Translate

Isnin, 5 Oktober 2015

Semua bebanan tak tertanggung

Assalamualaikum dan salam muhibbah.

Selepas saja habis hari raya aidilfitri dan hari raya korban, kerja-kerja saya menjadi tidak keruan. Banyak tugasan-tugasan yang saya terlepas pandang dan tidak mampu untuk menyiapkannya. Tambahan pula waktu itu pelbagai masalah timbul berkaitan dengan kerja kaijian dan produk-produk yang tidak berfungsi dengan baik. Saya terima sebagai satu tarbiah dari Allah.

Setelah menempuhi masa yang agak lama akhirnya sedikit masalah terungkai. Produk saya kembali berfungsi. Masanya yang begitu lama dan berhari-hari mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi. Kalau diikutkan habis semua ilmu-ilmu diperah semula semata-mata untuk mencari penyelesaian tersebut. Bagaikan mengulangkaji ilmu yang pernah saya belajar dahulu dan ditambahkan dengan sedikit pengalaman yang ada.

Kini Alhamdulillah ianya telah berlalu. Cuma masalah lain pula timbul dan semakin menjadi-jadi pula. Berikutan dengan itu banyak perubahan yang telah berlaku. Antaranya adalah perubahan jadual kerja, perubahan cara hidup, perubahan rutin harian dan perubahan cara riadah dan hobi. Semua berubah serta merta. Pasal perubahan ini tidak menjadi satu masalah besar bagi saya cuma hasilnya yang tidak memuaskan dan berada dalam keadaan parah sekali membuatkan saya bertambah kelam kabut.

Seperti yang ramai ketahui, saya sangat menggemari aktiviti yang berkreatif dan inovatif. S
aya juga minat dan ada bakat dalam art dan pelukisan. Semua ini berkaitan dengan cara kehidupan saya. Malah ianya sumber pendapatan saya. Namun jika ianya terganggu dengan masalah-masalah tadi, ianya memberi impak yang sangat besar. Ia mengganggu kelancaran perjalanan sebelum ini.

Apabila terjadi pelbagai masalah ini, timbul pula seribu satu perasaan. Yang paling utama sekali adalah pengorbanan.

Jadinya saya menjadi serba salah dan tidak keruan waktu itu. Manakan tidaknya, semua kerja, tugasan, aktiviti harian telah berubah. Saya pula bukan jenis orang yang multitasking. Kena pula kerja yang banyak dan banyak belum siap. Pendek kata semuanya saya perlu tanggung.

Dahulunya saya ada rakan niaga pun seperti sama juga. Malah tugas yang tidak sepatutnya saya buat, terpaksa saya yang lakukan juga. Jadi saya terlalu sukar untuk menyiapkan tugas walaupun tugasan telah pun dibahagi-bahagikan. Apa yang saya perlukan waktu ini adalah, orang yang boleh buat kerja dokumen, orang yang boleh menghantar atau pos barang pelangan, orang yang menyelia bahagian marketing dan orang yang boleh buat kopi ketika saya memerlukannya.

Disebabkan ini tugasan seperti pos barang menjadi lambat, tarikh kursus terpaksa ditangguh berkali kali, produk ebook banyak tak siap, R&D tak terbuat buat lagi dan macam-macam lagi. Semuanya atas bebanan saya. Namun begitu semua itu Insyaallah akan lancer sekiranya pembahagian kerja dan tugas dilakukan dengan baik. Tugas utama saya menjana idea, menghasilkan produk dan membuat R&D. Tapi sekarang saya perlu buat kerja marketing, sale, pembungkusan dan courier, kawal kewangan dan menjadi admin. Yang mana sepatutnya itu bukan tugas utama saya. Bila ini berlaku, tugasan saya mula terganggu dan terabai. Atau sebaliknya.

Sampai sekarang saya masih belum menjumpai satu team yang benar-benar bekerja demi tugasan masing masing yang diberikan. Sampai masanya nanti saya mungkin akan bekerja makan gaji semula sebagai kerjaya utama dan manakala bisnes menjadi kerjaya sampingan semula. Wallahua'lam.

Apa pun saya redha atas ketentuanNya dan sentiasa bersyukur.

Selasa, 8 September 2015

Bermula dari 9 tahun dulu. Menjadi dari 7 tahun dulu

Assalamualaikum. Salam ceria lagi.

Kali ini berkisarkan tentang alat pengesan logam yang sudah lama saya buat sejak dari tahun 2006 lagi. Bermula dari tahun itu saya masih lagi dalam proses menghasilkan idea-idea untuk untuk menghasilkannya. Ianya bermula selepas seorang kawan memberi cadangan untuk saya hasilkan satu alat pengesan yang boleh mengesan logam atau yang utamanya adalah emas. Memang tak terfikir pun pada masa itu nak hasilkan alat seumpama itu. Tapi atas desakan kawan, saya cuba hasilkan juga.

Saya ambil masa setahun untuk membuat sedikit kerja seperti membelek-belek, menguji litar, mencari bahan-bahan dan membuat aplikasi stimulasi. Selepas setahun, prototaip pun telah siap dan masanya untuk menguji. Pengujian di dalam lab kerap dilakukan. Hanya pengujian di tempat sebenar belum dilakukan. Proses menghasilan prototaip pertama ambil masa yang agak lama sebenarnya. Ini mengambil kira kos dan masa yang terhad sebab pada masa itu saya masih kerja makan gaji lagi.

Tiba masanya untuk saya menguji di tempat dan keadaan yang sebenar. Jangkaan saya salah sebab pengujian di dalam lab sebenarnya jauh berbeza dengan keadaan di luar.  Banyak kelemahan dan kesilapan berlaku sehinggakan alat yang dihasilkan 40% hampir gagal. Pada masa tersebut juga, bekalan komponen dan alat ganti adalah terhad.

Setahun selepas itu, alat menjadi lebih mantap. Bermula dari basic, kemudiannya saya buat beberapa perubahan sehinggalah menjadi yang lebih baik sekali. Apa pun terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi tunjuk ajar dan komen membina dan memaki supaya hasilnya nanti menjadi lebih bagus dari yang sebelum ini.

Alat pengesan logam yang pertama saya hasilkan adalah dari system IB. Menggunakan dua coil. Kemudian upgrade menggunakan meter LED. So, Nampak lebih menarik, walaupun bateri cepat habis. Model pertama terjual sebanyak 10 unit sahaja. Tidak seperti model PI sekarang ini yang sudah melebihi 200 unit terjual setakat sehingga tahun 2015. 

Agen dropship utk metal detector diperlukan. Emel permohonan agen dropship MD ke kreatifproduk@yahoo.com. Jadi agen adalah free tetapi terhad. Mohon sekarang!

Dah Mula Free nak bagi Ilmu...

Assalamualaikum. Salam ceria.

Dalam waktu ini, saya masih membuat survey dan sedikit penilaian mengenai kursus dan bengkel yang tidak lama lagi diadakan. Hanya tinggal pengunguman tarikh dan masa sahaja. Namun begitu saya tidak mengharapkan sesuatu yang tinggi pada kursus kali ini. Untuk permulaan ini saya lebih cenderung kepada menyampaikan ilmu agar ianya sampai dan berjaya.

Pra pendaftaran masih dibuka lagi. Tidak kisah seberapa ramai yang membuat pendaftaran, sebab yang hadir juga belum tentunya 100%. Oleh sebab itu saya akan tentukan tarikh yang sesuai dan bilangan perserta juga saya tidak ambil terlalu ramai bagi membolehkan saya memberi lebih tumpuan kepada setiap peserta. Maksimum peserta untuk satu sessi adalah 10 orang sahaja.

Untuk kursus kali ini, bagi saya ianya agak mencabar sedikit berbading yang sebelum ini kerana isi kandungannya yang agak berat dan banyak penambahan dilakukan. Tambahan pula dengan jemputan kursus in house, silibus dan isi kandungan perlu diubah bergantung kepada tempat. Namun begitu setiap kursus adalah sama dari segi cara penyampaian.

Oklah. Kepada yang berminat dan belum isi boring pra pendaftaran, boleh ke link ini www.myenique.com/kursus.html untuk daftar. Kemudian sampai masanya saya akan beritahu tarikh kursus tersebut akan diadakan.

Jumaat, 28 Ogos 2015

Serabut kelapa atau kepala?

