Mungkin ada yang rasa hairan apa yang menjadikan ia lorong yang salah. Aku pun hairan juga. Tapi tak mengapalah sebab aku sudah usaha dan untuk tahun depan aku cuba lagi. Cuma mungkin aku mula awal pada tahun ini dan kebetulan aku punya pelabur sudah pun tengok perkembangan projek aku baru-baru ini. Apa pun aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada pelabur yang memahami tugas aku dan perancangan aku waktu ini. Maknanya aku cakap sekali sudah cukup. Tak perlu untuk aku ulang banyak-banyak kali alasan yang sama. Nanti terganggu fikiran aku dan tugas aku yang tak seberapa ini. Memang terbaik...
Kepada Abang Fared teruskan usaha menaik taraf hydrogen car dia. Controller yang dia suruh aku reka tu pun sudah siap lama cuma belum ada kesempatan untuk ke lab dia di Damansara. Ada rezeki aku sampailah di sana. Begitu juga dengan Producer Shahrizan yang sudah lama aku tak pergi office dia. Dah banyak kali berjanji tapi aku pulak banyak kali bertangguh. Sibuk dengan urusan yang tidak seberapa ini. Kepada member-member yang ingin sangat berjumpa dengan aku, harap maaf sebab aku terpaksa jadi halimunan sekejap. Sampai masa aku muncul dengan suasana yang sangat drastik sekali. Jangan risau pasal aku.
Jika ada rezeki, insyaallah awal tahun hadapan akan termeterai MOU dengan IYC (International Youth Center) berlokasi di Cheras. Perjanjian bekerjasama dengan pihak IYC untuk mengadakan program kepada belia-belia rakan muda yang lebih cenderung kepada inovasi. Untuk masa-masa tertentu setiap bulan aku akan buat seminar dan kursus mengenai inovasi kepada belia-belia. Projek ini disokong sepenuhnya oleh kerajaan dan kementerian belia dan sukan. Memang terbaik dan projek ini dibantu oleh 2 pembantu setia aku yang sangat setia.
Last sekali mengenai R&D terbaru aku. Aku telah memulakan semula R&D green technology yang ditangguhkan 5 bulan lalu. Memang kelam kabut dan kepala otak selalu panas sebab processor dalam kepala aktif sangat. Jadi faham-faham jelah ye. Aku tidak suka diganggu. Jika ada urusan, silalah berhubung dengan PA aku dahulu.
Apa produk terbaru? Buat masa ini tiada produk terbaru akan keluar tetapi beberapa produk terbaru tersebut sudah standby untuk dikeluarkan nanti (mungkin selepas siap R&D yang terbaru). Antaranya seperti, door knob alarm, mesin terapi, penghalau serangga dan binatang perosak, lukah elektronik, beat frequency oscilator metal detector, emf detector meter, regulator untuk motorsikal dan kereta, smart blinking car brake lamp dan lampu solar taman versi baru.