Bukan itu sebenarnya yang ingin aku sentuh. Cuma sekadar pengetahuan dan pemberitahuan sahaja. Dan aku sangat terkilan dengan beberapa hal yang telah menimpa rakan-rakan aku yang mengalami kesusahan. Terkilannya sebab aku tidak mampu untuk membantu pada saat ini. Aku doakan semoga Allah memberi kemudahan dan memberi ketabahan di dalam hati supaya dapat menghadapi dugaan hidup.
Walaupun aku pun mengalami kesukaran, tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan kesusahan sahabat yang dahulunya selalu memberi dorongan dan pernah memberi pertolongan di kala aku susah dahulu. Dia tolong aku dengan ikhlas dan bukan dengan bersyarat bagai. Amat kasihan sekali apabila dia mengalami kesukaran hidup di tengah-tengah kemewahan kota. Namun diri dia sangat tabah menghadapinya dan di saat ini memerlukan bantuan dan pertolongan dari kawan-kawannya. Bagi aku, hanya doa dan kata-kata semangat sajalah yang mampu aku bagi.
Kami sekepala. Tidak timbul rasa iri hati atau ingin berlebih-lebih. Jika aku susah, dia bantu sikit. Kalau dia susah, aku bantu sikit setakat yang mampu. Dan tidak timbul 'kau hutang aku, aku hutang kau'. Sebabnya, dengan izin Allah ianya akan terbayar juga jika masing-masing ikhlas dan tidak ada perasaan iri hati membangga-bangga diri. Kita tidak tahu perasaan yang tersirat di dalam hati orang lain melainkan Allah memberikan connection antara satu sama lain. Asalkan kita ikhlas dan tidak timbul syak yang negatif.
Dunia ini bulat dan kecil. Tiada tempat untuk kita lari. Dan bagi aku, ke mana lagi untuk aku lari sebab aku sentiasa menunggu. Cuma cara aku yang tersendiri menghadapi sesuatu perkara menampakkan tekanan yang kuat sukar untuk orang lain baca. Pe'el aku pula hanya bercakap sekali. Begitu juga jika aku dengar ungkapan orang lain juga sekali saja. Tidak perlu diulang berkali-kali. Tidak perlu ditekankan banyak kali.

Insyaallah, kesenangan yang Allah bagi bukan untuk diri kita sahaja. Tetapi ianya dikongsi bersama. Apalah sangat jika dapat bantu sahabat aku yang susah tu dengan bantuan yang dapat meringankan beban dia. Apa pun tiada paksaan untuk memberi bantuan. Ikut kepada ikhlas di hati tanpa mengharapkan sesuatu pulangan walaupun ianya satu perancangan sahaja. Kita hanya mampu merancangan dan Allah sebenar-benarnya yang menentukan hasilnya nanti. Jangan marah jika orang yang merancang itu gagal. Setidak-tidaknya dia berusaha merancang, berusaha dan tawakkal.
Untuk isteri aku, terima kasih banyak-banyak sebab memahami kerjaya aku walaupun aku selalu bertapa dalam lab. Tanggungjawab kepada Allah dan keluarga aku tidak pernah lupa beb. Korang tak nampak jangan memandai buat cerita dusta.