Translate

Selasa, 27 April 2010

Teringin bercuti

Dalam kesibukan melakukan kerja-kerja duniawi ini, ada masa aku teringin untuk pergi bercuti. Cuma belum pasti bila dan di mana. Cuti yang sebenarnya cuti. Dan bukanlah cuti yang ada niat terselindung seperti pergi bekerja sambil bercuti. Memang ada hasrat untuk buat begitu tapi aku perlu satu waktu yang sebenar-benarnya pergi bercuti.

Tempat untuk merehatkan diri dan minda pula belum dikenalpasti lagi. Dan jauh atau dekat bukan menjadi persoalan, cuma tempat yang sesuai. Pernah sekali aku terfikir untuk masuk hutan atau panjat gunung. Bercuti dengan cara xpdc yang mencabar. Sekurang-kurangnya  ada juga kelainan tidak seperti yang lepas-lepas pergi bercuti kat hotel, mandi kolam, mandi laut, mandi air terjun dan seumpamanya. Tapi kini mungkin ada kelainan sikit untuk aku kerana sebelum mulanya projek besar akan datang ini, aku nak putuskan untuk pergi bercuti dalam hutan.

Kenapa hutan? Sebab kat Malaysia ni ada banyak hutan. Mungkin dalam dua tiga hari dalam hutan sambil memancing, bertracking dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Sambil-sambil tu boleh la cari idea untuk menyusun strategi untuk projek besar nanti. Sambil-sambil tu aku akan bawa alat detector aku juga la... Manalah tau ada rezeki yang tidak disangka-sangka... He he hee...