Translate

Isnin, 18 Oktober 2010

Berubah segalanya di sini...

Dalam menjalani kehidupan ini aku sering kali merasai pelbagai perasaan yang jarang sekali aku merasai sebelum ini. Mungkin juga kerana pengalaman yang jarang-jarang dilalui membuatkan aku rasa tidak begitu biasa dan agak kekok. Sejak dari bulan Ramadhan sehingga kini aku belum dapat update blog aku ini mahu pun blog-blog yang lain. Bukan sahaja disebabkan kesibukan tetapi banyak alasan lain yang membuatkan aku tidak dapat mengemaskini seperti biasa.

Aku masih lagi terasa kesedihan walaupun ke hari ini dengan pemergian atuk perempuan (nenek) aku selama-lamanya. Pemergian arwah sangat dirasai walaupun arwah pergi sebab sakit tua dengan umur yang sangat lanjut sekali. Bila dikenangkan kisah silam, zaman kanak-kanak adalah waktu yang paling dirasai aku bersama arwah. Itu hanyalah kenangan silam. Yang pergi tetap pergi. Tinggal aku yang ntah bila lagi.

Aku di dunia ini perlu meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah. Apalah sangat hidup di dunia yang penuh dengan kepalsuan ini dan pinjaman semata-mata. Jika dibandingkan dengan kehidupan kekal di akhirat kelak. Tiada yang bernilai di dunia ini melainkan amal takwa.

Apa pun tanggungjawab perlu diselesaikan juga sebagai satu kewajipan. Urusan kekeluargaan, pekerjaan, keagamaan dan pelbagai urusan penting lagi semata-mata kerana Allah perlu diteruskan. Melakukan apa jua urusan asalkan tidak terkeluar dari landasan agama, sudah mencukupi menjadikan kita berada di lorong yang betul dan tidak menyimpang jauh terhanyut entah ke mana.

Pada masa ini, aku masih lagi menjalankan projek lama dan ada juga beberapa projek baru. Semua ini kritikal dan membuatkan aku terlalu sibuk dengan urusan duniawi sehingga lajut ke waktu malam. Biar sibuk sekarang, sebab target aku untuk kurangkan kerja setelah urusan awal ini selesai. Memang nampak sukar untuk dilaksanakan walaupun atas kertas kerja nampak mudah. Tapi siapa yang mampu ketahui apa yang aku rasai kerana terlalu berat untuk dilaksanakan. Perancangan tetap perancangan. Merancang dan gagal, gagal merancang dan merancang dan berjaya adalah perkara biasa dalam tindak tanduk dan keputusan. Namun tidak semua apa yang dirancangan akan berjaya. Kerana tiada kejayaan tanpa kegagalan. Cuma jangan diulangkan lagi perkara yang sama.

Aku banyak membuat perancangan. Alhamdulillah ada yang berjaya dan ada juga yang kurang berjaya. Namun aku masih merancang dan selebihnya aku usaha dan menyerahkan semuanya kepada Allah. Adakah dengan merancang kita pasti akan berjaya 100%? Adakah benar jika kita gagal bermakna kita salah merancang? Adakah benar kita dianggap sebagai seorang yang tidak berbuat apa-apa sekiranya orang melihat kita gagal? Adakah dengan kejayaan kita pada hari ini kita anggap kita yang terbaik melakukan perancangan? dan menganggap orang yang gagal itu tidak pernah merancang? Adakah benar dengan usaha sekali itu akan membuahkan hasil yang besar? dan melihat orang yang gagal itu tidak sebagai berusaha? Adakah dengan hanya melihat kertas kerja sahaja terus menganggap orang tersebut telah berjaya?

Apa pun aku masih berusaha (merancang, bertindak dan tawakkal)...