Lama sudah aku tak update blog ini dan beberapa blog lain. Kali ini terpanggilnya aku untuk update blog ini semata-mata untuk mengisi ruang dan bercerita mengenai sesuatu. Sesuatu yang perlu aku bincangkan dan nyatakan untuk pengetahuan umum. Lebih-lebih lagi kepada kawan-kawan semua.
Tiada apa yang penting, cuma nak bercerita seba sedikit mengenai aktiviti yang telah aku tempuhi lewat ini. Agak penat sikit badan aku ni jika dihitungkan dengan kerja-kerja harian yang aku lakukan siang dan malam. Tapi apa pun aku bergerak secara senyap seperti menyusuri semak samun di waktu malam bagaikan ingin membuat satu serangan hendap terhadap musuh. Semua tahu aku bergerak solo sekarang dan kurang berususan dengan orang lain. Tapi itu adalah permulaan sahaja. Sampai satu masa aku bergerak secara kumpulan yang sedang aku bina di kala ini ramai orang tak nampak.
Pada masa aku bekerja menlakukan pelbagai tugasan, ada masa juga aku dikacau dengan beberapa tugasan lain dari orang luar. Bukan bermaksud mereka ini mengacau, tetapi ianya antara tugasan aku juga yang tidak kena-mengena dengan senarai kerja aku. Apa pun aku tetap happy. Namun, badan tetap penat. Lepas ni nak pergi urut badan.
Isu metal detector atau gold detector belum reda lagi. Permintaan amat menggalakkan buat masa ini. Aku pula tidak henti-henti upgrade alat penting ini setiap masa. Bagaikan nak pecah kepala dan memerah keringat semata-mata untuk meningkatkan lagi keupayaan alat tersebut. Alhamdulillah, ianya semakin mencapai KPI yang ditetapkan. Dalam kesibukan itu juga aku mencuba-cuba keluar untuk menguji alat tersebut dan kebetulan aku dipanggil untuk satu xpdc cari gali. Percubaan pertama tidak medatangkan hasil kerana keadaan geografi yang sangat mencabar. Jadi, percubaan seterusnya akan disusuli nanti.
Kini aku sudah mendapat rentak. Bermula dari R&D sehinggalah kepada mengumpul komen dari pelanggan yang mencuba alat tersebut, kini aku sudah pun berjaya hasilkan alat pengesan 3 versi, versi regular, versi pin point dan versi deep seeker. Paling popular adalah versi regular seperti yang biasa aku tunjukkan. Manakala versi pin point aku akan berikan percuma kepada semua pembeli versi regular. Untuk versi deep seeker pula kurang sambutan kerana pengesanan yang terlalu dalam dan saiz yang agak besar dan juga bentuk yang pelik.
Itu mengenai alat pengesan. Alatan lain juga tidak kurang juga. Tapi kebanyakan aku masih jalankan R&D untuk semua alat. Menguji dan mencari kelemahan semua produk. Kemudian fikirkan untuk upgrade. Semua proses ini berlaku setiap masa. Jika satu produk itu siap dan sudah dikomersialkan, proses upgrade tetap berterusan. Tidak pernah berhenti.
Insyaallah, dalam masa terdekat ini aku akan setup team baru bahagian marketing. Pada masa ini masih dalam perbincangan dan proses setup sedang berjalan. Manakala bahagian pengurusan juga akan ditubuhkan dan pihak yang diberi tanggungjawab adalah En. Jimi. Itu pun sedang dalam perbincangan rancak. Aku harapkan semua rancangan ini berjalan dengan lancar dan berjaya.
Masa ini juga aku terima banyak permintaan dari beberapa student yang telah melawat blog myenik. Insyaallah, aku akan cuba bantu selagi ianya tidak mengganggu kerja aku sekarang ini. Apa pun aku cuba juga untuk luahkan masa dengan mereka ini yang inginkan maklumat dan pertanyaan. Ada kalanya masa yang terhad membuatkan aku susah untuk membuat perjumpaan dengan mereka ini dan ianya tidak menentu. Begitu juga dengan hal-hal lain seperti penghantaran barang, pengambilan barang dan sebaginya lagi. Aku banyak upah orang luar dan ada kalanya aku pun tak tau apa yang terjadi. Oleh itu aku rancang untuk tubuhkan team aku sendiri (macam pekerja aku la) yang boleh jalankan tugas yang diberikan. Kertas kerja telah siap dibuat dan menantikan meeting seterusnya nanti.