Translate

Khamis, 25 Disember 2008

Mula buat perubahan

Sepatutnya perubahan sudah lama dibuat. Bukannya baru sekarang ini nak bertindak. Tapi apakan daya sebab aku mampu merancang dan hanya Allah yang tentukan. Apa pun aku berusaha untuk merubah segalanya. Kemudian aku bertawakkal saja.

Kini aku sudah mula untuk membuat perubahan dari pelbagai sudut terutama sekali pada perancangan perniagaan. Cadangan aku untuk bekerja dan berkhidmat untuk oranga lain mungkin terpaksa ditangguhkan. Atau dihentikan. Bro Jimi pun sudah mula nak sibukkan diri untuk mencari pembiaya untuk projek aku dan dia dan Shahrul nanti. Projek besar-besaran. Harap pulangannya nanti menjadi jutaan. Insyaallah. Bak kata Bro Jimi, jika kita tak cuba pasti kita tak tau. Biar jatuh ke atau tersungkur sekali pun. Yang penting kita ada usaha.

Bila sentuh bab usaha ini bukanlah seperti menadah diri untuk jatuh tersungkur dengan sengaja. Aku bercerita yang melibatkan usaha disertakan dengan perancangan yang betul. Dulu lagi aku pernah buat semua ini dan hasilnya sangat teruk. Sebabnya adalah perancangan yang tak sempurna. Bila tindakan dibuat banyak benda yang tertingga dan tidak dibuat.

Sekarang ni pun aku sudah mula untuk ubah blog yang aku ada dan termasuk sekali web site yang aku manage. Perubahan dibuat pun untuk menaikkan lagi mutu persembahan dan isi yang mantap. Kini kerja aku pun bukan aku sorang je. Kini pembantu aku Shahrul dan Bro Jimi sebagai orang kuat dan berpengalaman dalam bidang business.

Aku orang seni. Cuma tak pandai dalam bidang perniagaan. Itu dulu. Kini aku tak boleh kata camtu sebab sudah bertahun-tahun pengalaman aku dalam bidang internet marketing ni. So ilmu tu ada dan pengalaman merasai kepahitan tu dah banyak kali. Cuma aku tak boleh pandang belakang balik. Hala tuju aku ke depan saja.

Berbalik pada perubahan blog ini, aku buat slow-slow sebab banyak kerja dan hal-hal yang pada masa yang sama aku kena buat juga. Nak bahagi tugas pun belum masanya lagi. Satu persatu. Termasuklah juga perancangan untuk membuat sistem affiliate sendiri dan aku ingin meminta bantuan pakar dalam bidang tersebut.

Isnin, 22 Disember 2008

Selamat Datang 2009, Bye bye 2009

Tahun 2009 akan datang tidak lama lagi. Mankala 2008 akan blah begitu saja sambil membawa kenangan-kenangan pahit dan manis. Bagi aku yang dah berlalu tetap akan berlalu. Tugas seterusnya membuka buku baru dan perancangan baru. Bagi aku tahun 2008 ini banyak kenangan suka dan dukanya. Susah nak dilupakan dan digambarkan dengan perkataan. Apa yang berlaku aku ambil sebagai kenangan dan pengalaman untuk mematangkan lagi diri aku ni. Masih banyak lagi kelemahan yang perlu aku selindungkan dan perbanyakkan kebaikan dalam diri.

Untuk perancangan tahun 2009 ni banyak benda yang aku akan buat perubahan dari segi perancang perniagaan. Kini aku panggil balik aku punya partner iaitu Shahrul. Kini dia masih bekerja dan aku akan panggil semula untuk mentadbir perniagaan aku bersama dia dahulu yang kini seolah-olah hidup segan mati tak mahu. Apa yang aku lakukan adalah mengadakan meeting dari pelbagai sudut untuk menaikkan semula MyEnik dan beberapa projek yang sudah sekian lama tersadai. Aku memandang pada sudut management. Aku beri keyakinan pada Shahrul untuk membawa MyEnik dengan lebih baik lagi. Jadi apa tugas aku pula. Aku masih lagi dalam MyEnik tapi sebagai penasihat dan pembantu untuk kes-kes tertentu. Ini kerana aku berada ditempat lain bermula 2009 nanti.

Biar pun aku berada di tempat lain yang dirahsiakan, tapi perjalanan bisnes perlu diteruskan. memandangkan banyak produk yang akan dikeluarkan untuk tahun baru nanti, semuanya akan diuruskan oleh Shahrul yang mempunyai kepakaran dalam bidang bisnes dan internet. Namun tumpuan target adalah satu saja iaitu membina empayar yang besar dan lebih luas lagi. Tidak lupa kepada Bro Jimi yang akan terut serta dalam misi baru ini. Segala kepakaran Bro Jimi akan diperlukan untuk memantapkan lagi empayar perniagaan aku dan partner.

Sebenarnya aku dah lama fikir panjang sampaikan fikiran menjadi tersasar dan terus terbabas. Banyak juga kesilapan yang sudah aku lakukan sehingga menjadi satu benda yang susah nak diperbetulkan lagi. Namun aku fikir hidup di dunia yang fana ini dugaannya amat sedikit berbanding di akhirat kelak, jadi tiada guna aku berputus harapan. Apa yang perlu aku ada adalah kesabaran yang tinggi dan sekuat yang boleh. Walaupun dugaannya sedikit tetapi kesannya sangat besar dan mendalam. Ada kalanya aku sendiri susah nak tanggungnya dan sangat memeritkan. Demi Allah aku bersabar dan berusaha juga.

Aku juga tidak boleh menyangka apakah tahun 2009 ini akan merubah segalanya kepada lebih baik dan sempurna? Aku akan berusaha juga sedaya upaya aku dan sebijak yang termampu. Jika aku tidak bijak mengatur perancangan, akibatkan ia akan memakan diri aku sendiri seperti sebelum ini yang pernah terjadi kepada aku. Aku ambil sebagai iktibar dan peringatan untuk masa akan datang bagi aku lebih berhati-hati lagi. Aku akan cuba pecahkan semula perkara yang membelenggu diri aku selama ini. Jika dilihat pada sejarah kehidupan aku 10 tahun dulu sangat berbeza dari segi pemikiran dan tindakan berbanding pada hari ini. Sangat berbeza sehinggakan aku pun sedar yang aku kini berada diluar kawalan diri aku sendiri. 10 tahun dulu aku berjaya memecahkan belenggu dalam diri aku sendiri. Tapi kini aku telah dimasukkan semula.

Itu cerita lama dan tidak perlu aku ingatkan lagi. Jalan kehadapan dan jangan memandangan-mandang ke belakang lagi. Kini aku hendak tutup buku 2008 dengan lebih awal lagi sebelum 2009 muncul. Hasrat aku untuk membina empayar perniagaan yang lebih luas dan besar serta pada masa yang sama dapat merubah segala-galanya dengan lebih baik. Aku sangat berterima kasih yang amat sangat dengan isteri aku yang banyak berkorban dan membantu aku yang banyak kali jatuh dan naik. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal dengan bantuan yang diberikan selama ini. Aku juga tak akan pernah lupa akan pengorbanannya selama beberapa tahun sebelum ini.

Selain dari usaha yang berterusan, aku juga sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi taufik hidayah dan keberkatan dalam usaha yang aku lakukan. Jadi selepas ini jangan fikir pula aku tiada lagi di blog ini. Aku masih ada dan akan terus dalam blog ini untuk memberi sesuatu yang labih baik kepada semua orang yang membacanya. Terima kasih kepada yang memberi komen dan sebagainya. Tidak perlu memuji, sebab aku tidak selesa jika orang memuji aku atau kepandaian aku. Takut timbul perasaan riak dan sombong pulak. Kalau teguran atau pandangan tu takpe. Aku lebih suka tu walaupun rasa tak selesa.

Pada 2009 ini Insyaallah jika Allah izinkan, aku akan buat kerja kebajikan melalui web site MyEnik dan beberapa web site lain lagi yang ada. Termasuklah blog ini. Kebajikan yang macam mana tu? Ala macam memberi info percuma yang mudah orang cari dan yang perlu orang ketahui. Selain itu memberi banyak maklumat percuma termasuk la e-book percuma yang sesuai untuk semua orang. Aku akan lakukan setakat yang termampu bagi diri aku dan perkara ini aku sudah bincangkan dengan Shahrul iaitu partner aku. Dengan adanya usaha ini, Insyaallah sejuk la hati aku sebab dapat menggembirakan hati orang. Kalau dulunya selalu melukakan hati orang, selepas ini Insyaallah tidak lagi.

Oklah dah panjang ini. Dalam blog mana boleh cerita panjang-panjang. Tapu takpe sebab ini satu je. Selepas ini pendek dan ringkas je.

p/s: banyak berfikir boleh jadi perut lapar...

Jumaat, 19 Disember 2008

Banyak benda yang rosak

Aduuuhhh... sekarang ni banyak betul benda yang rosak. Kamera digital aku rosak. Handphone aku ada patah sikit. Motor aku pun rosak. Barang yang aku baru buat pun rosak juga. Tapi bukan la rosak namanya kalau tak berfungsi dengan betul. Kira boleh dikatakan rosak juga la.

Baru-baru ni aku ada buat beberapa sample untuk produk baru yang boleh dipasarkan. Tapi bagi aku masih belum boleh dipasarkan sebab proses terakhir masih belum sempurna. Apa benda proses terakhir tu? Proses terakhir adalah guna dan uji ketahanannya. Untuk proses tu maknanya aku kena guna sendiri atau bagi kat sesiapa yang aku nak untuk buat test. Jika ujian lulus maknanya produk tu yakin boleh dipasarkan.

Tapi aku masih tercari-cari sapa yang layak untuk uji produk aku ni. Paling tidak pun dalam 10 orang je. Kemudian dapatkan maklum balas mengenai produk yang telah digunakan. 10 produk yang nak ditest tu akan diberikan percuma kepada 10 orang yang terpilih. Maknanya aku kena buat pemilihan 10 orang tersebut kecuali aku sendiri. Kalau campur aku jadi la 11 orang. Jika produk tu lulus untuk jangka masa tertentu dan mengikut level yang benarkan, 10 orang tu boleh la ambil terus produk tu dengan percuma. Janji diorang promote la produk aku pada orang lain pula.

Kini aku dah panggil balik partner aku atau pembantu aku yang sememangnya sangat bagus. Setelah aku merancang untuk kembali ke arena perniagaan yang dirancang, mungkin aku akan lepaskan beberapa jawatan penting kepada Shahrul iaitu partner aku. Mungkin dia akan menjadi bos untuk beberapa bahagian yang selama ini aku menjawatnya. Manakala aku pula ada misi lain yang telah dirancang secara serius.

Selama ini aku banyak kali mengalami kegagalan dari segi perancangan dan perlaksanaan. Aku akui kesilapan itu sebab hampir 100% aku menjawat tugasan yang ada tanpa meminta bantuan orang lain seperti partner aku. Kini aku panggil partner aku balik dan bekerja bersama-sama walaupun tidak pada tempat yang sama. Maknanya ada perpecahan dari segi tempat kerja dan akan bersama jika ada meeting dan perlaksanaan projek. Semua ini sudah dirancang dengan teratur. Harap misi ini akan berjaya.

Hasrat untuk membina empayar perniagaan yang besar masih dalam usaha-usaha. Aku, Shahrul dan Bro Jimi walaupun suka buat lawak kalau berjumpa dan meeting, tapi tujuan dan hasrat masih kuat untuk membina empayar perniagaan yang besar. Tapi untuk permulaan ia bermula dari kecil-kecil. Untuk dana dan modal itu terkandung dalam senarai perancangan. Perkara tersebut bukannya baru hendak dirancang tapi sudah bertahun-tahun merancang dan cuma belum dapat rentaknya lagi. Sampaikan Bro Jimi pun dah tua dah. Anak pun dah tunggu orang nak pinang je.

Berbalik kepada barang yang rosak seperti tajuk di atas, ia adalah benar. Tapi untuk perenggan mula-mula je. Lepas tu dah melalut dengan cerita perancangan aku dan partner. Apa pun aku dan partner sedang berusaha dan mengharapkan bantuan dari pihak kerajaan mengenai produk besar kami. Korang pulak jangan asyik baca je blog aku ni. Paling tidak pun berilah sikit dana ke atau buat la pelaburan sikit walaupun aku belum offer lagi untuk para pelabur nanti.