Buat masa ini saya agak sibuk dengan membuat persediaan untuk beberapa projek dan kerja. Memang agak sibuk sehingga agak serabut dan kucar kacir. Ada sesetengah orang kata tak elok buat banyak kerja pada satu masa. Lagi pun saya ni pun bukanlah dari jenis multitasking. Banyak yang serabut. Cara terbaik buat satu-persatu. Atau pun ikut nasihat dari otai Dr Irfan Khairi adalah dengan membuat satu tugasan dan kemudian jika terasa serabut, tinggalkan tugasan tadi tu dan buat atau sambung tugasan lain pula. Tujuannya tak nak bagi rasa bosan. Tapi semua tu kena pandailah untuk mengendalikannya.

Buat pengetahuan rakan-rakan dan sahabat semua, buat masa kini saya sedang membuat persediaan untuk kursus-kursus akan datang. Ada empat kursus yang akan saya kendalikan. Tapi bukanlah pada satu masa. Ianya terbahagi kepada beberapa hari atau tarikh yang akan disusun. Namun begitu bukan mudah untuk melaksanakannya. Bukan seperti sebelum ini yang mana kursus yang saya kendalikan agak simple dan straight forward.

Dengan kemudahan yang ada sekarang ini saya lebih banyak memperbaiki dan menambah silibus yang ada di dalam kursus-kursus tersebut. Manakala kali ini juga semuanya adalah terbuka. Yang mana dahulunya agak tertutup dan ada juga yang tidak ramai ketahui. Macam nak buat kursus rahsia-rahsia pulak kan?

Untuk kursus membina alat pengesan logam atau metal detector ianya agak rumit sekali. Dalam masa sehari mungkin agak ketat waktu yang diperuntukkan untuk menghasilkan satu alat yang lengkap. namun begitu dengan teknik dan pengalaman saya membina alat pengesan logam dengan pelbagai jenis, Insyaallah kursus pertama ini akan berjaya. Ramai yang bersetuju dan ada yang tidak setuju dengan kursus yang saya buat ini. Takpelah... masing-masing punya pandangan. Apa pun saya cuba yang terbaik untuk peserta kursus dan diri saya sendiri. Pra pendaftaran masih dibuka sila ke www.myenique.com/kursus.html dan isi boring yang disedia. Kemudian anda akan diberitahu tarikh-tarikh kursus yang anda pilih kelak.

Kekangan masa dan kerja yang banyak belum beres membuatkan banyak kerja-kerja R&D saya tergendala. Dengan pekerja dan pembantu yang terhad memang agak susah juga nak kendalikan masa dengan betul. Ditambah juga dengan kos yang setiap hari meningkat membuatkan saya serabut sikit. Oleh itu dengan adanya hasil jualan produk dapatlah digunakan sedikit untuk melancarkan lagi perjalanan projek dan kerja R&D. Tidak lupa juga kepada para penyumbang yang baik hati memberi sumbangan demi melancarkan lagi projek saya sebelum ini.

Saya mengharapkan doa dan sokongan dari kawan-kawan dan sahabat semua bagi memudahkan urusan kerja saya, seterusnya dapatlah kiranya saya menunjukkan hasilnya nanti. Tunggulah akan hasilnya nanti. Nantilah sesuatu yang luar biasa. InsyaAllah.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Masih lagi takut

Jika diikutkan seperti dulu-dulu memang saya akan buat mengikut apa yang terlintas di dalam fikiran. Apa saja yang terlintas pasti ada saja kerja yang akan dilakukan. Sehinggakan pada masa itu orang akan katakan saya jenis orang yang kreatif. Persepsi orang lihat kita lakukan sesuatu yang terlalu kerap dan juga agak berlainan tidak sama seperti orang biasa-biasa. Mereka menganggap ianya kreatif.

Ada juga yang lain melihat kreativiti dari suduh pembuatan dan penghasilan sesuatu benda. Dahulunya saya kreatif berkarya. Dari menghasilkan satu-satu barang sehinggalah menjadi seorang pelukis. Pelukis potret, pelukis kartun, pelukis batik dan macam-macam lagi. Semuanya itu saya berada di dalam proses pembelajaran. Apabila minat, kita teringin untuk melakukan sesuatu. Bergantung kepada keinginan, hasil yang terjadi apabila sesuatu kerja dilakukan dilihat kepada seni rentak kerja yang dibuat. Jika hasilnya pelik dan mengagumkan, ia dipanggil kreatif. Tapi, jika pelik pun dan tidak berguna, ianya dipanggil sampah.

Sudah menjangkau 25 tahun pengalaman dalam rekacipta (dulu istilah inovasi belum ada lagi), kini saya mengalami pelbagai pengalaman. Namun tak bermakna banyaknya ilmu. Cuma aturan masa dan usia menjadikan banyak benda yang saya simpan. Tidak seperti dahulunya saya banyak menunjukkan hasilnya kepada umum. Terutama kepada orang yang rapat dan dekat dengan saya. Apabila rangkaian sosialnya semakin besar, terjadi pelbagai perkara atau hal. Perkara-perkara yang tidak seronok yang membuatkan terjadinya dinding pemisah antara saya dan hasil kreativiti saya terpaksa disorokkan dan dibekukan.

Pengalaman yang mengajar saya. Bukan saya pergi belajar dengan mana-mana orang pun. Oleh itu saya sentiasa beringat. Sebabnya dari pengalaman lampau saya telah diajar. Hasilnya kini, saya seperti insan biasa-biasa saja. Tidak seperti dahulu banyak menunjukkan sesuatu yang ohsem. Sesuatu yang orang ramai ternanti-nantikan apa yang terbaru akan muncul. Itu dahulu. Tapi sekarang tidak. Mungkin tidak atau mungkin juga belum sampai masanya nanti.

Jika ditanya kepada saya apakah puncanya. Jawapan saya adalah TAKUT. Ya, satu perkataan yang bersifat negatif. Ia umpama seperti satu kunci. Kunci yang membelenggu dari satu perkara yang sangat mahal harganya. Ianya umpama sukar dilepaskan. Namun jika ditanya lagi kepada saya apakah yang menjadikan saya takut? Jawapannya adalah dari pengalaman lampau menjadikan saya takut. Takut untuk tunjukkan sesuatu. Takut untuk menceritakan sesuatu yang agak istimewa. Akibatnya, saya akan dikritik dan orang ramai masih belum bersedia untuk menerima kenyataan dari sesuatu yang baru. Biarlah ianya istimewa sekali pun, tetapi ianya masih belum tentu akan diterima oleh pemikiran orang luar. Atau dipanggil gila.

Untuk itu, saya akan cuba sampaikan di setiap kursus atau bengkel atau kelas yang akan saya anjurkan tidak lama lagi. Dan bermula dari situ saya akan lakukan berterusan melalui penyampaian saya sehinggalah sesuatu perkara yang besar akan berlaku InsyaAllah. Tidak seperti kursus-kursus yang saya buat sebelum ini, kerana saya masih takut-takut untuk menyampaikan sesuatu yang baru itu. Apa pun saya cuba untuk sampaikan dan sebarkan. Tapi, jangan fikir pula saya nak sampaikan ajaran sesat pula. Tidak. Bukan ajaran sesat yang menyimpang agama tetapi sesuatu yang pernah saya buat dan saya perolehi dari eksperimen yang pernah saya lakukan. Saya bukan professor yang ada kelulusan tinggi untuk membuat eksperimen yang akan membuka mata orang luar. Malah jika saya hasilkan teori sendiri pun belum tentu orang akan terima, terutama sekali orang yang ada kelulusan akedemik yang tinggi. Cukuplah. Siapa yang akan percaya? MOSTI pun tidak boleh menerima idea dan teori saya WALAUPUN prototaip yang sudah siap berfungsi berada di depan mata. Saya hanya orang biasa saja. Cuma sangat berminat untuk melakukan kerja-kerja ujikaji tentang teknologi elektronik dan seumpamanya. Insyaallah, jika mood saya ok, saya akan sampaikan kepada yang bernasib baik.

Jadi, jika ramai yang mengetahui dan membaca artikel saya ini, pasti pelbagai persepsi akan timbul. Saya tidak pasti sama ada lebih banyak yang negatif atau pun positif. Apa pun dipersilakan untuk komen mengikut cara dan kreativiti anda. Namun sesuatu yang saya sangat suka adalah komenlah depan-depan saya. Maksudnya, datang sendiri jumpa saya dan komen di hadapan saya. Cara itu lebih memuaskan hati saya berbanding komen di media sos
ial.

