Rasanya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad baru-baru ni adalah hari-hari yang memenatkan. Penat memang penat. Terasa penat fizikal dan juga mental.
Baru-baru ni saya banyak menumpukan kerja menyiapkan tugasan yang telah saya rancangkan sendiri. Kalau dilihat pada jadual perancangan, pening kepala. Sebenarnya saya ada masalah tentang menguruskan kerja-kerja dengan teratur pada mulanya. Ini membuatkan kerja saya tidak teratur dan bercelaru. Akibatnya kerja menjadi lebih bertambah-tambah dan tidak pula kurang.
Apabila mengenangkan date line yang sentiasa hampir dekat di tahap kritikal ni, kerja bertambah kelam kabut. Akhirnya banyak tugasan tidak siap. Tugasan yang tidak siap pada waktu sepatutnya ini menjadikan banyak projek tergendala.
So baru-baru inilah saya buat satu rombakan tugasan mengikut prioriti kerja dan juga kepentingan tugasan. Buat jadual dan juga catitan kerja. Semua kerja dan tugasan dibuat dengan teratur dan walaupun ianya agak berat untuk melaksanakannya dengan faktor kepenatan dan juga faktor lain juga, kerja tetap diteruskan.