Jumaat, 12 Disember 2008

Jaga kesihatan banyak cara

Pada kali ini aku nak sentuh sikit pasal kesihatan. Tapi jangan la korang fikir aku ni orang yang paling sihat dan menjaga kesihatan sepenuhnya. Aku macam orang lain jugak. Ada kalanya terlepas pandang dari segi menjaga kesihatan ini. Lebih-lebih lagi mengawal pemakanan. Kalau sentuh bab makan ni aku memang suka. Suka makan. Tapi tak la sekerap mana pun. Ada masa aku takde selera makan.

Bila cakap pasal makan ia terlibat sekali dengan hal kesihatan badan. Makanan yang baik akan menjamin kesihatan yang baik juga. Tapi ada kalanya makanan juga boleh membawa musibah buruk. Jika ianya dimakan secara tidak terkawal dan berlebihan. Raya haji baru-baru ini seumpamanya sebagai contoh yang mana aku dijamu dengan hidangan daging-daging korban. Sedap tu memang sedap tapi kalau makan berlebihan akan mengundang padah kepada aku. Bila makan daging banyak-banyak boleh menyebabkan kepala aku pening dan rasa nak pitam. Darah tinggi la tu.


Jangan tanya aku ada darah tinggi ke tak?! Apa pun memang aku ada sikit-sikit darah tinggi tu. Ala... penyakit keturunan. Banyak faktor juga yang mengundang darah tinggi tu. Faktor pemakanan dan satu lagi faktor kerja atau tekanan persekitaran. Memang semua ni aku kurang jaga sikit sejak baru-baru ni. Dulu masa zaman bujang dulu aku tak macam ni. Lebih utamakan kesihatan. Aku pun tak tau sebab apa. Penat dah nak fikir.

Banyak berfikir juga pun boleh jadi darah tinggi juga. Lagi pun kerja aku sekarang ni pun banyak berfikir. Jadi kalau kerja banyak berfikir, makanan pun kena jaga sebab nak cover balik tenaga otak yang telah digunakan. Selepas kerap berfikir, kepala otak akan lemah dan penat. Satu lagi kalau korang pun sama cam aku jugak... apa yang penting jangan tidur lewat malam. Tidurlah dengan secukupnya dan jangan kurang tidur. Kalau kurang tidur ia boleh melemahkan kepala otak dan yang paling utama sekali adalah mengganggu kesihatan jantung. Bila tidur tak cukup sekarapnya, jantung boleh jadi sakit. Samalah kesnya macam aku.

Sebelum ni pun aku ada cerita mengenai masalah tersebut dan tak perlulah aku cerita banyak kali. Cukuplah kalau aku nasihatkan supaya dapatkan tidur yang cukup. Kalau ada macam-macam petua, ikutlah. Tidak kisahlah apa petua pun janji korang ok. Bagi aku kalau rasa pening atau tengkuk rasa kaku, aku ada cara tersendiri nak bagi kurangkan masalah tu. Apa pun psikologi memainkan peranan.

Pengalaman Guna Bio Aura

Sejak isteri aku jadi ahli untuk produk Bio Aura ni, aku ambil kesempatan untuk guna produk ini 100%. Apa guna kalau beli mahal-mahal tapi tak guna untuk sendiri. Lagi pun ramai orang kata ianya sangat manfaat jika digunakan selalu. Maklumlah aku ni banyak penyakit yang sedar dan yang tidak aku sedar. Kalau nak dilihat pada zahir aku memang orang akan kata aku ni tak berpenyakit sebab susuk tubuh badan yang sederhana. Cuma perut je nampak boroi kedepan. itu cerita dulu sebelum aku guna Bio Aura ni.

Bukan niat nak promote supaya orang percaya cakap aku dan terus beli produk ni. Kuasa membeli atas tangan anda. Bukan nak memaksa. Isteri aku beli ni pun bukan kena paksa tapi atas sebab kebaikan yang terdapat pada Bio Aura. Lagi pun dalam tv pun dah mula cerita pasal Bio Aura ni. Rasa macam tak aci la kalau aku tak berkongsi pasal Bio Aura ni.

Sebelum ini pun aku pernah guna penapis air tapi yang jenis biasa-biasa je yang guna 2 level penapis. Sebab aku guna kerana kualiti air kat rumah lama aku tak berapa bagus. Keruh je. Lepas guna penapis biasa tu warna air yang keluar memang jernih tapi still tak boleh minum terus dan perlu masak
 dulu sebelum minum. Tapi dengan Bio Aura ni lain. Selain dari menjernihkan air ianya boleh terus minum tanpa perlu masak. Nak guna untuk masak pun boleh. Kalau isteri aku memang suruh masak dulu sebab dah biasa dengan cara lama. tapi aku tak, aku terus minum je walaupun rasa kekok mula-mula nak mula minum air yang keluara dari kepala paip. Lama-lama dah jadi biasa dah.

Kenapa aku nak cerita pasal minum air ni. Banyak faktor dan cerita yang aku nak kongsi bersama walaupun aku guna produk ni tak la lama sangat tapi kesannya boleh aku rasainya. Aku ada masalah pada tekanan darah aku. Sama ada tekanan darah tinggi atau pun darah rendah. Pada masa yang sama aku rasa degupan jantung aku memang tak berapa betul dan seterusnya aku rasa stress yang amat 
sangat. Pada asalnya aku memang selalu stress dengan kerja dan macam-macam hal. Selain dari amalkan zikir setiap hari, aku guna Bio Aura sebagai minuman kesihatan.

Pada permulaan mencuba air ini kesannya memang sangat terasa. Yang paling ngeri adalah rasa macam tak nak minum lagi air ni. Perasaan takut mula terasa sebab aku rasa makin pening dan hampir-hampir nak tumbang. Pada masa tu angin dari perut keluar dari pelbagai arah sehinggalah aku muntah kerana angin yang banyak dari perut. Badan aku rasa sangat lemah dan takut untuk m
akan makanan seperti nasi dan daging. Sebabnya setiap kali lepas aku makan nasi atau makanan yang berat-berat, kepala aku pening dan rasa macam nak tumbang. Walaupun masih takut dengan air dari Bio Aura ni, aku masih minum juga gelas demi gelas setiap hari dan masalah yang sama berlaku lagi.

Pendekkan cerita, setelah lama melalui pengalaman ngeri (bagi aku), keadaan aku yang bermasalah semakin berkurangan. Dan aku masih amalkan lagi meminum minuman dari penapis Bio Aura ini. Alhamdulillah badan aku rasa segar dan rasa macam nak pitam tu pun sudah tidak selalu macam dulu. Namun pun begitu aku masih mengamalnya lagi walaupun penyakit aku ni sembuh. Sebabnya, ianya air yang bertenaga sehinggakan aku pernah mandi dengan air Bio Aura ini yang aku tadah dalam baldi. Memang tak pernah pula aku dengar orang mandi dengan air ni, tapi aku cuba untuk diri aku. Adakalanya buat basuh mula setai pagi dan petang.

Begitu halnya untuk anak kedua aku yang me
mpunyai masalah kulit atau ekzima sejak dari permulaan dia dilahirkan. Kini umur dia sudah lebih setahun. Keadaan kulit pipinya sentiasa merah dan mengerikan kalau orang lain tengok. Kaki suami isteri dah biasa dah. Kalau keluar rumah, orang akan melihat keadaan pipi anak aku seperti keadaan yang pelik. Seolah olah kami pula yang menderanya. Penyakit ekzima ni berpunca dari banyak faktor. Tapi doktor kata punca sebenarnya jika keturunan ada sakit lelah. Ya... memang aku ada lelah. Tapi dulu, sekarang dah ok. Sekarang ni dah turun pada anak kedua aku. Ubat tiada melainkan krim pelembap dan adalah ubat makan dari doktor. Doktor sudah ramai yang kami bawa jumpa termasuklah beberapa doktor pakar kanak-kanak dan kulit. Jawapannya masih sama. Dukun dan berubat kampung juga sudah cuba banyak tempat. Sampaikan ada
 seorang dukun sudah pun meninggal dunia selepas minta ubat untuk sakit kulit anak aku ni.

Selepas jumpa beberapa doktor dan beri bermacam-macam ubat, keadaan kulit anak aku ni semakin kurang dan ada nampak macam dah nak elok. Pada masa yang sama aku selalu juga masuhkan kulit yang bermasalah dengan air Bio Aura ni setiap hari. Kedua-dua anak ak
u ni mak dan ayah aku jaga setiap hari. Maka setiap harilah aku hantar kedua-duanya ke rumah atuknya di Jln Cheras. Rumah mak ayah aku pun ada juga penapis Bio Aura dan mereka selalu guna air ini untuk basuh kulit muka anak aku ini setiap hari. Alhamdulillah ada nampak kesannya. G
atal-gatal pada badan pun sudah tiada lagi.

Bila aku tanya pada mak ayah aku selepas diorang guna Bio Aura ni, diorang cerita mula-mula guna memang ada masah
 sikit pada badan seperti aingin yang banyak keluar dan rasa perut yang tidak selesa. Tapi itu sementara, selepas itu ok dan aku tengok mak ayah aku dah bertenaga dan tidak lagi selalu komplen sakit-sakit badan dan sendi.

Aku bukan nak agung-agungkan Bio Aura ni. Nanti dah jadi syirik pula sebab menganggap air dari Bio Aura ni punca dari penyembuhan penyakit. Tidak. Benda ini adalah asbab saja. Sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit dan pada masa yang sama menyihatkan badan. Bila badan sihat dari penyakit, bolehlah beribadah dengan tenang. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku sekeluarga. Wallahualam.

Jumaat, 5 Disember 2008

Guna Kuasa Minda: Nampak Imej Misteri

Guna minda dan kemahiran mata. Kalau nak ikutkan hal-hal motivasi ni aku dah lama dah tinggalkan bidang tersebut masa kat sekolah dulu. Walaupun aku presiden, tapi macam tak jadi presiden pun. Ini gara-gara undi dan sokong membabi buta la ni. Last-last aku yang malang ni yang kena. Tolong jangan amalkan lagi cara tersebut. Rosak negara nanti.

Pengalaman aku masa jadi ala-ala konselor tak banyak membantu pun. Tapi masih ada kalanya boleh membantu diri sendiri juga. Kalau tak digunakan selalu, lama-lama jadi lupa pulak. Dan aku memang minat dengan benda-benda macam tu. Lebih lebih lagi kalau yang melibatkan menguji IQ. Walaupun IQ aku tak la bagus mana pun, paling tidak pun EQ aku bagus la. Kalau main games pula suka yang menguji IQ.

Cuba korang tengok pada gambar ni. Cuba klik untuk besarkan. (jangan klik dulu, baca arah selanjutnya dulu lepas tu baru klik gambar). Pada gambar itu kelihatan corak-corak dan warna-warna. Tapikan kalau korang terror, sebenarnya ada imej apa sebenarnya? Korang perhatikan gambar tersebut, carilah kat mana-mana bahagian pun, nanti korang akan jumpa satu imej misteri. Nampak imej tu, bagitau aku. Tapi aku tak la bagi hadiah. Aku bagi hand clap je.

Cerita disebalik gambar tu ada alkisahnya. Pada bulan pertama aku mula masuk kerja baru, memang takde kerja nak buat. Projek belum mula lagi. So duduk office mengadap la pc. Surf internet dan surfing la macam-macam web site. Kemudian member office aku dapat beberapa gambar seperti gambar tadi dan suruh aku cari imej yang tersembunyi. Caranya dengan merenung tajam pada gambar tersebut dan dengan kuasa minda, akan muncul imej tersebut. Aku guna teknik tersebut dan tidak sampai seminit aku berjaya mencari imej misteri tersebut. Hanya member aku tadi dan aku saje yang boleh nampak imej tersebut. Member office yang lain-lain tak nampak langsung. 'Tak nampak pun?' 'Nampak corak-corak dan warna warna adalah' 'Ko ni giler ke? Takde ape pun? Tipu ni'. Itulah rungutan mereka.

Apa pun korang pun boleh cuba. Dan aku ada banyak koleksi gambar-gambar macam ni. Yang bestnya kalau dah nampak imej misteri tu, mesti korang suka sebab imejnya 3D dan macam hologram. Ada yang imej, bentuk dan ada juga perkataan. Caranya tarik nafas, relaxkan minda. Tenung gambar sambil kosongkan fikiran. Insyaallah akan muncul imej misteri tu.

