpan dalam folder dan ada yang aku delete. Kengkadang tu aku delete je bila tengok tajuk seperti email spam. Pengalaman aku bermain dengan email ini boleh jadi macam-macam hal. Terutama sekali pada email yahoo. Korang semua mesti perasan email yahoo.com dan yahoo.com.my kan? Haaa... ini lah yang aku nak bagitau ni. Harap ianya boleh jadi panduan dan juga maklumat peribadi korang. Ada ketika bila aku dapat tempahan produk digital

Aku nampak UFO?

Aku dah lama tak pergi berkumpul dengan member ufonet. Yang aku tau diorang dah nak tubuhkan ufo Malaysia. Tak berapa pasti. Sorry la ye kepada member ufonet. Aku tak dapat hadir perjumpaan hari tusebab aku nak buat kejutan dengan korang sebenarnya. Baru baru ni secara senyap-senyap aku ada buat misi meninjau langit dengan teropong. Biasanya malam la sebab siang mana boleh. Silap-silap terteropong ke matahari pulak. Buta mata aku. Selain kapal terbang, banyak benda lain yang melalui langit seperti burung, kelawar, soyus, langsuir dan yang penting sekali adalah ufo. Ufo tu apa? Aku tanya kemudian aku jawab balik. Ufo adalah benda terbang yang tidak diketahui benda atau namanya. Kalau korang nampak benda terbang macam burung tapi itu bukan burung atau kapal terbang atau apa saja, itulah ufo. Kalau korang nampak burung terbang tapi tak tau nama burung tu, tak bermakna itu pun ufo. Teringat misi group ufonet buat xpdc ke Terengganu (lokasi sebenar dirahsiakan) untuk melihat, meninjau loka

Janji Halal

Untuk mencari kerja atau ada yang terkeneng-keneng nak buat bisnes sendiri itu perkara utama adalah sumber pendapatan yang halal. Tak kisah la apa pun yang kita nak buat, nak cari duit pun, halal haram tu kena jaga. Sebab tulah aku sekarang ni telah membuat beberapa keputusan peribadi yang agak drastik dan fantastik. Untuk membuat keputusan juga memerlukan cara dan timing yang betul. Bab-bab nak buat keputusan ni memang memeningkan kepala aku. Tapi itulah hakikatnya kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Keputusan perlu dibuat. Untuk menjamin sesuatu yang halal kita perlu kepada ilmu. Maksud aku ilmu yang membolehkan kita tau sesuatu perkara yang kita lakukan itu halal atau haram. Please jangan tanya aku apa yang haram dan apa yang halal. Korang tanya la yang arif pasal halal haram. Aku pun bertanya juga untuk mendapatkan kepastian seperti guru agama atau ayah aku sendiri. Yang penting hendaklah orang tu berilmu tinggi dan arif dalam bidangnya. So minggu depan aku start dengan pro

Kerja part time

Sekarang ni ramai juga member aku yang dah mula cari kerja part time. Sebab dah ada peluang baik, jadi mereka ambil kesempatan untuk tambah pendapatan. Macam macam la yang diorang buat. Sebenarnya memang banyak cara untuk menambah pendapatan. Ada yang masuk mlm, berniaga pasar malam, jual burger, jadi agen insuran, agen hartanah, ambil upah dan macam-macam lah. Salah satu cara lagi adalah berniaga di internet. Macam korang tahu, internet ni sangat luas pengaruhnya. Kalau jual barang boleh sampai ke Las Vegas atau pun Egypt. Duduk satu taman perumahan pun boleh berniaga melalui internet. Sedangkan kat opis pun berchatting dengan member meja sebelah pun boleh. Bos pun tak perasan. Untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan internet ni perkara utama adalah ilmu. Ilmu kena ada. Jangan main lanyak je. Nanti korang pulak yang kena lanyak. Satu lagi kena sungguh sungguh. Buat dari bawah, dari sambilan je dulu. Lepas tu kalau dah stabil dan income pun cecah RM50 ribu sebulan, terpulang la kat

Harga minyak naik. Darah korang naik tak?

Harga minyak dah naik melambung tinggi menyebabkan ramai orang kena darah tinggi. Bukan setakat harga minyak je naik, barang-barang keperluan seperti makanan juga naik. Ini kerana kuih dan nasi lemak mengandungi minyak petrol dalam ramuan masakan. Betul ke? Aku agak je. Harga minyak dah naik so apa tindakan korang sekarang ni? Mengenai persoalan ini la kan, aku suka tanya pada setiap orang yang aku jumpa. Tak kira sapa pun. Mana yang kenal aku ni bapak pemalu dan pendiam, tapi sebenarnya aku menyamar je. Sebab ikut sunah Nabi Muhammad saw. He he he. Jadi jawapan yang aku terima bermacam-macam bentuk dan nada. Aku saja nak tau je dan suka tengaok reaksi orang mengenai isu hangat ni. Maaf aku katakan, semua yang aku jumpa semuanya jawapan mereka seperti kekecewaan. Maknanya tak setuju. Tapi aku nak juga jumpa orang yang suka dan mempunyai jawapan yang menggembirakan. Yang dalam parlimen tu aku tak mau campur. Itu kerja diorang. Tapi dulu masa sebelum harga minyak naik, aku pernah berjump

