Assalamualaikum. Salam sejahtera, salam hormat dan salam satu Malaysia. Sudah terlalu lama untuk aku kembali semula ber'blogging' di sini setelah sekian lama melalui pelbagai pengalaman yang mengasyikkan. Bukan disebabkan kesibukan aku tidak update blog ini tetapi belum bersedia untuk menceritakan pengalaman selajutnya yang sangat bermakna sekali.
Kini aku mempunyai satu pekerjaan yang mengandungi pelbagai tugasan yang tidak putus-putus. Satu ucapan yang perlu dan wajib aku ucapkan... Alhamdulillah. Masih belum terlewat dan masih tidak terlalu awal untuk aku menceritakan serba sedikit pengalaman yang pernah aku lalui dan ianya dapat membantu aku dan rakan-rakan menilai dari pengalaman yang diberi.
Kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat aku ucapkan ribuan terima kasih kerana banyak membantu dan memberi sokongan padu atas usaha yang aku lakukan sehingga kini. Tanpa korang semua, mungkin aku tidak mampu untuk melangkah jauh malah setapak pun belum tentu. Kini aku memegang prinsip bekerja secara berpasukan walaupun berbeza bidang dan minat tetapi masih boleh bekerjasama untuk tujuan yang satu.
Sejak beberapa bulan sebelum ini aku banyak bergerak ke serata tempat yang dekat mahu pun yang jauh. Dahulunya aku banyak melakukan tugas berseorangan. Kini aku dibantu oleh seorang pembantu dan seorang rakan yang mampu melakukan tugasan tambahan yang diberikan. Semua perancangan yang dirancang pada mulanya agak goyah dan nampak kelam kabut. Tetapi dengan adanya pembantu dan pekerja, usaha dapat dijalankan dengan jayanya. Jadi, tiadalah kebocoran wang (ayat Dr. Azizan) yang selalu dirisau-risaukan.
Projek utama aku kini bersama dengan syarikat Global PalmTech SDN BHD yang mana kini aku menjadi salah seoarang lembaga pengarah syarikat dan pemegang saham nombor tiga. Tugas aku sebagai inventor dan product designer dalam syarikat. Kilang pengeluaran produk masih dalam proses penyediaan dan pembangunan dan dijangka siap pada awal tahun hadapan. Untuk tugasan permulaan adalah proses R&D produk. Untuk itu, lab lama aku digunakan dahulu untuk kerja R&D sementara menunggu lab baru siap pula.
So, kalo korang tengok pada web site http://www.myrekacipta.com/ tu adalah antara beberapa produk aku tapi sikit je. Insyaallah selepas proses R&D siap, banyak lagi produk baru akan keluar. Matlamat utama syarikat adalah pemasaran produk melalui projek kerajaan dan itu diuruskan oleh ahli lembaga pengarah yang lain. Tugas aku adalah pada R&D produk sahaja. Untuk sedia maklum, tugas aku dalam syarikat kini sudah pun bermula dengan jayanya.
Selanjutnya untuk syarikat Idea Ekstream Network pula, tugasan aku tertumpu kepada kursus rekacipta elektronik. Buat masa ini masih dalam proses untuk kerjasama dengan Pusat Belia Antarabangsa di Cheras untuk program kursus belia. So, aku punya part berkaitan dengan elektronik la... macam rekacipta dan seumpamanya. Dalam kursus tu juga aku buatkan satu kelainan yang menjadikan kursus tersebut lebih menarik dan tidaklah membosankan. Insyaallah... harap Allah izinkan semua perancangan ini berjaya.
Agaknyalah... macam mana aku dapat buat semua ini ya? Ramai yang tertanya tanya. Jawapannya adalah kuasa positif. Kita impikan dahulu dan kemudian kita buat. Percaya dengan apa yang kita buat dan kumpulkan kekuatan positif dalam diri. Satu lagi, banyakkan berdoa kepada Allah dan istigfar banyak-banyak sebab kita ni selalu berdosa. Tenangkan hati dan diri dahulu dan teruskan perjuangan. Ingat! Setiap perjuangan tidak semudah yang dijangkakan. Jika gagal sekali jangan putus usaha. Lakukan semula tetapi dengan cara yang berbeza. Insyaallah akan berjaya.