Rabu, 3 Disember 2008

Pengalaman Dulu Tiba Lagi

Sebenarnya aku dah lama serik dengan banyak benda-benda yang remeh temeh. Tapi semua tu memang dah selalu terkena pada diri aku sendiri. Setakat ini aku memang agak dan memang sibuk sangat dengan projek yang aku reka sendiri. Tak nampak sangat hasilnya sebab ianya berlaku dengan perlahan-lahan. Tapi satu perkara yang membuatkan aku serik dengan semua ini dan hampir-hampir aku putus harapan adalah masalah kesihatan. Puncanya sebab jadual yang tidak tersusun dengan sempurna. Ini menyebabkan aku banyak kali hampir jatuh sakit dan mengalami peredaran sistem badan yang tidak sempurna. Hasilnya amat menakutkan aku. Yang lebih menakutkan adalah kerana jantung hampir tidak berfungsi dengan betul.

Aku ada kalanya bagaikan sudah hampir kepada kematian. Tapi bukan semudah itu aku menyerah kepada keadaan. Semangat aku perlu untuk melawan perasaan yang membuatkan aku hampir-hampir menempah maut semata-mata ingin merealisasikan impian aku sebagai seorang perekacipta. Siang malam aku pulun mengejarkan sesuatu hasil dan itu yang aku gelarkan usaha. Jadi atau tidak itu adalah ketentuan Allah. Biar Dia yang tentukan dan aku hanya perlu usaha dan berdoa. Bukannya merungut atau menghitung nasib. Bukannya nasib aku sekarang ini baik atau pun mewah tetapi aku berserah dan aku pula asyik berusaha untuk kejayaan dan kepuasan. Keadaan sekeliling banyak sekali membuatkan aku rasa tidak selesa dan tekanan yang sangat mendesak. Aku hanya berserah dan disamping itu aku berusaha. Bukannya berdiam diri. Allah berikan masa 24 jam siang dan malam. Pandai-pandailah aku mengaturkan masa dan selalunya dipenuhi dengan perancangan. Namun tidak semua perancangan manusia akan berakhir dengan satu hasil yang baik. Yang buruk itulah akan dijadikan peringatan.

Sebelum ini dalam beberapa minggu dan hampir kepada bulan, tidur tidak menentu. Hampir selalu tidur lewat malam atau lewat pagi. Aku juga perlu ingat bahawa aku adalah manusia biasa. Maksud aku, aku perlu rehat yang cukup untuk hidup dan melakukan kerja setiap hari. Apa yang aku tahu tidur yang cukup adalah dalam anggaran 6 hingga 8 jam untuk seorang manusia seperti aku dan kita semua. Tapi aku tidur hanya 4 jam setiap hari. Hanya mengejarkan usaha yang aku sendiri tidak pasti bilakah akan tibanya kejayaan. Sorry... aku tidak pernah merungut dan bertanyakan bilakah kejayaan bagi aku. Sebab aku tahu kejayaan akan menjadi milik aku juga tapi tidak tahu bilanya. Biarlah Allah yang tentukan dan aku cuba merancang untuk berjaya secepat mungkin. Mungkin hari ini atau selewat-lewatnya esok pagi.

Disebabkan selalu tidur lewat dan kurangnya tidur, pergerakkan jantung aku tidak menentu. Adakalanya kencang dan ada masanya seperti sudah terhenti. Tubuh badan aku tidak stabil lagi. Nadi aku rasakan memang tidak menentu. Sekejap laju sekejap berhenti. Aku sudah mula panik. Apa dalam fikiran aku adalah perjalanan aku ke alam kubur. Dahi aku sudah mula berpeluh. Beberapa anggota badan aku sudah ada yang kebas kerana tiada darah mengalir lagi kerana jantung aku sudah lemah. Aku hampir rebah dan kali ini aku sudah fikir inilah harinya pengakhiran hidup aku. Aku akan tinggalkan orang yang aku sayangi dan segala-galanya. Aku rebah dan terduduk di atas tangga. Pada ketika itu aku sedang mendukung anak kecil aku yang turut sama rebah. Kemudian aku tersentap. Sentapan itu membuatkan aku terfikir sekali lagi. Dikala aku hampir-hampir tidak sedarkan diri, satu bisikan membisik ke telinga aku dan menyuruh aku bangun. Bangun! Bangun! Bangun!

Bisikan tersebut memberikan kata-kata semangat untuk tidak mudah jatuh dan rebah. Aku bangun selepas itu dan cuba sedaya-upaya aku. Walaupun jantung aku lemah dan badan aku benar-benar kebas, tapi aku bersemangat untuk bangun kerana bisikan tersebut. Benar! Aku bangun dan melompat seperti ingin keluar dari perasaan untuk jatuh tadi. Kini aku berdiri dan bergerak ke sana dan ke sini kerana diracun oleh bisikan tadi. Aku bersemangat. Aku tidak fikir lagi untuk menyerah kepada kematian. Aku tidak boleh mengalah begitu sahaja. Bukan semudah itu dan bukan begitu caranya untuk aku mati tanpa aku berbuat apa-apa yang boleh memberikan sumbangan kepada semua. Akhirnya aku tegap berdiri. Walaupun sebenarnya degupan jantung aku tidak sekata lagi.

Selepas kejadian yang memberikan kesan dalam hidup aku buat kali kedua ini, aku tidak lagi tidur lewat malam kecuali bangun tengah malam untuk solat malam sahaja. Jika ada kerja yang masih belum selesai, aku akan sambung untuk keesokkan harinya. Biarlah lewat siap kerja, asalkan kesihatan aku Allah jamin. Ada juga member aku yang selalu tidur lewat untuk buat kerja dan sebagainya tapi mereka akan tidur pada siangnya. Tidak seperti aku, pada siang hari memang aku tak akan tidur. Apa pun kalau aku tidur pada malam hari, aku tidur mati. Tidak boleh diganggu kerana jantung aku juga kan terganggu. Itulah hikmahnya Allah jadikan aku seperti itu dan berbeza dengan orang lain. Aku tidak pernah merungut dan mengeluh dengan ciptaanNya. Malah aku bersyukur.

Selasa, 25 November 2008

Produk Baru Siapa Nak Order?

Aku kali ini rasa agak tak berapa sedap badan la. Badan sakit sana sini. Tapi bukan nak demam. Mungkin adalah masalahnya tu. Tak lama lagi aku akan keluarkan beberapa produk baru. Semua produk berasaskan elektronik. Tak kiralah apa pun janji elektronik.

Sebelum ini seperti yang ramai dah tahu aku ni sibuk dengan kerja uji kaji dan R&D untuk beberapa produk baru. Semuanya aku reka sendiri. Tiru tu ada juga tapi aku upgrade jadi lebih baik lagi. Kalau diikutkan banyak juga produk yang akan aku hasilkan dan semua produk tersebut akan dijual di pasaran. Buat masa ini ada satu syarikat yang menjadi marketing aku punya produk. Usaha sama itu juga terjalin sudah sekian lama. Harap-harap berkekalan la.

Apa pun tidak semua idea dan produk yang diterima. Ianya bergantung kepada kehendak syarikat tersebut. Ia memilihi beberapa produk yang sesuai dengan perniagaan mereka. Contohnya jika syarikat terbabit menjual produk berasaskan sistem kereta, tidak mungkin mereka menerima produk berasaskan pertanian. Jadi, mana-mana produk yang bukan dari kehendak syarikat terbabit, aku jual open pada yang lain pula. Paling tidak pun aku jual kat e-bay. Tapi tidak sekerap mana pun sebab aku masih sibuk dengan kerja lain. So, untuk marketing aku memerlukan masa lebih. Kalau ada pihak yang sudi menjadi marketer produk aku, aku terima je asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Untuk produk baru nanti korang boleh la pergi ke blog lain yang aku sediakan untuk produk-produk baru. Takleh campur dalam blog ini. Kalau cerita pun tak la detail sangat. Untuk blog tu nanti dia punya penerangan produk adalah lebih detail lagi. Sebenarnya ada juga produk yang aku hasilkan ni memang dah ada jual dipasaran sekarang ni. Cuma mungkin terlalu kecil dan agak sukar untuk memperolehinya. Jadi produk aku adalah cara lain untuk memperolehinya.
Kesemua produk aku yang akan dihasilkan nanti merupakan produk DIY yang boleh dipasang dengan sendiri. Maksudnya tak payah la ambil upah orang lain untuk memasangkannya. Melainkan memang dah betul malas dan tak reti nak pasang.
Korang juga boleh bagi idea pada aku jika ada produk yang memang nak cari tapi tak jumpa-jumpa. Atau pun memang produk tu tak ujud dalam dunia ni. Insyaallah aku boleh cuba hasilkan. Korang nak jualkan pun boleh. Harga tu ikut suka hati korang la nak taruk. Bagi aku, aku hanya ambil harga upah sedikit dan harga barang kasar yang aku beli. Itu je. Ada yang tanya lagi kat aku, lepas ni ambil tempahan projek dari student lagi ke? Jawapan aku tak tau lagi. Aku kena interview dulu student tu sebelum terima tempahan. Aku dah serik dah. Dan diorang pun dah serik dengan aku juga.
Mungkin lepas ni aku buat pakej buat projek dalam satu kotak je. Maknanya dalam satu kotak tu ada barang-barang projek yang boleh dibuat sendiri dan pada masa yang sama ia boleh digunakan sebagai bahan pembelajaran. Nak buat projek, buat sendiri. Jadi atau tidak itu tanggung sendiri. Ambil risiko dan belajar sendiri. Pakej yang aku cadangkan tu memang boleh jadi kalau siap dipasang dengan betul mengikut arahan. Kalau tak jadi juga walaupun dah cuba 10 kali... ntah la... berhenti belajar je la. Mnaj sangat la korang ni. Harga nak murah sesangat tapi hasilnya nak tip top. Mana boleh... aku tak layan la lepas ni.
Oklah ye. aku nak tido ni...

Isnin, 24 November 2008

Pening dengan R&D

Sekarang ni aku pening sikit dengan aktiviti yang agak berat. Biasanya perkara seperti tu kena buat berpasukan dan di dalam group. Barulah terjalinnya satu keputusan yang 100% baik. Tapi bagi aku, aku buat benda ni sorang je. Dulu ada partner aku si Shahrul, boleh la kongsi idea. Kalau nak guna idea aku sorang je agak lambat la. Tapi bila ada orang lain macam Shahrul idea aku dia boleh perbaiki lagi. Guna idea dalam berpasukan ini memang bagus sebab boleh gabungkan idea menjadi lebih baik. Tapi yang tak bagusnya kalau bertelagah. Sini setuju yang sana pula tak setuju. Kena pula ketua group yang jenis tak mahu dengar pandangan ahli kumpulan.

Aku punya stail kalau jadi ketua kumpulan, aku akan guna kaedah kumpul semua idea. Ala... aku ada belajar la sikit-sikit teknik pemikiran Socrate, Plato dan Aristotle. Walaupun kaedah tersebut dari ahli pemikir barat, tapi sebenarnya kaedah tersebut dari pemikir Islam. Tak kisah la apa pun. Tapi teknik tersebut memang berguna dan aku mamang selalu guna cara tersebut dari dulu lagi. Bila dikatakan tentang pandangan ahli kumpulan atau orang bawahan, sepatutnya mereka ada hak untuk ketua kumpulan terima. Dan bukannya membangkang 100% atau serta merta. Buat satu list mengenai idea-idea dan kemudian untuk perbincangan seterusnya barulah dibuat analisa Good or Bad. Dari situlah barunya ada komunikasi sesama ahli kumpulan dan bukannya bertelagah dan bermasam muka.

Teknik bertelagah juga perlu betul. Hanya perang mula semasa perbincangan dan melupakannya setelah habis perbincangan. Tidak perlu dibawa-bawa ke luar tugasan. Inilah cara yang sepatutnya. Dan cara tersebut adalah sangat sihat. Berbalik kepada idea yang saya fikirkan dan buat R&D seorang diri ni pun ada sebabnya. Bukan nak berselindung atau kedekut idea dengan oranga lain. Aku dah fikirkan buruk dan baiknya tindakan aku ini. Walaupun production dah berjalan, tapi aku belum ambil seorang pun pekerja untuk menghasilkan production. Belum masanya lagi dan belum tahu lagi.

Buat masa sekarang aku bergerak solo. Bila dah sampai masa kemuncak aku panggil balik partner aku. Masa sekarang ni aku agak susah sikit dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran. Jadi aku ketepikan segala-galanya termasuklah bantuan rakan-rakan. Aku ni susah sikit nak contact kengkawan bila susah. Kalau aku rasa senang baru aku cari diorang. Terbalik kan? Biasanya kalau masa susah baru nak cari kawan dan bila senang kawan dilupakan. Prinsip aku lain dan terbalik. Aku suka tolong kawan. Tapi kengkawan aku memang tau dah, kalau aku menghilangkan diri maknanya aku berada dalam kesusuahan dan muncul bila dah senang.

