Sejak dua menjak ini kesihatan aku agak terganggu dan kurang memuaskan. Demam, sakit-sakit badan dan macam-macam lagi mula terasa. Namun kerja tetap diteruskan walaupun agak slow tetapi dengan adanya pembantu, kerja masih boleh diteruskan. Maklumlah kerja guna otak ni banyak guna tenaga berbanding kerja menggunakan kerahan fizikal.
Aku boleh bezakan kedua-dua keadaan ini. Sebab dahulunya aku pernah bekerja berat dan menggunakan hampir 100% kerahan tenaga berbanding sekarang ini banyak guna otak. Lebih 10 tahun dahulu aku pernah kerja buruh, pernah kerja pemotong rumput (ala ninja) dan jaga lanskap. So kerja tu memang menggunakan fizikal dan ianya memenatkan. Namun penatnya seketika sahaja selepas berehat beberapa minit dan boleh sambung kerja semula.
Tidak seperti sekarang ini, aku banyak guna perahan otak dan tenaga yang digunakan sangat besar dan cepat penat. Jika tersalah kawalan, aku akan mudah dapat stress yang melampau. Bila kita stress, so macam-macam boleh jadi. Macam-macam penyakit boleh dapat. Sesak nafas la, sakit kepala la, gastrik la, malah sakit jantung pun boleh dapat. Ini serius aku katakan sebab ini pengalaman aku dan bukan dengar dari cerita orang.
Tapi kini Alhamdulillah aku dapat mengawalnya dengan baik. Apa yang penting kena jaga pemakanan, tingkah laku, jaga pemikiran dan yang paling penting sekali adalah urusan agama. Sebab dalam Islam juga telah mengajar kita cara mengawal stress dengan baik. Ikut sunnah Rasulullah. Ikut bagaimana Nabi kita kawal stress.
Aku kini banyak menjaga cara pemakanan. Ikut sunnah nabi, ikut panduan doktor, ikut kata pakar dan sebagainya. Pemakanan yang aku ambil hampir berpandu kepada kesesuaian kelas darah aku. Makan makanan yang berkhasiat untuk minda dan ambil makanan tambahan seperti Ginko, susu kambing, pati halia dan lain-lain lagi. Selalu elak dari makanan yang tidak perlu aku ambil. Dan yang paling penting aku berserah kepada Allah.
So, baru-baru ini aku baru balik dari Kuala Terengganu atas urusan kerja dan projek research group aku. Dalam perjalanan ke sana banyak tempat persinggahan. Maknanya aku andaikan ianya sebagai melancong juga la. Jadi, aku tidaklah stress memikirkan hal kerja sangat. Sepanjang perjalanan ke sana, aku masih jaga pemakanan walaupun selalu singgah untuk makan. Maknanya walaupun kerap makan tapi masih memilih makan yang terbaik dan berkhasiat. Minuman berais memang tidak sentuh langsung. Hanya minuman panas dan suam sahaja.
Di Terengganu aku singgah di dua tempat yang penting seperti di Chukai dan Gong Badak. Itu atas urusan kerja dan projek. Manakala tempat-tempat lain pula adalah sebagai tempat melancong sahaja. Saja nak reformat otak dengan hal-hal yang indah dan baik-baik. Apa pun ekspidisi kali ni memang menyeronokkan dan berbaloi sebab objektif tercapai.