Translate

Jumaat, 27 Jun 2008

Aku nampak UFO?

Aku dah lama tak pergi berkumpul dengan member ufonet. Yang aku tau diorang dah nak tubuhkan ufo Malaysia. Tak berapa pasti. Sorry la ye kepada member ufonet. Aku tak dapat hadir perjumpaan hari tusebab aku nak buat kejutan dengan korang sebenarnya.

Baru baru ni secara senyap-senyap aku ada buat misi meninjau langit dengan teropong. Biasanya malam la sebab siang mana boleh. Silap-silap terteropong ke matahari pulak. Buta mata aku.

Selain kapal terbang, banyak benda lain yang melalui langit seperti burung, kelawar, soyus, langsuir dan yang penting sekali adalah ufo. Ufo tu apa? Aku tanya kemudian aku jawab balik. Ufo adalah benda terbang yang tidak diketahui benda atau namanya. Kalau korang nampak benda terbang macam burung tapi itu bukan burung atau kapal terbang atau apa saja, itulah ufo.

Kalau korang nampak burung terbang tapi tak tau nama burung tu, tak bermakna itu pun ufo. Teringat misi group ufonet buat xpdc ke Terengganu (lokasi sebenar dirahsiakan) untuk melihat, meninjau lokasi yang terdapat adanya ufo. Memang kami nampak ufo sebab kami tak tau apa benda yang terbang atas langit tu.

Pada waktu tu peralatan baru nak pasang. Teropong ntah ke mana, kamera ntah kemana, segalanya terlepas begitu saja. Cadangnya memang nak ambil gambar tapi masing-masing terpegun, terkedu, terbeliak, tertanya-tanya menyebabkan lupa segala-galanya. Tapi kalau dapat ambil pun tak nampak sebab kecil dan jauh.

Lepas kejadian tu, kembali ke KL, seminggu lepas tu macam-macam aku jumpa di atas langit. Aku dah mula risau sebab Bro Jimi warning aku sebab dia kata lepas kejadian malam tu ufo tu aim kat aku. Bertambah risau sebab bini aku masa tu sedang mengandung. Risau aku masa tu.

Bukan aku saja yang kena, Bro Jimi pun menghadapi perkara yang pelik. Bro Jimi berjumpa dan berborang dengan alien (menyamar sebagai manusia). Korang mesti tak percaya punya semua ni dan aku pun tak suruh korang percaya. Kami cuma buat kajian tentang ufo dan angkasa lepas. Bab hantu ke pontianak ke, kami tak masuk campur.

Jadi teropong yang aku gunakan tu untuk tengok bulan, bintang dan planet-planet. Nampak cantik dan rasa kagum dengan ciptaan Yang Maha Esa. Rasa keinsafan. Terasa betapa kedilnya aku di atas dunia ni.