Translate

Rabu, 11 Ogos 2010

Selamat menyambut Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua. Nampaknya bulan puasa sudah pun tiba. Cepat benar masa berlalu. Tempoh masa yang terlalu cepat dan pendek. Apa pun aku ucapkan selamat datang kepada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Rugi kepada sesiapa yang tidak merebut peluang mencari pahala sebanyak-banyaknya. Sama-samalah kita usahakannya.

Bila tiba bulan puasa ini, macam-macam yang ada. Pasar Ramadhan la, jualan murah sana sini la dan macam-macam lagi. Bagi aku semua itu biasa je sebab setiap tahun memang macam tu. Cuma tahun ni makanan untuk berbuka puasa kena control dan tukar cara pemakanan yang lebih baik untuk kesihatan tubuh badan. Seperti setiap tahun, menu bubur lambuk Taman Mesra Kajang memang tak miss. Hari-hari ade. Tapi takde la makan hari-hari. Ada hari tertentu je.

Syukur sebab Ramadhan sudah tiba. Aku harap bulan puasa ni masalah kesihatan aku dapat dikurangkan dan berharap sangat penderitaannya akan hilang. Ambil barakah dan kebaikan dari bulan Ramadhan, Insyaallah.

Pada bulan puasa ni juga, jadual kerja aku telah berubah dan banyak dilonggarkan. Hanya banyak buat kerja-kerja production berbanding kerja R&D. Sebabnya kerja R&D banyak guna tenaga pada bahagian otak, jadi badan aku cepat lemah. Jika tidak, mungkin kerja R&D dibuat sebelah malam selepas solat terawih.

Selamat menjalani ibadah puasa. Puasa tu puasa juga... solat 5 waktu jangan lupa. Wajib tu dan berdosa besar kalau ditinggalkan dan puasa pun takde makna. Salam Ramadhan. :-)