Translate

Jumaat, 19 Disember 2008

Banyak benda yang rosak

Aduuuhhh... sekarang ni banyak betul benda yang rosak. Kamera digital aku rosak. Handphone aku ada patah sikit. Motor aku pun rosak. Barang yang aku baru buat pun rosak juga. Tapi bukan la rosak namanya kalau tak berfungsi dengan betul. Kira boleh dikatakan rosak juga la.

Baru-baru ni aku ada buat beberapa sample untuk produk baru yang boleh dipasarkan. Tapi bagi aku masih belum boleh dipasarkan sebab proses terakhir masih belum sempurna. Apa benda proses terakhir tu? Proses terakhir adalah guna dan uji ketahanannya. Untuk proses tu maknanya aku kena guna sendiri atau bagi kat sesiapa yang aku nak untuk buat test. Jika ujian lulus maknanya produk tu yakin boleh dipasarkan.

Tapi aku masih tercari-cari sapa yang layak untuk uji produk aku ni. Paling tidak pun dalam 10 orang je. Kemudian dapatkan maklum balas mengenai produk yang telah digunakan. 10 produk yang nak ditest tu akan diberikan percuma kepada 10 orang yang terpilih. Maknanya aku kena buat pemilihan 10 orang tersebut kecuali aku sendiri. Kalau campur aku jadi la 11 orang. Jika produk tu lulus untuk jangka masa tertentu dan mengikut level yang benarkan, 10 orang tu boleh la ambil terus produk tu dengan percuma. Janji diorang promote la produk aku pada orang lain pula.

Kini aku dah panggil balik partner aku atau pembantu aku yang sememangnya sangat bagus. Setelah aku merancang untuk kembali ke arena perniagaan yang dirancang, mungkin aku akan lepaskan beberapa jawatan penting kepada Shahrul iaitu partner aku. Mungkin dia akan menjadi bos untuk beberapa bahagian yang selama ini aku menjawatnya. Manakala aku pula ada misi lain yang telah dirancang secara serius.

Selama ini aku banyak kali mengalami kegagalan dari segi perancangan dan perlaksanaan. Aku akui kesilapan itu sebab hampir 100% aku menjawat tugasan yang ada tanpa meminta bantuan orang lain seperti partner aku. Kini aku panggil partner aku balik dan bekerja bersama-sama walaupun tidak pada tempat yang sama. Maknanya ada perpecahan dari segi tempat kerja dan akan bersama jika ada meeting dan perlaksanaan projek. Semua ini sudah dirancang dengan teratur. Harap misi ini akan berjaya.

Hasrat untuk membina empayar perniagaan yang besar masih dalam usaha-usaha. Aku, Shahrul dan Bro Jimi walaupun suka buat lawak kalau berjumpa dan meeting, tapi tujuan dan hasrat masih kuat untuk membina empayar perniagaan yang besar. Tapi untuk permulaan ia bermula dari kecil-kecil. Untuk dana dan modal itu terkandung dalam senarai perancangan. Perkara tersebut bukannya baru hendak dirancang tapi sudah bertahun-tahun merancang dan cuma belum dapat rentaknya lagi. Sampaikan Bro Jimi pun dah tua dah. Anak pun dah tunggu orang nak pinang je.

Berbalik kepada barang yang rosak seperti tajuk di atas, ia adalah benar. Tapi untuk perenggan mula-mula je. Lepas tu dah melalut dengan cerita perancangan aku dan partner. Apa pun aku dan partner sedang berusaha dan mengharapkan bantuan dari pihak kerajaan mengenai produk besar kami. Korang pulak jangan asyik baca je blog aku ni. Paling tidak pun berilah sikit dana ke atau buat la pelaburan sikit walaupun aku belum offer lagi untuk para pelabur nanti.