Mungkin ramai yang tertanya juga status pendidikan saya sehinggakan layakkah untuk membuat kursus. Saya menyampaikan ilmu mengikut dan berpandukan pengalaman saya. Jadi, saya menyampaikan ilmu dari pengalaman saya. Bukan dari status pendidikan saya dan bukan mengikut silibus buku teks atau buku rujukan sekolah. Jika tidak, lebih baik anda masuk saja ke sekolah teknik, atau kolej vokasional atau mana-mana IPT atau kolej kemahiran. Semua itu mengikut standard pembelajaran. Saya pula mengikut standard pengalaman. Jadi, meman ada kelainan. Nak rasa kelanan? Join kursus saya.

Jom lawat www.myenique.com

Isnin, 17 Ogos 2015

Sama Tapi Tak Serupa

Antara perkara yang membuatkan saya benar-benar rimas adalah apabila projek yang saya hasilkan tiba-tiba tidak menjadi. Bayangkanlah sudah lebih lima tahun mengadap projek yang sama dan hampir beratus-ratus kali ianya berfungsi dengan baik. Secara tiba-tiba pada satu hari, projek tersebut tidak berfungsi.

Apabila kita sudah faham akan kendalian dan selok belok sesuatu benda, pasti kita dapat tahu apakah puncanya masalah yang berlaku sekiranya ianya rosak. Sebelum ini pun pernah juga rosak dan tidak berfungsi, tapi dengan cepat sudah tahu di mana dan apa punca masalahnya. Dan perkara tersebut sentiasa berulang-ulang hampir setiap hari selama 5 tahun.

Jadi, apakah yang menyebabkan saya buntu baru-baru ini sehingga tidak tahu apakah punca masalah sebenarnya. Sehinggakan tidak tahu apakah cara lagi untuk menjejak masalah tersebut. Sedangkan sumber rujukan asal juga masih tidak dapat mengetahui puncanya. Tambahan pula hanya saya sahaja yang mengetahui kendalian projek tersebut.

Cerita sedikit mengenai komponen elektronik. Banyak komponen elektronik yang saya gunakan dari nilai yang asal sehinggalah kepada penukaran kepada fungsi yang sama. Itu keinginan saya. Jika membuat satu projek dan senarai komponen yang diberikan sukar diperolehi di kedai, pastinya saya akan membuat penukaran dan terus menguji keberkesanannya. Jika diberikan nilai perintang atau kapasitor, ianya tidak menjadi satu masalah yang rumit dan besar. Ini kerana ianya adalah dalam kategori komponen pasif. Paling tidak pun hanya guna kaedah tambah dan bahagi saja untuk mendapatkan nilainya yang dikehendaki. Jadinya, teori dan amali dilakukan serentak.

Namun, apabila masuk kepada komponen aktif seperti transistor dan IC, ianya agak rumit untuk melakukan pergantian nilai. Sebabnya, setiap komponen seperti transistor dan IC ada fungsinya tersendiri. Ianya bergantung juga kepada kendalian litar projek tersebut. Contohnya litar pengesan pergerakan boleh sewenang-wenang menukar kepada komponen yang lain asalkan fungsinya hampir sama seperti yang asal. Tetapi jika sebagai contoh litar projek radio frekuensi, bukan semudah litar tadi yang boleh sesuka hati untuk menukar nilai pergantian. Walaupun, ya walaupun nilai yang sama tetapi dibeli dari kedai yang berbeza atau stok keluaran yang berlainan (baca berulang kali).

Saya masih mengkaji dua permasalah komponen transistor ini. Jika ada pandangan boleh anjurkan kepada saya. Mungkin saya kurang arif dan belum sampai ketahap sebegini. Antara komponen yang menjadikan saya banyak masalah dan menyebabkan saya jatuh sakit menderita adalah komponen ini iaitu transistor JFET 2N3819 dan 2SK30A. Dua komponen yang berbeza kod tetapi sama sifat dalamannya. Tapi tahukah tuan-tuan? Jika kedua-dua transistor ini jika dibeli dari semua kedai elektronik dan kemudian diasingkan mengikut kedai-kedai yang dibeli tadi, tidak semuanya boleh digunakan dan tidak semua yang tidak berfungsi.

Sebagai contoh. Transistor 2SK30A. Jika dilihat di dalam diagram litar tertera 2SK30A. Kemudian kita mahu mencari transistor tersebut dan kita akan pergi ke kedai menjual komponen. Di kedai komponen tersebut, kita akan tunjukkan senarai komponen kepada penjual dan mencarilah komponen tersebut. Penjual akan memberikan komponen berpandukan kepada label yang tertulis dan tidak menghiraukan nombor atau marking selepas 2SK30A tersebut. Kemudian kita pergi ke kedai lain dan beli komponen yang sama juga. Penjual akan memberikan komponen sama seperti label marking yang kita berikan tadi dan tidak menghiraukan marking selepas 2SK30A tadi. Sama juga dengan kedai-kedai yang lain. Sebabnya kerana kita tidak menulis label transistor selengkapnya seperti 2SK30A Y atau 2SK30A GR 2F dan sebagainya. Bagi kita itu tidak penting kerana pada diagram litar tidak ditulis label transistor sepanjang itu.

Cara penyelesaian adalah dengan memeriksa data sheet komponen yang digunakan. Ada komponen menitik beratkan nilai dibelakang selepas label utama seperti 2SK20A dan nilai belakangnya adalah GR 2F. Setelah diperiksa dari data sheet, memang ada perbezaannya. Jadi memang akan berlaku masalah walaupun hakikatnya kita tidak ketahui fungsi tersebut. Tidak seperti litar projek yang biasa seperti litar projek pengesan cahaya. Litar tersebut menggunakan transistor BC547. Namun ianya universal. Boleh menggunakan transistor lain seperti BC548 atau BC546 atau BC337. Ini kerana fungsinya universal dan umum. Berlainan pula dengan transistor 2N3819. Terdapat dua saiz badan transistor tersebut. Bersaiz kecil dan bersaiz besar sedikit. Jika dipasang pada litar, transistor 2N3819 yang bersaiz kecil akan berfungsi berbanding dengan yang bersaiz besar sedikit. Peliknya, pada label tidak menyatakan label tambahan selepas 2N3819. Kedua-dua transistor menunjukkan label yang sama. Hanya saiz saja yang berbeza. Jika dilihat pada data sheet, tiada yang menerangkan saiz memberikan kesan yang berbeza. Sedangkan pekedai pun tidak mampu untuk menerangkan punca tersebut.

Oleh itu berwaspadalah. Sentiasa beringat akan perkara ini. Sesetengah pekedai akan pertahankan mengikut kefahaman mereka. Mereka akan katakan ianya boleh diguna untuk semua label yang tertera. Namun ada segelintir yang tahu dan faham Begitu juga sama seperti membeli kapasitor yang bernilai 0.1uF. Kemudian penjual akan memberikan kapasitor yang bernilai 100nF. Jika kita jahil, kita akan mengatakan ianya salah dan tidak mahu nilai yang diberikan. Bagi saya nilai seperti mikro dan nano tidak memberikan hal yang rumit. Pada saya jenis material kapasitor tulah yang mencerewetkan saya. Kapasitor ceramic dan jenis polyester walaupun sama nilai kapasitannya tetapi berbeza dari segi keupayaan fizikalnya. Jika dipasang kepada litar yang melibatkan frekuensi, ianya sangat mempengaruhi.

Ikuti kursus bengkel saya untuk lihat kesan daripada permasalahan ini. Sesuatu yang menarik melihat eksperimen saya secara langsung.

Sabtu, 15 Ogos 2015

Antara Research dan Talk

Memang ada kaitan antara dua perkara seperti tajuk di atas ni. Kedua duanya memang berkaitan. Selepas saya selesai buat research, saya akan bagi talk. Memberi atau memindahkan ilmu secara formal atau tidak formal. Jika secara formal memang dok dalam kelas.

