Translate

Jumaat, 6 Ogos 2010

Jaga pemakanan untuk kesihatan

Untuk menjaga kesihatan badan berpanjangan dan sentiasa berada dalam keadaan bertenaga, salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan setiap hari. Kita akan makan setiap hari apabila lapar dan pemakanan kita pula mengikut rutin harian. Mengenai hal pemakanan ini aku memang lebih mengutamakannya dan ianya penting. Tujuannya adalah untuk menjaga kesihatan badan agar badan aku tidak cepat penat dan lesu.

Memang dahulunya aku selalu macam tu, selalu penat dan lesu setelah buat kerja berat melibatkan urusan berfikir dan menjana idea. Tapi sejak melakukan kerja yang mencabar ini, setelah mengambil pemakanan yang betul dan teratur, Alhamdulillah, kelesuan secara mendadak sudah tiada lagi. Apabila badan lesu dan cepat penat, urusan kerja akan terganggu. Jika ini berlaku, biasa aku memang tak boleh buat kerja.

Jadi apakah makanan yang selalu aku ambil setiap hari, minggu, bulan dan tahun? Aku makan seperti orang biasa juga. Tiada apa yang istimewa seperti perlu banyak berpantang. Cuma tukar kelas pemakanan dan sedikit tambahan pemakanan saja. Hari-hari aku makan nasi. Cuma lauk saja yang aku perlu kawal. Bagi korang, tidak perlu ikut cara ini sebab cara pemakanan aku ini mengikut keserasian badan aku saja. Makanan seperti ayam, sea food, kekacang dan adalah yang lain-lainnya aku perlu elakkan atau kurangkan. Bukan bermakna tidak boleh makan, tetapi tidak berapa sesuai. Yang bagus untuk aku adalah daging kambing, susu, telur, sayur-sayuran (amaun yang banyak), pisang dan beberapa lagi. Semua senarai tadi adalah kelas yang sesuai untuk diri aku dan itulah yang aku makan selalu (bukan setiap hari).

Makanan tambahan lain setiap hari adalah Ginko Biloba, susu kambing, pati halia dan pisang. Makanan ini bagus untuk diri aku bagi mengekalkan tenaga minda dan menguatkan sistem saraf. Amalan ini bukan baru-baru ini aku amalkan, tetapi sudah lama sejak aku pernah mengalami masalah saraf dan masalah denyutan jantung peringkat awal. Alhamdulillah, setelah mengamalkan cara pemakanan yang betul, masalah lama yang pernah aku alami dahulu, sudah tiada malah bertambah sihat.

Jadi, untuk korang aku tak berani nak nasihat makan makanan itu ini atau seperti yang aku amalkan sekarang. Sebabnya kelas darah kita lain-lain (bukan kelas darah orang kaya, orang miskin, tapi kelas darah A, B, AB dan sebagainya) dan perlu bersesuaian dengan aktiviti harian kita.

Cara yang terbaik adalah cara pemakanan mengikut sunnah Rasullullah s.a.w. Ikut sunnahnya, Insyaallah akan berguna untuk diri kita. Dapat pahala, kesihatan kita terjamin. Nabi telah ajar dan tunjukkan cara pemakanan yang betul dan adap makan yang baik. Pada ajaran Nabi, pemilihan dan susunatur jenis makanan juga perlu betul bagi menjamin penghadaman yang sempurna. Ianya seperti kombinasi ikan, daging, ayam dan susu yang mana semuanya tidak sesuai dimakan sekali dalam satu hidangan kita. Kepala ikan dielakkan makan kerana terdapat satu urat pada bahagian kepala ikan apabila kita makan boleh menyebabkan kita menjadi pelupa. Dan banyak lagi yang perlu kita ketahui. Untuk mempelajarinya, rajin-rajinlah tanya ulama-ulama yang arif mengenai hal ini. Insyaallah hidup kita akan diberkati Allah. Kesihatan terjamin dan ibadah kita berjalan dengan lancar.