Translate

Jumaat, 27 Ogos 2010

Apabila Lab aku jadi stor

Salam semua. Nampak gayanya puasa kita sudah melalui semester kedua dan makin hampir ke semester ketiga pula. Terlalu cepat masa berlalu dan terasa amat sayang sekali kerana har-hari Ramadhan semakin berkurang bilangannya. Jika korang merebut peluang untuk beribadat bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan ini ianya adalah usaha yang sangat disukai Allah dan layak menerima ganjaran yang besar.

Aku seperti ini juga. Aktiviti pada bulan Ramadhan ini kurang aktif berbanding hari-hari lain. Tetapi tugas tetap jalan juga. Baru-baru ini barang yang aku order yang hampir sebulan sudah sampai. Kalau ikutkan item-item yang aku terima bukanlah susah nak dapat tetapi masa yang aku terima ini terlalu lama sangat. Sehinggakan mengganggu jadual kerja aku dan juga menyebabkan banyak perkara terganggu.

Jadi apabila barang-barang ini telah dapat, masalah lain pula timbul. Tiada tempat untuk meletak dan menyimpan barang-barang ini. Untuk sementara aku letak dalam lab. Setelah selesai susun dalam lab, rupanya tak ubah seperti stor. Maknanya amat susah untuk bergerak sebab barang yang banyak menyebabkan ruang menjadi sempit. Nak tunggu lab baru siap, tak tau bila pulak? Banyak perkara berkaitan dengan urusan dokumen syarikat dan masalah urusan pengaturan syarikat masih belum selesai sehingga mengganggu jadual perancangan aku. Terima kasih kepada beberapa pelabur yang memahami dan setia mengikuti perkembangan projek aku. Yang lain tu terpaksalah aku guna wang simpanan peribadi untuk pembayaran balik nanti sebab dah over due walaupun production masih belum bermula kerana masalah lokasi yang masih dalam proses.

Produk terbaru akan keluar tetapi maaf jelah sebab memang korang tak nampak pun produk tu sebab tidak diwar-warkan di sini. Ini sebab perjanjian dengan pelabur. Melainkan pelabur itu sendiri nak aku promosikannya. Apa pun aku tak kisah dan aku ni suka berlembut (tapi jangan ingat aku ni lembik pulak.. huhuu).

Lepas raya ni mungkin jadual agak padat sebab dah mula buat kursus rekacipta elektronik. Kepada Bro Jimi, minta tolong uruskan perkara ini dan banyak-banyak terima kasih kerana berusaha menjayakannya. 25 persen..... huhuhuu....

My partner aku sorang lagi ni ajak aku sertai siri realiti tv berkaitan dengan rekacipta inovasi yang akan keluar tak lama lagi di tv. Berminat sungguh dia nak aku masuk. Aku pun entah la. Macam kurang berminat. Jadi aku suruh la dia yang masuk. Nanti aku bagi la projek apa yang boleh dia tunjukkan nanti. Untung-untung dapat dalam 5 finallist pun dah ok dah. Boleh la tumpang glamour... jika diizinkan....