Assalamulaikum. Salam hormat dan salam 1 Malaysia.
Bulan Ramadhan akan datang tidak lama lagi. Jadi eloklah kita bersiap sedia untuk menghadapinya dengan hati yang penuh dengan kesyukuran. Pastinya pelbagai rancangan telah pun disusun atur menjelang Ramadhan nanti terutama sekali kepada para peniaga-peniaga pasar Ramadhan. Tidak ketinggalan juga kepada kita yang seharusnya bersedia dari semua aspek rohani dan jasmani. Apa yang penting adalah amalan sepanjang bulan puasa nanti.
Pada aku sendiri sebenarnya banyak perkara yang perlu aku rancang dan buat. Terutama sekali pada kerja aku. Banyak perubahan yang perlu aku buat kerana perancangan sebenar telah banyak terpesong dari keadaan sebenarnya. Begitulah khabarnya banyak terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang sememangnya tidak dapat dielak.
Aku sebagai manusia yang hanya tahu merancang tetapi Allah jua yang sebenar-benarnya Maha Mengetahui baik dan buruknya. Selain dari berusaha melakukannya setiap masa, adakalanya tidak semua yang kita mahukan akan tercapai. Pengalaman lalu menjadi sumber inspirasi dan mengajar aku selok-belok kehidupan. Bukan takdir yang perlu dipersalahkan tetapi diri kita sendiri yang menjadi punca dan penyebab.
Ikut pada kertas kerja yang aku buat awal tahun ini sebenarnya kedudukan aku pada masa kini sudah berada di tahap yang terakhir. Di mana pengeluaran telah berjalan. Namun tiada alasan yang boleh aku buat melainkan jika menyalahkan orang lain yang menjadi penyebabnya. Tapi apalah hak aku untuk menuding jari atas apa yang telah berlaku. Yang terjadi tetap akan terjadi. Bermakna bukanlah aku berhenti di situ dan memikirkan kenapa ianya berlaku. Sampai bila pun tak habis.
Kini aku menyusun rancangan baru bersesuaian dengan kelewatan yang sedang berlaku. Jadi aku perlu memahami situasi sekarang yang aku hadapi. Bagi orang lain alasan aku ini bukanlah masalah mereka. Walaupun itulah sebenarnya berlaku. Seperti yang lalu-lalu, aku perlu bersabar seperti biasa. Dan aku minta maaf jika janji yang pernah aku katakan tiba-tiba berubah serta-merta. Minta maaf aku kepada semua para pelabur atas kelewatan ini. Puncanya adalah tempat R&D dan tempat untuk produksi masih belum siap dan masih dalam proses renovasi dan pengurusan pihak berwajib. Apakan daya, ianya bukan atas kuasa aku, melainkan aku sentiasa mendesak supaya dipercepatkan.
Bulan puasa makin hampir. Dalam perancangan produksi sepatutnya sudah bermula sebelum menjelang Ramandhan. Barang-barang yang dipesan juga masih belum sampai-sampai lagi atas alasan kelewatan penghantaran dari Hong Kong, Taiwan dan sebagainya lagi. Insyaallah pada awal puasa barang-barang akan sampai dan boleh digunakan untuk R&D. Jadi, untuk bulan puasa ni, aku terpaksa kurangkan aktiviti berfikir yang keterlaluan seperti sekarang dan sebelumnya. Ini mengelak dari badan aku yang cepat letih dan lesu. Tau-tau jelah, kalau aku buat kerja yang memerlukan pemerahan otak, badan aku cepat letih dan untuk kekal segar aku akan banyak minum air dan makan makanan tenaga. Jadi, untuk bulan puasa nanti, aku kena kurangkan aktiviti tersebut dengan memperbanyakkan aktiviti amali seperti penyediaan produk. Begitu juga dengan pembantu aku yang akan bekerja di lab dia sendiri yang baru dibuat. Ini memastikan kerja masih bergerak walaupun pada suasana tempat yang berlainan.
Selamat menyambut bulan Ramadhan...