Translate

Khamis, 31 Disember 2009

Bermula dengan jadual yang padat

Assalamualaikum... Salam sejahtera dan semoga anda sihat selalu.

Aku mengambil masa yang agak lama untuk menyusun jadual bagi tugasan yang bermula awal tahun depan 2010. Setelah dibuat senarai ringkas terhadap tugas dan kerja aku, ianya agak padat dengan aktiviti seperti R&D dan juga persediaan untuk presentation tidak lama lagi. Bagi aku walaupun padat dengan pelbagai tugas, aku tetap akan membahagikan masa untuk hal-hal yang lain seperti bersama keluarga, balik kampung, bersosial atau berpesatuan dan beribadah termasuk sekali beriadah.

Ini baru saja perancangan yang telah aku susun dan akan dilaksanakan untuk beberapa hari saje lagi. Perancangan tetap perancangan. Namun begitu ketentuan Allah adala segalanya. Apa yang berlaku selepas ini aku berserah dan tawakkal kepadaNya. Apa yang terjadi aku redha asalkan aku dah jalankan tugas dan tanggungjawab. Maksudnya aku taklah terlalu melenting kalau apa yang dirancang tu tak menjadi. Cuma aku perlu yakin dan bersabar. Insyaallah akan selamat.

Untuk permulaan ini, banyak masa aku akan berada di lab aku sendiri untuk R&D beberapa produk termasuklah free energy generator. Untuk idea ini aku sebelum ini dah buat research terlebih dahulu pada teori-teori dan juga fakta-fakta yang boleh mengukuhkan lagi idea aku tu nanti. Proses yang dilakukan adalah aku sorang je. Dan ianya mengambil masa yag agak lama juga untuk menyiapkannya dan paling penting adalah kos yang besar.

Jika ada sponsor tu lain la cerita sebab besar kemungkinan R&D aku tu akan siap dengan cepat. Sedikit demi sedikit aku ada beli dan cari barang-barang untuk proses R&D tersebut. Insyaallah jika Allah izinkan untuk berjaya, maka terhasilkan konsep idea yang aku nak buat tu. Seterusnya bolehlah rakyat Malaysia dan dunia menggunakannya. Tak pun aku gunalah sendiri... lagi bagus. He he he...

Pada masa sekarang ini pun projek kabinet penetas telur automatik sudah 55% siap dan masih berjalan. Buat masa ini semuanya berjalan dengan lancar. Cuma sekarang ini tumpuan lebih kepada bahagian aku untuk mereka bentuk litar kawalan untuk kabinet tersebut. Setelah siap, masanya nanti untuk proses mengujian telur pula.

Oleh itu, disebabkan masa yang tidak menentu ini, aku ingin memohon maaf sekiranya ramai yang ingin menghubungi aku tapi tidak berjaya. Hanya beberapa saluran yang aktif buat masa ini selain dari telefon dan meeting, iaitu facebook dan twitter.

Sabtu, 12 Disember 2009

Peluang datang sekali

Jika peluang datang sekali disia-siakan, maka ianya adalah satu kesilapan besar. Ianya sangat merugikan kita dan orang yang benar-benar mengharapkan peluang tersebut. Tetapi jika disebabkan satu kesilapan kecil, mungkin masih boleh ditolak ansurkan. Namun jika kesalahan atau kesilapan tesebut amat besar dan sangat terang-terangan, maka memang patut pun peluang tersebut pergi meninggalkan kita.

Jika orang bertanya pada aku berapa kali aku terlepas peluang? Aku katakan banyak kali. Ada yang aku terlepas dan ada yang sengaja aku lepaskan. Semuanya sebab alasan tertentu yang hanya aku saja yang tahu. Kaladangkala ada juga peluang yang kita harapkan tetapi terlepas disebabkan orang lain. Jadi mengapa kesan dari kesilapan tersebut patut kita tanggung? Mungkin kita tidak boleh terima. Dan mungkin juga kita sudah boleh meneimanya.

Jika kita faham akan ketentuan dari Allah mungkin kita akan berasa selamat sentiasa walaupun ditimpa pelbagai kemungkinan. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Dan hikmah itulah yang patut kita cari dan ditelitikan puncanya terjadi. Oleh itu jangan cepat panik kerana peluang akan datang dua kali ganda atau lebih jika kita bersabar dan tenang menghadapi kesan tersebut.

Hikmah dari apa yang berlaku dan jadikan ia sebagai pengajaran walaupun acap kali ianya berlaku kepada diri sendiri. Dan kini aku rasa sudah sampai masanya untuk aku sendiri memberi peluang kepaa orang lain merasai kemudahan dan peluang yang diimpikan. Hidup kita ini hanya sementara. Sejauh mana dan sehebat mana sekali pun, di penghujungnya adalah mati.

Ada yang bertanya adakah peluang sekali yang sudah terlepas akan datang lagi? Secara logik ayat, ianya tidak. Tetapi atas kuasa kepercayaan, ianya boleh datang lagi. Syaratnya adalah banyak. Salah satunya dengan mengadu kepada yang lebih berkuasa dalam segala-gala hal. Insyaallah, ianya akan terkabul.

Oleh itu jangan mensia-sia peluang yang ada. Cari peluang dan cipta peluang. Dengan peluang yang ada, kita boleh mencapai apa yang kita inginkan. Tidak perlu bersusah payah dan jaga tatasusila jika mendapat yang datangnya hanya sekali dalam hidup.

Khamis, 3 Disember 2009

Idea yang terlaksana

Assalamualaikum... salam hormat dan ketemu kembali setelah lama aku tak update blog. Aku agak sibuk dengan perkara lain yang lebih penting untuk dilakukan. Termasuklah kerja harian. Selain itu seperti biasa adalah projek-projek lain yang buat masa ini sudah semakin kencang dan agak ribut sikit.

Beberapa minggu yang lalu, sepanjang waktu tersebut aku telah melalui pelbagai peristiwa yang best sekali dan menjadikan ia sebagai pengalaman. Namun ianya adalah masa yang tidak dapat aku boleh lupakan. Diharapnya menjadi ingat setiap masa. Aku banyak menjelajah mencari dan menjumpai pelbagai jenis orang yang sememangnya begitu hebat di kalangan manusia. Siapakah mereka? Dari manakah mereka datang? Itu persoalan yang datang dari minda.

Sejak balik dari Kelantan tempoh hari, aku banyak memikirkan idea-idea yang sangat bernas untuk dikomersialkan. Namun begitu ianya menjadi satu kesukaran kerana kos yang diperlukan semakin meningkat. Tambahan pula permintaan sangat mengalakkan. Oleh itu aku guna pelbagai kaedah yang senang dan yang susah. Kedua-duanya aku sapu asalkan ada hasil.

Kini aku banyak buat persediaan untuk projek akan datang yang lebih mencabar minda. Ape pun aku ade ramai kawan yang boleh bagi support dan dorongan untuk aku realisasikan rancangan aku ni. Bagi aku win-win situation untuk semua pihak. Tolong-tolong juga... tapi ade habuannya yang pasti aku tak akan lupakan.

Selasa, 17 November 2009

Inovasi

Inovasi merangkumi pelbagai sektor yang boleh diperkembangkan mengikut bidang-bidang tertentu. Ramai yang tidak menyangka dan ada yang juga yang ketahui inovasi tidak tertumpu kepada satu-satu kelompok seperti ICT, mekanikal, elektronik dan sebaginya yang didedangri lebih popular. Sektor-sektor lain juga boleh termasuk dalam inovasi asalkan idea inovasi itu terhasil. Sektor lain seperti pertanian, industri pemakanan, sistem maklumat, sistem perancangan dan sebagainya yang jarang kita ketahui merupakan satu cabang inovasi yang sebenarnya sudah lama berkembang.

Contohnya dalam sektor pemakanan merupakan bidang yang sangat pesat dari segi produk inovasinya sehinggakan quotanya sudah ke tahap maksimum dan dihadkan. Walaupun begitu pengeluarkannya sentiasa ada berbanding produk inovasi untuk sektor mekanikal, elektronik dan sebagainya.

Aku sendiri pun tidak berapa faham akan konsep idea inovasi pada mulanya sehinggakan aku dapat memahami apakah maksud sebenarnya serba sedikit. Kalau nak dikira idea yang aku ada memang berlambak, cuma nak melaksanakannya tu agak susah dan mencabar minda. Selagi ada kuderat yang boleh lagi bertenaga, selagi itulah aku sentiasa cari peluang dan lubang yang betul. Jangan pula masuk lubang ular atau lubang naga pula. Sekali kena 'ngap', pasti aku akan terkubur.
Sejak kecil lagi apabila disebut perkataan rekacipta, pasti aku teringatkan robot dan seumpamanya. Bukan aku seorang je. Yang lain-lain pun sama aje. Jadi sekarang dipanggil inovasi kerana sebutannya agak eksklusif dan banyak maksudnya. Maka aku akan terfikirkan akan robot rekaan dan rasa macam janggal jika melibatkan industri pemakanan atau pertanian. Tapi itulah sebenarnya dan hakikat inovasi keseluruhannya. Aku rasa sangat terperanjat sebab sektor pemakanan adalah paling tinggi permintaan pendaftaran produk inovasi. Contohnya yang paling popular adalah kopi Ginseng Tongkat Ali 6 dalam 1 dan seumpamanya .

Bagi pemikiran aku pula, apabila sebut inovasi, minda aku menjadi lebih meluas sebarannya sehingga tidak terkawal dan berlarutan. Jika tidak dikawal pemikiran itu, maka bercabang-cabanglah haluannya sehingga ke satu titik perhentian yang tiada motif dan arah tujuan. Ini dinamakan racun fikiran. Ianya boleh merosakkan idea asal, seterusnya membunuh minda atau pun minda menjadi terpengaruh. Oleh itu berpada-pada dan berwaspada. Jangan biarkan minda kita merewang jauh tanpa hala tuju sehinggakan boleh menjadi tabiat buruk yang membahayakan diri kita dan orang sekeliling.

Idea inovasi yang terbaik adalah memberi manfaat kepada semua orang. Apa juga sektor sekali pun, jika idea tersebut terbaik, dapat memberi kebaikan kepada semua orang dan kosnya murah, itulah produk inovasi yang cemerlang. Bukan 100% tertumpu kepada keuntungan semata-mata tetapi keseimbangan untuk semua bahagian keuntungan dan kegunaan adalah perlu diawasi. Jika kita memahami konsep yang dilakukan oleh Baginda Rasullah s.a.w. dahulu sebagai seorang yang pakar dalam perniagaan di mana idea pemasaran itu sangat penting meliputi pelbagai sudut seperti strategi pemasaran, idea kreatif, keutamaan pelanggan dan nisbah kuantiti dan harga yang menjadikan ianya terbaik untuk diikuti.
Namun begitu tidak semua idea kita boleh diterima oleh semua pihak. Apa yang penting adalah kepercayaan diri dan yakin akan apa yang kita lakukan dan bukannya mudah menyerap segala kata-kata negatif pengkritik yang tidak memahami konsep idea inovasi tetapi lebih suka baling batu kemudian sorok tangan. Hanya tahu mengkritik tetapi pengecut untuk tampilkan diri sebagai pengkritik.

Isnin, 16 November 2009

Kembali semula ke Lab

Kini aku kembali semula memerap di dalam lab office aku sendiri setelah sekian lama meninggalkannya. Tinggal bukan bererti berhenti atau pun tidak suka. Tinggal atas sebab aku nak buat kerja lain dulu dan nak upgrade sikit office lab aku tu yang dah macam baru lepas dilanda tsunami. Fikir je yang panjang berjela tapi tak buat apa-apa tindakan. Oleh itu aku bermula dengan serta merta.