Apa pun tengoklah gua punya hasilnya nanti. Memang lambat sebab banyak halangan luaran dan dalaman. Apa yang berlaku aku tetap teruskan sebelum diri aku ni akan dibawa ke alam kubur. Wallahualam...

Ahad, 23 November 2008

Tugas getir tapi ok dan penat giler

Baru-baru ni aku agak sibuk dengan pelbagai tugasan dan projek. Sampaikan aku rasa cam nak giler. Tapi syukur sebab tak jadi giler lagi. Masih waras. Sebabkan banyak tugasan dan ianya baru permulaan bagi aku, ianya agak goyah sikit. Maklumlah baru.

Kini aku sibuk dengan mini production kat lab aku sendiri. Kerja sampai lewat pagi. Maklumlah jadual tak tersusun. Agak kelam kabut dan agak penat. Tapi apalah sangat rasa susah tu. Kalau dibandingkan dengan rasa minat yang mendalam.

Satu persatu aku cuba langsaikan hutang kerja aku. Banyak yang tertangguh. Aku sorang lak tu. Dulu ada pembantu. Tapi sekarang takde lagi buat sementara waktu ni. Aku bagi rehat dulu sementara aku setup balik organisasi aku dulu yang hidup segan mati tak mahu ni. Insyaallah production banyak, aku panggil la balik.


Untuk permulaan ini aku mengalami banyak kesulitan dari pelbagai segi. Dari sudut kerja sebab baru permulaan ni agak tak biasa. Kalau diikut pada list kerja... wow! Pengsan gua. Tapi semua kerja tu penting dan boleh mendatangkan jutaan ringgit. (yelah tu...) Idea melimpah-limpah keluar dari kepala otak. Tapi no action. No action, no result. Itulah jadinya. Tiada hasil sebab tak bertindak, walaupun idea banyak melimpah ruah.

Apa pun aku teruskan juga man-man. Terfikir balik masa aku belajar kursus motivasi dulu... kerja yang banyak jika tiada jadual prioriti, memang takleh nak settle dengan cepat. Jika nasib tak baik, kerja boleh jadi tidak siap. Bak kata Chef Li dalam bukunya... 'buat saja'. Jangan fikir panjang pada kerja yang banyak...'buat aje'. Insyaallah kerja akan siap. Tapi lambat la sikit...
Sekarang ni Tuhan nak duga aku dengan macam-macam masalah. Dia nak tengok aku macam mana aku handle semua masalah tu. Apa pun aku mampu bersabar jelah dan berdoa supaya tidak ditimpa musibah lagi. Sambil-sambil tu aku buat kerja juga. Kalau takde usaha manakan Tuhan nak tolong. Tuhan tu Maha Adil dan perancanganNya sangat tepat. Aku selalu memikirkan akan kejadian tersebut dan istigfar panjang aku... Allah Maha hebat. Wallahualam...




Sabtu, 22 November 2008

Production bermula

Kini produksi dah bermula dengan jayanya. Walaupun pada permulaan ini agak kelam kabut sebab tugasan pertama dan kurang ada pengalaman. Target aku mula-mula ni memang la agak kekok dan tak boleh nak buget masa yang sesuai. Apa pun aku cuba yang terbaik hari demi hari.

Sekarang ni aku buat apa yang patut aku buat. Dapat je tugasan, terus laksanakan dengan teratur. Mula-mula tu tak dapat rentak. Tapi bila dah lama-lama buat kerja, rentak tu dah dapat. Jadi aku susun tugasan ikut prioriti.

Pada gambar sebelah ni adalah produk keselamatan untuk kereta. Benda ni di pasang dalam kereta sebagai sensor untuk keselamatan kereta. So aku tak jual benda ni direct pada pelanggan, aku cuma production je. Tapi kalau sesiapa yang minat nak tau benda ni dan nak pasang kat kereta, boleh la contact bahagian marketing.

Alat ni belum ramai yang tahu dan tidak ramai yang pasang dalam kereta masing-masing. Termasuklah aku. Walupun aku design dan buat benda ni, tapi aku tak pasang pun kat kereta aku. Sebabnya kereta baru. Sayang pulak nak wiring kat kereta baru ni. Kalau kereta lama aku dulu boleh la. Memang tak kisah punya.

Selain dari benda ni, aku kini tengah cuba untuk design produk baru berasaskan keselamatan kereta. Macam alarm, sensor, immobilizer dan beberapa gajet yang pelik-pelik. Untuk produk lain selain untuk kenderaan, ada juga seperti produk keselamatan rumah dan alatan elektronik untuk penggunaan rumah dan sekeliling.

Jadi aku agak sibuk dan emosional sikit bulan ni. Maklumlah, kerja banyak berfikir.

Selasa, 21 Oktober 2008

Sakit wa cakap lu...

Aduhh... sakit wooo... Ikutlah ungkapan yang aku boleh luahkan untuk minggu ini. Macam macam masalah timbul. Mahu pun sedar atau pun tak. Ini gara-gara cuti beraya la ni. Tapi tak boleh salahkan raya gak, cuma beraya sakan tu je sebabnya. Itu yang bila dah mula tugas tu dah jadi kelam kabut banyaknya. Serba serbi kucar kacir dengan itu ini takde.

So aku patah kaki, patah tangan dan patah la segala-galanya. Bukan patah betul la. Ungkapan je. So sebelum raya, kalau aku pergi mana-mana memang naik motor je. Kete tak guna. Senang nak pergi mana-mana. Kalau sesat pun boleh buat U-turn atas divider je. Senang. Tapi itu dulu. Sekarang ni payah banyak sebab motor gua dah rosak giler. Nak repair banyak guna duit sebab rosak giler la aku kata tadi. So tangguh la dulu sampai dapat payment baru repair motor. Kira dah patah kaki la. Kalau nak gi mana-mana pandu kete je la... Malas sebab kos tinggi.

Lepas tu pulak tipon punya citer. Nombor gua (Maxis) memang tak boleh contact. Sesiapa pun termasuk la aku sendiri. Yang tukang guna pun dah memang tak boleh pakai. Ni terjadi kisahnya sebab suka keluar masuk sim card. Ala biasa la... kalau kepala otak tu asyik fikir projek itu ini... so tipon gua la jadi mangsa. Bukak sana, bukak sini. Sim card ntah ke mana. So itu pun aku kena ganti gak. Semuanya masa raya. Member aku memang tak dapat contact dan aku memang tak dapat jumpa member raya tahun ni. Faham-faham jelah. Yang sedih tu aku punya customer la... Aku raya dah beribu-ribu yang call aku tak dapat. Jadi maknanya, takde income le aku bulan ni. Nombor customer pun semua simpan dalam sim card. Padan muka aku.

So aku dah malas nak citer la... Ni pun aku tengah buat keje. Aku pun tak tau aku buat keje ni untuk sapa. Ntah sapa punya ntah? Kalau nak citer lagi panjang weh. Belum citer bab email lagi dan gua punya web site. Ini pun mata dah meleleh dah ni. Mengantuk la... Baru pukul 2.30am.

Sebenarnya aku nak buat pengunguman sikit. Kalau ada yang terbaca blog aku ni yang memang nak jumpa aku dan aku pun memang nak jumpa korang. Contact number pun takde. Hari ahad ni aku ada kat PD. Kat Teluk Kemang. Kat Teluk Kemang tu ada satu majlis kahwin. Ha... aku ada kat sana. Cari la aku dan jangan cari pengantin sebab pengantinnya bukanlah aku. Aku ada kat sana je. Hari rabu ni aku kat Jln Pasar. Cari aku kat kedai Elektronik Maplin. Memang aku selalu ke sana. Dan terakhir sekali... hari khamis petang aku memang lepak kat Carrefour Ampang di food court. Buka lepak la tapi aku perbincangan dengan team aku. Korang nak serbu aku kat sana pun boleh. Memang aku selalu kena serbu pun.

Lepas aku pun tipon aktif, mungkin minggu ni, jangan la berebut-rebut call atau sms. Sebab aku ni ada sikit sakit jantung. Takut jantung berfungsi tak betul. Ok.

Rabu, 15 Oktober 2008

Minggu meeting

Agak penat sikit la minggu ni sebab ke sana dan ke sini ada perjumpaan. Banyakkan perjumpaan sebab nak bincang mengenai projek yang aku rasa dah tak mampu aku nak buat dah. Ikut-ikutkan memanmg tak mampu tapi mana boleh mengalah macam tu je. Kena teruskan usaha juga.

Perjumpaan banyak kat Ampang. Sebabnya aku pun tak tau. Kalau nak buat kat Kajang pun boleh juga tapi sebab dah memang kena tempat tu, kenalah ikut. Bila balik rumah je badan penat dan terus nak tido. Penat woo. Nak update blog ni pun penat giler.

Apa pun aku memang penat dan kalau jumpa dengan orang pastinya aku tak tunjuk keletihan tu. Bila dah jumpa katil dan kepala diletakkan ke bantal, pastinya terus lelap dan tak sedarkan diri. Macam dah mati la. Memang betul. Aku kalau tido memang susah nak bangun dah. Kalau rumah terbakar ke memang rentung dah aku ni. Tapi sebabkan bini aku ni senang jaga, so aku tak jadi masalah.

Perjalanan aku ke Ampang dari Semenyih memang mencabar. Sebabnya aku lalu ikut laluan jalan bukit bukau yang tinggi tinggi dan melalui empangan Semenyih. Itu je laluan yang bagi aku agak relaks berbanding laluan sebenar yang menempuhi banyak tol dan jem. Laluan belakang tu memang sunyi dan memang macam-macam boleh jadi. Tapi aku tawakkal je. Insyaallah selamat. Kiranya aku tak sangka dari dua bandar yang pesat membangun terdapat juga keadaan menenangkan seperti laluan yang sepi dan menenangkan jiwa. Kalau siang boleh la. Kalau dah malam tu aku pun tak berani. Hey... aku takde idea dah ni...

Baru baru ni aku pergi ke Ampang sebab ada temujanji dengan Bro Jimi (yang badan besar). Aku ada buat perbincangan mengenai projek besar-besar. Pada masa yang sama juga aku ada buat temujanji dengan seorang lelaki berbangsa Cina iaitu Lee Siang (yang berbadan kurus). Berbincang juga pasal projek masing masing sambil bertukar-tukar fikiran dan mengalaman. Ini kali kedua bertemu. Yang Bro Jimi tu tak yah ceritalah berapa kali jumpa. Dah 3 tahun dah asyik meeting je. Tapi satu apa pun takde. Insyaallah akan datang mungkin ada hasilnya.

Ha kalau korang nak tahu aku yang pakai baju hijau dan bertubuh sasa dalam gambar. Sebenarnya eksyen je buka laptop tu. Baru habis bateri. Dua-dua sekali habis bateri. Baru lepas nak update blog tapi bateri dah habis dulu.

Bila dah selalu keluar ni, kerja kat office dah banyak yang bertangguh. Ada jadual pun selalu tak ikuti sebab masalah kepenatan. Dulu lain aku selalu tidur lewat sebab nak siapkan banyak kerja. Tapi memandangkan ianya boleh memberi kesan sampingan untuk jangka masa panjang, dan kesihatan sering terganggu dan takut kena masalah jantung, aku kena ikut waktu rehatyang betul. Sebab dulu aku pernah kena satu keadaan di mana degupan jantung aku tidak sekata dan membuatkan aku rasa tidak selesa. Ianya terjadi sekiranya aku tidak cukup tidur dan sering tidur lewat malam. Sejak dari itu jadual tidur kena patuhi.

Insyaallah kerja yang banyak tertanggug akan aku bereskan secepat mungkin. Satu lagi yang aku nak bagitau kat semua orang pasal aku punya nombor telefon Maxis memang tak boleh guna lagi sebab aku nak tukar sim card baru. Ini kes selalu bukak pasang bukak pasang la ni. Dah selalu bukak, pasangnya dah takde pulak. So insyaallah minggu depan akan aktif nombor Maxis tu. Yang cuba contact aku tak dapat tu jangan la mare... aku masih kat sini lagi. Mana yang tau rumah aku, datang je la terus. Pintu rumah aku sentiasa terbuka. Aku tak lari mana-mana pun sebab kerja aku memang kat blog ini dan blog MyEnik.