Traffic jam, otak jem

Baru baru ni saya ada pergi ke Segamat untuk ambil ubat anak kedua saya. Jauh juga perjalanan dari Kajang ke Segamat, Johor. Ikut perancangan saya akan ke sana ambil ubat dari pukul 10 pagi dan akan sampai Segamat dalam pukul 1 petang. Selepas ambil ubat dan terus balik semula ke Kajang. Ikut perancangan saya akan sampai Kajang dalam pukul 5 petang. Namun itu semua perancangan manusia dan tuhan lebih berkuasa menentukannya. Apa terjadi? Saya sampai di Segamat pada pukul 4 petang. Ini berpunca dari masalah yang berlaku di lebuh raya Plus menuju ke Seremban yang jem teruk. Ada kemalangan melibatkan sebuah treler panjang yang terbalik melintang jalan dan menyebabkan barang muatan bertaburan di atas jalan dan menghalang jalan. Sebabkan jem tersebut perjalan saya terganggu dan berakhir sehingga ke pukul 1 petang. Sepatutnya waktu begini saya sudah sampai ke Segamat. Tetapi lain pula jadinya. Setelah melepasi tempat kemalangan saya meneruskan perjalanan dan berhenti makan di Gemencheh. Sele

Antara percaya dengan tidak.

Di internet ni macam-macam ada. Tapi antaranya adalah percaya atau pun tidak. Apakah perkara yang membuatkan kita percaya atau tidak? Apa bendanya yang boleh kita percaya atau boleh diterima pakai? Macam-macam ada. Bergantung kepada hak individu masing-masing. Saya suka melayari YouTube sebab ada macam-macam video yang boleh saya tonton. Ada juga video-video yang berguna yang boleh dijadikan ilmu panduan. Antara keywords yang paling saya suka cari adalah 'How to...', 'Electronics', 'UFOs', dan 'Tips'. Yang lain-lain dari tu pun ada juga tetapi kadang-kadang je. Mengenai video 'How to..' ni saya boleh tonton pelbagai video cara-cara membuat, memasang, modify benda-benda. Di sebalik video-video tersebut mempunyai komen-komen untuk video tersebut. Apabila dibaca semua komen tersebut kebanyakannya komen negatif berbanding komen positif. Lebih-lebih lagi komen untuk video tunjuk cara membuat atau memasang gadget yang menarik dilihat. Dan sebenarnya vi

Semangat yang tak semangat

Memang agak sukar untuk kita menetapkan dan mengekalkan tahap semangat pada diri. Bila semangat meningkat dan meluap-luap, belum tentu ianya akan berada di tahap tersebut selama-lamanya. Bergantung kepada individu, jika lama maka lamalah ia bertahan, jika tidak maka jatuhlah ia ke tahap yang saya pun tak boleh nak agak. Apabila kita sebut mengenai semangat ini, pelbagai perkara yang boleh kita fikirkan keadaan dan suasananya. Jika anda seorang ahli perniagaan, sudah tentu anda mempunyai semangat untuk melakukan aktiviti perniagaan anda sehingga memperolehi kejayaan. Jika anda seorang ahli kepada sesuatu bidang, sudah tentu anda bersemangat untuk menjadi pakar kepada bidang tersebut. Tetapi sejauh manakah kekuatan semangat itu? Kenapa perlu kepada semangat? Semangat adalah penggerak kepada permulaan usaha untuk berjaya atau mencapai sesuatu yang diingini. Tanpa semangat kerja yang kita lakukan serba tak menjadi atau pun dilakukan sambil lewa atau pun berhenti terus. Jadi bagaimana untuk

Hari yang memenatkan

Rasanya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad baru-baru ni adalah hari-hari yang memenatkan. Penat memang penat. Terasa penat fizikal dan juga mental. Baru-baru ni saya banyak menumpukan kerja menyiapkan tugasan yang telah saya rancangkan sendiri. Kalau dilihat pada jadual perancangan, pening kepala. Sebenarnya saya ada masalah tentang menguruskan kerja-kerja dengan teratur pada mulanya. Ini membuatkan kerja saya tidak teratur dan bercelaru. Akibatnya kerja menjadi lebih bertambah-tambah dan tidak pula kurang. Apabila mengenangkan date line yang sentiasa hampir dekat di tahap kritikal ni, kerja bertambah kelam kabut. Akhirnya banyak tugasan tidak siap. Tugasan yang tidak siap pada waktu sepatutnya ini menjadikan banyak projek tergendala. So baru-baru inilah saya buat satu rombakan tugasan mengikut prioriti kerja dan juga kepentingan tugasan. Buat jadual dan juga catitan kerja. Semua kerja dan tugasan dibuat dengan teratur dan walaupun ianya agak berat untuk melaksanakannya dengan faktor kepenata