Kali ini aku buat semula dengan sungguh-sungguh setelah peristiwa pahit menyelubungi aku setiap masa. Ini dek gara-gara terlalu percaya dengan orang 100%. Jadi, kepala aku kenalah dipijak-pijak sampai lumat. Apa pun semangat aku pulih dah semula dan bersedia bertarung kembali. Tapi itu dah lama. Cerita lama dan aku malas nak fikir-fikir lagi dah. Kini aku ada ramai kawan dan ada team baru yang sudi membantu aku untuk menjayakan perancangan aku yang terdahulu.

Hari minggu baru-baru ini, aku luang masa untuk berkemas semula lab office aku. Aku berhasrat untuk lepak semula di dalam lab office aku selepas balik dari kerja sementara sehingga 2010 ini. Untuk balik semula 100% ke karier lama perlu ambil masa juga. Ini memandangkan ia memerlukan kos. Bukan free. Kosnya terlalu besar dan aku dan team kena bermula dari bawah secara efektif dan pantas.

Kalau ikutkan terlalu banyak benda nak buat. Lagi pun masa suntuk dengan hanya ada masa pada waktu malam dan hari minggu. Tepat pukul 5 petang aku akan balik terus ke rumah. Sampai di rumah, aku akan memerap di dalam lab office aku untuk menyiapkan kerja projek aku yang dulu dan yang terbaru.

Selain blog myenik, aku ada blog yang lain-lain juga. Salah satu yang penting adalah blog produkreatif. Di dalam blog itu aku banyak menceritakan tentang produk inovasi khas untuk menjual sahaja. Dahulunya aktif. Kini aku stop untuk sementara sebab nak susun semula produk dengan betul dan tersusun rapi.

Jika sebelum ini aku buat kerja di depan tv, kini duduk dalam lab office tanpa tv. Tumpuan menjadi lebih, tanpa sebarang gangguan.

Rabu, 11 November 2009

Video Blog

Aku kini secara senyap-senyap telah membuat editing video untuk upload di dalam youtube dan juga di dalam internet. Bukan untuk suka-suka tetapi atas sebab-sebab tertentu. Pada masa yang sama juga aku aka cuba mengarah beberapa short video clip sebagai tontonan semua untuk pembelajaran.

Seperti pembikinan filem juga, masa adalah penting sekali. Jika tiada masa, sudah tentu agak sukar untuk menyiapkan tugasan video. Jadi seolah-olah aku ni banyak masa terluang. Sedangkan aku ada banyak kerja dan projek yang perlu dibuat. Tugasan video ini juga termasuk dalam isi kandungan tugasan yang sedang aku lakukan.

Bagi permulaan ini mutu editing video mungkin tidak berapa bagus. Insyaallah lama-kelamaan diharapkan semakin ok.

Isnin, 9 November 2009

XPDC ke Kelantan

Baru-baru ini aku dan team hardcore bersama-sama pergi ke Gua Musang, Kelantan untuk satu ekspedisi kajibumi yang mana segala kos perbelanjaan ditanggung sendiri tanpa sebarang sponsor. Kecuali dari saudara Amer dari Melaka (bos besar xpdc ini... tapi tak follow pun)

XPDC bergerak dari KL jumaat pagi seawal 2 pagi menuju terus ke Gua Musang. Lokasi dipilih setelah survey dibuat beberapa kali sebelumnya. Oleh itu perancangan sebelum ini memang benar-benar terancang. Ahli kumpulan dianggotai seramai 5 orang yang mana setiap orang mempunyai tugasan dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

Sepanjang perjalanan bermacam-macam pengalaman ditempuhi sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju. Namun begitu, beberapa kilometer sebelum sampai ke lokasi, kami diberitahu bahawa terdapat banyak kawasan dinaiki air banjir. Ini kerana hujan yang berpanjangan sepanjang hari dan malam. Disebabkan kami sudah pun sampai, maka hasrat dan tujuan kami terpaksa diteruskan juga.

Bagi aku hasrat ke sana adalah untuk membuat ujian terhadap beberapa produk rekaan yang telah aku hasilkan bersama bantuan Abg Jimi (Jimi UFO). Selain itu juga aku ingin merasai keadaan sebenar dan masalah yang akan berlaku kepada produk yang aku hasilkan. Begitu juga dengan idea produk seterusnya. Konsep yang aku gunakan adalah "mencari masalah dan kenal pasti masalah". Dengan adanya masalah maka timbullah peluang dan cara penyelesaian.

Disebabkan banjir di banyak tempat, maka xpdc ini 60% berjaya. Apa pun xpdc susulan yang kedua akan dirancang waktunya. Itu pun setelah redanya musim tengkujuh. Sebenarnya banyak kali XPDC seperti ini telah dilakukan tetapi belum ada kesampaian untuk diceritakan. Cumanya hanya perjalanan xpdc yang boleh diceritakan. Isi kandungannya tidak mampu untuk aku ceritakan lagi dan terlalu banyak rahsia.

Konsep free energy yang aku dan Abg Jimi rancangkan boleh menjadi kenyataan dan mendapat banyak sokongan dan fakta-fakta luaran. Dengan terhasilnya produk tersebut, aku berhasrat untuk hasilkan 100% kesan yang hebat dan offer kepada yang lain hanya 50% sahaja. Bukan berkompromi tetapi menjaga keharmonian ekonomi pihak-pihak tertentu. Jangan komen pada aku pasal perkara ini. Aku dah masak sangat.

Benar juga apa yang diperkatakan oleh Sham Hydrogen mengenai hak penghasilan sesuatu produk inovatif. Aku amat bersetuju dan ramai juga setuju akan kos dan kesukaran R&D untuk menghasilkan produk inovatif bagi kegunaan masyarakat keseluruhnya. Jika jadi apa yang aku rancangkan, perancangan susulan akan disusuli secara pintar dan senyap-senyap. Cuma aku masih bengang dengan segelintir pihak yang tidak memahami kepayahan dan kos besar untuk satu-satu R&D. Apa yang mereka tahu adalah untung besar tanpa ada perasaan bertolak ansur yang berperikemanusiaan.

Insyaallah, selepas ini aku akan cuba melayani semua pertanyaan dan permohonan untuk membeli produk aku selepas bahagian produksi ditubuhkan. Ini kerana segala e-mail tidak terjawab dan nombor telefon terpaksa aku delete dari blog dan web site.

Konsep free energy

Mungkin ada yang salah anggap apabila dikatakan free energy di mana tenaga yang dijana adalah percuma semata-mata tanpa perlu penambahan dan juga perlu mengeluarkan kos untuk menghasilkan tenaga percuma tersebut. Inilah yang dikatakan free energy.

Rata-rata yang beranggapan free energy sama seperti kaedah solar panel yang menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan tenega elektrik secara percuma. Begitu juga dengan kaedah tenaga angin melalui pemusingan turbin generator yang dipasang di tempat yang berangin tiup kuat. Bagi aku semua kaedah tersebut masih belum 100% free energy kerana ia memerlukan sokongan untuk mencapai jumlah tenaga yang diperlukan.

Setelah lama aku membuat pemerhatian dan juga beberapa ujikaji serta teori berkaitan dengan free energy, ianya 100% boleh dilaksanakan. Tetapi ianya seolah-olah sukar untuk dilasanakan atau dijadi kenyataan. Ia bersangkut paut dengan sensitiviti pihak-pihak tertentu. Sebagai contohnya seperti terciptanya kenderaan elektrik atau kenderaan yang menggantikan sumber bakar petrol kepada sumber yang lebih murah atau percuma. Bagi sudut lain pula, syarikat pengeluar minyak akan mengalami kemerosotan jualan atau bankrup C. Itulah puncanya sesuatu sebab itu terjadi yang menjadi sesuatu persoalan sukar dijawab.

Seperti aku, adalah lebih baik guna sendiri dan tidak menjual kepada orang lain seluruh dunia. Tetapi aku dapat fikirkan satu idea ini yang boleh diterima pakai. Harap yang lain-lain juga boleh mengikutinya tanpa sebarang masalah. Berkaitan dengan kes aku sebelum ini, aku sudah memikirkan dan hampir berjaya menghasilkan free energy generator tanpa menggunakan sebagai sumber bakar seperti petrol atau diesel, tanpa sebarang motor elektrik seperti turbin kipas, tanpa bergantung kepada sumber matahari untuk menjana elektrik secukupnya dan sebagainya. Target utama adalah menggantikan sumber elektrik dari TNB kepada alat mudah alih ini. Oleh itu pengguna tidak perlu bayar bill elektrik lagi. Akhirnya seluruh Malaysia orang akan menggunakan generator ini.

Oh tidak.... tidak sekali-kali dan jangan harap perkara yang diceritakan tadi akan berlaku. Walaupun aku boleh melaksanakannya. Apapun terdapat pelbagai kaedah selamat. Maknanya semua pihak tidak tersinggung terutama sekali pihak TNB contohnya. Oleh itu aku perlu hadkan kebolehan generator tersebut kepada satu tahap yang tidak mengganggu gugat kesejahteraan pihak tertentu.

Bisnes adalah bisnes. Dalam bisnes ada etika tertentu yang perlu dipatuhi. Tetapi ada juga pihak tertentu tidak pedulikannya, asalkan keuntungan berlipat kali ganda. Guna kaedah yang mudah tetapi orang genius pun tidak mampu berfikir. Guna pemikiran songsang yang tidak diketahui disebalik idea yang biasa digunakan setiap hari. Kaedah yang mudah tetapi kita tidak mampu terfikir ke tahap itu kerana minda sudah maju ke hadapan.

Jadi di sini, konsep free energy yang selalu orang gembar-gemburkan sebenarnya sudah ada dan wujud. Tetapi disebab keadaan yang aku ceritakan tadi membuatkan idea tersebut tidak dan belum boleh dilaksanakan. Tetapi aku akan laksanakan untuk diri dan keluarga aku sahaja. Untuk dijual memang tidak boleh dan dilarang sama sekali. Jika tidak mungkin aku dikenakan warning dengan pihak tertentu atau ditahan ISA.

Oleh itu janganlah asyik minta aku hasilkan free energy generator tu. Insyaallah aku akan hasilkan dan jualkan juga tetapi keupayaannya tidak sampai 100% free energy dan mungkin aku akan ikat kerjasama dengan TNB atau kerajaan. Perancangan aku dijual untuk menggantikan generator elektrik di pasar malam kepada free energy generator rekaan aku. Ianya menghasilkan tenaga yang cukup kuat tetapi tidak 24 jam ketahanannya. Walaupun ianya boleh dilakukan dan mungkin aku akan buat untuk 15 jam ketahanannya. Bagaimana ia berfungsi? Tidak perlu untuk aku nyatakan. Bagi aku ia dinamakan alien technology.

Salam ceria.

Khamis, 5 November 2009

Bermula projek Research

Assalamualaikum...
Aku update blog ini beberapa jam sebelum aku berangkat ke Kelantan untuk satu projek research yang aku rancangkan. Setelah bebarapa lama diperancangkan, kini baru boleh bergerak sedikit demi sedikit. Harapan aku selepas ini, aku dapat meluangkan masa sepenuh masa dengan projek aku ini.

Nampak gayanya aku sudah ada payung yang boleh memberi suntikan untuk projek aku ini. Pada mulanya agak slow dengan sessi pengenalan yang tidak berapa tersusun sehingga semua pihak berjaya memahami apa yang diterangkan. Ini berpunca dengan setiap pihak inginkan satu matlamat yang hendak dicapai. Lagi pun aku berurusan dengan orang yang agak gila pemikiran mereka. termasuklah diri aku sendiri.

Lokasi pertama adalah Kelantan walaupun pada waktu ini agak tidak sesuai untuk ke sana kerana keadaan cuaca yang tidak berapa baik. Tetapi setelah beberapa kali buat survey dan terdapat wakil dari sana yang boleh beri jaminan baik untuk ke sana, jadi aku dan team bersetuju untuk ke sana.

