Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2008

Main dengan e-mail

Ada beberapa perkara yang ingin aku sentuh sikit mengenai e-mail. Maaf la ye aku ni bukan terror mana pun bab e-mail dan internet ni. Tapi pengalaman tu yang menjadi pemangkin untuk aku story dalam blog ni. Aku selalu berurusan dengan pelanggan MyEnik setiap hari. Ada yang bertanya soalan-soalan yang boleh aku jawab dan ada yang aku tak boleh jawab, ada yang hantar e-mail memberi sokongan dan galakan, ada yang hantar email kata-kata maki hamun kat aku, ada yang tersalah hantar email kat aku dan macam-macam lagi lah. Semua e-mail yang aku dapat tu ada yang aku simpan dalam folder dan ada yang aku delete. Kengkadang tu aku delete je bila tengok tajuk seperti email spam. Pengalaman aku bermain dengan email ini boleh jadi macam-macam hal. Terutama sekali pada email yahoo. Korang semua mesti perasan email yahoo.com dan yahoo.com.my kan? Haaa... ini lah yang aku nak bagitau ni. Harap ianya boleh jadi panduan dan juga maklumat peribadi korang. Ada ketika bila aku dapat tempahan produk digital

Aku nampak UFO?

Aku dah lama tak pergi berkumpul dengan member ufonet. Yang aku tau diorang dah nak tubuhkan ufo Malaysia. Tak berapa pasti. Sorry la ye kepada member ufonet. Aku tak dapat hadir perjumpaan hari tusebab aku nak buat kejutan dengan korang sebenarnya. Baru baru ni secara senyap-senyap aku ada buat misi meninjau langit dengan teropong. Biasanya malam la sebab siang mana boleh. Silap-silap terteropong ke matahari pulak. Buta mata aku. Selain kapal terbang, banyak benda lain yang melalui langit seperti burung, kelawar, soyus, langsuir dan yang penting sekali adalah ufo. Ufo tu apa? Aku tanya kemudian aku jawab balik. Ufo adalah benda terbang yang tidak diketahui benda atau namanya. Kalau korang nampak benda terbang macam burung tapi itu bukan burung atau kapal terbang atau apa saja, itulah ufo. Kalau korang nampak burung terbang tapi tak tau nama burung tu, tak bermakna itu pun ufo. Teringat misi group ufonet buat xpdc ke Terengganu (lokasi sebenar dirahsiakan) untuk melihat, meninjau loka

Janji Halal

Untuk mencari kerja atau ada yang terkeneng-keneng nak buat bisnes sendiri itu perkara utama adalah sumber pendapatan yang halal. Tak kisah la apa pun yang kita nak buat, nak cari duit pun, halal haram tu kena jaga. Sebab tulah aku sekarang ni telah membuat beberapa keputusan peribadi yang agak drastik dan fantastik. Untuk membuat keputusan juga memerlukan cara dan timing yang betul. Bab-bab nak buat keputusan ni memang memeningkan kepala aku. Tapi itulah hakikatnya kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Keputusan perlu dibuat. Untuk menjamin sesuatu yang halal kita perlu kepada ilmu. Maksud aku ilmu yang membolehkan kita tau sesuatu perkara yang kita lakukan itu halal atau haram. Please jangan tanya aku apa yang haram dan apa yang halal. Korang tanya la yang arif pasal halal haram. Aku pun bertanya juga untuk mendapatkan kepastian seperti guru agama atau ayah aku sendiri. Yang penting hendaklah orang tu berilmu tinggi dan arif dalam bidangnya. So minggu depan aku start dengan pro

Kerja part time

Sekarang ni ramai juga member aku yang dah mula cari kerja part time. Sebab dah ada peluang baik, jadi mereka ambil kesempatan untuk tambah pendapatan. Macam macam la yang diorang buat. Sebenarnya memang banyak cara untuk menambah pendapatan. Ada yang masuk mlm, berniaga pasar malam, jual burger, jadi agen insuran, agen hartanah, ambil upah dan macam-macam lah. Salah satu cara lagi adalah berniaga di internet. Macam korang tahu, internet ni sangat luas pengaruhnya. Kalau jual barang boleh sampai ke Las Vegas atau pun Egypt. Duduk satu taman perumahan pun boleh berniaga melalui internet. Sedangkan kat opis pun berchatting dengan member meja sebelah pun boleh. Bos pun tak perasan. Untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan internet ni perkara utama adalah ilmu. Ilmu kena ada. Jangan main lanyak je. Nanti korang pulak yang kena lanyak. Satu lagi kena sungguh sungguh. Buat dari bawah, dari sambilan je dulu. Lepas tu kalau dah stabil dan income pun cecah RM50 ribu sebulan, terpulang la kat

Harga minyak naik. Darah korang naik tak?

Harga minyak dah naik melambung tinggi menyebabkan ramai orang kena darah tinggi. Bukan setakat harga minyak je naik, barang-barang keperluan seperti makanan juga naik. Ini kerana kuih dan nasi lemak mengandungi minyak petrol dalam ramuan masakan. Betul ke? Aku agak je. Harga minyak dah naik so apa tindakan korang sekarang ni? Mengenai persoalan ini la kan, aku suka tanya pada setiap orang yang aku jumpa. Tak kira sapa pun. Mana yang kenal aku ni bapak pemalu dan pendiam, tapi sebenarnya aku menyamar je. Sebab ikut sunah Nabi Muhammad saw. He he he. Jadi jawapan yang aku terima bermacam-macam bentuk dan nada. Aku saja nak tau je dan suka tengaok reaksi orang mengenai isu hangat ni. Maaf aku katakan, semua yang aku jumpa semuanya jawapan mereka seperti kekecewaan. Maknanya tak setuju. Tapi aku nak juga jumpa orang yang suka dan mempunyai jawapan yang menggembirakan. Yang dalam parlimen tu aku tak mau campur. Itu kerja diorang. Tapi dulu masa sebelum harga minyak naik, aku pernah berjump