Apa pun saya tak kisah dapat apa yang ada. Sedikit keuntungan untuk lepas belanja makan minum pun sudah ok. Jauh sekali nak dapat penghargaan atau ijazah kedoktoran atau sebagainya. Walaupun buat research sendiri, seolah olah mereka berkata saya syok sendiri. Yes... memang saya syok sendiri dan pada masa yang sama saya sebarkan apa yang saya temui dalam penemuan kajian saya.

Jika dilihat pada blog saya atau mana-mana blog yang saya ada, tiada pun satu hasil research yang saya dedahkan. Ye memang benar. Saya suka sampaikan depan-depan pada orang ramai. Saya lebih suka mata bertentang mata, walaupun saya tak suka bermain mata. Hehe

Mana yang faham dan pernah ikuti saya sebelum ni memang tahu apa yang saya buat. Bukan saja suka-suka buang masa buat research sendiri. Tapi tak mengharap pun dari mana-mana Institusi untuk ikhtiraf kerja saya. Gaji saya pun mengharapkan hasil penjualan produk saya saja. Jika kurang dana, maka slow lah perjalanan kajian saya. Jika dana banyak, makan semakin rancaklah kerja saya.

Namun saya tidak pernah menolak kerjasama dari mana-mana Institusi untuk melakukan kajian atau sebagainya. Namun kalau jemput saya datang tapi tak tanggung kos perjalanan, itu saya agak susah. Melainkan datang sendiri ke lab saya. Apa yang saya ada, itulah yang saya tunjukkan, berikan, ajarkan dan persembahkan.

Ramai yang terer dari saya dalam bidang seperti saya ini. Terer tahap tereris. Memang ramai. Tapi itu hal mereka. Dan ini hal saya. Walupun saya jenis pendiam, tetapi saya lebih suka menyampaikan ilmu dan hasil kajian saya terutama di dalam kelas atau dewan kuliah. Kerana itu yang membuatkan saya lebih seronok dan berpuas hati.

Insyaallah akan datang ini saya akan adakah kursus dan bengkel. Semuanya asas dan untuk beginner. Yang dah terer pun nak sertai pun boleh. Cuma jangan terasa boring kalau berada dalam kelas saya sebab saya banyak pengajar perkara asas. Walaupun asas tetapi kaedahnya berbeza. Berbeza supaya nampak kelainan dari yang lain.

Untuk sertai kursus pendek dan bengkel amali, sila ke www.myenique.com.




Jumaat, 14 Ogos 2015

Meletup, terbakar dan hangus

Apabila masa untuk membuat satu eksprerimen, memang ada pelbagai perasaan yang timbul. namun begitu ianya bergantung kepada mood juga. Kalau mood tak ok, maka kerja pada hari itu memang teruklah. Sudah banyak kali berlaku. Kena pula time badan dan tua ni, macam-macam sakit yang dapat.

Sejak minda dah mula ok ni, saya sudah mula aktif. Dan benda-benda yang kurang faedah pun dah mula tinggalkan. Bak kata sorang ustaz, kalau nak dapat lebih masa, tinggalkan segala gajet. Tinggalkan semua benda yang sia-sia. Ya, memang benar kenyataanya. Tapi itulah. Manusia ni mudah pula. Bila dah senang sikit lupa asal usul. Lupa kepayahan lama.

Memang saya sukan buat eksperimen. Kalau ada dana lagi banyak eksperimen yang saya akan lakukan. Tak kira apa pun asalkan ianya bermanfat. Bila dan banyak buat eksperimen dan banyak pula kejayaan, saya akan sampaikan dalam kursus atau bengkel saya. Sama ada berbayar atau free. So sekarang ni nak bagi free susah sikit sebab banyak benda nak tanggung. Nak cakap free pun payah juga sebab makan minum saya nanti siapa pula nak tanggung.

Berkenaan dengan eksperimen, baru-baru ini saya sudah buat satu eksperimen biasa-biasa aje. Cuma manfaatnya sebab nak bagi jadi satu alat ini. Alat ni dah lama jadi cuma masalahnya ianya ada kekurangan. Jadi bermulalah R&D untuk alat ini.

Bila masuk bab eksperimen ni, saya lebih banyak kali menggunakan sumber cas elektrik yang rendah. Yang tidak merbahaya. Atau pun hanya guna bateri. Dahulunya saya ada seunit power supply yang saya beli sendiri. Power supply tu bukannya tak boleh buat sendiri. Tapi dana tak cukup dan tidak penting, itu yang membuatkan saya beli saja. Kemudia power supply tu sudah tiada. Saya jualkan kepada orang lain. Sekarang ni saya guna sumber kuasa dari bateri yang boleh dicas semula.

Menggunakan kuasa elektrik AC memang saya takut. Agak fobia. Memang pucat lah muka saya. Bukannya tak biasa. Hari-hari menggunakan power AC untuk buat eksperimen. Tapi masih juga takut-takut. Jadi eksperimen yang baru-baru ini berlaku letupan dan kebakaran kecil di dalam lab saya. Biasanya apabila jadi begini, saya akan berhenti dan tak mahu teruskan semula. Tapi kali ini tidak. Saya masih mahu teruskan juga sehingga saya dapat apa yang dikehendakkan.

Tiga kali letupan berlaku. Dan tiga kali juga barang eksperimen menjadi hancur berkecai. Sampai masanya stok komponen saya kehabisan. Pada masa itu jugalah terpaksa cari komponen yang baru. Oleh itu kenalah pergi ke KL untuk cari stok komponen yang baru. Memang sangat berkos kan? Itulah orang luar memang tak nampak. Hanya tahu barang sudah tersedia dan fikirkan ianya sangat mudah untuk dihasilkan. Ironiknya sebenarnya sukar dan banyak kerja yang perlu dibuat. Bagi saya tak apalah, sebab orang tak tahu.

Kini baru satu produk sudah melepasi ujian yang agak mencabar dan berisiko. Semuanya dengan duit sendiri dan hasil jualan produk. Harap adalah yang sudi memberi sponser untuk R&D saya seterusnya. Walaupun ada yang Berjaya dijadikan produk untuk dijual, yang tidak menjadi produk pula saya simpan untuk dibawa di dalam kursus dan bengkel yang saya anjurkan.

Insyaallah akan datang saya ingin anjurkan kursus rekacipta elektronik dan eksperimen saya. Saya galakkan yang fresh dalam elektronik untuk hadir ke kursus saya. Yang dah power tu nak jhadir pun boleh juga untuk pelajari dari pengalaman saya. Insyaallah nanti saya akan hadir ke kursus orang lain juga yang lebih berpengalaman dari saya yang kurang ilmu ini.

Terima kasih

ps: Nak bagi banyak masa memang tinggalkan gajet... so faham aje lah

Rabu, 12 Ogos 2015

Mula RnD semula

Assalamualaikum. Salam bertemu kembali setelah lama saya menjalani brain training, brain storming, brain clearing, kini saya kembali semula setelah beberapa kali percubaan gagal untuk muncul. Harap usaha kali ini akan membuahkan hasil.

Maaf di atas kecelaruan yang telah berlaku semala ini. Saya seperti hilang identity. Seolah olah tak kenal siapa diri saya ini. Disebabkan itu, saya menjadi hilang panduan dan arah tuju yang selama ini saya tidak begitu.

Nampaknya masih banyak kelemahan yang saya ada. Dan saya perlu banyak belajar dari masa ke semasa atau pun proses pembelajaran perlu diteruskan tanpa henti. Siapalah saya ini. hanya manusia  biasa yang selalu membuat dosa dan kesalahan. Namun jika tidak diberi peluang seterusnya, maka saya akan tiada arah tuju dan tiada apa yang boleh saya lakukan. Jika diberi peluang semula, maka saya akan berusaha semula mencari jalan lain. Mencari penyelesaian lain.

Saya tahu ramai yang tention pada saya. Dan saya yakin mereka tidak tahu hal yang sebenarnya berlaku. Jadi, saya tak perlu cerita. Sebab saya sudah diberi peluang seterusnya untuk bertindak. memulakan jalan kerja baru yang Insyaallah lebih mantap.

Untuk pengetahuan umum, saya kini berada di pejabat dan lab baru di Pandan Indah KL. Berdekatan atau bersebelahan dekat dengan menara MPAJ. Jadi siapa yang ingin berjumpa saya boleh terus ke sana untuk pelbagai urusan seperti menghantar barang, mengambil barang, membeli barang, bertanya khabar, belanja makan, nak ajak bertinju, ajak main badminton dan sebagainya.