Sebagai pemanas badan, aku telah bergiat di sekitar Hulu Langat bersama dengan team. Tetapi seperti yang dijangka, pelbagai kekurangan dapat dikesan. Begitu juga persediaan untuk ke Kelantan juga tidak 100% lengkap persediaan. Terutama sekali peralatan rekaan aku yang sukar untuk disiapkan kerana faktor kos dan juga masa. Insyaallah untuk rancangan seterusnya diharap semua alatan akan siap digunakan.

Kini rangkaian aku sudah meluas ke Melaka selain bergiat di sekitar Lembah Kelang dan sebahagian Negeri Sembilan. Aku perlukan masa untuk siapkan ujikaji rekaan aku sebelum boleh digunakan atau dipasarkan. Free energy generator yang dirancangkan sebelum ini hampir melebihi 60% untuk capai matlamat. Begitu juga dengan beberapa alatan yang lain lagi yang mana ianya hanya tunggu untuk disenarai pendek.

Aku harapkan hasil dari projek research ini akan berjaya dan dengan itu projek seterusnya akan berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan.

Selasa, 27 Oktober 2009

Tugasan projek bermula

Untuk jangka masa yang singkat ini aku terasa benar-benar sibuk antara kerja dan tugasan projek. Kedua-duanya perlu dilakukan serenak. Jadi aku terpaksa menjadi bijak membahagi masa dan tugasan kedua-dua perkara dalam masa sehari. Kemudian pada sebelah malam pula ianya disambung untuk tugasan lain pula. Walaupun begitu, waktu rehat perlu aku utamakan. Memandangkan aku perlu menjaga kesihatan badan keseluruhannya.

Sekarang ini kerja di pejabat makin bertambah. Kemudian pada masa yang sama juga projek masuk. Ditambahkan lagi dengan rancangan lama kembali bergerak semula. Ianya seolah-olah ingin menduga aku samada aku pandai membahagi kerja dan tugasan atau tidak.

Jika tidak, kegagalan juga yang aku terima. Mungkin juga salah satu punyanya sebab terlalu banyak tugasan yang aku tanggung dalam satu masa. Oleh itu tiada tumpuan penuh pada setiap tugasan. Pendek kata terlau banyak perkara yang terlepas pandang. Terlalu banyak masa untuk diluangkan untuk setiap tugasan. Terlalu banyak perhatian untuk setiap tugasan sehinggakan tidak cukup tangan.

Jadi aku sudah dapatkan cara penyelesaiannya berpandukan pengalaman yang dulu-dulu. Terlalu banyak perkara yang menjadi punca kegagalan sehinggakan timbulnya prasangka negatif dalam diri. Ianya boleh manjadi racun minda yang boleh membunuh.

Baru-baru ini, aku mendapat pelbagai tawaran berkaitan dengan projek lama aku. Ianya tidak diduga sehinggakan aku sudah dapat rentak untuk meneruskan semula rancangan dahulu. Kini atas bantuan Bro Jimi sekali lagi menjadi tonggak utama perancangan. Tambahan pula dengan kehadiran beberapa team yang boleh dipercayai dan diharapkan. Untuk itu, tugasan pertama sekali aku akan ke Kelantan bersama team baru untuk membuat research.

Untuk pre-research minggu ini dimulakan ditempat yang berdekatan. Selepas itu mungkin akan disusuli ke empat-tempat lain seluruh Malaysia. Begitu juga dengan pengedar-pengedar produk elektronik aku juga sudah dikenal pasti yang terdiri daripada team baru. Pemilihan team berpandukan kepada kerelaan hati masing-masing dan minat yang mendalam mengenai produk.

Perkara yang dinanti-nantikan sebelum ini adalah menubuhkan kembali perniagaan online yang tidak aktif sebelum ini. Beberapa laman web akan ditubuhkan. Yang baru dan juga yang lama. Mungkin ramai yang menunggu kehadiran ini dan ada juga yang menyampah dengan kehadirannya. Apa pun usaha akan diteruskan juga.

Setelah semuanya kembali stabil dan rancangan berjaya (adakan produksi sendiri), aku berhasrat untuk angkat kaki dari office sekarang. Nak angkat kaki sekarang tak boleh sebab rasa kesian pulak dengan keadaan office sekarang ini. Takde siapa yang akan galas tanggungjawab itu nanti.

Selasa, 13 Oktober 2009

Majlis Jamuan Raya KDN

Assalamualaikum...
Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Dah lama sangat aku tak usik blog ni sebab sibuk dengan kerja-kerja di pejabat dan juga projek aku yang masih dalam pembikinan. Nak tunggu dana lambat giler. Harapkan dana untuk setup produksi produk inovatif. Aku dan Brader Jimi masih bertungkus lumus menyiapkan ape-ape yang patut.

Agak kesian sebab aku juga dah lama tak jumpa brader Jimi. Hanya dapat berhubung melalui telefon saja. Ada cadang-cadang nak jumpa sebab nak bincang banyak perkara terutama sekali pasal produk inovatif yang kami rancangkan sejak dulu lagi. Slepas berbincang melalui telefon, kami setuju untuk buat beberapa lawatan ke kilang-kilang yang boleh menerima tempahan rekaan produk. Tapi selepas tu tak jadi pula sebab tukar rangcangan untuk lawat semula ke Technology Park Malaysia (TPM) untuk kali keduanya.

Pasaran amat memberangsangkan selepas aku buat research pasaran dan beberapa kali buat survey. Ape yang pasti pelanggan tetap sudah ditemui. Cuma untuk melaksanakannya. Rancangan untuk minta bantuan SME Bank dan PUNB dibatalkan sebab guna dana kami sendiri. Lagi pun lambat dan macam-macam nak kna buat. Jadi aku dan Brader Jimi lupakan dulu sementara guna dana sendiri.

Baru-baru ni aku banyak terima jemputan rumah terbuka jiran-jiran kat kawasan rumah aku, sedara-mara aku dan last sekali jamuan raya KDN. Makan tak la seberapa pun tapi meriah. Ramai yang hadir, cuma aku malas nak rebut makan. Dapatlah makan kambing panggang, sate, lemang, rendang daging, karipap, bubur kacang dan air sirap. Itu pun dah kenyang dah. Satu lagi yang best dapat salam dengan menteri KDN Hisyamudin dan Shafie Afdal menteri luar bandar. Ketua polis negara tak dapat salam sebab tak kesempatan, aku sibuk dengan berebut makan.

Minggu ni last rumah terbuka. Cuma aku je yang tak buat rumah terbuka. Insyaalah jika ada rezeki dan masa terluang, tahun depan aku buat rumah terbuka hari raya. Semoga Allah panjangkan umur aku sekeluarga.
Tahun tahun sebelum ni pun aku rajin buat rumah terbuka. Hampir setiap tahun mesti aku buat rumah terbuka. Lepas tu aku tak buat lagi dah sebab atas sebab-sebab takde masa dan sibuk sesangat. Apa pun rumah aku masih terbuka untuk semua rakan-rakan dan sedara mara datang beraya. Sesapa yang bawa anak mesti dapat duit raya.

Jumaat, 25 September 2009

Rumusan Sempena Hari Raya

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada saudara-mara, sahabat-sahabat, kawan-kawan, kenalan-kenalan dan tidak lupa juga kepada sesiapa yang memusuhi aku. Dengan ucapan tambahan, tambahkan keimanan dalam diri dan ingatlah hidup di dunia ini sementara sahaja. Sesungguhnya di akhirat sana adalah kekal abadi. 'Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan gurau sendaan dan main-main.' (surah Al-Ankabut: 64).

Aku beraya di rumah mertua dan raya ketiga balik beraya di kampung halaman di Segamat, Johor. Alhamdulillah, raya tahun ini lebih ceria dengan persediaan yang mencukupi dan perancangan yang sangat lancar sekali. Rasa sedih pula meninggalkan bulan Ramadhan yang banyak sekali keistimewaannya. Bagi aku bulan Ramadhan adalah bulan relax. Selain dari relax perut, dapat juga merehatkan minda dengan pelbagai gangguan. Walaupun solat terawih banyak kali terlepas, tapi boleh lakukan amalan ibadah yang lain juga.

Puasa tahun ini banyak pembaharuan dalam hidup. Aku bertugas di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya dalam suasana yang harmoni di bulan Ramadhan. Walaupun kerja yang banyak sekali. Rezeki murah dengan banyak undangan berbuka puasa hampir setiap masa sehinggakan ada penolakan kerana masa yang tidak mengizinkan. Begitu juga dengan hal-hal yang lain juga. Dari segi ekonomi juga semakin kukuh. Alhamdulillah syukur.

Jadi selepas ini aku merancang strategi selepas cuti raya. Selain dari bertugas di KDN, aku masih menjalankan projek-projek seperti biasa. Antara perancangan-perancangan tersebut tidak perlulah aku ceritakan. Hanya sekadar memberitahu hasratnya sahaja. Sama ada perancangan tersebut sudah berjalan atau tidak, berjaya atau tidak, aku tidak akan bagitahu sehingga waktu yang sesuai untuk dinyatakan. Ini bagi mengelak dari pelbagai spekulasi dan juga pandangan orang terhadap apa yang aku lakukan sehingga terjadinya perancangan lain yang boleh merosakkan.

Seperti biasa aku masih full time online di internet. Cuma ramai yang tidak tahu. Web site aku seperti MyEnik dan beberapa yang lain aku matikan sementara waktu kerana atas sebab strategi akan datang. Kini partner aku yang bertanggungjawab memantau dan ambil alih tanggungjawab aku. Aku pula hanya susun strategi. Sampai satu masa yang tidak diketahui ianya akan kembali sedia kala dan aku tidak akan bagitahu kehadirannya.

Insyaallah, jika berjaya, aku akan tunjukkan sesuatu yang menarik minat semua orang dan yang pasti juga orang yang sentiasa memusuhi setiap perancangan aku juga akan dimusnahkan mengikut undang-undang yang ditelah disusun rapi. Apa pun aku berserah sebulat-bulatnya kepada Allah yang Maha Merancang.

Raya tahun ini tidak banyak berjalan jauh seperti tahun-tahun yang lepas. Tapi masih lagi meriah dengan beraya di rumah sanak saudara dan juga rakan-rakan. Aku terpaksa control makan semasa beraya. Maklumlah nak jaga perut. Takut penyakit pula yang datang. Makan tetap makan. Walaupun makan banyak tapi perlu pilih makan juga. Yang manis-manis dan lemak berlebihan dijauhkan. Lagi pun aku ada masalah tekanan darah yang mesti dikawal terutama sekali pemilihan makanan. Taknaklah lepas makan je nanti terus tumbang atau pengsan sebab darah tinggi.

Tahun ni aku tak buat rumah terbuka seperti beberapa tahun yang lepas. Tapi rumah aku sentiasa terbuka untuk semua orang untuk datang beraya. Sesiapa saja nak datang pun boleh. Tak kiralah member lama ke, kawan masa sekolah rendah ke, sedara jauh ke, yang suka bermusuhan dengan aku pun dialu-alukan datang. Aku ni suka memaafkan orang sebab aku tak suka cari pasal dengan orang, cuma orang je yang perasan sangat aku cari pasal. Buka minda dengan jangan mudah ikut kata-kata negatif atau pun bisikan syaitan. Istighfar bebanyak. Insyallah, hilanglah kekerasan hati. :-)

Selamat Hari Raya.

Jumaat, 18 September 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Wah... dah lama sangat aku tak update blog ni setelah sekian lama berpuasa dan sibuk bekerja. Maklumlah dah nak dekat raya ni ramai kontraktor nakkan payment sebelum raya. Aku pun camtu juga la. Mesti nakkan duit untuk belanja raya nanti.

