Langkau ke kandungan utama

Sudah perhujung tahun...

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam ceria. Nampaknya kita sudah hampir ke penghujung tahun 2010. Cepat masa berlalu sehinggakan terleka yang kita ni sudah berada di penghujung tahun 2010. Aku serba sedikit merasai pelbagai kenangan manis mahu pun pahit sepanjang tahun 2010 ini. Ianya menjadi tanda-tanda yang bermakna bagi aku untuk dijadikan pedoman dan panduan untuk meneruskan lagi perjalanan kehidupan di muka bumi ini.

Sungguh bertuah rasanya jika Allah memberikan hidayah dan petunjuk dalam kita menempuhi kehidupan di dunia yang fana ini. Namun kehidupan perlu diteruskan walaupun kita tidak mengetahui apakah yang akan berlaku dan terjadinya pada masa akan datang. Ianya adalah satu perkara ghaib yang sememangnya kita tidak ketahui melainkan Allah.

Sepanjang 2010 ini banyak pengalaman yang menjadikan ia sebagai satu pengajaran. Mahu pun manis atau pun pahit, kedua-duanya sama ertinya dalam kehidupan. Apa pun Allah sebenarnya ingin menduga kita. Baik dan buruk itu adalah ujian dan dugaan dari Allah. Terpulang kepada kita untuk menghadapinya dengan macam-macam cara dan sebenar-benar anjuran adalah cara Islam yang benar.

Syukur Alhamdulillah kerana segala kenangan pahit yang aku lalui sebelum ini dapat memberi kesedaran dan impak positif dalam diri. Segala kesusahan juga sangat memberi kesan yang amat mendalam sehinggakan aku sedar yang aku ini adalah insan yang sangat lemah di sisi Allah. Tetapi aku sangat bersemangat apabila Allah menciptakan aku sedemikan rupa dengan sifat-sifat tersendiri. Segala kekurangan dan kelebihan itu anugerah Allah. Syukur.

Sudah terlalu lama aku berkecimpung dalam dunia rekacipta elektronik ini sejak hampir 20 tahun lamanya. Sepanjangan perjalanan yang pernah aku lalui aku menempuhi 1001 macam pengalaman, perasaan, emosi dan juga penerimaan. Demi Allah, jika bukan dari pertolonganNya sudah pasti aku akan hilang punca dan arah tujuan. Dan paling penting sekali adalah sabar dan yakin. Nasihat untuk diri aku dan kepada rakan-rakan adalah kita mesti banyak bersabar dan yakin kepada Allah. Sabar menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan serta sabar menghadapi perjalanan hidup. Apa akan jadi jika kita tidak sabar dan tidak yakin pada diri dan Allah?

Tiada apa yang hendak aku katakan mengenai kejayaan sebab kesan dari kegagalan lalu banyak memberi impak yang besar dalam diri. Aku sedar kejayaan tidak kekal selamanya. Dan kegagalan adalah suatu yang mesti kita elak dan tidak perlu ditakuti. Kejayaan pula adalah satu anugerah dan tidak perlu dipermegahkan sehingga melampaui batas. Cukup sekadar sentiasa bersyukur kepada Allah.

Perancangan aku tahun ini kurang mencapai target yang ditetapkan. Ini kerana perancangan untuk buka produksi kecil tergendala atas sebab tertentu yang menyebabkan aku sangat kecewa seketika. Tapi Alhamdulillah sebab perancangan tersebut telah terlaksana kembali dan dijangka selesai awal tahun hadapan. Namun sesuatu yang tidak aku rancang pula mendapat hasil yang tidak disangka-sangka. Manakala penjualan produk semakin meningkat naik walaupun bahagian produksi belum ditubuhkan secara rasminya lagi. Insyaallah akan beroleh kejayaan kelak.

Kini perancangan aku untuk tahun baru sudah dibuat jalan kerjanya. Menantikan saatnya untuk dilaksanakan tanpa perlu menunggu saatnya tahun hadapan. Aku rasa sangat sibuk dengan kerja-kerja dan usaha aku untuk melaksanakan pelbagai perkara yang wajib untuk aku selesaikan dan juga beberapa perancangan baru yang muncul. Bagi para pelabur saatnya sudah hampir tiba, Insyaallah. Nantikan masanya dan aku sangat berterima kasih atas bantuan dari segi wang ringgit mahupun peluang yang diberikan. Sampai masanya Allah akan membalas dan memberikan hasil yang ditetapkanNya.