Lupa lak nak bagitahu. Aku ada blog baru. Tapi join dengan Bro Jimi. Sebenarnya itu bloh dia tapi aku sebagi penasihat je. Tapi aku tetap akan posting dalam blog tu. Kalau ada masa boleh ke http://berani-bukak-la.blogspot.com.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Terkejut campur hairan

Walaupun sekarang ni aku dah boleh katakan full time kat internet ni, tapi kerja lain luaran juga aku buat. Takleh nak mengadap pc je. Biru mata karang. Dalam minggu ni pun aku dah banyak buat perubahan tapi sikit demi skit la. Terutama sekali pada web site elektronik MyEnik. Memang aku rancang nak buat perubahan sikit dari semua sudut.

Baru-baru ini aku ada send email pada mailing list MyEnik hanya untuk memberitahu beberapa perubahan dan juga perancangan MyEnik pada masa terdekat ini. Dalam blog MyEnik juga aku ceritakan perkara yang sama. Dan pada masa yang sama juga aku sekarang dah on YM aku setiap masa (waktu kerja). Jadi memang ramai yang ambil kesempatan ini. Maklumlah aku ni kurang minat sikit dengan chatting ni. tapi sebab nak tahu masalah dan cadangan pengunjung MyEnik, aku onkan jelah. Dan aku pun suka juga dapat melayani diorang ni. Semua baik-baik. Buat masa ni tak pula yang kutuk dan memaki hamun aku. Kalau ada pun takpe, aku terima je.

Selepas aku send email ke mailing list MyEnik, esoknya aku cek email. Tersentap aku kejap. Ramai betul yang reply. Aku pun risau juga takut-takut yang reply tu nak kutuk aku ke. Ok lah hampir semua memberi komen yang baik. Termasuklah komen pada blog aku. Cuma aku heran yang tukang komen kat blog MyEnik tu. Aku rasa macam orang yang sama je. Apa yang dia komen pun lari dari tajuk yang aku ceritakan. Hairan aku.

Tapi komen dia oklah sampaikan aku dah naik risau. Bagi yang reply email dan memberi cadangan dan pertanyaan, aku ucapkan terima kasih. Ramai yang nak gai sokongan dan kerjasama dengan aku. Terima kasih, terima kasih. Apa pun aku sekarang ni tengah struggle nak siapkan ebook kedua yang aku kena edit balik sebab tak dapat kelulusan dari Lembaga Penapisan. Jadi aku tengah buat balik sambil kepala aku rasa sakit dan penat gile. Kalau diberi tugasan untuk lari 15KM atau berenang seberang sungai5 kali setiap hari memang aku yakin boleh buat. Tapi kalau bab memerah idea ni, kepenatannya melebihi lari 50KM. Memang betul.

Sebab itulah cara pemakan perlu dijaga, penjagaan badan juga perlu. Kalau tak, baru fikir sikit dah mengantuk dan sakit kepala. Paling tidak kena serangan sakit kepala (magrain - entah aku tak tau nak eja).

Selasa, 7 Oktober 2008

Selamat Hari Raya AidilFitri

Jika aku tak terlambat, aku nak ucapkan selamat hari raya aidil fitri. Maaf zahir batin. Jika aku ada buat salah dan dosa kat korang, aku minta ampun dan maaf. Apa pun aku maafkan semua orang walapun korang tak jumpa ku nak minta ampun maaf. Lagi pun takde siapa pun yang ada buat salah kat aku. Mungkin belakang aku ada juga, tapi aku maafkan awal-awal lagi.

Raya ni aku agak sibuk sikit la. Banyak kerja yang aku kena buat untuk persiapan hari raya. Bila raya dah tiba, sibuk pula beraya. Kalau beraya tu semuanya jauh-jauh. Yang dekat-dekat tu ada yang belum sempat beraya. Bukan salah aku juga, bila nak datang raya je takde kat rumah. Sorry la ye kalau au tak sampai mana-mana lagi terutama rumah korang.

Korang pun bila nak datang rumah aku. Tak kiralah sesapa pun. Janji korang kenal aku sudah. Kalau aku tak kenal korang pun boleh datang seperti kenalan MyEnik ke atau kenalan melalui internet pun boleh. Rumah aku sentiasa terbuka. Bila sebut pasal terbuka ni, tahun ni aku tak buat rumah terbuka. Seperti tahun-tahun yang sudah, tahun ni aku tak buat. Sebabnya kali ni aku nak jadi tetamu rumah terbuka orang lain pulak. Insyaallah tahun depan aku buat balik.

Macam mana percutian korang? Best tak? Cuti pun dah habis ni, jadi macam mana? dah mula kerja? Aku dah mula kerja dah. Banyak kerja yang aku belum siapkan lagi ni. Pening wooo. Apa pun aku tengah tarik nafas panjang-panjang dan dalam-dalam sebab aku tengah tumpukan dengan kerja yang aku kena siapkan ni. Aku rancang siap je kerja yang banyak ni, aku nak sambung balik projek aku. Sebelum tu aku kenalah buat beberapa persediaan. Aku kena setup office aku balik dengan suasana yang lebih tersusun. Maklumlah, office aku tu dah macam kena tsunami. Lepas ni bila dah ok, baru boleh buat kerja dengan happy.

Sekarang ni aku bergerak sorang-sorang. Kat office pun aku sorang je. Lagi pun office aku kat rumah je. Satu bilik aku buat office aku sendiri. Kira jadi macam SOHO la. Senang nak buat kerja. Perkakas pun hampir lengkap. Cuma untuk permulaan ini aku mungkin agak sibuk dan perlu bekerja keras sikit. Nak kena buat wiring sendiri, susun perkakas dan yang penting biar nampak kemas dan menarik. Yang tukang spot check pun selalu juga (bini aku la, sapa lagi). Nak tak nak aku kena kerja dengan lebih tersusun la.

Pasal kerja ni aku agak goyang sikit sebab kerja sorang je. Shahrul still kerja kat Mantin lagi (agak aku la). Aku biarkan dia kerja di sana dulu sementara aku setup office dan manage balik business aku. Bila dah ok, aku panggil balik Shahrul masuk balik business yang dah memang lama aku dan dia buat. Disebabkan banyak gangguan, business selama ini macam hidup segan mati tak mahu. Dah banyak kali turun naik. Business aku dengan Bro Jimi pun sama juga. Orang tengok macam dah terkubur lama. Tapi sebenarnya masih bernyawa. Kami akan naik dengan projek baru yang lebih besar dan mungkin pecah kepala. Semua tu nanti aku akan ceritakan. Bukan cerita kosong, tapi cerita yang boleh korang ikut dan tiru. Nanti aku nak bagi peluang kat korang yang baca blog aku ni.

Apa pun selamat hari raya. Maaf zahir batin. Kalau aku ada salah, maafkan lah ye. Kalau aku ada hutang pun halalkanlah ye. He he he... (jangan risau aku akan settlekan... aku tak lari kena pun. He he he...)

Isnin, 15 September 2008

Agak sibuk dgn kerja?

Wah sekarang ni aku betul betul sibuk dengan pelbagai kerja dan projek. Projek banyak masuk tapi apa yang aku dapat ntah pergi ke mana. Satu lagi aku tak boleh nak tumpukkan pada semua kerja atas satu sebab. Cepat letih dan mengantuk. Bulan Ramadhan ni aku rasa cepat penat pada belah malam. Itu belum masuk kalau solat Terawih lagi. Tapi banyak kali juga aku miss solat Terawih ni. Sampai rumah je dah masuk Isyak. Berbuka puasa pun kat rumah parent aku je. Tiap-tiap hari. Time aku balik kerja je pukul 5 petang. Bini aku pula balik pukul 5.30 petang. Sampai rumah dah pukul 6 lebih. Lepas tu pergi jalan kat pasar Ramadhan pulak. Nak masak memang tak masuk akal la.

Kepada mereka yang ada buat tempahan projek ke, atau beli apa-apa barang kat aku terutama sekali pelanggan MyEnik, aku minta maaf bebanyak sebab ada kelewatan atas sebab-sebab tertentu yang memang aku tidak mampu elakkan. Insyaallah jika kuderat aku kuat pada belah malam, mungkin aku dapat selesaikan banyak kerja dan tugasan yang pada siangnya aku tidak sempat siapkan. Lagi pun kerja aku kini pada belah siang agak terhad untuk buat kerja lain seperti di MyEnik.

Dulu masa aku kerja berulang alik ke Subang Jaya dari rumah aku di Semenyih, memang penat giler. Masuk office je dah penat termengah-mengah. Kini aku berulang alik ke Mantin pula. Dekat la sikit. Jem pun takde. Cuma otak je yang jem. Urusan bisness internet aku agak slow atas sebab aku penat dan bukan takde masa. Masa tetap ada. Apabila masa ada, badan aku pulak yang penat dan mengantuk. Nampak gayanya aku kena susun strategi baru yang lebih pintar lagi. Insyaallah selepas ni aku nak target jadi jutawan dalam masa terdekat. Hari-hari doa dan yakin Allah makbul doa aku ni.

Satu lagi... aku sebenarnya ada banyak idea seperti rekaan produk baru. Cuma masalahnya sekarang ni aku nak cari orang yang boleh marketkan produk aku. Bab market produk ni aku belum mahir lagi. Tapi apa pun aku baru jumpa dengan seorang pengedar yang boleh memasarkan produk rekaan aku. Baru dalam perbincangan dan kini sedang dalam usaha untuk buat sample produk tu. Ada sesiapa yang berminat boleh contact aku dengan segera sebelum kuota penuh.

Selasa, 19 Ogos 2008

Mana la aku hilang ni?

Sebenarnya aku pun tak pasti la macam mana aku boleh hilang ni. Ramai pulak yang tanya mana pulak budak Azrai ni pegi ni? Lari rumah ke? Mana ada lari dari rumah. Aku duduk kat rumah je. Sekarang ni aku sibuk dengan projek itu ininya. Tapi baru permulaan.

Baru nak ula je dah sibuk tak nampak muka. Sebenarnya aku banyak buat projek dengan orang itu ini. Semuanya member la. Tapi itulah jadinya ni. Aku dah tak boleh nak uruskan semua sekali. Sampaikan banayk perkara yang aku terlepas. Mungkin silap aku gak. Banyak sangat projeknya. Tapi satu apa pun tak beres lagi. Apa pun aku dah mula atur balik jadual. Dulu masa kerja tempat lama, tak pulak aku sibuk camni. Taklah sampai nak buat jadual. Teringat pula jadual waktu masa kat sekolah dulu.

Baru-baru ni aku ada pergi ke MAHA. Apa tu? Ala... MAHA la. Dua kali aku pergi sana. Dekat je. Yang best kat sana sebab macam-macam barang tempatan yang boleh kita beli dan yang penting sekali adalah beli anak pokok dan benih pokok. Kambing, kuda, unta dan lembu memang aku tak beli la. Lagi pun aku pegi tempat yang bertutup je. Ladang aku tak pergi. Apa pun memang best la kalau pergi sana.

Mula-mula tu pergi dengan member. Lepas tu pergi satu keluarga. Best giler. Aku bawa RM100 rasa tak cukup pulak. Ingat nak beli anak pokok je. Lepas tu macam-macam benda yang aku beli macam keropok, snek rambutan, paste mee bandung, buku dan sebagainya. Lepas tu barulah aku beli anak pokok.

Tiba-tiba je rasa nak berkebun. Sebab tulah nak beli anak pokok. Benih pokok bunga pun rembat sekali. Alang-alang tu kalau nak berkebun biar sampai jadi ladang ke kan. Gambar yang aku ambil ni pun menunjukkan buah-buahan tempatan. Banyak dan pelbagai buah-buahan yang ada. Padi pun ada. Kalau nak tunjuk pada anak rupa padi boleh la datang ke MAHA ni. Aku dah biasa dah dengan padi. Masa kecik dulu pun pernah tolong aruah uwan aku bersawah.

Jadi, kiranya kalau korang memang ada buat pilihan nak pergi ke MAHA ni atau tidak, saya rasa baik korang pergi. Itu pun kalau korang memang minat nak berjalan dan minat dengan produk tempatan. Minat berkebun dan inat dengan haiwan peliharaan pun boleh. Banyak peluang ada kat sana. Nak mohon kontrak penanaman pun boleh. Aku nak cuba mohon. Tanah dah ada. Cuma tak tau nak tanam apa lagi.

Isnin, 28 Julai 2008

Dah boleh dah ni....

Sekarang ni aku dah open untuk tempahan bakul ayam kepada semua. Aku agak terkejut juga la sebab belum buat pelancaran lagi dah banyak order dah. Tapi apa pun aku masih open lagi sebelum tempahan dihentikan untuk sementara.