Pertama sekali aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Aku nak minta maaf banyak-banyak pada korang semua jika aku banyak buat salah dan silap. Untuk korang pun aku dah maafkan walaupun korang tak minta maaf. Aku maafkan semua orang kawan-kawan dan termasuk sekali musuh-musuh yang sedar atau pun tidak.

Untuk perancangan selepas raya nanti, aku belum fikirkan lagi. Atau mungkin tiada apa-apa perancangan buat masa ini. Kalau ada pun aku merancang on the spot. Dalam masa yang sama juga aku banyak mencari kenalan dan juga beberapa prospek yang berpotensi untuk projek akan datang ini.

Aku tengok pun Bro Jimi pun dah pening-pening kepala sebab tiada tindakan lagi yang boleh dibuat untuk masa ini. Kuncinya adalah pada aku sendiri. Kalau aku kata 'on', maka bergeraklah ia.

Selamat Hari Raya.

Selasa, 25 Ogos 2009

Kepala Sakit La Pulak....

Dalam minggu ini aku rasa kepala aku sakit dan tidak berapa selesa. Sakit sebelah kiri dan ia dinamakan sebagai maigrain. Sakityang teramatlah sangat sehinggakan aku susah nak berfikir dan buat kerja. Kalau dah kena tu memang ambil masa untuk pulih. Biasanya lebih kurang tiga hari.

Kebetulan pulak kerja banyak yang perlu diselesaikan dengan segera. Kena pula masa tu kepala sakit sangat. Aku rasa nak cuti je atau ambil MC. Tapi setelah fikir panjang walaupun kepala sakit, aku ambil keputusan untuk teruskan kerja. Apa yang penting bagi aku berfikiran positif. Lawan rasa sakit tu dengan kaedah kekuatan minda. Alhamdulillah ok sikit walaupun tidaklah sepenuhnya.

Apabila aku diserang sakit kepala ni, terasa pulak nak pergi berbekam dan berurut badan. Dulu aku pernah pergi berbekam dan berurut kepala. Selepas tu memang rasa lega tapi tidak lama. Selepas enam bulan sakit tu datang balik. Seperti kata tukang urut dan bekam tu aku perlu buat ulang rawat selepas atau setiap enam bulan. Tapi aku tak buat sebab sibuk dan tak ingat. Bila dah sakit balik baru ingat. Biasalah tu... perangai manusia macam aku ni selalu macam tu. Dah terkena baru beringat.

Dahulu masa zaman remaja dulu aku memang jenis yang tahan lasak dan sukakan kelasakan. Kalau nak lari 100 meter tak jadi hal. Malah aku dapat wakil daerah 110 lari berpagar. Itu dulu la. Tapi sekarang ni aku sudah jauh ketepikan aktiviti lasat tu dan kesannya badan selalu penat dan sakit. Itulah akibatnya kalau ambil ringan pasal kesihatan dan pemakanan. Dulu kalau makan 5 pinggan nasi pun badan maintain je. Tapi sekarang ni makan pun kena berjaga. Makan sebuku roti pun dah rasa macam badan naik. Metabolisma dalam badan dah takde.

Bila cerita pasal sakit kepala tadi, masa muda remaja dulu pun aku selalu kena sakit kepala sampai sekarang. Tak kisahlah aku ni dulu aktif bersukan atau sebaliknya. Sakit kepala tetap dapat juga.

Rabu, 19 Ogos 2009

Datangnya Idea Bukan Satu Misteri

Untuk menjana idea bukannya susah mana pun. Tetapi sukar untuk menumpukan idea yang bernas ke arah tujuan yang dikehendaki. Ini menjadikan output idea yang liar dan merapu-rapu. Malah ia dianggap idea gila yang sememangnya kita katakan gila dan tidak boleh masuk akal fikiran manusia seperti kita. Namun ilmu Allah itu sangat luas. Apa yang kta fikirkan itu ada hadnya. Ilmu yang kita miliki itu sangat sedikit berbanding pemilikNya.

Andaikan satu jari telunjuk ini dicelup ke lautan. Air yang membasahi jari itulah ilmu yang kita miliki dan selebih lautan itu adalah milik Allah. Tidak tergambar luasnya ilmu. Segala ilmu dan ilham itu kurniaan Allah. Yang penting kita ketahuilah adalah segala-galanya milikNya. Oleh itu jangan sombong dan riak dengan apa yang kita ada. Mintalah kepadanya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mencari ilmu. Mintalah penerang hati dan ilham untuk mencari sesuatu.

Jika kita lihat pada teknik dari barat yang mengajar cara mencari idea dan bagaimana mengolah satu idea kepada idea yang sangat bernas. Bagaimana satu idea gila boleh bertukar kepada sesuatu yang boleh manfaatkan kepada semua orang. Jika kita pernah pelajarinya mungkin faham akan kaedah tersebut yang memerlukan proses berperingkat-peringkat. Aku sendiri menggunakan kaedah tersebut sekian lama. Adalah lebih cantik jika kita mencapurinya dengan kaedah Islam. Walaubagaimana pun cara barat itu datang dari orang Islam yang telah disalah ertikan oleh pihak tertentu. Sebagai seorang pemikir, sejauh mana pun penerokaan minda, akhirnya akan kembali kepada Allah jua. Percayalah.

Aku telah menghimpun banyak idea yang boleh dibukukan dan ada juga yang boleh dihasilkan sesuatu yang bermanfaat. Tapi masih belum ada peluang. Aku masih mengharap dan berusaha dan bersabar. Semuanya dilakukan serentak. Apa pun aku bersyukur kerana Allah jualah yang memberi aku ilham dan petunjuk.

Selasa, 18 Ogos 2009

Selamat Datang Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan, bulan puasa yang penuh kenikmatan dan rahmat. Semoga kita bergembira menyambut bulan puasa ini dengan hati yang penuh harapan mencari kenikmatan dan juga pahala yang berganda-ganda.

Jika kita faham makna Ramadhan sudah tentu kita menanti dengan gembira akan kedatangannya. Ramai juga antara kita sudah bersiap sedia menempuhi puasa dan berusaha untuk melakukan amalan yang mendatangkan pahala yang banyak. Sama-sama kita nantikan.

Bagi aku bila nak sambut Ramadhan ni mula terfikir akan banyak perkara. Salah satunya adalah perubahan jadual harian. Kena bangun awal untuk sahur dan berkerja untuk ke tempat kerja. Tapi aku dah ready dan banyak kali buat percubaan sehingga dah biasa. Bagi aku persediaan awal itu lebih penting dari merasainya apabila tiba saat yang dinanti-nantikan. Tiada apa yang perlu dirisaukan melainkan rasa berdebar-debar gembira menantikannya.

Tidak sama seperti zaman kanak-kanak dulu. Apabila tiba bulan puasa, ianya bulan yang sangat meletihkan dan panas. Paling seronok adalah bermain bunga api dan mercun. Tapi sekarang semuanya sudah berubah dengan mendadak sekali. Apa yang dicari adalah ketenangan dan keampunan dari Yang Maha Esa. Bulan Ramadhan adalah penghulu segala bulan. Ianya penuh dengan Rahmat, Keampunan dan pemberian rezeki yang melimpah ruah dari Allah kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa.

Aku tiada apa yang hendak diperkatakan. Aku cuma menantikannya saat ketibaan Bulan Ramadhan.


Ahad, 16 Ogos 2009

Teringin berekspidisi lagi

Apabila aku lihat balik video ni yang dah 2 tahun berlalu, terasa pulak nak pergi lagi ke tempat-tempat macam tu. Bagi aku itu adalah penyertaan aku yang pertama dan menyeronokkan walaupun pada last day xpdc tersebut aku balik awal sebab ada aktiviti lain di Melaka pula.


Video ini Fahmi yang ambil dan dia sendiri edit untuk masuk dalam youtube. Aku pun ada ambil video dan gambar juga tapi tak pernah edit dan tak pernah pula masuk youtube. Aku harap Mr Presiden sendiri yang buat semua ini. Bagi aku semua keputusan atas budi bicaranya.

Selepas ini aku tak pasti bila lagi akan pergi sky watch lagi. Walaupun xpdc pertama adalah jauh di Kuala Terengganu, tapi untuk seterusnya nanti dekat pun takpe. Setakat JB ke atau Penang ke aku ok je. Cuma xpdc pertama tu sebab ada tujuan lain iaitu ingin berjumpa Ahmad Jamaluddin (AJ) di Kuala Terenganu. Jika dilhat pada video, last sekali aku takde sebab dah blah dulu ke Melaka. Macam ahli yang lain memang best dapat pergi ke rumah AJ dan melihat beberapa koleksi peribadi AJ.

Selepas xpdc sky watch di Kuala Terengganu, tiada perancangan untuk pergi sky watch lagi. Cuma baru-baru ini pun ada pergi ke area Keramat dan berjumpa dengan Mas Idayu yang menjadi saksi ternampak UFO ketika menghantar anaknya ke sekolah pada waktu pagi. Berita sedihnya aku tak join sekali sebab balik kampung.

Oleh itu selepas ini aku berharap sangat untuk pergi sky watch lagi dan mengharap Mr Presiden dapat melaksanakan xpdc kali kedua pula secara besar-besaran. Lagi pun persatuan ini sudah berdaftar.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Memahami orang lain atau diri sendiri?

Susah untuk memahami perangai dan pe'el orang apabila berurusan atau berhadapan dengannya. Lebih-lebih lagi jika tugas kita memangnya sentiasa berurusan dengan orang ramai. Jadi ada yang kata tidak perlu bersusah payah untuk mencampuri urusan orang atau pun tidak payah untuk memahami perangai orang. Bagi aku lain pula. Sebelum kita berhasrat untuk memahami hati dan perangai orang lain, kita mesti faham diri kita dulu.

Apa perlu bersusah payah untuk memahami diri orang lain jika diri sendiri masih di awang-awangan. Namun begitu bukan mudah untuk kita memahami diri kita sendiri mahupun orang lain. Bukan mudah. Tapi yang banyak-banyak pernah aku jumpa, mereka ni selalu kata mereka faham diri mereka sendiri. Walhal mereka banyak melakukan pelbagai kesilapan seperti sentiasa berada dalam kekeliruan, tidak tahu potensi diri dan kurang pasti matlamat diri sendiri.

Apabila bercerita mengenai matlamat hidup dan mengenali diri ni, aku bukanlah orang yang pakar dalam hal ini. Tapi pengalaman yang banyak mendorong aku untuk mengetahui segalanya. Apa jua yang kita lakukan perlu kepada kaedah pengenalan diri. Kenal diri kita dan kebolehan kita. Kenali juga kelemahan diri kita. Muhasabah diri dan minta keampunan Allah. Dengan cara ini, insyaallah akan dapat ketenangan dan kefahaman.

Banyak sebab yang perlu untuk kita kenali diri. Tetapi jangan katakan semua ini tidak penting. Ianya sangat penting untuk kehidupan kita seharian. Secara automatik kita boleh memahami orang lain pula tanpa perlu bersusah payah dan penting sekali kita akan cool.

Aku sendiri dahulunya pernah menjadi tidak keruan dan pernah terkena penyakit kekeliruan identiti. Itu dulu punya cerita la. Cadangan aku kalau korang nak jadi yang terbaik (bukan macam aku) untuk diri sendiri, lakukan muhasabah diri dan minta pertolongan dari Allah. Sentiasa ingatkan Allah dan banyakkan berzikir. Solat wajib jangan tinggal. Selalu bersangka baik kepada diri sendiri, orang lain dan Allah.

Selasa, 11 Ogos 2009

Curi masa terluang

Agak susah sikit untuk aku menulis blog ini di waktu bertugas. Melainkan waktu terluang yang ada seperti waktu rehat dan sebagainya. Kebetulan pula aku memang puasa. Jadi member tak ajak aku keluar makan.