Alamat lengkap tertera di web site myenique di www.myenique.com. Ia tertera pada satu sudut di web page tertentu. Cari aje la.

Untuk kali ini, saya akan banyak menceritakan alkisah kerja-kerja saya yang boleh dijadikan sumber rujukan. Bukan kerja-kerja pejabat atau apa yang saya buat setiap hari. Ianya berkisarkan mengenai kerja ujikaji saya dan juga penemuan-penemuan tertentu. Semuanya asli dan bukan copy and paste dari sumber lain. Kalau copy paste pun hanyalah kaedah tetapi yang membuatnya atau mengujinya adalah diri saya sendiri.

Jadinya, apakah tujuan saya berbuat begini? Ramai yang nak tahu dan ada yang rasa macam poyo. Apa pun saya bagitau sajalah. Tujuannya sudah tiba masanya saya menyampaikan segala apa yang saya tahu dan yang pernah saya pelajari termasuklah penemua-penemuan sebelum ini. Saya bukan ada kelulusan tinggi dalam bidang akedemik tetapi saya ada pengalaman membuat sesuatu, mengkaji dan menemukan sesuatu idea.

Pada masa akan datang jika ada yang lihat saya ni nampak lain macam, tak perlulah fire saya dengan benda-benda negative. Datang jumpa saya atau bekerjasama dengan saya sudah memadai. Tak perlu kondem dan tak perlu bunuh pemikiran saya. Tukarkan kepada peluang. Senangkan? Saya juga boleh bagi talk pada orang ramai, dalam kelas, dalam bilik kuliah atau sebagainya. Asalkan ianya boleh memberikan manfaat.

Mulai 13/8/15 iaitu pada hari Isnin, saya berbesar hati untuk menjemput semua untuk dating sendiri ke pejabat saya sebagai tanda sokongan kepada saya. Termasuklah juga kepada pelanggan yang ingin mengambil produk yang masih belum dihantar atas sebab tertentu dan juga mengambil produk-produk yang telah upgrade. Kerjasama dan sokongan anda amat saya hargai.

Oleh itu salam jumpa lagi.

Emel utk hubungi atau pertanyaan lokasi ewoodrocktech@yahoo.com. Tiada telefon untuk masa ini termasuklah whatsapp, telegram, weechat, fb, waze, coc dan sebagainya atas sebab tidak boleh berfungsi.

Rabu, 29 Julai 2015

Perancangan untuk R&D dan hasil produk baru

Assalamualaikum. Selamat hari raya AidilFitri.

Selepas cuti raya baru-baru ini, saya lebih sibuk dengan membuat persediaan lab baru yang telah berpindah di Area Kuala Lumpur. Persediaan tersebut sebenarnya sudah pun bermula dari awal bulan puasa yang lepas. Namun berlaku kelewatan sepanjang tempuh perancangan tersebut.

Segala alatan dan barang-barang keperluan lab dan pejabat dicari dari hari ke hari sehinggalah semua keperluan tersebut cukup seperti yang dikehendaki. Kekangan pada bulan puasa membuatan berlaku kelewatan seperti yang telah dirancangkan. Namun begitu bukanlah bermaksud saya menyalah bulan puasa punca berlaku kelewatan. Ini berpunca dari masa yang terhad. Tambahan pula jarak dari rumah saya ke lab agak jauh. Walaupun sebelum ini pun jarak lab saya lagi bertambah jauh di Melaka.

Untuk persediaan lab dan pejabat ini, saya mengambil sepenuh perhatian kepadanya. Ini bermaksud saya benar-benar menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga untuk menyiapkan kerja-kerja untuk membangunkan lab. Tambahan pula satu bilik kecil dijadikan kelas untuk mengajar dan untuk menjalankan kursus telah pun disediakan. Untuk permulaan ini banyak barang yang tidak mencukupi tetapi ianya sudah memadai untuk memulakan kerja dan aktiviti di tempat ini.

Sebuah pejabat yang mempunyai satu ruang lab dan juga bilik kursus telah siap disediakan. Insyaallah selepas ini saya adalah masa untuk membuat kursus pendek dan memberi seminar pendek mengenai pelbagai kursus yang menarik. Begitu juga dengan pelanggan yang datang akan diberikan layanan terbaik dengan membuat demo produk seperti demo cara guna dan pertunjukan paparan slide. Apa pun semuanya akan diberikan yang terbaik. Insyaallah.

Sebelum tersedianya semua ini, saya memang agak sibuk dan menghadapi pelbagai masalah serta tekanan. Untuk menaikkan sesuatu yang baru memang banyak sangat dugaan dan cabarannya. Pelbagai tekanan yang dihadapi. Namun saya hadapinya juga.

Pada masa yang sama juga saya banyak meminggirkan diri. Terutama sekali pada bulan puasa yang lalu. Menyibukkan diri dengan kerja baik pulih produk dan projek elektronik di dalam lab private saya. Pelanggan sudah lama menunggu produk yang masih belum sampai atau belum diposkan. Manakala ada beberapa pelanggan yang saya tolak tempahan produk disebabkan masa dan juga masalah teknikal yang dihadapi yang terlalu teruk.

Saya menghadapinya sendiri. Tiada siapa yang dapat membantu atas sebab produk-produk semua dari hasil kerja saya sendiri. Memang banyak yang tidak dapat membantu kerana masalah yang terlalu rumit. Dengan masa yang saya ada yang terhad, saya membahagikan masa antara rutin harian, urusan keluarga, urusan kerja baru dan lain-lain hal, sedikit sebanyak dapatlah ada masa yang terluang sikit untuk mengadap kerumitan yang masih belum dapat puncanya.

Dengan kesibukan inilah saya dengan sedikit demi sedikit terputus hubungan dengan dunia maya. Terutama sekali pada media sosial facebook, kemudian whatsapp dan weechat. Sampaikan telefon juga tidak pernah disentuh. Saya pada masa tersebut memang benar-benar memberikan tumpuan kepada mencari penyelesaian masalah yang dihadapi. Masalah teknikal yang belum pernah saya alami sebelum ini. Memang Allah menguji saya dengan menghadapi masalah rumit ini. Apa pun dengan kerumitan inilah saya agak agresif dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk mencari penyelesaian. Semua ilmu-ilmu yang pernah dipelajari digunakan. Namun masih belum temui jalannya. Cerita ini berlarutan sehingga ke hari raya.

Oleh yang demikian. Saya berniat dan berhasrat untuk menyelesaikan semua kerja yang tertunggak seperti penghantaran barangan kepada pelanggan yang masih belum dihantar atas sebab masalah teknikal yang sangat rumit dan pelik. Kemudian mempulangkan semula produk yang telah dihantar kembali untuk proses upgrade. Apa pun, produk yang dihantar balik untuk upgrade sebenarnya ada serba sedikit dapat membantu untuk menyelesaikan kerumitan yang berlaku. Produk lama digunakan semula sebagai sumber rujukan. Walaupun lambat mendapat punca, sekurang-kurangnya ianya membantu.

Tunggu sajalah saya kembali dan menjenguk semula media fb, whatsapp, weechat dan sebagainya. Insyaallah saya berjanji untuk pulihkan semua keadaan yang selama ini terlalu keruh berpunca daripada masalah teknikal produk dan saya menyendiri meyibukkan diri mencari penyelesaian masalah yang rumit.

Rabu, 15 Julai 2015

Jumpa kesilapan yang diselindungkan

Assalamualaikum.

Kali ini saya nak mengulas sedikit tentang kerja saya pasal elektronik. Bukan semua orang boleh layan kan? Apa pun jom kita layan sama sama. Walaupun alkisahnya mengenai elektronik, tetapi penghujungnya menceritakan satu kesimpulan yang boleh dijadikan pengajaran.

Sebelum masuk bulan Ramadhan lagi, hampir dalam beberapa hari saja lagi akan tiba bulan puasa. Saat yang dinanti nantikan oleh sebahagian umat Islam. Namun disebalik keghairahan tersebut satu ujian besar bagi saya. Benda yang selau saya hadapkan hampir setiap hari, tiba tiba menjadi mala petaka bagi saya.