Hasil Dari Google

Baru baru ni saya baru terima cek dari Google hasil dari Google Adsense. Kira boleh la... Apa pun boleh juga dapat duit sampingan. Teringat masa mula-mula saya apply akaun google adsense. Permohonan pertama saya gagal dan ditolak oleh google sebab tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh google. Dari situ saya kaji balik kesilapan dan syarat yang google mahukan sebelum apply semula. Untuk permohonan kedua, alhamdulillah berjaya. Bermula dari situ saya bertungkus lumus mengikuti arahan dan juga tips untuk menjalankan program dari Google Adsense. Apa itu Google Ansense? Google adsense adalah satu program pengiklanan percuma yang disediakan oleh google. Google akan bayar pada kita dengan mengiklankan iklan pelanggannya. So kalau anda berminat, bolehlah apply free account. Kalau tak tau caranya, anda boleh la cari program yang menyediakan perkhidmatan belajar teknik Google Adsense. Atau pun klik aje banner google adsense expert di sebelah ni.

Aktiviti menarik

Semalam pada isnin 21 haribulan, saya dan Bro Jimi pergi ke TPM (TECHNOLOGY PARK MALAYSIA). Sebenarnya dah dua kali saya dan partner pergi ke sana untuk tujuan urusan projek. Saya agak blank sebab tak tau menahu tentang proses untuk proses penghasilan produk tempatan. Dari dulu lagi saya hanya tahu untuk membuat patent produk hanya perlu pergi ke Sirim. Kemudian dapat tahu lagi Sirim dah tak buat patent tu. Tapi sekarang ni bila saya ke TPM untuk dapatkan penjelasan patent rekacipta, Sirim pula yang buat urusan. Apa pun banyak proses yang perlu dilalui. Bukan senang nak jadi senang. Dan bukan senang untuk berjaya. Bak kata Dr Irfan, proses untuk mencapai kejayaan seumpama seperti memecahkan batu yang keras. Bukan memecahkan batu pada masa kini tetapi dengan cara zaman dulu iaitu cara manual. So lu fikir la sendiri.... Assalamualaikum.

Ciptaan

Saya suka mencipta. Tetapi Allah jua Maha Pencipta. Banyak benda yang boleh saya modify jadi benda yang baru. Modify bukanlah mencipta. Mencipta adalah penghasilan benda baru. Seperti Thomas Edison mencipta mentol. Ia dalah satu yang baru pada zaman beliau. Saya pula sukan mencipta benda baru dan modify sesuatu benda jadi lebih baik. Antaranya adalah seperti tuuutt.. tuuuttt.... tuuuuttt... dan macam-macam lagi. "Apa ni? Tut.. tut... pulak ni!!" Sebab saya kata camtu kerana ianya adalah harta interlek saya. Mana boleh bagitau... Lagi pun semua idea tersebut sedang dalam proses untuk dipatenkan melalui pelbagai peringkat melalui agensi kerajaan dan swasta. Insyaallah jika Allah beri rezeki, dana untuk idea saya ini dapat diluluskan. Tolong doakan kejayaan saya. Tapi kalau nak juga tahu apa benda yang ada saya buat adalah seperti berikut. Semua benda ini tak kisah kalau saya beritahu sebab ianya idea biasa je. Antaranya adalah seperti pengesan objek infrared, universal solar si

Produk Pertama

Dalam web site MyEnik, saya menyediakan perkhidmatan consultant kepada peminat elektronik dan juga kepada student IPT dan bebudak sekolah. Majoriti adalah student IPT sebab diorang kena buat projek semester akhir. Teringat kembali saya mencipta produk pertama iaitu buku litar elektronik. Ia adalah buku semata-mata dan tidak terlintas pada masa itu nak terbitkan e-book seperti gambar sebelah ni. Sekarang ini buku tersebut saya tidak terbitkan lagi dan hanya mengeluarkan e-book sahaja. Alhamdulillah setakat ini sudah ada 5 e-book yang saya hasilkan. Semua e-book tersebut dijual mengikut pakej. Nak tau lagi sila la ke http://www.myenik.com/ . Insyaallah pada masa akan datang ini saya ingin mencari penerbit untuk menerbitkan buku dari penulisan saya. Dulu dah cuba cari penerbit yang sesuai tetapi tiada rezeki pada masa tu. So insyaallah akan datang ini boleh jadi berhasil. Nak menulis juga memerlukan penjanaan idea yang tidak boleh terus kering. Kalau dah kering mesti stuck dan terus je