Mula-mula dulu susah sungguh untuk mencari masa yang sesuai. Kini aku cuba mencarinya dan cuba atur masa yang betul untuk pelbagai tugas. Untuk permulaan ini, aku mencuba dahulu. Untuk rancangan akan datang, mungkin lebih dari ini akan berlaku. Mungkin juga sebaliknya.

Sama juga ketika balik ke rumah. Sebelum ini aku terasa terbatas waktu kerana kepenatan yang keterlaluan. Sehinggakan aku tidur awal. Rutin harian itu tadi berlarutan lama sekali sehinggakan aku rasakan sesuatu yang perlu diubah dengan segera. Sebelum ianya parah. Sebelum aku menjadi sebati dengan keadaan.

Kertas kerja perlu aku siapkan untuk projek yang lama tertangguh. Hasrat aku akan pergi ke TPM untuk memenuhi melaksanakan projek rekacipta yang sudah lama aku rancangkan dengan Bro Jimi. Untuk permulaan hanya satu projek yang boleh dilepaskan dahulu di atas persetujuan aku dan Bro Jimi.

Kini masa yang aku ada adalah pada waktu malam yang terhad dan hujung minggu yang masa tersebut diperuntukkan untuk keluarga. Apa pun aku perlukan pengorbanan untuk berjaya.

Ahad, 9 Ogos 2009

Mencari masa... mana silapnya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini aku dapat berblogging buat kali pertamanya di bulan ini sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sama-samalah kita nantikan kehadirannya.

Aku kini sejak sibuk bertugas di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, masa untuk online sangat sempit. Malah terlalu sukar untuk diluangkan. Bagaimana boleh jadi begitu? Mana salahnya?

Mula-mula tu memang susah sikit untuk aku bahagi masa antara kerja dan kerjaya aku sendiri. Tapi aku selalu tewas dengan masa di tempat kerja. Apabila sampai di rumah, masa untuk diluangkan sudah tiada lagi. Keringat aku sudah tidak bermaya lagi. Apatah lagi untuk aku over night untuk meneruskan usaha aku untuk berjaya dalam perniagaan sendiri.

Tapi bukan semudah itu untuk aku mengalah. Aku masih ada cara lain lagi seperti meminta bantuan beberapa rakan kongsi aku yang mempunyai banyak masa di siang hari sementara aku berjuang di tempat kerja. Bukan sebarang kerja yang aku lakukan. Bukan mudah untuk aku curi masa. Memang tanggungjawab aku lebih berat kali ini. Tetapi seberat mana pun yang aku hadapi, aku tetap berfikiran positif. Seperti yang Bro Jimi selalu kata pada aku supaya berfikiran positif dalam apa jua keadaan.

Sentiasa berfikiran positif dan sentiasa menyerah diri kepada Allah membuatkan aku sentiasa tenang dalam apa juga keadaan. Alhamdulillah. Memang sukar untuk menghadapinya. Lebih-lebih lagi aku ni jenis orang yang sentimental rock.

Kini segala perancangan aku yang disusun rapi sebelum ini terpaksa melalui plan lain pula. Mungkin plan B atau C atau pun projek A. Namanya belum ditentukan lagi tetapi aku dan Bro Jimi sudah merancang plan lain pula. Memang sukar untuk aku melaksanakannya, masanyakan aku sibuk melakukan kerja di siang hari dan keletihan di malamnya pula.

Sampai masa aku akan blah atau pun sebaliknya dengan plan selanjutnya. Hasrat aku masih belum boleh mengalah lagi. Plan lama aku perlu diteruskan. Walaupun pelbagai cara yang aku dan Bro Jimi lakukan sedaya mungkin. tetapi masih belum membuahkan hasilnya. Aku dan Bro Jimi terlalu cerewet dalam soal merancang. Bukan takut kepada kegagalan. Tetapi kami pernah gagal, dan kegagalan itu yang mengingatkan aku dan Bro Jimi untuk tidak mengulanginya lagi.

Jadi di mana salahnya? Aku tak berhasrat untuk mendengar jawapan dari sesiapa pun. Soalan tersebut biarlah aku sendiri yang menjawabnya. Apa yang pasti aku tahu mana puncanya. Tetapi aku sengaja mengembar-gemburkan perkara ini sebagai satu suntikan semangat dan idea untuk dikongsikan bersama.

Ramai yang bertanya secara peribadi kepada aku perancangan selanjutnya. Malah ada juga yang masih menantikan projek terbaru aku. Sampai masa aku akan umumkan. Buat masa ini aku perlu merahsiakan dahulu kerana aku sibuk untuk membahagikan masa untuk persediaan aku menyediakan plan selanjutnya.

Rabu, 8 Julai 2009

Aku rest setahun lebih

Memang betul pada waktu ini aku rest di MyEnik dan juga beberapa web site lain selama setahun lebih. Kenapa tu? Nanti aku bagitahu la. Apa pun aku masih juga seorang blogger sepenuh masa. Cuma sekarang ni dan waktu terdekat ini aku agak kurang update blog. Aku perlu masa sedikit untuk mengatur semula masa antara kerja, tugasan dan hal-hal lain.

Kini aku di KDN (Kementerian Dalam Negeri) di Putrajaya. Aku dipanggil untuk bertugas di sana untuk setahun lebih sahaja. Selepas waktu ditetapkan aku kembali semula dengan tugasan seperti dulu. Ambil masa yang lama juga sementara perniagaan aku kembali ke tangan aku semula. Untuk sementara waktu ini, partner aku yang akan uruskan sambil-sambil aku buat beberapa persiapan sedikit demi sedikit. Bisnes aku slow sikit sebab dana yang aku dan partner nantikan adalah lambat untuk dapat.

Pada permulaan tugasan yang aku lalui ini aku agak keberatan sedikit untuk mengatur dan membahagikan waktu kerja dan perniagaan aku. Hanya pada hari sabtu dan ahad sahaja yang aku dapat luangkan masa untuk perniagaan aku. Untuk hari-hari yang lain pula aku tumpukan kepada tugasan kerja di Kementerian Dalam Negeri. Aku fikir selepas waktu kerja untuk luangkan masa untuk perkara lain-lain, tapi susah sebab penat dan juga hal-hal peribadi.

Oleh itu aku bagitahulah semua ini kat korang semua. Sebabnya aku dah lama tak update blog-blog yang ada. Jadi lepas ni tak ramailah yang tertanya-tanya lagi.

Salam bertemu lagi.

Isnin, 22 Jun 2009

Gold Detector

Di dalam kesibukan mengikuti program rohani aku ada ambil kesempatan sikit dengan beberapa aktiviti luaran yang boleh mendatangkan income jika ianya kena pada tempatnya. Kalau dilihat pada dahulunya aku pernah buat satu metal detector atas permintaan Bro Jimi untuk xpdc-nya dulu. Satu buku yang penuh dengan manual untuk hasilkan metal detector telah diberikan kepada aku. Buku tu pula dibuat sendiri oleh Bro Jimi. Tebal memang tebal buku tu. Semuanya berkisar tentang metal detector. Bagi aku buku tu dah macam harta paling berharga dari metal detector yang dihasilkan.

Buku tu aku simpankan sebab setiap masa aku buat research tetang metal detector untuk ditukarkan kepada gold detector. Setelah beberapa tahun membuat researh mengenai alat ini, akhir terjadi juga dengan satu prototaip dihasilkan. Bentuk binaan direka oleh Bro Jimi sendiri. Manakala aku reka litarnya dengan setting yang sangat susah giler. Patutulah benda alah ni dijual mahal kat luar negara. Nak bawa masuk Malaysia pun tak boleh.

Oleh itu Bro Jimi cadangkan aku buat versi Malaysia dan dibuatkan jenamanya sekali di bawah penjenamaan produk kreatif. Seteleh berbincang dengan Bro Jimi yang kebetulan dia sedang reka satu lagi bentuk untuk gold detector yang kedua, akan mengadakan xpdc pada masa terdekat ini. Pada masa yang sama juga aku dengan Bro Jimi akan sedang usaha untuk dapatkan khidmat nasihat dari pakar untuk membangunkan produk ini di luar negara. Memang betul orang kata, negara China dah lama dah hasilkan produk ini dan dijual pada US dengan banyak sekali. Peduli apa aku dengan produk diorang. Ini produk aku sendiri dan tak sama dengan yang lain. Siap dengan brand lagi (buatan Malaysia).

Aku dan Bro Jimi memutuskan untuk tidak menjual gold detector buat masa ini. Terutama sekali pasaran Malaysia. Maknanya tiada penjualan di Malaysia. Tapi ada pula kelonggarannya pula. Untuk serius buyer saja dijual. Yang betul-betul nakkan alat ini saja boleh dijual. Ramai yang tanya apa yang bestnya alat ini berbanding yang lain? Aku tak boleh cerita.
Bro Jimi ada kata jika orang lain tahu cara guna alat ini, pasti berebut-rebut orang nak beli walaupun pada sebarang harga. Dia nasihatkan supaya dibiarkan dan jangan dipromosikan sangat alat ini, sambil menunjukkan kepada saya jadual xpdc akan datang ini kepada aku.

Tiada aktiviti yang menarik

Assalamualaikum,

Yeah... baru sekarang ini aku berpeluang muncul semula di online setelah lama tidak menyentuh keyboard pc menaip pelbagai cerita atau pun pengalaman suka dan duka. Aku sibuk dengan urusan peribadi sehinggakan aku sibuk meninggalkan kerjaya aku di sini. Bagi aku tiada apa yang perlu dirisaukan berbanding dengan hal keluarga yang lebih penting lagi. Melainkan aku memang seorang yang berkerjaya yang mementingkan sangat kepada kerja semata-mata.

Dahulunya aku berada di golongan tersebut. Kerja, kerja dan kerja sehinggakan aku melupai urusan keluarga dan juga tanggungjawab lain. Bak kata orang, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

Aku seorang yang bercita-cita tinggi. Setinggi sehingga aku susah nak capainya. Aku mengharungi pelbagai pengalaman yang seronok dan tidak lupa juga yang kurang seronoknya. Bagi aku apa yang aku harungi sebelum ini aku jadikan sebagai iktibar untuk panduan hidup pada masa akan datang. Setelah pulang dari kesibukan, aku kembali semula sebagai orang baru.

Tiada apa yang perlu aku toleh kebelakang lagi sekiranya ia memang patut aku pulakan dan tiada apa yang mesti aku fikirkan masa akan datang kerana ianya adalah perkara ghaib. Aku lakukan hari ini untuk hari ini dan berserah untuk masa akan datang. Apa yang akan berlaku pada masa akan datang bukan hak aku untuk memikirkannya.

Sekiranya sesuatu berlaku pada aku dianggap sebagai satu peringatan, aku rasa bersyukur kerana peringatan tersebut. Sentiasa beringat-ingat dalam kehidupan menjadikan kita sentiasa berjaga-jaga.

Sebenarnya aku sedang menjalani program rohani bagi memulihkan dan meningkatkan lagi ilmu dan membina semangat. Sebab itulah aku kurang sangat update blog. Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi semangat dan berjuang bersama dengan aku.

Khamis, 4 Jun 2009

Idea terkubur siapa nak kafankan?

Untuk menjana idea yang bernas sangat sukar sekali. Ianya memerlukan masa dan sikit kekuatan minda dan juga kekuatan fizikal (fizikal?). Tapi tahu tak kalau idea hanya tinggal idea saja? Idea tidak pergi ke mana-mana. Atau idea hanya boleh bergerak sampai ke sesuatu tahap je. Makananya bukan idea tu berhenti sebab tidak berkembang lagi. Maksudnya idea yang tidak membuahkan hasil dan membeku.

Contohnya kalau kita ada idea nak buat kapal terbang. Idea tu sangat hebat sebab kapal terbang tersebut tidak menggunakan enjin tetapi hanya guna antigraviti generator. Hebatkan? Tapi itu hanya sekadar idea sahaja. Tapi tak boleh pergi ke mana-mana sebab tiada tindakan nak buat untuk membolehkan kapal terbang tersebut terhasil. Jadi idea tersebut terkubur dan perlu dikafankan.