Buat pertama kalinya saya tidak mampu mengesan punca kerosakan atau kesilapan dalam litar elektronik yang memang selalu saya hadap hampir seiap hari. Boleh dikatakan saya hampir mahir dengan alat tersebut, terutama pada selok belok litar elektronik tersebut. Jika sebelum ini berlaku kerosakan, pasti saya dengan cepat dapat tahu punca kerosakan.

Tiba masanya hari yang dinanti nantikan. Secara tiba tiba salah satu litar yang saya buat tidak menjadi. Kerosakan tersebut juga belum pernah saya alaminya. Jadi agak terkial kial juga saya mencari puncanya. Jika dapat punca kerosakannya, sudah pasti dapat juga memperbaikinya.

Hari demi hari, minggu demi minggu. Saya masih belum dapat mencari punca kerosakannya. Agak pelik, dari satu unit ke satu unit baru yang saya buat, masih juga tidak berfungsi. Dan kerosakan juga adalah sama semuanya. Bagaikan ia berjangkit. Sudah 6 unit litar saya buat. Tapi jadinya tetap sama seperti unit pertama yang tidak berfungsi tu. Pening saya.

Pelbagai kaedah yang sudah saya buat. Dengan menggantikan setiap komponen dengan komponen yang baru, ianya masih tetap sama. Setiap point sudah saya ukur dengan meter volt. Ianya tiada masalah. Setting juga tiada masalah. Aturan komponen juga tiada masalah. Namun hasilnya masih tetap sama. Semua unit tidak menjadi.

Kemudian saya dapatkan semula unit yang lama. Unit lama yang berfungsi dengan baik. Saya buat perbadingan satu demi satu komponennya. Tiada masalah. Tiada perubahan. Saya menjadi buntu dan putus asa. Saya sudah putus asa. Tempoh sudah menjangkau sebulan. Hasilnya masih tetap sama. Ianya tidak berfungsi dengan baik walaupun setting adalah betul, ukuran voltan adalah tepat dan semua komponen adalah baru.

Saya sangat buntu.

Akhirnya saya tinggalkan untuk seketika. Walaupun pelanggan sudah mula bising, namun saya mengalah. Buntu dan tidak tahu untuk buat apa.

Tiada daya upaya saya melainkan atas Kekuasaan Allah. Saya berserah segala galanya kepadanya. Hanya doa yang panjanglah menjadi pengubat kekecewaan ini. Namun begitu, ada masanya saya mencuba dan terus mencuba. Namun masih juga gagal. Gagal untuk mencari punca kesilapan tersebut.

Selepas lebih sebulan tempohnya, dipendekkan cerita, akhirnya saya berjaya menjumpai kerosakan tersebut. Tapi, sebenarnya ianya bukan satu kerosakan dan bukan juga satu kesilapan. Semua adalah betul dan tepat. Cuma saya nak bagitau, ilmu Allah itu sangat luas. Tanpa pertolongan Allah, pasti sampai sekarang ini saya masih belum menjumpai masalah tersebut dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah itu.

Terlalu kecil puncanya. Sehinggakan seorang pakar pun belum tentu dapat melihatnya. Syukur pada Allah atas pertolonganNya dan memberi ilham kepada saya untuk menampakkan puncanya.

Moralnya, janganlah kita terasa riak atas kerja yang kita buat yang menampakkan kitalah yang lebih tahu dari semua orang. Hanya kita sajalah yang tahu. Silap tu. Jika Allah tarik sikit saja nikmat, dengan yang sedikit itulah juga kita boleh jadi huru hara. So saya sangat beringat akan hal ini.

Alhamdulillah, Allah mendidik saya dengan cara menguji.

Selasa, 30 Jun 2015

Kena sampok

Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al Mubarak.

Sekarang sudah memasuki fasa kedua dalam bulan puasa ini. Diharapkan bulan puasa ini dapatlah kiranya Allah mengampuni dosa dosa kita yang telah lalu dan juga pada masa akan datang. Pada bulan puasa ini kita didik supaya sentiasa dalam keadaan terpelihara dari melakukan perbuatan dosa. Namun pada masa yang sama juga kita perlukan sentiasa berdoa kepada Allah dan meminta keampunan dariNya.

Pada bulan Ramadhan kali ini tidak seperti bulan Ramadhan yang lepas lepas. Semuanya agak berbeza walaupun pada hakikatnya bulan ramahdan adalah sama pada perbuatan. Sangat sukar untuk saya nyatakan sebab bagi saya bulan Ramadhan ini meruapkan bulan ramadhan yang benar-benar mendidik dan menguji kesabaran. Ye. Memang benar sabar adalah kunci utama dalam menempuhi ujian yang Allah turunkan kepada hambanya. Dan setiap ujian yang datang hanya Allah Maha mengetahui kemampuan hambanya.

Apabila diceritakan mengenai ujian, saya merasi ujian yang sangat hebat pada Ramadhan kali ini. Bagi saya ianya sangat hebat dan sehinggakan saya buntu sampaikan tidak tahu untuk apa yang boleh dilakukan. Akhir sekali hanyalah bersabar menempuhi dugaan tersebut. Saya rasa sabarlah jalan penyelesaiannya disamping berusaha dan berdoa sebanyak mungkin keapda Allah. Yang paling penting adalah istiqomah.

Memang ramai yang mengetahui kerja saya adalah membuat dan mereka cipta produk-produk berasaskan elektronik. Sepanjang tempoh tersebut saya telah menghasilkan banyak produk yang boleh dikomersialkan. Namun ada juga beberapa produk yang masih belum dapat dijual kepada umum. Namun begitu produk yang sedia ada juga membuatkan saya sibuk sehingga tidak mampu untuk menumpukan kepada produk baru yang lain.

Sepanjang tempoh tersebut juga saya tidak mengalami masalah yang berat. Terutama sekali masalah yang melibatkan fungsi produk. Jika berlaku kerosakan pasti saya boleh memperbaikinya dengan mudah dengan izin Allah. Ini kerana saya boleh dikatakan amat memahami fungsi dan sifat-sifat luar dan dalam produk yang saya hasilkan. Tetapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala galanya. Dan perancangan Allah itu lebih sempurna dari segalanya. Dalam tempoh 5 tahun saya menghasilkan produk, inilah kali pertama produk saya tidak berhasil. Dan pertama kali itu jugalah saya tidak mampu untuk memperbaiki malah mengesan kerosakan atau kesilapan pada produk tersebut. Ini bukan produk baru. Produk yang saya hasilkan ini sudah menjangkau 5 tahun. Dan dalam tempoh tersebut tiada masalah serius pernah berlaku.

Bagaikan kena sampok. Itulah yang terfikir dalam fikiran saya. Namun apakan daya, walaupun pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengesan masalah tersebut, sehingga ke hari saya mengarang post ini masih tidak dapat penyelesaiannya.

Ada beberapa produk lama yang telah terjual dan dalam keadaan ok telah saya ambil balik untuk dibuat rujukan kepada unit produk yang tidak menjadi. Namun ianya masih tidak mendapat petunjuk juga. Masa berganti masa. Sehinggakan makan masa sehingga berminggu minggu. Namun masih juga sama. Malah sudah beberapa unit telah saya hasilkan lagi namun masalah yang sama juga berlaku. Peliknya, masalah tersebut adalah sama dengan semua unit yang tidak berfungsi. Dan masalah tersebut juga merupakan masalah baru yang belum pernah saya hadapi.


Apa pun saya berharap kepada rahmat Allah. Semoga Allah memberi petunjuk dan jalan untuk memperbaiki masalah tersebut. Sekiranya masalah tersebut dapat diperbaiki, dapatlah kiranya saya menghantar beberapa unit yang telah ditempah sebelum ini oleh beberapa pelanggan.

Apakan daya ada beberapa pelanggan yang tidak berpuas hati dan ada juga yang cancel order. Namun masih ada juga yang memahami dan bersabar menanti sesuatu yang terbaiki dari saya. Apa yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk dan lemah datangnya dari dalam diri saya sendiri.

Salam Ramadhan semua.

Isnin, 18 Mei 2015

Kejanggalan dalam erti kehidupan

Assalamualaikum. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad saw.

Dalam kehidupan ini terlalu banyak rahsia yang tersimpan. Baiknya ianya tersirat mahu pun yang tersurat. Namun kita sebagai hamba Allah yang Esa diberi akal dan fikiran untuk memikirkan kebesaran dan kehebatan kuasaNya mentadbir alam maya ini.

