
Bulan puasa ini tidak bermakna aku kena duduk dalam lab atau rumah sebab tak nak rasa penat kerana berpuasa. Tidak kisahlah di mana kita duduk sekali pun. Penat atau letih itu kita boleh rasainya juga. Duduk di rumah saja pun boleh rasa penat malah rasa lapar yang cepat. Begitu juga jika kita lakukan kerja di luar dan melakukan kerja dengan penuh penghayatan sehinggakan tidak rasa lapar atau dahaga yang keterlaluan. Ianya adalah benar kerana aku dahulu pernah menghadapinya. Kebetulan pula masa itu aku kerja sebagai pemotong rumput kontrak. Agak-agaknya la, mesti ada yang fikirkan orang kerja-kerja berat seperti itu tidak mampu untuk berpuasa kan? Ya memang betul tetapi tidak semua. Puasa bukanlah alasan untuk kita tidak melakukan kerja berat.
Apa yang aku boleh bandingkan antara kerja berat dengan kerja yang banyak menggunakan akal fikiran adalah, kerja yang menggunakan akal fikiran adalah lebih cepat penat dan memerlukan rehat yang mencukupi pada bulan puasa ini. Inilah yang aku lalui dan rasai. Jadi bagaimana pula kerja yang menggunakan kedua-dua kuderat pula? Korang fikirlah sendiri....