Buat masa ni aku buat web site guna free dulu sebab lepas ni aku akan trasfer masuk ke web site hosting berbayar la. Itu pun tengok pada sambut juga. Sama seperti web site myenik juga. Mula-mula aku buat guna web site free je dulu. Selepas sambutan amat menggalakkan, barulah aku transfer ke web hosting berbayar.

Tapi lepas nia aku rasa memang kena buat web site yang real punya web site. Sebab dia punya sambutan tu aku pun dah naik risau dah. Tukang anyam pun dah berpeluh-peluh dah ni. Mula-mula tu risau sebab takut takde order je. Lepas aku ambil alih dan promote pada orang ramai, dah mula ramai yang order. Harga memang tak jadi masalah sebab murah pun ye dan hasilnya pun berkualiti. Ada qc lagi.

Pada masa yang sama juga aku tengah set up MyEnik untuk pelanggan MyEnik dan bukan pelanggan juga. Apa pun aku nak bagi orang puas hati dengan web site MyEnik dan paling utama sekali beli la produk yang sekali. Produk MyEnik memang 100% aku buat. Lepas ni aku nak edarkan pada setiap negeri atau daerah dalam Malaysia ni. Jadi mana yang tak berapa yakin nak beli melalui internet, boleh la kunjungi kedai yang berdekatan dengan tempat tinggal. Bukan semua kedai yang ada, hanya kedai yang terpilih sahaja. Mana-mana kedai yang berminat boleh la mohon sekarang. Sebab aku akan pilih satu kedai untuk satu negeri je sebagai wakil penjual produk MyEnik.

Berbalik kepada isu bakul anyam, korang boleh tempah sekarang ni sebab bila-bila masa je aku boleh hold tempahan untuk mengelak kesesakan yang bakal mengundang. Jangan lupa pergi ke sini di http://anyam-rotan.50webs.com.

Ahad, 13 Julai 2008

Koleksi Bakul Anyam

Dalam beberapa hari lagi aku akan lancarkan web site yang menjual dan menempah bakul anyam. Semua koleksi bakul anyaman ini aku akan muatkan dalam satu web site yang sedang aku siapkan. Sebelum ni aku pernah jual bakul anyam melalui internet kat Mudah.com.my. Permintaan sangat menggalakkan.

Jadi kini aku ada production bakul aku sendiri. Tapi bukan aku yang anyam semua ni. Cuma sedara-mara aku je yang buat. Maknanya aku ada segala jualan melalui online aku akan buat dan uruskan sendiri. Manakala untuk pembuatan itu sedara aku yang uruskan.

Lepas ni aku open pada semua yang berminat dengan bakul anyam ni. Harga ikut market la. Urusan pembelian melalui pos. Tunggu la nanti aku akan umumkan laman web tersebut. Aku ada buat pra-pelancaran baru-baru ini... sambutan sangat hebat sampaikan aku pun naik risau dengan order yang banyak.

Rabu, 9 Julai 2008

Lagu yang aku suka

Cerita pasal lagu ni, aku bukannya pandai sangat bab lagu-lagu ni. Lagu baru ke atau lama ke, semuanya sama je. Sebab aku bukan peminat fanatik bab lagu lagu ni. Tapi bagi aku la, aku suka dengar lagu nasyid je. Kalau dalam lap top aku memang banyak lagu nasyid je dan termasuk juga zikir-zikir.

Kalau lagu lagu baru sekarang ni memang aku layan juga tapi sekadar dengar je la. Aku kalau menyanyi ni suara tak la berapa sedap pun. Kalau masa nyanyi lagu nasyid ni boleh hayati sekali lirik lagunya. Tapi korang jangan ingat aku ni mat nasyid je. Dulu aku layan lagu-lagu merapu juga seperti satu group ni yang paling aku suka masa muda remaje dulu iaitu Cromok.



Dulu memang aku layan semua lagu yang ada dalam group ni. Paling best sekali muzik yang diorang main tu. Walaupun agak keras dan laju tetapi masih tidak tinggal alunan lagu melayu. Kalau tengok pada liriknya pun biasa je.

Setakat Cromok aku boleh layan lagi. Lebih dari tu macam Iron Maiden ke, Pantera ke, dan macam-macam yang seumpamanya memang aku tak boleh nak layan. Pening kepala aku. Nanti hati boleh jadi keras pulak.

Antara lagu yang masih aku ingat seperti Memories, Sibling, The Other, Seedling dan banyak lagi. Paling aku suka lagu Farewell sebab lagunya slow dan pernah keluar kat THR dulu. Satu lagu ni jelah. Lagu yang lain confirm kena gam punya. Ada satu lagu lain yang dinyayikan balik oleh Bandi Amuk (nama lagu aku tak tau).

Mengikut apa yang aku tau ahli kumpulan Cromok ni tak ramai macam Rabbani. Hanya ada 4 orang dan kini dah jadi 3 orang je. Yang sorang dah takde lagi (meninggal dunia). So tinggal la 3 orang ni je. Asal group ni dari Australia dan mereka semua ni student kat sana rupanya. Bila tubuh je group ni, diorang pun balik ke Malaysia dengan membawa muzik fast trash kat sini.

Trade mark diorang ni kuda unikon la. Aku pun tak pasti apa sebab diorang suka dengan unikon ni? Mungkin sebab lagu diorang laju macam kuda agaknya. Kalau korang dengar lagu diorang ada macam bunyi kuda berlari. Kalau tak ada, mungkin perasaan aku agaknya.

Sejak dari hadirnya Group Raihan dan macam-macam lagi group nasyid ni, Cromok aku dah tinggalkan. Tapi kaset Cromok masih ada aku simpan dan aku convert masuk dalam cd. Kalau aku duduk sorang sorang ada masanya aku dengar lagu Cromok ni. Tapi depan anak dan bini aku tak la.

Rabu, 2 Julai 2008

Hacked

Memang aku angin sebab web site MyEnik aku kena hacked. Macam mana boleh jadi camtu aku pun tak tau la. Sampaikan aku dah lemah longlai dah rasanya. Bab hacking meng hacking ni aku tak berapa reti pun sebab bukan itu kerja aku. Yang pasti aku tak nak kacau orang.

Tapi kalau orang dah nak kacau aku, apa boleh buat. Yang kacau aku pun tak tau sapa. Boleh main sorok-sorok pulak kan. Sesekali tu nak juga ajak main sorok-sorok, sebab aku ni agak pakar bab sorok-sorok ni. Kelebihan aku boleh menyamar dalam apa bentuk dan keadaan sekali pun.

Tapi masa kena tu aku cool je sebab aku tak panic. Tapi aku pun tak tau nak buat apa sebenarnya melainkan report pada web hosting aku. Lepas tu terus ok, walaupun agak susah nak merampas kembali web site aku yang kena rampasan kuasa sebelum ni. Aku tak pasti kerja sapa ni. Mungkin mana yang pakar IT mesti tau bab hacking ni. Yang pasti ini kerja orang pro (pro dalam bidang hacking la).

Ini adalah first time aku kena camni. Mula-mula dulu aku tak hirau pun pasal ni walaupun isu hacking ni banyak kali aku dengar. Aku pun tak hirau sangat sebab web site myenik bukanlah web site yang mengandungi maklumat katakunci dan kod rahsia pun. Kalau untuk buat payment pun guna akaun Maybank aku je dan tak guna Paypal. Sebelum pelanggan nak buat payment pun diorang call dulu atau sms je. So nampak security la walaupun banyak kerja. Cara tersebut aku guna sebab nak bagi pelanggan rasa selamat. Maklumlah kan, berurusan melalui internet. Orang Malaysia masih ada yang tidak yakin dengan urusan jual beli di internet.

Berbalik kepada topik hacking ni, sesiapa yang tau bab hacked ini tolong cerita sikit kat aku. Kalau boleh ajar la sikit. Bukan nak buat, tapi nak tau just for information je.

Sabtu, 28 Jun 2008

Main dengan e-mail

Ada beberapa perkara yang ingin aku sentuh sikit mengenai e-mail. Maaf la ye aku ni bukan terror mana pun bab e-mail dan internet ni. Tapi pengalaman tu yang menjadi pemangkin untuk aku story dalam blog ni.

Aku selalu berurusan dengan pelanggan MyEnik setiap hari. Ada yang bertanya soalan-soalan yang boleh aku jawab dan ada yang aku tak boleh jawab, ada yang hantar e-mail memberi sokongan dan galakan, ada yang hantar email kata-kata maki hamun kat aku, ada yang tersalah hantar email kat aku dan macam-macam lagi lah.

Semua e-mail yang aku dapat tu ada yang aku simpan dalam folder dan ada yang aku delete. Kengkadang tu aku delete je bila tengok tajuk seperti email spam.

Pengalaman aku bermain dengan email ini boleh jadi macam-macam hal. Terutama sekali pada email yahoo. Korang semua mesti perasan email yahoo.com dan yahoo.com.my kan? Haaa... ini lah yang aku nak bagitau ni. Harap ianya boleh jadi panduan dan juga maklumat peribadi korang.

Ada ketika bila aku dapat tempahan produk digital dan memerlukan pengesahan melalui e-mail atau pun e-mail yang bertanya soalan-soalan, dalam form yang aku buat mempunyai ruangan email yang mesti diisi oleh pelanggan. Sistem yang aku buat nampak pro la sikit tapi tak guna juga walaupun aku buat dua ruangan untuk isi e-mail dua kali (satu lagi untuk pengesahan e-mail), kalau salah masuk alamat email.

Bila aku reply balik email ikut maklumat email yang diorang taip memang tidak jadi masalah. Bila dah lama tu (sebulan kot) diorang send balik email yang sama dengan soalan yanga sama atau bertanya produk tak sampai. Peristiwa macam ni selalu terjadi pada aku. Mula-mula tu aku panik la. Sebab dah selalu kena jadi aku cool je.

Bab masalah ini sebenarnya banyak cara penyelesaiannya. Korang pun tau. Antaranya, jangan buat form. Suruh e-mail je terus ke e-mail aku. Jadi pada sender tu aku boleh tau alamat email yang sebenarnya. Tapi itu macam susahkan pelanggan je dan nampak tak bersistem pulak. Satu lagi cara, tapi korang don't try this at home la ye. Ini cara aku dan berisiko sikit. Aku cerita untuk sekadar maklumat je.

Sebelum tu, berbalik pada email yahoo tadi, aku ada beberapa email yahoo guna untuk peribadi dan bisnes. Bila dah banyak email ni sampai aku lupa beberapa email yang aku ada. Bila cerita bab lupa ni, terjadi kisahnya aku isi form guna email yahoo.com.my tapi aku key-in yahoo.com je. Patutnya yahoo.com.my.

Lama punya tunggu satu habuk pun takde. Maknanya takde reply. So aku isi balik form tu tapi kali ni baru aku perasan yang aku lupa nak taruk .my belakang yahoo.com. Kemudian baru aku dapat reply email.

Sama kesnya pada pelanggan aku. Bagi alamat email minta maklumat atau e-book melalui form yang aku sediakan. Bila aku send diorang kata tak dapat. Pada hal aku dah send 8 kali dah tapi diorang kata masih tak dapat juga. Diorang apa lagi naik bebulu la dengan aku dan fikir aku main tipu, pada hal aku pun dah berbulu lama dah. Teringat kes sebelum ini, jadi aku pun reply email lagi sekali tapi email diorang aku tambah .my kat belakang je. Lepas tu baru diorang kata dah dapat. Lega rasanya walaupun masih berbulu. Jadi aku bertindak ikut logik.

Cara aku tu ada risikonya sebab takut terbagi kat orang lain je. So far ok je. Semua pelanggan aku rasa happy dan bergumbira walaupun aku dah naik berbulu. Jadi jaga-jaga pada korang juga kepada yang ada email yahoo.com.my. Jangan lupa .my belakang tu. Ada sesetengah kes aku tak buat camtu sebab diorang ada email lain.

Jumaat, 27 Jun 2008

Aku nampak UFO?

Aku dah lama tak pergi berkumpul dengan member ufonet. Yang aku tau diorang dah nak tubuhkan ufo Malaysia. Tak berapa pasti. Sorry la ye kepada member ufonet. Aku tak dapat hadir perjumpaan hari tusebab aku nak buat kejutan dengan korang sebenarnya.

Baru baru ni secara senyap-senyap aku ada buat misi meninjau langit dengan teropong. Biasanya malam la sebab siang mana boleh. Silap-silap terteropong ke matahari pulak. Buta mata aku.