Ia berkenaan dengan ilmu. Allah adalah pemilik ilmu yang Maha Besar. Meliputi segala galanya. Dan kita pula diwajibkan untuk menuntut ilmu ilmu yang ada selagi terdaya. Ilmu terbahagi kepada beberapa bahagian dan kelasnya. Boleh rujuk kepada yang ahli untuk ketahuinya. Ada ilmu yang kita nampak di depan mata dan ada juga ilmu yang sudah lama hilang tetapi sangat hebat nilainya walaupun telah menghilang.

Kini kita selagi ada daya keringat dan usaha, wajiblah kita menuntut ilmu. Ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat. Ilmu boleh dimanfaatkan. Ilmu boleh diamalkan. Ilmu juga boleh disampaikan kepada yang lain. Terpulang kepada kita untuk bertindak. Ilmu juga ada yang buruknya sekiranya disalah gunakan oleh pemiliknya. Oleh itu berniatlah dengan baik dengan mengamalkan ilmu tersebut supaya ianya menjadi kebaikan untuk orang lain.

Bagi saya, saya sangat suka menyampaikan ilmu kepada orang lain. Sebabnya saya minat. Namun saya ada cara tersendiri. Dan saya tetap dengan pendirian dan cara saya. Untuk sampaikan ilmu ada banyak cara. Ada macam macam cara. Ada guna kelas, ada yang buat kursus, ada perjumpaan di kedai kopi, ada yang melalui internet, ada yang melalui media sosial dan macam macam lagi.

Namun cara saya adalah cara santai bersemuka. Tak kisahlah di dalam kelas atau pun di kedai kopi.  Saya lebih selasa bersemuka. Dan paling saya tidak suka adalah melalui penulisan sama ada melalui buku atau pun penulisan blog. Tetapi kadang kala saya terpaksa juga untuk menulis. Cuma ianya terhad. Saya terhad untuk sampaikan ilmu menerusi penulisan. Bagi saya berbeza. Namun ramai yang telah menasihatkan saya untuk membuat penulisan bagi menyampaikan ilmu yang saya ada.
Saya bukan seorang yang hebat seperti hebatnya beberapa insan yang orang ramai kenal. Saya biasa biasa saja. Tiada yang istimewa. Namun saya sangat suka berkongsi cerita, pengalaman dan sedikit ilmu yang saya pelajari dan yang saya perolehi daripada kerja kerja ujikaji yang pernah saya buat.

Marilah berjumpa dengan saya dan saya akan kongsikan ilmu ilmu yang saya ada. Malah saya juga akan cuba tunjukkan beberapa hasil penemuan saya dan juga beberapa alat yang pernah saya hasilkan yang belum orang lain lihat.

Ada yang kata saya ni jenis berahsia. Ya betul. Saya sangat berahsia jika saya di media sosial atau di internet. Tetapi tidak jika bersemuka. Begitu juga pada alatan alatan yang pernah saya cipta dan hasilkan, memang saya merahsiakan. Hanya beberapa alatan yang saya tunjuk pada orang sekeliling atau pun menjualnya. Selebihnya saya simpan. Saya akan tunjukkan jika orang datang ke lab saya saja. Tak minta ditunjuk pun saya akan tunjukkan juga.

Mengenai alatan yang saya buat, tidak semua saya jual dan tunjuk pada orang ramai. Malah dulu seorang wartawan datang ke lab saya pun tidak saya tunjukkan semua yang saya ada. Kebanyakan alatan yang saya hasilkan berkenaan dengan penjanaan tenaga, alatan pengesan seperti alat pengesan logam teknologi tinggi pengesan harta karun permata batu batuan, alatan sensor serbaguna, alatan kesihatan dan penaik kekuatan badan, dan free energy.

Apa yang saya jual, itulah sebahagian kecil yang saya tunjukkan. Memang nampak cikai dan biasa biasa saja. Yang luar biasa memang saya tak sanggup untuk menjualnya.

Akan datang ini saya berhasrat untuk membuat kelas rekacipta dan bukan seperti asas elektronik yang sebelum ini. Dalam kelas tersebut saya akan sampaikan ilmu saya dan tunjukkan beberapa alatan yang pelik pelik termasuklah alat pengesan harta karun dan alat penggalak tenaga manusia. Pastinya menarik. Apa yang penting adalah ilmu yang ingin saya sampaikan. Kena bayar atau tidak itu anggaplah sebagai pelaburan. Yang penting adalah ilmu yang akan saya sampaikan.

Anggaplah saya ni seperti orang biasa biasa saja. Tiada yang istimewa. Cuma ada ilmu sedikit yang nak dikongsikan. Insyaallah ilmu saya sedikit berkenaan rekacipta elektronik hardware dan programming serta elektronik secret profile.
Dalam blog elektronik saya lebih suka tunjuk projek yang simple seperti projek LED running light, LED kelip kelip dan beberapa sensor yang simple. Memang saya minat ke situ. Walaupun ringkas tetapi saya suka. Projek berkaitan dengan LED lah yang paling saya gemari. Oleh itu ramai yang lihat saya post artikel berkenaan dengan LED. Walaupun sekarang sudah ramai yang jadi otai otai dalam elektronik, dengan pelbagai kombinasi litar projek yang hebat, serta beberapa alatan pengesan yang nampak canggih. Tahniah saya ucapkan kepada semua. Saya lebih suka berdiri di belakang tabir sahaja. Jadi pemerhati adalah keutamaan saya.

Ok semoga berjaya.

Sabtu, 2 Mei 2015

Perancang Perjalanan yang fail

Assalamualaikum dan salam ceria.

Memang benar  perancangan awal itu penting. Jika tidak, akan terjadi pelbagai masalah kecil atau pun besar. Merancang perjalanan tidaklah terlalu sukar. Bukan memerlukan proses yang rumit. Memadai membuat persediaan saja sudah cukup.

Namun pun begitu, kadang kala kita mudah terlupa dan lalai dengan semua ini. Sehinggakan terlupa untuk membuat perancangan awal. Bagi sesetengah orang tidak perlukan perancangan yang rumit sehinggakan membebankan kepala. Hanya simple simple saja. Tapi jika sudah berlaku masalah, macam macam alasan dan kekesalan yanag akan diungkapkannya.

Begitu juga kepada saya yang boleh dikatakan sentiasa memerlukan perancangan untuk melakukan apa saja kerja dan tugasan setiap minggu. Namun seperti yang saya katakan tadi, ada masanya kita lupa dan lalai. Bila dan lupa untuk merancangan, dan dijadikan cerita, masalah pula timbul selepas itu.

Baru baru ini saya tersilap untuk merancang perjalanan. Perancangan untuk ke tempat jauh tidak dibuat booking hotel. Kemudian perancangan masa perjalanan juga tidak ditetapkan waktunya. Dan kebetulan pula di tempat yang hendak dituju ini terdapat beberapa program keramaian seperti karnival, expo, pertandingan untuk orang ramai dan sebagainya lagi. Jadinya, semua hotel penuh. Masalah besar saya tidak dapat tempat untuk menginap. Masa juga suntuk dan masa dihabiskan untuk mencari hotel saja. Akhirnya, tugasan saya pada hari tersebut tergendala keselurahannya.

Akhirnya saya balik saja dan pergi ke tempat lain untuk tugasan hari esoknya pula. Bila sudah jadi begini, cepat cepat saya membuat perancangan untuk keesokan hatinya pula.

Selasa, 28 April 2015

Mencari yang benar

Dah macam tajuk novel atau drama tv pula. Memang sekarang ini sedang mencari kebenaran. Kebenaran sesuatu yang sudah lama menghilang. Ada kalanya saya merasakan seperti bosan dan hampir putus harapan. Namun akal ni cepat cepat bertindak mengikut arahan.

Pada post yang terdahulu, dari 7 ke 6 tahun lalu, saya ada berceritakan mengenai sesuatu yang majoritinya tidak terlintas difikiran. Ada juga setelah membacanya orang mudah melenting dan mengatakan ianya tidak masuk akal. Malah ada juga yang memperkecilkan tindak tanduk saya.

Maaflah jika jiwa anda semua tak stabil disebabkan ungkapan saya yang tak masuk akal. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan Dialah yang Maha Merancang. Perancangan Allah itu sangat sempurna. Apa pun saya sangat suka tindak balas anda yang tiba tiba melenting dan menganggap saya sebagai seorang yang terkeluar dari pemikiran sebenar.

