Translate

Jumaat, 12 Disember 2008

Jaga kesihatan banyak cara

Pada kali ini aku nak sentuh sikit pasal kesihatan. Tapi jangan la korang fikir aku ni orang yang paling sihat dan menjaga kesihatan sepenuhnya. Aku macam orang lain jugak. Ada kalanya terlepas pandang dari segi menjaga kesihatan ini. Lebih-lebih lagi mengawal pemakanan. Kalau sentuh bab makan ni aku memang suka. Suka makan. Tapi tak la sekerap mana pun. Ada masa aku takde selera makan.

Bila cakap pasal makan ia terlibat sekali dengan hal kesihatan badan. Makanan yang baik akan menjamin kesihatan yang baik juga. Tapi ada kalanya makanan juga boleh membawa musibah buruk. Jika ianya dimakan secara tidak terkawal dan berlebihan. Raya haji baru-baru ini seumpamanya sebagai contoh yang mana aku dijamu dengan hidangan daging-daging korban. Sedap tu memang sedap tapi kalau makan berlebihan akan mengundang padah kepada aku. Bila makan daging banyak-banyak boleh menyebabkan kepala aku pening dan rasa nak pitam. Darah tinggi la tu.


Jangan tanya aku ada darah tinggi ke tak?! Apa pun memang aku ada sikit-sikit darah tinggi tu. Ala... penyakit keturunan. Banyak faktor juga yang mengundang darah tinggi tu. Faktor pemakanan dan satu lagi faktor kerja atau tekanan persekitaran. Memang semua ni aku kurang jaga sikit sejak baru-baru ni. Dulu masa zaman bujang dulu aku tak macam ni. Lebih utamakan kesihatan. Aku pun tak tau sebab apa. Penat dah nak fikir.

Banyak berfikir juga pun boleh jadi darah tinggi juga. Lagi pun kerja aku sekarang ni pun banyak berfikir. Jadi kalau kerja banyak berfikir, makanan pun kena jaga sebab nak cover balik tenaga otak yang telah digunakan. Selepas kerap berfikir, kepala otak akan lemah dan penat. Satu lagi kalau korang pun sama cam aku jugak... apa yang penting jangan tidur lewat malam. Tidurlah dengan secukupnya dan jangan kurang tidur. Kalau kurang tidur ia boleh melemahkan kepala otak dan yang paling utama sekali adalah mengganggu kesihatan jantung. Bila tidur tak cukup sekarapnya, jantung boleh jadi sakit. Samalah kesnya macam aku.

Sebelum ni pun aku ada cerita mengenai masalah tersebut dan tak perlulah aku cerita banyak kali. Cukuplah kalau aku nasihatkan supaya dapatkan tidur yang cukup. Kalau ada macam-macam petua, ikutlah. Tidak kisahlah apa petua pun janji korang ok. Bagi aku kalau rasa pening atau tengkuk rasa kaku, aku ada cara tersendiri nak bagi kurangkan masalah tu. Apa pun psikologi memainkan peranan.