Translate

Khamis, 25 Disember 2008

Mula buat perubahan

Sepatutnya perubahan sudah lama dibuat. Bukannya baru sekarang ini nak bertindak. Tapi apakan daya sebab aku mampu merancang dan hanya Allah yang tentukan. Apa pun aku berusaha untuk merubah segalanya. Kemudian aku bertawakkal saja.

Kini aku sudah mula untuk membuat perubahan dari pelbagai sudut terutama sekali pada perancangan perniagaan. Cadangan aku untuk bekerja dan berkhidmat untuk oranga lain mungkin terpaksa ditangguhkan. Atau dihentikan. Bro Jimi pun sudah mula nak sibukkan diri untuk mencari pembiaya untuk projek aku dan dia dan Shahrul nanti. Projek besar-besaran. Harap pulangannya nanti menjadi jutaan. Insyaallah. Bak kata Bro Jimi, jika kita tak cuba pasti kita tak tau. Biar jatuh ke atau tersungkur sekali pun. Yang penting kita ada usaha.

Bila sentuh bab usaha ini bukanlah seperti menadah diri untuk jatuh tersungkur dengan sengaja. Aku bercerita yang melibatkan usaha disertakan dengan perancangan yang betul. Dulu lagi aku pernah buat semua ini dan hasilnya sangat teruk. Sebabnya adalah perancangan yang tak sempurna. Bila tindakan dibuat banyak benda yang tertingga dan tidak dibuat.

Sekarang ni pun aku sudah mula untuk ubah blog yang aku ada dan termasuk sekali web site yang aku manage. Perubahan dibuat pun untuk menaikkan lagi mutu persembahan dan isi yang mantap. Kini kerja aku pun bukan aku sorang je. Kini pembantu aku Shahrul dan Bro Jimi sebagai orang kuat dan berpengalaman dalam bidang business.

Aku orang seni. Cuma tak pandai dalam bidang perniagaan. Itu dulu. Kini aku tak boleh kata camtu sebab sudah bertahun-tahun pengalaman aku dalam bidang internet marketing ni. So ilmu tu ada dan pengalaman merasai kepahitan tu dah banyak kali. Cuma aku tak boleh pandang belakang balik. Hala tuju aku ke depan saja.

Berbalik pada perubahan blog ini, aku buat slow-slow sebab banyak kerja dan hal-hal yang pada masa yang sama aku kena buat juga. Nak bahagi tugas pun belum masanya lagi. Satu persatu. Termasuklah juga perancangan untuk membuat sistem affiliate sendiri dan aku ingin meminta bantuan pakar dalam bidang tersebut.