Saya bebas untuk berfikir. Saya juga bebas untuk mendengar pemikiran orang lain. Namun tak semudah itu untuk saya bulat bulat terimanya atas sebab pegangan kepada syariat islam yang mempunyai batas batasnya. Dan juga pasti yang akan tidak mengerti serta pelik dengan cara pemikiran saya seperti sukar untuk diterima akal. Tanggapan saya ianya sudah mencapai tahap pemikiran tinggi. Dan capaian tersebut memang tidak boleh dibawa sekali bersama sama dengan pemikiran pembaca.

Selepas saja mereka membaca tulisan saya ini pasti ada yang akan memberi hujahan sendiri. Baik secara terus mahupun berkata di dalam hati. Dan majoriti juga akan berkata Allah lah sebaik baik yang patut kita cari. Ya, benar.

Kesimpulannya kini, saya benar benar belum menjumpai sentuhan emas yang akan mengubah sesuatu. Semoga Allah memberikan kejayaan dan penyelesaian.

Ahad, 26 April 2015

Kerja kajian tempatan

Assalamualaikum dan salam ceria. Bertemu kembali setelah sekian lama saya tidak update blog-blog dengan info-info yang menarik. Bukanlah bermakna saya tiada apa-apa maklumat yang hendak diceritakan tetapi ianya berkenaan dengan masa.

Jadi jika saya memberikan alasan pada masa, bermakna mesti ada juga yang akan terfikir saya jenis orang yang tidak pandai menguruskan masa. Atau pun saya boleh katakan yang saya malas nak update. Jika itulah yang saya katakan bermakna orang akan fikir saya jenis yang memang malas. Oleh itu, saya pun tak bolehlah fikirkan apa yang orang lain akan fikir terhadap saya. Betoi tak? Kalau tidak, saya hidup hanyalah berpandukan kepada apa yang orang fikirkan terhadap saya.

Pada tahun 2015 ini ada rakan rakan yang mengatakan ianya tahun bertuah. Tahun yang memberikan rezeki yang melimpah ruah. Atau tahun yang paling Ong. Terpulanglah. Apa yang pasti bagi saya adalah Rahmat dari Allah lah jua yang memberikan segala galanya. Dan kita pula perlu menerima dan bersyukur atas apa saja yang Allah berikan.

Sejak dari awal tahun sehinggalah ke hari ini (di saat saya update blog ini) saya telah banyak kali membuat beberapa ujikaji sendiri di dalam lab peribadi saya. Semuanya semata mata untuk menghidupkan atau nak bagi jadinya satu alat berkenaan dengan tenaga. Tenaga yang dimaksudkan ini adalah tenaga elektrik. Bukan tenaga batin atau pun tenaga dalaman, mahu pun tenaga kinetik. Ya, tenaga elektrik yang dijana dengan cara laun selain dari sumber TNB.

Kajian dibuat atas permintaan. Bukan buat suka suka saja. Dan ianya disediakan dana yang banyak sekiranya berjaya dan berfungsi seperti yang diharapkan.  Namun sehingga ke hari ini ianya masih tergantung dan tidak mencapai target seperti yang diharapkan. Tapi bukan bererti ianya gagal, cuma sedikit perkara yang tidak dapat dicapai sehinggakan terdapat kekurangan dalam ujikaji tersebut. Saya agak tertekan sedikit kerana hal ini tetapi masih tidak akan mengalah.

Namun begitu saya masih berusaha buat yang terbaik. Jika ada rezeki lebih,  syukur Alhamdulillah. Apa pun saya tetap bersyukur walaupun apa yang saya terima.

Khamis, 8 Januari 2015

Nak lari... lariiii

Assalamualaikum dan salam ceria. Tak kisahlah apa pun keadaan kita sekarang ini. Yang penting happy dan sentiasa dalam keadaan ceria. Apa yang kita fikirkan akan menjadi panduan dalam kehidupan kita. Umpama doa untuk kita juga. Jika difikirkan baik maka baiklah jadinya. Dan akan berlaku disebaliknya pula.

Walau macam mana happy pun kita, ada masanya kita akan berasa down. Ye down. Bukan up and down tapi down. Sudah pastinya kita akan berasa kecewa. Rasa menyesal dan kesal.

Jadi apakah motifnya saya berkata begitu? Tiada apa yang hendak saya tumpukan pada satu satu hal. Hanya sekadar tumpang lalu saja. Apa yang berlaku ianya sudah terjadi. Dan apa yang terjadi ianya sudah berlaku.

Setelah lamanya saya mengambil masa untuk membuat pemerhatian dan begitu lambatnya saya membuat rumusan, akhirnya sudah sampai masa penghujungnya. Penghujung kepada keputusan muktamad. Saya telah memerhati pelbagai jenis aktiviti, kerja, perancangan, tindakan dan keputusan sesuatu perancangan sehinggakan ianya mengambil masa yang agak lama. Lamanya hal tersebut kerana atas kesilapan saya juga. Terlalu banyak perkara yang tidak penting yang saya ambil hal sehinggakan banyak masa dibazirkan.

Jadi apakah targetnya? Target dan tujuan ada tapi saya tak perlu katakan di sini. Cukup sekadar kiasan dan bunga bungaan saja. Selebihnya rakan rakan fikirlah sendiri. Jika baik yang disangka maka baiklah perjalanannya. Jika buruk yang disangkanya maka busuklah keseluruhannya.

Apa yang berlaku pada masa lepas banyak memberikan kepada saya pengajaran yang berguna umpama seorang guru yang banyak ilmunya. Jika saya ambil pengajaran yang berguna maka bergunalah ia. Jika saya abaikan maka terabailah ke awang awangan.

Yang pastinya ada beberapa hal. Yang agak penting dan yang terlalu berguna. Keluaran buku saya terdahulu yang pernah diterbitkan. Hanya perlukan edisi pengeluaran cetak yang terkini. Hampir 80% siap dikemaskini bersama dengan buku terbaru. Penerbit luar tiada. Hanya diri ini yang bertanggungjawab dalam semua hal penulisan dan penerbitan. Minta tolong orang mahir sudah pasti perlukan money. Money nak dapat bukan semudah A B C. Jadinya guna money sendiri. Memang lambat siap janji puas hati.

Seterusnya hal inventory yang tak berapa thory. Masalah dalam dan luaran. Jadi perlukah saya menunjukkan rasa kesal di sini? Tak perlu bagi rakan rakan tapi perlu bagi saya. Silap saya juga tak ikut cara omputeh buat kerja. Tak buat jurnal, tak ada penulisan. Hanya ingat dalam kepala. Tiada rekod dan tiada teori serta pengiraan. Buruknya pada saya sebab orang lain susah nak percaya apa yang saya buat, hasilkan dan cipta. Prototaip ada depan mata pun tak guna kalau pengiraan matematik dan tulis tulis teori tak ujud. Jadilah saya ni seorang inventori try and error. Try jadi menjadi, try tak jadi terus melingkup.

Bila hal ini berlaku dan banyak kali kena, saya nak tarik balik semua sekali apa yang sudah saya buat terutama sekali pada hal prototaip. Ada prototaip boleh dapat dana, katanya . Dana tak dapat sekali dapat buah Kana. Jadi saya nak buat produk terus. Tak perlu nampak macam pengemis lagi.

Saya sudah mula tulis jurnal dan rekod segala teori data pengiraan apa yang saya buat. Insyaallah apabila siap dan cukup puas hati, saya akan mengajar dan sampaikan ilmu yang Allah kurniakan ini kepada semua orang. Biar orang lain amalkan pula dan juga.

Free energy device yang berjaya dihasilkan akan diprodukkan secara berperingkat peringkat. Insyaallah semua orang tidak akan perasan akan hal ini. Secara berperingkat produk akan dihasilkan dan semua orang tak akan sedar. Free energy device akan dipecahkan kepada beberapa cabang dan bahagian. Jumlah bahagian dirahsiakan. Setiap satu bahagian akan mendapat 58% fungsi dari free energy device. Peratusan selebihnya adalah keadaan normal. Dan salah satunya akan berada dalam alat metal detector baru. 87% hampir siap binaan metal detector ini dan selepas siap saya akan lari meninggalkan salah satu carier saya.