Jika tidak, lakukan sesuatu sehingga berhasil. Aku pernah dan banyak kali pergi ke sana dan ke sini mencari peluang yang disediakan oleh kerajaan dan pihak swasta mengenai memajukan idea-idea yang boleh mendatangkan pulangan yang besar dan pada masa yang sama boleh meningkatkan ekonomi negara. Tapi tidak berhasil. Peluang tetap ada tetapi tidak seperti yang aku rasakan sesuai boleh membantu masyarakat. Terlalu banyak kepada keuntungan individu saja. Jadi aku kafankan idea tersebut dan simpan dalam peti beku. Sampai masa aku akan keluarkan semula.

Kertas kerja juga adalah satu bentuk idea. Aku sudah sediakan kertas kerja yang menceritakan idea dan juga pelan pernigaan yang sangat terperinci sekali. Aku buat dan minta khidmat nasihat Bro Jimi. Setelah siap dan aku teliti semula. Tidak masuk akal walaupun itulah kenyataannya. Perkiraan minimum saja boleh dapat dalam ratus ribu sebulan. Sesuatu yang bagi aku amat mengerikan sebab hanya idea yang minimum saja. Itu hanya sekadar idea saja. Tapi jika dilaksanakan dengan hampir 100%, apa yang dirancangkan pasti akan berakhir dengan kegembiraan.

Kini aku masih mencari pihak yang sesuai untuk idea aku ini yang boleh melaksanakannya dengan baik seperti yang dirancangkan. Sebelum ini aku pernah dapat, tapi tidak kekal lama sebab banyak yang tidak kena dengan sistem pengurusannya dan tidak memahami sistem pengeluaran produk. Tidak perlu sangat perfect untuk sesuatu hal. Cuma yang penting perlu ada nilai-nilai kemanusiaan walaupun bisnes itu perlu diutamakan. Oleh itu perlaksanaan tugas akan stabil walaupun ada sedikit-sedikit masalah dalaman.

Aku, Bro Jimi dan Shahrul sedang berusaha untuk membina satu empayar besar walaupun pada waktu sekarang ini berlaku pelbagai halangan. Sekiranya matlamat kami bertiga tercapai kelak, hasrat aku untuk mencari pihak yang dimaksudkan akan dihentikan terus. Wallahualam.

Rabu, 3 Jun 2009

Memilih tugasan mengikut minda atau keinginan?

Setiap kerja sehari-hari mahu pun tugasan harian adalah penting melaksanakan hala tuju. Tanpa hala tuju mungkin kita tidak merasainya apakah tujuan sebenarnya kita melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Berfikir dan memikirkan apakah yang yang hendak dilakukan atau apa yang patut dilakukan. Setelah itu hentikan memikirkan sesuatu setelah kerja bermula. Sekiranya kedua-duanya berfungsi serentak pasti kerja yang dilakukan akan terganggu.

Setiap apa yang kita fikirkan itulah yang akan disetkan untuk dicapai. Usah fikirkan sesuatu lebih-lebih lagi jika asyik memikrkan masalah itu ini. Kerja yang dilakukan pasti akan terganggu dan seterusnya akan membantutkan usaha. Aku sering kali jadi begini. Sebabnya aku suka berfikir dan memikirkan pelbagai hal. Lain pula seperti orang lain yang kurang berfikir dan banyak membuat kerja. Tapi bagi aku kalau dah mula buat kerja memang memberi tumpuan penuh asalkan jangan ada yang mengganggu. Alamatlah fikiran melayang.

Memberi tumpuan sepenuhnya pada kerja amat sukar bagi diri aku sekiranya diganggu denga pelabagai perkara yang luar dari bidang kerja. Tapi ada kalanya aku boleh tolak ke tepi semua masalah tersebut sekiranya sampai pada satu tahap kekuatan minda di tahap maksimum. Namun begitu virus racun minda adalah yang paling aku takut dan risau sekiranya menyerang sistem minda aku. Minda adalah kekuatan bagi seluruh anggota badan. Minda juga mampu mengawal sesuatu baik atau buruk.

Jika minda telah diracun dan tidak dibenteras dengan segera, alamatlah minda akan musnah dan bertukar menjadi negatif. Aku pernah diserang akan virus ini. Tapi tahulah, aku memerlukan masa yang agak lama untuk melawan virus ini dari meracuni minda yang dahulunya sangat kuat sehingga ke tahap maksimum. Dari sudut agama, kita harus mempercayai ke kekuasaan Maha Esa. Semua yang telah diberitahu dalam Al Quran semuanya berkait rapat dengan kehidupan manusia. Kita sebagi manusia wajib menjadikan Al Quran sebagai rujukan dalam apa jua hal. Bagitu juga dengan hadith yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Bagi sesetengah orang yang tidak mempercayai semua ini, pegangan logik adalah kunci minda mereka. Namun bagi kita yang faham pegangan agama adalah penting dan masih boleh mnerima logik untuk hal-hal tertentu. Jika masih ragu-ragu, belajarlah dan cari ilmu.

Minda kita akan memandu hala tuju kita. Jika baik yang kita fikir, maka baiklah jadinya. Jika negatif yang kita selalu rasakan, maka perkara buruklah jadinya. Tapi aku akui memang sukar untuk kekal ketahap minda positif. Sangat sukar sekiranya kita tak faham dengan peribadi kita sendiri dan juga perubahan sekeliling kita. Aku merasainya setiap hari dan ada kalanya tidak. Apa yang penting (kerjasama) adalah minda yang kita selalu fikirkan. Siapa yang faham, fahamlah ia. Kalau tak, lupakan saja.

Isnin, 25 Mei 2009

Kerja yang tidak terancang

Baru-baru ini aku agak kelam kabut sikit atas beberapa sebab. Sehinggalah banyak appointment aku tergendala dan terpaksa dibatalkan. Ini berkenaan dengan hal tanah aku kat Johor yang terpaksa diuruskan secepat mungkin. Bermakna urusan tanah lebih penting dari urusan lain pada hari tersebut sebab ia melibatkan peluang. Jika tidak, peluang akan terlepas. Dan aku akan rasa menyesal pula nanti. Oleh itu segala urusan yang aku buat untuk temujanji pada hari itu terpaksa dibatalkan serta merta, manakala urusan tanah ini pula aku ketahui last minit.

Begitulah halnya seperti yang lain-lain hal sebelum ini. Sudah banyak kali aku melalui perkara seperti ini. Dan di situ memang memeningkan kepala kerana semua urusan adalah penting dan memberikan peluang. (apa pun itu semua urusan dunia). Jadi aku perlu fikirkan peluang untuk masa depan aku dan juga prioritinya. Akhirnya aku dapat kendalikan masalah ini dengan baik sekali. Alhamdulillah. Walaubagaimana pun ada juga peluang yang aku tidak perolehi dan terlepas. Tak apalah.

Tidak lama lagi cuti sekolah. Dan mungkin pada masa itu pelbagai aktiviti akan berlaku. Bagi aku tiada apa yang menarik pun sebab kalau cuti sekolah pun aku bukannya cuti. Masih bekerja seperti biasa. Cuma aktiviti untuk anak aku nanti belum difikirkan lagi. Tambahan pula jemputan kenduri kahwin pun banyak yang aku terima. Ditambahkan lagi dengan upgrade web site Myenik pula dan juga update maklumat dalam blog. Kemudian ditambahkan lagi dengan order produk elektronik yang banyak sehinggakan aku agak goyang sikit. Dengan demo produknya lagi dan sebagainya. Pada bahagian produksi juga aku perlu ambil perhatian. Cuma tunggu masa untuk ambil pekerja operator pengeluaran sahaja untuk melancarkan lagi pengeluaran. Promosi aku terpaksa slowdown bagi mengelak dari permintaan yang tinggi. Takut tak boleh kejar dan berlaku kelewatan. Ini pun sudah ada unsur-unsur kelewatan. Risau gak aku ni.

Pada masa yang sama jika ada masa yang boleh dicuri, aku akan update blog Myenik dengan penambahan diagram litar projek dan juga artikel yang perlu download. Semuanya free. Aku bagi free dan buat sikit kebajikan untuk semua orang yang memerlukan ilmu pengetahuan sempena cuti sekolah nanti.

Selasa, 19 Mei 2009

Tubuh kelab sendiri

Memang susah sikit aku ni nak buat benda-benda macam ni. Lebih lebih lagi kalau nak buat komuniti ni. Tapi atas desakan orang ramai dan juga member-member yang banyak bagi nasihat, akhirnya aku buka mata. Kalau nak ikutkan aku ni susah nak ikut cakap orang. Tapi kali ni aku buat bukan sebab ikut cakap orang tapi aku dah fikir masak-masak.

Memanglah susah. Kalau nak ikutkan mana ada senang dalam dunia ni pun. Lagi pun Allah cipta kita untuk menghadapi cabaran hidup. Takde masa nak fikir benda senang-senang ni. Takut nanti lupa diri pulak. Bila kenang balik masa kat sekolah dan kat U dulu, aku memang aktif dalam berpersatuan atau pun kelab. Bukan sebab kelantangan aku berhujah ke apa, tapi sebab lain yang aku pun tak tau. Hanya orang lain yang boleh menilai diri aku ni.

Oleh itu aku ambil keputusan untuk tubuhkan kelab rekacipta elektronik MyEnik secara tidak formalnya. Secara formalnya akan disusuli pada masa akan datang. Buat masa ini adalah dua tiga orang yang dah jadi ahli. Itu pun yang jenis memang minat giler dengan rekacipta elektronik macam aku masa umur 13 tahun dulu tapi takde tempat bergantung. Usaha sendiri je.

Namun begitu bukan semua yang setuju dengan idea aku ni. Tetap ada tentangan. Tapi aku masih mahu lakukan juga. Aku faham apa yang aku lakukan. Kertas kerja juga aku dah buat sebelum ambil keputusan untuk tubuhkan kelab ini. Bukan main tembak je. Bila dah serius aku mungkin akan hadir beberapa member yang boleh bantu aku.

Oklah... aku sibuk sekarang ni nak pergi sana sini. Sibuk dengan urusan duniawi. Astagfrullah... harap niat aku ni tak keluar dari landasan iman. Wallahualam.

Isnin, 11 Mei 2009

Hakcipta Terpelihara

Aku pernah ditegur oleh beberapa orang termasuklah member aku mengenai hakcipta. Bila sebut pasal hakcipta ni banyak benda yang bermain di fikiran.  Ada yang ingat SIRIM, ingat harta interlek dan macam-macam lagi. Bagi aku terfikir pula seperti  perebutan, ciplak, tiru, potong jalan dan mahkamah. Kenapa aku boleh fikir cam tu? Ada banyak faktor. Yang utamanya adalah sejauh mana hak cipta boleh dijaga dan adakah kepada semua orang yang berwajib boleh dipercayai. Pelbagai kaedah dan cara yang boleh kita ketahui.

Terkenang masa aku pergi ke TPM dulu untuk membincangkan rekaan produk yang boleh dikomersialkan. Masa tu aku dengan Brader Jimi pergi ke sana untuk buat lawatan sambil mengintai peluang yang ada. Memang banyak peluang. Satu ketika semasa dalam perbincangan, aku dengan brader Jimi agak susah nak bercerita mengenai produk rekaan kami. Memang terlalu sukar dan tak boleh nak cakap. Sebabnya kami rasa tidak dilindungi. Apabila bercerita sahaja, orang akan tahu idea kami sedangkan masa itu tiada produk dihasilkan lagi. Hanya atas sekeping kertas.