Selain kapal terbang, banyak benda lain yang melalui langit seperti burung, kelawar, soyus, langsuir dan yang penting sekali adalah ufo. Ufo tu apa? Aku tanya kemudian aku jawab balik. Ufo adalah benda terbang yang tidak diketahui benda atau namanya. Kalau korang nampak benda terbang macam burung tapi itu bukan burung atau kapal terbang atau apa saja, itulah ufo.

Kalau korang nampak burung terbang tapi tak tau nama burung tu, tak bermakna itu pun ufo. Teringat misi group ufonet buat xpdc ke Terengganu (lokasi sebenar dirahsiakan) untuk melihat, meninjau lokasi yang terdapat adanya ufo. Memang kami nampak ufo sebab kami tak tau apa benda yang terbang atas langit tu.

Pada waktu tu peralatan baru nak pasang. Teropong ntah ke mana, kamera ntah kemana, segalanya terlepas begitu saja. Cadangnya memang nak ambil gambar tapi masing-masing terpegun, terkedu, terbeliak, tertanya-tanya menyebabkan lupa segala-galanya. Tapi kalau dapat ambil pun tak nampak sebab kecil dan jauh.

Lepas kejadian tu, kembali ke KL, seminggu lepas tu macam-macam aku jumpa di atas langit. Aku dah mula risau sebab Bro Jimi warning aku sebab dia kata lepas kejadian malam tu ufo tu aim kat aku. Bertambah risau sebab bini aku masa tu sedang mengandung. Risau aku masa tu.

Bukan aku saja yang kena, Bro Jimi pun menghadapi perkara yang pelik. Bro Jimi berjumpa dan berborang dengan alien (menyamar sebagai manusia). Korang mesti tak percaya punya semua ni dan aku pun tak suruh korang percaya. Kami cuma buat kajian tentang ufo dan angkasa lepas. Bab hantu ke pontianak ke, kami tak masuk campur.

Jadi teropong yang aku gunakan tu untuk tengok bulan, bintang dan planet-planet. Nampak cantik dan rasa kagum dengan ciptaan Yang Maha Esa. Rasa keinsafan. Terasa betapa kedilnya aku di atas dunia ni.

Khamis, 26 Jun 2008

Janji Halal

Untuk mencari kerja atau ada yang terkeneng-keneng nak buat bisnes sendiri itu perkara utama adalah sumber pendapatan yang halal. Tak kisah la apa pun yang kita nak buat, nak cari duit pun, halal haram tu kena jaga. Sebab tulah aku sekarang ni telah membuat beberapa keputusan peribadi yang agak drastik dan fantastik.

Untuk membuat keputusan juga memerlukan cara dan timing yang betul. Bab-bab nak buat keputusan ni memang memeningkan kepala aku. Tapi itulah hakikatnya kehidupan kita di dunia yang sementara ini. Keputusan perlu dibuat.

Untuk menjamin sesuatu yang halal kita perlu kepada ilmu. Maksud aku ilmu yang membolehkan kita tau sesuatu perkara yang kita lakukan itu halal atau haram. Please jangan tanya aku apa yang haram dan apa yang halal. Korang tanya la yang arif pasal halal haram. Aku pun bertanya juga untuk mendapatkan kepastian seperti guru agama atau ayah aku sendiri. Yang penting hendaklah orang tu berilmu tinggi dan arif dalam bidangnya.

So minggu depan aku start dengan projek besar aku. So aku dah notice pada bini aku tang hal ni sebab mungkin balik lewat sampai ke malam. Apa yang besar sangat tu? Ada la. Projek aku dengan partner aku untuk mencari dana projek rekacipta aku yang perlu aku rahsiakan setakat ini je.

Minggu ni agak sebuk dengan persiapan sampaikan aku demam dan jatuh sakit. Apa pun semangat aku melebihi kesakitan itu. Alhamdulillah aku boleh pikul beban tu. Pada masa yang sama juga beberapa projek lain juga jalan tapi slow sikit la. Aku juga tengah update sikit demi sikit blog aku ni dengan beberapa link ke web site projek aku dan juga aku punya bisnes.

Aku rasa tanpa korang dan member aku, pasti aku tidak mampu untuk bergerak lebih ke depan lagi. Tapi tidak semua perancangan aku semuanya berjaya. Aku lebih banyak menanggun kegagalan dan kekecewaan berbanding kejayaan. Kalau berjaya pun tak lama dan hasilnya sedikit. So aku tau hidup kat dunia ni sekajap je. Tak tau bila tarikh lupusnya.

Oleh itu aku kena buat yang terbaik demi agama , keluarga dan negara tercinta. Terima kasih atas sokongan korang.

Rabu, 25 Jun 2008

Kerja part time

Sekarang ni ramai juga member aku yang dah mula cari kerja part time. Sebab dah ada peluang baik, jadi mereka ambil kesempatan untuk tambah pendapatan. Macam macam la yang diorang buat. Sebenarnya memang banyak cara untuk menambah pendapatan. Ada yang masuk mlm, berniaga pasar malam, jual burger, jadi agen insuran, agen hartanah, ambil upah dan macam-macam lah.

Salah satu cara lagi adalah berniaga di internet. Macam korang tahu, internet ni sangat luas pengaruhnya. Kalau jual barang boleh sampai ke Las Vegas atau pun Egypt. Duduk satu taman perumahan pun boleh berniaga melalui internet. Sedangkan kat opis pun berchatting dengan member meja sebelah pun boleh. Bos pun tak perasan.

Untuk berjinak-jinak dalam dunia perniagaan internet ni perkara utama adalah ilmu. Ilmu kena ada. Jangan main lanyak je. Nanti korang pulak yang kena lanyak. Satu lagi kena sungguh sungguh. Buat dari bawah, dari sambilan je dulu. Lepas tu kalau dah stabil dan income pun cecah RM50 ribu sebulan, terpulang la kat korang nak buat sepenuh masa ke, apa ke. Janji jangan kacau orang atau bini orang.

Sekarang ni pun aku tengah siapkan beberapa web site untuk dipromosikan di internet. Macam-macam web site yang aku buat. Kiranya aku punya projek besar lah ni. Bukan takat tu je, aku sekarang ni mempunyai banyak projek lagi yang belum aku bereskan lagi. Tapi partner aku ada seperti Shahrul dan Bro Jimi.

Kalau korang ada projek dan berhasrat nak join venture dengan aku pun boleh. Lagi pun aku terima banyak e-mail untuk join venture dengan aku untuk pelbagai bisnes. Ada masa ke? Penat weh! Kena buat jadual waktu la macam kat sekolah dulu. Insyaalah lepas ni kalau dah siap aku punya projek, aku bagitau korang. Mungkin korang boleh join asalkan korang subscribe je email korang dalam blog aku ni. Aku janji korang dapat free punya.

Selasa, 24 Jun 2008

Harga minyak naik. Darah korang naik tak?

Harga minyak dah naik melambung tinggi menyebabkan ramai orang kena darah tinggi. Bukan setakat harga minyak je naik, barang-barang keperluan seperti makanan juga naik. Ini kerana kuih dan nasi lemak mengandungi minyak petrol dalam ramuan masakan. Betul ke? Aku agak je.

Harga minyak dah naik so apa tindakan korang sekarang ni? Mengenai persoalan ini la kan, aku suka tanya pada setiap orang yang aku jumpa. Tak kira sapa pun. Mana yang kenal aku ni bapak pemalu dan pendiam, tapi sebenarnya aku menyamar je. Sebab ikut sunah Nabi Muhammad saw. He he he.

Jadi jawapan yang aku terima bermacam-macam bentuk dan nada. Aku saja nak tau je dan suka tengaok reaksi orang mengenai isu hangat ni. Maaf aku katakan, semua yang aku jumpa semuanya jawapan mereka seperti kekecewaan. Maknanya tak setuju. Tapi aku nak juga jumpa orang yang suka dan mempunyai jawapan yang menggembirakan. Yang dalam parlimen tu aku tak mau campur. Itu kerja diorang.

Tapi dulu masa sebelum harga minyak naik, aku pernah berjumpa dengan seorang yang bergelar Mahaguru XX. XX tu maksudnya dua nombor yang aku lupa pulak. Dia seorang mamak dan bekerja sepenuh masa di online iaitu di internet. Pendapat dia berbeza. Kengkadang aku dengar pun hangin juga tapi sebabkan aku ni berhemah tinggi, terpaksalah aku cool je. Katanya' Biar harga minyak atau barang naik. Buat apa kita bising? Tugas kita adalah bekerja keras untuk mendapatkan duit. Bukannya bising sana, bising sini tapi tak dapat apa pun'. Macam tu kata dia. Member aku pun ada sekali. Aku tengok muka member aku macam nak tahan berak je. Tak setujulah tu.

Apa pun itu pendapat masing-masing. lagi pun kalau aku kata macam tu, orang lain boleh corner tang lain pulak. Kalau nak berdepat ni aku tak suka. Sebab aku memang tak suka debat. Tapi aku suka tengok debat yang pihak aku sokong tu menang. Apa korang punya pandangan aku tak kisah. Lantak la. Janji aku tunai tanggungjawab aku pada agama, keluarga dan negara.

Bila harga minyak dah naik ni kerajaan benarkan kakitangan kerajaan buat kerja part time. Hah apa lagi! nak kerja part time boleh jumpa aku atau bertenggek kat blog aku ni. Aku buka peluang korang buat kerja part time secara halal dan sah. Program macam pelaburan haram aku tak masuk ye. Main kasino online pun jauh sekali. Walau pun aku ada dapat copy cek satu juta dollar dari TOTO tapi aku tak claim. (aku pun tak tau macam mana aku boleh dapat cek sebanyak tu? yang aku tau itulah scam supaya aku labur duit. Terang-terang benda tu haram. Korang jangan main tau! Aku sepak kang sapa yang main).

Mengenai income dari internet ni aku ada pandangan sendiri. Ramai orang yang anggap income dari internet ni scam. Bukan semuanya scam. Kalau betul-betul ianya tiada unsur tipu. Aku sendiri pernah kena tipu di internet. Tapi itu pun silap aku juga sebab takde ilmu. Main tibai je. So sekarang aku ada bisnes sendiri secara online dan selebihnya offline.

Sekarang ni mana ada peluang aku sapu je. Tapi kena tapis dulu. Tapis ikut kemampuan. Kalau korang nak tau ada RM200 je dah boleh buka bisnes di internet. Satu lagi supaya korang tidak kongfius, perniagaan internet tidak sama dengan program kewangan internet. Jangan anggap program menjana wang tu adalah perniagaan internet. Sebab tu ramai yang kena tipu dan ramai yang melingkup macam aku dulu. He he he.

Ahad, 11 Mei 2008

Traffic jam, otak jem

Baru baru ni saya ada pergi ke Segamat untuk ambil ubat anak kedua saya. Jauh juga perjalanan dari Kajang ke Segamat, Johor. Ikut perancangan saya akan ke sana ambil ubat dari pukul 10 pagi dan akan sampai Segamat dalam pukul 1 petang. Selepas ambil ubat dan terus balik semula ke Kajang. Ikut perancangan saya akan sampai Kajang dalam pukul 5 petang.

Namun itu semua perancangan manusia dan tuhan lebih berkuasa menentukannya. Apa terjadi? Saya sampai di Segamat pada pukul 4 petang. Ini berpunca dari masalah yang berlaku di lebuh raya Plus menuju ke Seremban yang jem teruk. Ada kemalangan melibatkan sebuah treler panjang yang terbalik melintang jalan dan menyebabkan barang muatan bertaburan di atas jalan dan menghalang jalan.

Sebabkan jem tersebut perjalan saya terganggu dan berakhir sehingga ke pukul 1 petang. Sepatutnya waktu begini saya sudah sampai ke Segamat. Tetapi lain pula jadinya. Setelah melepasi tempat kemalangan saya meneruskan perjalanan dan berhenti makan di Gemencheh. Selepas berhenti makan, saya meneruskan perjalanan semula sehingga tiba di tempat yang ditujui pada pukul 4 petang.

Selepas sejam saya pun balik semula ke Kajang pada pukul 5 petang dan sampai ke Kajang dalam pukul 8 malam. Hanya 3 jam perjalanan balik ke Kajang berbanding 6 jam pergi ke Segamat melalui jalan yang sama pergi dan balik.

Bila cerita pasal jem ni saya jadi macam fobia sebab dah banyak kali alaminya. Sebelum ini pernah alami kejadian yang sama tapi tempat berlainan iaitu di Semenyih ketikan balik dari kerja. Ada kemalangan lori terbalik juga dan menghalang jalan. Jarak nak sampai ke rumah dalam 1 km lebih je lagi. Tapi jemnya sampaikan kereta tak bergerak.