Tahun ini aku banyak mencuba sesuatu yang baru. Baru bagi aku tetapi mungkin tidak bagi orang lain. Namun ianya satu saat yang sangat berharga dalam diri yang sepatutnya aku tidak patut lupakan. Bagi aku kejayaan dan kegagalan itu merupakan lumrah dalam perjalanan kehidupan. Aku perlu pandai untuk menilai, memilih dan melaksanakannya. Segala tohmahan dan pujian aku serahkan kepada Allah semata-mata. Pujian untuk aku bukan milik aku mutlak tetapi milik Allah. Tohmahan dan kejian pula datangnya dari kesilapan aku. Aku akui selalu melakukan kesilapan dan pada masa yang sama aku cuba untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada. Bukan kufur tetapi berusaha.

Kini atas sokongan keluarga, rakan-rakan, kenalan-kenalan dan pelbagai pihak, serba sedikit dapat memberikan suntikan positif untuk aku bergerak selangkah lagi. Begitu juga dengan kritikan yang terpaksa aku lupakan seketika bagi memberikan peluang kepada aku memperbaiki kelemahan. Semuanya aku serah kepada Allah.


Insyaallah. Segalanya baru bermula. Wallahualam.

Catatan popular daripada blog ini

Konsep free energy

Mungkin ada yang salah anggap apabila dikatakan free energy di mana tenaga yang dijana adalah percuma semata-mata tanpa perlu penambahan dan juga perlu mengeluarkan kos untuk menghasilkan tenaga percuma tersebut. Inilah yang dikatakan free energy. Rata-rata yang beranggapan free energy sama seperti kaedah solar panel yang menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan tenega elektrik secara percuma. Begitu juga dengan kaedah tenaga angin melalui pemusingan turbin generator yang dipasang di tempat yang berangin tiup kuat. Bagi aku semua kaedah tersebut masih belum 100% free energy kerana ia memerlukan sokongan untuk mencapai jumlah tenaga yang diperlukan. Setelah lama aku membuat pemerhatian dan juga beberapa ujikaji serta teori berkaitan dengan free energy, ianya 100% boleh dilaksanakan. Tetapi ianya seolah-olah sukar untuk dilasanakan atau dijadi kenyataan. Ia bersangkut paut dengan sensitiviti pihak-pihak tertentu. Sebagai contohnya seperti terciptanya kenderaan elektrik atau kenderaan

Litar converter dan inverter

Bismillah... Assalamualaikum. Salam ceria. Adakah anda tahu akan litar inverter dan litar converter. Ok baik, kali ini saya sentuh bab agak advance sikit. Kepada yang baru mula belajar atau baru kenal komponen bab ini anda boleh baca dan ikuti. Jika anda sukar untuk faham itu tidak mengapa. Ini adalah sambungan dari topik solar panel sebelum ini. Persoalannya bolehkah solar panel yang bersaiz kecil berupaya untuk cas bateri yang mempunyai nilai volt yang tinggi seperti 12 volt? Jawapan saya adalah boleh. Bagaimana caranya? Dengan penambahan litar converter. Apakah litar converter dan inverter? Ada pelbagai versi jawapan. Saya akan terangkan dan anda boleh nilaikan sendiri. Litar converter berfungsi menukar nilai voltan masuk kepada satu nilai tertentu pada keluaran. Contoh voltan masuk 5 volt, keluaran pula 10 volt. Contoh lain, voltan masuk 8 volt dan keluaran pula 4 volt. Voltan biasanya adalah DC atau arus terus. Ada juga litar converter yang berfungsi menukarkan voltan positi

Selepas 2 Bulan, Inilah Hasilnya...

Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya ingin sharing sedikit mengenai system aquaponic dengan solar energy system yang telah saya hasilkan dan dibina melewati 2 bulan lalu. Tiada apa yang menarik perhatian jika rakan-rakan seorang yang biasa-biasa saja. Apa yang saya telah hasilkan ini memang nampak biasa saja. Setakat system akuaponik dan kemudian ditambah pula dengan system solar energy. Rata-rata orang akan katakan biasa-biasa saja. Ok, tak mengapa. Perkara kecil saja. Jadi pada kali ini saya berhasrat untuk berduskasi mengenai system solar energy ini secara terperinci. Yang mana maklumat yang saya ceritakan ini mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan panduan untuk yang memerlukannya. Hasil setelah dua bulan saya menguji system ini tidak mengecewakan. Ingat. Saya bukan nak menjual produk tapi sekadar menceritakan spec tentang system ini. Secara asasnya untuk membina satu system solar power memerlukan beberapa perkakasan penting. Jika pergi ke mana-mana perkakasan atau aks