Pelbagai usaha dari pihak TPM untuk membuatkan kami menceritakan mengenai rekaan kami. Aku dan brader Jimi masih berdegil dan mengelak-elak dari mencerita pasal produk tersebut. Sampai satu masa pihak TPM boleh menyediakan seorang peguam sebagai satu kaedah untuk melindungi idea kami dari dikebas oleh orang yang sememangnya tak tahu tanggungjawab. Nak untung je lebih. Lepas tu pijak kepala orang. Ish ish ish... tak baik tau.

Selepas buat lawatan, kami pun balik tanpa menceritakan sedikit pun mengenai idea produk kami. Apa yang perlu kami buat adalah kertas kerja mengenai ciptaan aku dan potensi ciptaan itu kepada masyarakat. Jika ok selepas dibuat pengadilan, maka dapatlah dana. Jika tidak melopong jelah. Tak pun ada pula pihak yang nak join the club pulak. Dan bermacam-macam lagi.

Mengenai hak cipta, semua rekaan litar yang aku buat telah dilindungi dan telah jadi blue print. Ini untuk kebaikan pada masa akan datang. Kalau ada yang nak dakwa aku sudah siap dengan dokumen penting hakcipta. Semua rekaan termasuk litar projek yang aku reka termasuklah juga litar yang telah aku upgrade pun aku jadikan hakcipta. Tapi tak mengapa kalau ada orang nak ambil untuk macam-macam tujuan. Aku tak kisah. Tapi aku hanya nak melindungi jika ada orang yang nak dakwa pasal rekaan aku pulak. Ha... itu aku ambil serius.

Jadi mungkin yang tanya macam mana aku melindungi semua rekaaan aku tu? Berapa kosnya? Caranya mudah tetapi rahsia. Kosnya pun mahal boleh cecah ribu-ribu. Nak tau pergilah ke harta interlek atau SIRIM. Pergi je sana dan tanya. Aku tak boleh bagitau. Salah info kang, aku juga yang kena. Jadi dahulu aku pernah dituduh mencuri rekaan produk. Silap tu. Bukan curi tapi aku upgrade jadi lebih bagus. Jika satu rekaan itu memang selalu mengalami masalah tertentu dan kemudian dibuat R&D semula dan terhasillah satu produk yang lebih bagus dari yang asal, itu buka curi atau tiru. Meniru adalah menghasilkan sesuatu benda yang sama, sebijik dan fungsi yang sama, itu salah sangatlah tu. Tambahan pula produk asal memang tiada perlindungan hakcipta dan produk tersebut adalah produk open. Maknanya ia bukan sesuatu penemuan baru.

Sebenarnya tepuk dada tanyalah iman.  Berhati-hati dengan orang sekeliling. Jika anda seorang pereka produk, berhati-hatilah dengan orang yang suka mengaut keuntungan dengan cara memijak-mijak kepala kita. Kita sebagai pereka ada maruah dan perasaan. Tidak perlu ditindas atau dipaksa dan alasan kita adalah menghalusi rekaan yang dibuat kerana ianya adalah sesuatu bentuk teknologi dan bukannya mainan kanak-kanak yang dipasang terus siap. Di situ silap orang kita dan hanya segelintir sahaja pun. Jika takut bersaing jangan menceburi bidang perniagaan. Jika mahukan kekuatan dalam perniagaan, jangan suka mengeluarkan kata-kata kesat atau fitnah. Hormati orang tua dan sayangi orang yang lebih muda. Anda harus ingat, what you give, you get back.

Ahad, 10 Mei 2009

Aktiviti persatuan

Aku boleh dikatakan agak tenang sikit lepas menghadiri perjumpaan persatuan pada hari sabtu baru-baru ini. Terdapat beberapa agenda disamping buat demo produk-produk rekaan aku. (nampaknya ada orang dah sakit hati dengan rekaan aku ni...). Rata-rata para hadirin sangat berpuas hati dan banyak memberi komen dan harapan. Harapan yang dimaksudkan adalah pencapaian masa hadapan kelak. Mereka meletakkan satu imaginasi yang mana aku mampu menghasilkan sesuatu untuk orang lain dan yang pasti mata-mata diorang ni nampak simbol RM. He he he...

Bagi aku tidak peduli sangat isu RM ni jika dibandingkan dengan kemajuan yang hendak dicapai. Cuma untuk permulaan ini RM itu penting bukan untuk mengenyangkan perut sendiri dan anak bini tapi atas tujuan pembangunan. Jadi aku agak berpuas hati walaupun hanya tunjuk demo saja. Tiada sale sebab mata aku takde simbol RM masa tu. Aku perlukan informasi mengenai produk yang aku reka dari segi kebaikan untuk orang ramai dan bagaimana ianya boleh membantu golongan tertentu.

Agenda perjumpaan adalah membincangkan untuk menerbitkan majalah sendiri. Nama majalah masih belum ditetapkan. Membincangkan potensi majalah tersebut dan juga market. Dari segi permintaan pembaca juga agak kabur sedikit dan bukan semua pembaca sesuai untuk majalah ini. Bukan majalah payboy tapi majalah informasi berkaitan dengan sejarah dan teknologi ufo. Semua ahli digalakkan membuat artikel termasuk aku. Bagi aku satu je, iaitu huraian mengenai teknologi ufo yang banyak dihuraikan oleh barat termasuklah blue print yang terlah tersebar kepada orang tertentu.

Jadi aku mencadangkan untuk mereka beberapa produk untuk persatuan. Produk boleh dijual untuk menampung perbelanjaan persatuan dari pelbagai sudut seperti aktiviti penyelidikan, aktiviti terjah dan sebaginya yang memerlukan kos. Produk yang aku cadangkan memang gila habis dan dipersetujui. Semua produk berkaitan dengan produk berteknologi seperti telekop digital, infrared ray for camera, emf detector dan sebagainya. Produk lain seperti baju T, topi dan seumpamanya memang wajib la tu. Tak payah cerita.

Sementara tunggu dana, aku telah jual beberapa produk yang sempat aku produksikan. Dengan itu bolehlah menampung kos R&D dan kos pembuatan. Tiada kena mengena dengan sara hidup anak bini aku weh.  Janganlah ada sesiapa yang risaukan. Jadi aku bergantung kepada rezeki yang Tuhan bagi, usaha dan yang penting kertas kerja yang menjadi harapan masa depan. Aku tak boleh tunggu lagi dah ni. Kalau boleh hari ni juga aku nak laksanakan tugasan dari kertas kerja dan mencapai target yang dicitakan.

Jumaat, 8 Mei 2009

Banyak cabaran banyak hasilnya

Dalam masa seminggu sebelum ni aku agak sibuk dan peruntukan masa di online tidak sekerap sebelum ini. Ini kerana aku sedang sibuk dengan persediaan untuk satu projek besar-besaran. Sebelum ini untuk menjalankan projek ini agak slow sikit berbanding sekarang ini yang menampakkan tugasan yang terlalu banyak. Jadi masa untuk online di internet agak terhad. Bila waktu malam je boleh online dengan tenang tetapi ikut mood juga. Mood yang dimaksudkan adalah mengantuk atau pun tidak.

Kalau dah mata mengantuk, memang tak boleh tahan. Kena tidur merehatkan badan untuk tugas keesokkannya. Aku agak sibuk dengan pelbagai tugasan projek sehinggakan masa makan yang tidak teratur dan adakalanya sampai lupa nak makan. Tapi solat tetap diutamakan. Mengaji pun ada masa juga.

Dalam tempoh seminggu yang lalu aku tidak sempat untuk berjumpa dengan para pelanggan dan juga orang yang ingin berbincang pasal projek. Biasanya elektronik la. Tugasan yang penting adalah setup produk baru dan juga penubuhan syarikat yang besar. Serius ni weh... Bukan main-main ni. Jadi waktu selesa aku memang takde lagi. Walaupun masih terbawa-bawa sikit dari tempat kerja lama aku dulu. Hakikat orang kerja makan gaji... cukup bulan dapat duit. Zon selesa tu amat ketara. Jadi aku kena buang zon selesa tu.

Dalam masa yang sama macam-macam perkara yang menghalang aku dari mencapai sasaran. Terlalu banyak sehinggakan boleh jadi putus asa. Tapi sebabkan Brader Jimi ada dan selalu bagi nasihat, aku cepat bangun semula.

Kertas kerja sudah siap. Aku sangat puas hati bila dah siap kertas kerja. Walaupun ambil masa yang lama juga untuk menyiapkannya, setelah melalui beberapa persidangan tertutup akhirnya berjaya. Aku dan brader Jimi agak terkejut dengan kertas kerja yang kami hasilkan. Gempak habis. Betul kata brader Muzzafar, boleh jadi jutawan bro.... Tapi belum tentu lagi sebab itu baru kertas kerja saja. Belum perlaksanaan lagi. Sasaran tercapai sekiranya perlaksanaan 80% ke atas boleh dicapai. Kurang dari tu susah nak cerita. Tapi kali ini aku dah buat research pasal perancangan masa depan. Guna daya imaginasi dan dicampur dengan faktor semasa. Perhhh... bergegar satu Malaya wa cakap lu.

Setelah lama dengan pelbagai tugasan, kali ini iaitu esoknya aku ada perjumpaan persatuan. Sudah banyak kali miss persidangan sebab balik kampung. Masa balik kampung sama dengan hari persidangan dan perjumpaan. Jadi banyak kalilah miss. Aku bukan ahli yang penting sangat pun cuma jadi penasihat bahagian teknikal dan elektronik sistem. Untuk perjumpaan itu nanti aku dah ada agenda baru yang perlu diwarwarkan dan buat sedikit demo. Harap idea aku boleh diterima pakai walaupun selalu miss persidangan. Sebelum ini ada tugasan yang aku miss iaitu pergi jumpa Mas Idayu sebab dia ada story baru yang perlu untuk persatuan kami tahu untuk research. Walaupun Mas Idayu tu seorang artis tapi kami bukan selidik pasal dunia artis atau nyayian beliau tapi ada cerita disebaliknya yang tidak perlu aku bagitau.

Mula minggu depan pula satu lagi cabaran baru. Dengan adanya produk baru yang dihebahkan, aku agak sibuk dengan demo produk dan juga penerangan produk. Maklumlah syarikat belum ada tiang lagi, jadi kenalah buat sendiri dulu. Kalau tak aku suruh je pekerja bahagian promosi yang buatkan. Temujanji telah dibuat dan tempat juga sudah diaturkan. Brader Jimi dan Shahrul aku setkan untuk siap sedia. Sorang kat timur dan sorang kat barat. Bersiap sedia dengan rempuhan orang ramai nanti. Berpeluh wooo... badan pun sihat.

Sekarang ini baru 2 produk utama dikeluarkan untuk pasaran. Masih ada lebih dari 50 produk masih belum dipasarkan lagi. Semua produk berteknologi tinggi. Segala kertas kerja sudah siap awal lagi untuk setiap produk. Untuk sekali produksi, memerlukan suntikan dana. Jadi... aku malas nak cerita. Panjang sangat dah ni. Korang tunggu jelah. Satu lagi... sokonglah usaha aku ini. Untuk korang yang ada order barang kat aku, harap sabar dulu ye. Aku kelam kabut sikit nak cari rekod korang ni. Mana yang dah dapat aku ucapkan terima kasih. Yang belum tu buzz la kat aku. Bagi karen sikit supaya aku laju buat kerja. Tengkiu.

Ahad, 3 Mei 2009

Duit atau Modal adalah segalanya

Untuk merealisasikan impian atau cita-cita pada zaman sekarang ini memerlukan banyak pengorbanan. Salah satunya dalah soal wang ringgit. Atau pun kata lain adalah modal. Bila sebut pasal duit atau modal, ia memang boleh memeningkan kepala. Kerana tiada benda alah tu, kerja tidak menjadi. Atau pun kerja sekerat jalan je.