Satu lagi kejadian pada jalan yang sama, lori kemalangan dan melintangan jalan. Kali ini di atas jambatan. Jadi kenderaan tidak boleh elak untuk ikut mana-mana ruang. Masa kejadian tersebut saya sampai di rumah pukul 12 malam. Selalunya paling lewat pun pukul 8 atau 9 malam. Sejak dari tu saya dah serik. Kebetulan masa tu aircond kereta baru je rosak.

Selasa, 29 April 2008

Antara percaya dengan tidak.

Di internet ni macam-macam ada. Tapi antaranya adalah percaya atau pun tidak. Apakah perkara yang membuatkan kita percaya atau tidak? Apa bendanya yang boleh kita percaya atau boleh diterima pakai? Macam-macam ada. Bergantung kepada hak individu masing-masing.

Saya suka melayari YouTube sebab ada macam-macam video yang boleh saya tonton. Ada juga video-video yang berguna yang boleh dijadikan ilmu panduan. Antara keywords yang paling saya suka cari adalah 'How to...', 'Electronics', 'UFOs', dan 'Tips'. Yang lain-lain dari tu pun ada juga tetapi kadang-kadang je.

Mengenai video 'How to..' ni saya boleh tonton pelbagai video cara-cara membuat, memasang, modify benda-benda. Di sebalik video-video tersebut mempunyai komen-komen untuk video tersebut. Apabila dibaca semua komen tersebut kebanyakannya komen negatif berbanding komen positif. Lebih-lebih lagi komen untuk video tunjuk cara membuat atau memasang gadget yang menarik dilihat. Dan sebenarnya video-video tersebut adalah tipu semata-mata untuk tujuan tertentu seperti memperdaya orang untuk lawat web site yang tertera pada video tersebut.

Kebanyakan orang Amerika (Mat Saleh) ni suka mencuba benda-benda yang unik. Mereka juga akan memberi support sekiranya sesuatu perkara itu adalah benar dan menyeronokkan. Namun jika video yang membuatkan mereka seperti diperbodoh-bodohkan oleh video yang menarik minat mereka itu, ia membuatkan mereka marah.

Saya ada pernah upload video mengenai gadget yang pernah saya buat ke dalam YouTube. Viewer juga pun ramai dan menggalakkan. Tetapi komen tak banyak dan kalau ada pun komen yang negatif aje. Oleh itu tidak hairanlah jika terdapat beberapa video yang tipu semata-mata untuk dapatkan traffic tinggi untuk web site mereka dan juga komen gila dari pelawat yang menonton video gila mereka.

Semangat yang tak semangat

Memang agak sukar untuk kita menetapkan dan mengekalkan tahap semangat pada diri. Bila semangat meningkat dan meluap-luap, belum tentu ianya akan berada di tahap tersebut selama-lamanya. Bergantung kepada individu, jika lama maka lamalah ia bertahan, jika tidak maka jatuhlah ia ke tahap yang saya pun tak boleh nak agak.

Apabila kita sebut mengenai semangat ini, pelbagai perkara yang boleh kita fikirkan keadaan dan suasananya. Jika anda seorang ahli perniagaan, sudah tentu anda mempunyai semangat untuk melakukan aktiviti perniagaan anda sehingga memperolehi kejayaan. Jika anda seorang ahli kepada sesuatu bidang, sudah tentu anda bersemangat untuk menjadi pakar kepada bidang tersebut. Tetapi sejauh manakah kekuatan semangat itu?

Kenapa perlu kepada semangat? Semangat adalah penggerak kepada permulaan usaha untuk berjaya atau mencapai sesuatu yang diingini. Tanpa semangat kerja yang kita lakukan serba tak menjadi atau pun dilakukan sambil lewa atau pun berhenti terus. Jadi bagaimana untuk mengekalkan semangat pada diri? Sebelum kita berusaha untuk mengekalkan semangat, perkara pertama adalah menjana semangat.

Sebenarnya banyak cara untuk melahirkan semangat dalam diri. Semangat juga ada pelbagai bentuk dan rupa. Adalah lebih baik untuk kita mencari semangat yang sesuai. Beberapa kaedah yang boleh kita mencari dan menaikkan semangat adalah dengan cara berikut seperti pergi kursus motivasi, jumpa kaunselor, dengar tape motivasi, hadiri ceramah agama, baca buku motivasi atau agama, bergaul dengan orang yang berjaya, melihat kejayaan orang lain (jangan dengki pulak), melakukan kerja kebajikan, solat dan zikir, dan banyak lagi.

Lakukan mana yang mampu. Apabila anda sudah mendapat semangat, tugasan seterusnya adalah mengekalkan semangat tersebut atau pun tambah lagi kekuatan tersebut. Setelah anda berjaya mendapat semangat dan boleh mengekalkan semangat pada diri, seterusnya anda lakukan kerja yang anda ingin lakukan. Lakukan kerja dengan bijak.

Antara perkara yang memboleh semangat kita menjadi luntur adalah seperti usaha yang terlalu lama dan tidak menampakkan hasil, fitnah, kutukan melampau, tiada restu sesetengah pihak seperti ibu bapa, tidak mendapat sokongan, sakit, masalah kewangan dan sebagainya. Apa yang perlu adalah sentiasa bersemangat, walaupun semua faktor yang diterangkan tadi akan menimpa kita.

Salah satu cara untuk mengekalkan semangat adalah sentiasa ingat kepada mati. Ketahuilah bahawa, apakah yang paling dekat dengan kita. Jawapannya bukan isteri kita, bukan suami kita, bukan awek kita, bukan ibu bapa kita, bukan anak kita, bukan member kita. Walaupun semua jawapan tersebut adalah betul tetapi yang paling dekat dengan kita adalah mati. Dengan ingat mati, Insyaallah kita akan sentiasa beringat, tidak melakukan dosa, selalu beribadat ingatkan Allah dan yang panting kita bersemangat sebab kita bersedia. Oleh itu untuk buat sesuatu kerja sudah tentu tidak menjadi masalah kerana anda sememangnya bersemangat. Wallahualam...

Ahad, 27 April 2008

Hari yang memenatkan

Rasanya hari Jumaat, Sabtu dan Ahad baru-baru ni adalah hari-hari yang memenatkan. Penat memang penat. Terasa penat fizikal dan juga mental.

Baru-baru ni saya banyak menumpukan kerja menyiapkan tugasan yang telah saya rancangkan sendiri. Kalau dilihat pada jadual perancangan, pening kepala. Sebenarnya saya ada masalah tentang menguruskan kerja-kerja dengan teratur pada mulanya. Ini membuatkan kerja saya tidak teratur dan bercelaru. Akibatnya kerja menjadi lebih bertambah-tambah dan tidak pula kurang.

Apabila mengenangkan date line yang sentiasa hampir dekat di tahap kritikal ni, kerja bertambah kelam kabut. Akhirnya banyak tugasan tidak siap. Tugasan yang tidak siap pada waktu sepatutnya ini menjadikan banyak projek tergendala.

So baru-baru inilah saya buat satu rombakan tugasan mengikut prioriti kerja dan juga kepentingan tugasan. Buat jadual dan juga catitan kerja. Semua kerja dan tugasan dibuat dengan teratur dan walaupun ianya agak berat untuk melaksanakannya dengan faktor kepenatan dan juga faktor lain juga, kerja tetap diteruskan.

Rabu, 23 April 2008

Hasil Dari Google

Baru baru ni saya baru terima cek dari Google hasil dari Google Adsense. Kira boleh la... Apa pun boleh juga dapat duit sampingan.



Teringat masa mula-mula saya apply akaun google adsense. Permohonan pertama saya gagal dan ditolak oleh google sebab tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh google. Dari situ saya kaji balik kesilapan dan syarat yang google mahukan sebelum apply semula.



Untuk permohonan kedua, alhamdulillah berjaya. Bermula dari situ saya bertungkus lumus mengikuti arahan dan juga tips untuk menjalankan program dari Google Adsense. Apa itu Google Ansense?



Google adsense adalah satu program pengiklanan percuma yang disediakan oleh google. Google akan bayar pada kita dengan mengiklankan iklan pelanggannya. So kalau anda berminat, bolehlah apply free account. Kalau tak tau caranya, anda boleh la cari program yang menyediakan perkhidmatan belajar teknik Google Adsense. Atau pun klik aje banner google adsense expert di sebelah ni.

Selasa, 22 April 2008

Aktiviti menarik

Semalam pada isnin 21 haribulan, saya dan Bro Jimi pergi ke TPM (TECHNOLOGY PARK MALAYSIA). Sebenarnya dah dua kali saya dan partner pergi ke sana untuk tujuan urusan projek.

Saya agak blank sebab tak tau menahu tentang proses untuk proses penghasilan produk tempatan. Dari dulu lagi saya hanya tahu untuk membuat patent produk hanya perlu pergi ke Sirim. Kemudian dapat tahu lagi Sirim dah tak buat patent tu. Tapi sekarang ni bila saya ke TPM untuk dapatkan penjelasan patent rekacipta, Sirim pula yang buat urusan.

Apa pun banyak proses yang perlu dilalui. Bukan senang nak jadi senang. Dan bukan senang untuk berjaya. Bak kata Dr Irfan, proses untuk mencapai kejayaan seumpama seperti memecahkan batu yang keras. Bukan memecahkan batu pada masa kini tetapi dengan cara zaman dulu iaitu cara manual. So lu fikir la sendiri.... Assalamualaikum.

Sabtu, 19 April 2008

Ciptaan

Saya suka mencipta. Tetapi Allah jua Maha Pencipta. Banyak benda yang boleh saya modify jadi benda yang baru. Modify bukanlah mencipta. Mencipta adalah penghasilan benda baru. Seperti Thomas Edison mencipta mentol. Ia dalah satu yang baru pada zaman beliau.

Saya pula sukan mencipta benda baru dan modify sesuatu benda jadi lebih baik. Antaranya adalah seperti tuuutt.. tuuuttt.... tuuuuttt... dan macam-macam lagi.

"Apa ni? Tut.. tut... pulak ni!!"

Sebab saya kata camtu kerana ianya adalah harta interlek saya. Mana boleh bagitau... Lagi pun semua idea tersebut sedang dalam proses untuk dipatenkan melalui pelbagai peringkat melalui agensi kerajaan dan swasta. Insyaallah jika Allah beri rezeki, dana untuk idea saya ini dapat diluluskan. Tolong doakan kejayaan saya.


Tapi kalau nak juga tahu apa benda yang ada saya buat adalah seperti berikut. Semua benda ini tak kisah kalau saya beritahu sebab ianya idea biasa je. Antaranya adalah seperti pengesan objek infrared, universal solar sistem, g*** detector, salt tester, plant watcher, pancing elektronik, helmet elektronik, sistem akuarium automatik, lampu brek kereta pintar, meter digital basikal, pengesan cctv, infrared audio amplifier dan macam-macam lagi. Banyak nak kena sebut. Semua benda ni satu pun tiada terkandung dalam web site MyEnik.

Produk Pertama


Dalam web site MyEnik, saya menyediakan perkhidmatan consultant kepada peminat elektronik dan juga kepada student IPT dan bebudak sekolah. Majoriti adalah student IPT sebab diorang kena buat projek semester akhir.
Teringat kembali saya mencipta produk pertama iaitu buku litar elektronik. Ia adalah buku semata-mata dan tidak terlintas pada masa itu nak terbitkan e-book seperti gambar sebelah ni. Sekarang ini buku tersebut saya tidak terbitkan lagi dan hanya mengeluarkan e-book sahaja.
Alhamdulillah setakat ini sudah ada 5 e-book yang saya hasilkan. Semua e-book tersebut dijual mengikut pakej. Nak tau lagi sila la ke http://www.myenik.com/. Insyaallah pada masa akan datang ini saya ingin mencari penerbit untuk menerbitkan buku dari penulisan saya. Dulu dah cuba cari penerbit yang sesuai tetapi tiada rezeki pada masa tu. So insyaallah akan datang ini boleh jadi berhasil.
Nak menulis juga memerlukan penjanaan idea yang tidak boleh terus kering. Kalau dah kering mesti stuck dan terus jem. So pelbagai teknik yang akan saya keluarkan seperti teknik jurus ketujuh naga berapi atau teknik regangan sambil berbaring. Ikut mana yang sesuai. Apa pun Allah jangan lupa.