Tahun 2009 akan datang tidak lama lagi. Mankala 2008 akan blah begitu saja sambil membawa kenangan-kenangan pahit dan manis. Bagi aku yang dah berlalu tetap akan berlalu. Tugas seterusnya membuka buku baru dan perancangan baru. Bagi aku tahun 2008 ini banyak kenangan suka dan dukanya. Susah nak dilupakan dan digambarkan dengan perkataan. Apa yang berlaku aku ambil sebagai kenangan dan pengalaman untuk mematangkan lagi diri aku ni. Masih banyak lagi kelemahan yang perlu aku selindungkan dan perbanyakkan kebaikan dalam diri.
Untuk perancangan tahun 2009 ni banyak benda yang aku akan buat perubahan dari segi perancang perniagaan. Kini aku panggil balik aku punya partner iaitu Shahrul. Kini dia masih bekerja dan aku akan panggil semula untuk mentadbir perniagaan aku bersama dia dahulu yang kini seolah-olah hidup segan mati tak mahu. Apa yang aku lakukan adalah mengadakan meeting dari pelbagai sudut untuk menaikkan semula MyEnik dan beberapa projek yang sudah sekian lama tersadai. Aku memandang pada sudut management. Aku beri keyakinan pada Shahrul untuk membawa MyEnik dengan lebih baik lagi. Jadi apa tugas aku pula. Aku masih lagi dalam MyEnik tapi sebagai penasihat dan pembantu untuk kes-kes tertentu. Ini kerana aku berada ditempat lain bermula 2009 nanti.
Biar pun aku berada di tempat lain yang dirahsiakan, tapi perjalanan bisnes perlu diteruskan. memandangkan banyak produk yang akan dikeluarkan untuk tahun baru nanti, semuanya akan diuruskan oleh Shahrul yang mempunyai kepakaran dalam bidang bisnes dan internet. Namun tumpuan target adalah satu saja iaitu membina empayar yang besar dan lebih luas lagi. Tidak lupa kepada Bro Jimi yang akan terut serta dalam misi baru ini. Segala kepakaran Bro Jimi akan diperlukan untuk memantapkan lagi empayar perniagaan aku dan partner.
Sebenarnya aku dah lama fikir panjang sampaikan fikiran menjadi tersasar dan terus terbabas. Banyak juga kesilapan yang sudah aku lakukan sehingga menjadi satu benda yang susah nak diperbetulkan lagi. Namun aku fikir hidup di dunia yang fana ini dugaannya amat sedikit berbanding di akhirat kelak, jadi tiada guna aku berputus harapan. Apa yang perlu aku ada adalah kesabaran yang tinggi dan sekuat yang boleh. Walaupun dugaannya sedikit tetapi kesannya sangat besar dan mendalam. Ada kalanya aku sendiri susah nak tanggungnya dan sangat memeritkan. Demi Allah aku bersabar dan berusaha juga.
Aku juga tidak boleh menyangka apakah tahun 2009 ini akan merubah segalanya kepada lebih baik dan sempurna? Aku akan berusaha juga sedaya upaya aku dan sebijak yang termampu. Jika aku tidak bijak mengatur perancangan, akibatkan ia akan memakan diri aku sendiri seperti sebelum ini yang pernah terjadi kepada aku. Aku ambil sebagai iktibar dan peringatan untuk masa akan datang bagi aku lebih berhati-hati lagi. Aku akan cuba pecahkan semula perkara yang membelenggu diri aku selama ini. Jika dilihat pada sejarah kehidupan aku 10 tahun dulu sangat berbeza dari segi pemikiran dan tindakan berbanding pada hari ini. Sangat berbeza sehinggakan aku pun sedar yang aku kini berada diluar kawalan diri aku sendiri. 10 tahun dulu aku berjaya memecahkan belenggu dalam diri aku sendiri. Tapi kini aku telah dimasukkan semula.
Itu cerita lama dan tidak perlu aku ingatkan lagi. Jalan kehadapan dan jangan memandangan-mandang ke belakang lagi. Kini aku hendak tutup buku 2008 dengan lebih awal lagi sebelum 2009 muncul. Hasrat aku untuk membina empayar perniagaan yang lebih luas dan besar serta pada masa yang sama dapat merubah segala-galanya dengan lebih baik. Aku sangat berterima kasih yang amat sangat dengan isteri aku yang banyak berkorban dan membantu aku yang banyak kali jatuh dan naik. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal dengan bantuan yang diberikan selama ini. Aku juga tak akan pernah lupa akan pengorbanannya selama beberapa tahun sebelum ini.
Selain dari usaha yang berterusan, aku juga sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi taufik hidayah dan keberkatan dalam usaha yang aku lakukan. Jadi selepas ini jangan fikir pula aku tiada lagi di blog ini. Aku masih ada dan akan terus dalam blog ini untuk memberi sesuatu yang labih baik kepada semua orang yang membacanya. Terima kasih kepada yang memberi komen dan sebagainya. Tidak perlu memuji, sebab aku tidak selesa jika orang memuji aku atau kepandaian aku. Takut timbul perasaan riak dan sombong pulak. Kalau teguran atau pandangan tu takpe. Aku lebih suka tu walaupun rasa tak selesa.
Pada 2009 ini Insyaallah jika Allah izinkan, aku akan buat kerja kebajikan melalui web site MyEnik dan beberapa web site lain lagi yang ada. Termasuklah blog ini. Kebajikan yang macam mana tu? Ala macam memberi info percuma yang mudah orang cari dan yang perlu orang ketahui. Selain itu memberi banyak maklumat percuma termasuk la e-book percuma yang sesuai untuk semua orang. Aku akan lakukan setakat yang termampu bagi diri aku dan perkara ini aku sudah bincangkan dengan Shahrul iaitu partner aku. Dengan adanya usaha ini, Insyaallah sejuk la hati aku sebab dapat menggembirakan hati orang. Kalau dulunya selalu melukakan hati orang, selepas ini Insyaallah tidak lagi.
Oklah dah panjang ini. Dalam blog mana boleh cerita panjang-panjang. Tapu takpe sebab ini satu je. Selepas ini pendek dan ringkas je.
p/s: banyak berfikir boleh jadi perut lapar...