Itulah hakikatnya pada masa ini. Ianya sangat penting. Soal duit atau modal adalah perkara yang utama. Jika tiada, maka tidak sempurnalah. Melainkan kita tahu cara untuk mendapatkan modal percuma. Apa pun susah juga nak dapatnya secara percuma. Sapa nak bagi?

Bercerita pasal modal, aku pun rasa sakit kepala dan darah selalu naik je. Bukannya apa sebab banyak projek separuh jalan dan masih belum selesai. Sebabnya adalah modal. Modal untuk beli itu ini dan segala-galanya memerlukan modal. Semua projek aku memerlukan modal yang besar. Begitu juga dengan kerja R&D, ianya memerlukan modal yang besar juga. Segala-galanya memerlukan modal.

Aku ni agak sentimental sikit dan kurang bersosial dengan orang. Ini disebabkan aku sibuk dalam lab dengan projek R&D aku. Jadi aku ada member yang tidak ramai. Paling ramai pun member dalam internet je. Member luar kurang buat masa ni tapi tunggu la bila projek aku dah siap nanti, aku tubuhkan kelab dan persatuan pulak. Disebabkan itu aku kurang berinteraksi dengan orang ramai dan juga mana-mana organisasi buat masa ini. Berhubung dengan modal pula, aku lebih suka guna duit sendiri. Tapi sampai masa, modal pun akan habis juga. Modal habis, tapi pulangan masih belum ada lagi sebab projek belum complete.

Jadi baru-baru ini aku ada minta bantuan kerajaan untuk meneruskan kerja aku sebelum ini. Tapi belum tahu lagi ok atau pun tak. Harap-harap ok la. Paling mendukacita bila MeCD dah takde lagi. Tapi nasib baik MOSTI ada lagi. Selain itu juga aku cuba cari sponsor dan pihak yang boleh donate untuk kerja aku ni. Tapi aku rasa memang takde pun. Kalau ada pun bukan nak donate tapi nak jadi pelabur. Nak jadi pelabur ramai. Ada yang offer setinggi RM2 juta pun ada. Tapi aku tolak sebab aku tak terima pelabur buat masa ni.

Bagi aku, apa yang aku citakan perlu bermula dari bawah. Lambat atau cepat itu cerita lain. Yang penting bertahan lama. Tak naklah berjaya setahun dua je. Lepas tu gulung tikar. Tapi kali ni aku dah rancang sebaik mungkin. Orang kuat aku pun dah ada seperti Bro Jimi yang ada pengalaman dalam bisnes dan aku harapkan dia boleh mengurus bisnes aku sampai ke tahap international.

Aku masih ingat janji aku dulu. Aku akan berikan sesuatu yang berguna untuk semua setelah projek aku siap nanti. Kerja amal mesti akan aku buat juga selain dari memikirkan keuntungan sahaja.

Sabtu, 25 April 2009

Harta Interlek

Baru-baru ini aku pergi ke expo Harta Interlek kat Kuala Lumpur Convention Centre dan lihat banyak benda di sana. Aku pergi dengan member dalam keadaan aku yang baru elok dari demam dan sakit badan. Hari memang panas tapi kat expo tu sejuk la sebab ada aircond. Kalau tak, demam balik la aku jawabnya.

Masa kat expo tu aku ambil banyak kesempatan untuk dekati setiap perhentian (gerai) yang ada dan ianya sangat berbaloi. Bukan berbaloi sebab harga yang murah tetapi berbaloi dapat mendekati dan mengetahui maklumat setiap gerai yang ada. Aku memang kurang bercakap mahu pun bertanya. Jadi tugasan tu dijawat oleh member aku. Aku hanya memerhati sahaja.

Jadi aku memikirkan maksud dan fungsi expo tersebut kepada orang ramai dan kepada aku. Apa yang aku fikirkan dalam kepada otak aku ni berlainan sekali. Apa yang aku harapkan bukanlah berlaku di expo tersebut. Aku harapkan yang lebih. Tapi aku tetap ada rasa suka pada sesetengah part. Bolehlah dikatakan bangga dengan hasil kerja diorang ni. Aku rasa bukan semua yang bagus-bagus ada kat expo tersebut. Setiap kali bila lihat presentation setiap gerai, adakalanya aku dengan member saling berpandangan seolah-olah ada yang tidak kena. Namun begitu usaha mereka perlu diambil berat. Ada banyak kelemahan walaupun mereka ada peluang dari segi sokongan dan pembiayaan. Tidak seperti aku dan partner, masih mencari dana ke sana dan ke sini dengan berhati-hati dan penuh berwaspada.

Gerai yang aku suka adalah gerai yang menghasilkan produk elektronik dan mekanikal. Pada gerai tersebut memang aku singgah lama sebab nak tengok presentation mereka. Kemudian barulah ada sessi soal jawab. Yang bertanya banyaknya member aku berbanding aku sendiri. Lepas dari gerai tersebut aku dan member saling berpandangan (bukan bermain mata) dan ada kalanya bergeleng kepala. Sebabnya? Susah nak jelaskan. Banyak perkara yang tidak kena.

Di expo tersebut banyak jenis-jenis produk yang diperkenalkan. Ada yang baru dan ada yang lama. Ada yang bagus dan ada yang kurang bagus. Apa pun usaha mereka memang bagus. Aku juga yang belum bagus. Tak tau bila lagi aku dapat sertai expo macam tu dengan menunjukkan hasil rekaan aku yang seumur hidup belum pernah aku tunjuk pada orang. Tapi aku dah tanam hasrat untuk sertai expo macam tu pada masa akan datang. Setelah bincang dengan member, dia pun setuju sangat untuk sertai expo macam ni pada masa akan datang dengan tujuan untuk membuka mata dan minda orang ramai mengenai sesuatu yang orang lain tak tau lagi. Apa tu agak-agaknya ye? Lu fikirlah sendiri.

Insyaallah, kalau organisasi yang aku rancangkan berjaya ditubuhkan, aku akan usaha bantu masyarakat Malaysia dari segi idea rekacipta. Bantu sampai ketahap boleh menghasilkan sesuatu yang berguna. Dulu aku pernah buat camtu tapi tidak tahan lama. Hanya boleh bertahan setahun je. Sebabnya aku guna kewangan sendiri dan banyak melaburkan kepada orang-orang yang malas nak keluarkan duit sendiri. Objektif tercapai tetapi seketika saja sebab kehabisan modal. Akhirnya tutup. Ada juga yang bagi idea supaya dikenakan bayaran. Memang aku buat tetapi ramai yang tidak suka dan mereka sukakan yang percuma. Bila aku bagi percuma, mereka suka tapi tidak kekal lama la sebab semuanya dah habis. Modal pusing tiada, duit pun tiada. Jadi aku pun stop takat situ je. Tapi lepas tu ramai yang tanya ada lagi ke? Aku kata takde lagi la tapi kalau nak kena beli. Bila sebut kena beli, terus takde orang nak dekat dah.

Itulah dunia nyata sekarang ini. Semua orang nakkan free. Aku pun nak free juga. Tapi aku lebih suka beli dari dapat free. Benda yang aku beli ni selalunya aku lebih hargai dan sayang berbanding benda free. Benda free memang aku tak hiraukan sangat melainkan benda free dari orang yang tersayang. Kadang-kadang aku terfikir kenapa ada pihak yang bagi banda free dan mana untungnya. Satu lagi penjual yang bagi harga diskaun setelah ditekan oleh pelanggan supaya menurunkan harga asal. Kalau dapat turun harga sikit-sikit tu boleh la. Tapi kalau sampai harga modal tu... itu yang rasa kesian.

Aku kalau beli barang kurang sangat minta harga diskaun melainkan harganya agak tinggi. Kalau harga basikal tu harganya RM150, kemudian kita minta diskaun harga kepada RM60, agak-agak boleh terima akal tak? Boleh. Kalau penjualnya adalah mat gian atau harga kos buat basikal tu RM10 je. Sebenarnya bukan kos buat basikal itu yang jadi harga basikal tu RM150, tetapi teknologinya. Tau tak alat penjimat minyak elektronik yang hanya cucuk pada soket dalam kereta? Harganya mencecah sehingga RM600. Tapi tau tak kosnya berapa? Kosnya tak sampai RM50. Oleh itu kenapa jual RM600? Jual RM100 pun dah ok dah. Sebabnya bukan kos benda tu yang dipertaruhkan tapi teknologinya. Harga teknologi itu perlu dibayar. Idea benda tu yang perlu dibayar. Sedangkan ada orang yang menjual idea dan ramai yang membelinya.

Oleh itu fikirlah sendiri.

Khamis, 23 April 2009

Musim sakit-sakit

Cuaca sekarang ini tidak menentu. Kadang kala boleh mengundang pelbagai penyakit berjangkit. Malah aku pun terbabit sama dalam situasi ini. Sejak dari aku mula-mula cerita tentang sakit ayang aku hadapi kerana demam teruk. Kemudia pulih dari demam dan rasa sihat seperti sedia kala. Kemudian sakit semula dan berlarutan seperti pergi dan balik.

Semalam selepas sampai di Ampang badan aku mula rasa 1001 macam. Lenguh-lenguh dan badan jadi panas. Pada hal bangun pagi ok. Masa sarapan ok. Siap basuh motor lagi, pun ok. Selepas sampai Ampang, badan dah rasa lenguh-lenguh, lemah dan terasa panas. Pada masa yang sama hari pun memang panas. Kerja yang dah mula dah tak menjadi. Tapi aku kuatkan juga semangat. Lepas buat beberapa kerja dan perbincangan sedikit, akhirnya aku ambil keputusan balik rumah.

Bukannya apa... badan dah lenguh, sendi-sendi dah mula sakit. Kepala pulak dah panas. Sampai rumah, kepala pun sakit dan badan mendadak panas. Aku minum air sampai dua liter tapi sikit-sikit la. Kemudian baring tidur. Hari makin panas. Rumah parent aku takde aircond, jadi aku belasah la juga baring. Nak balik rumah sendiri dah tak larat dah. Kena tunggu bini aku dan kebetulan juga anak sulong aku pun demam lepas balik dari sekolah. Dah dua orag demam dah. Maka aku dan anak sulong aku pun baring la sama-sama dalam kepanasan yang membahangkan.

Petang sikit bini aku bawa aku dan anak ke klinik UKM. Selepas cek dan bagi ubat, terus balik rumah. Tapi sebelum tu makan kat depan MFI UNIKL. Masa kat klinik, doktor tak kata apa-apa yang istimewa pun. Hanya skit biasa je sebab cuaca panas dan hujan tidak menentu. Aku tak puas hati sebab itu je yang doktor kata?! Oklah...

On the way balik rumah aku rehatkan diri dalam kereta sambil bini aku driving dan dua anak aku sedang tidur. Fikirkan sepas sampai rumah boleh la landing atas katil dan rehatkan diri secukup-cukupnya. Lagi pun aku perlu badan sihat sebab esoknya aku nak ke KLCC ada expo. Sampai je rumah, maka bermulalah cerita baru. Seluruh kawasan perumahan takde elektrik pulak.... Alaa... hampa betul. Hampa sebab kalau tidur mesti panas. Badan aku dan anak aku dah la panas. Kena pulak kes camni. Haru biru la.

Masuk dalam rumah, cari lilin dan cari lampu-lampu yang ada. Lilin habis, lampu takde bateri. Lagi la hampa. Yang ada dapur gas je. Bini aku pergi ke kedai beli lilin dan aku jaga dua anak aku yang nyenyak tidur dalam kegelapan malam, satu cahaya pun takde. Masa tu lah macam-macam aku fikir. Dulu kalau masih teruskan projek free energy, dah tentu tak jadi camni. Sudah pasti dalam beratus-ratus rumah yang gelap masa tu, rumah aku yang ada elektrik dan terang benderang. Tapi sebabkan kos yang tinggi, projek tu tertangguh sehingga dapat dana. Tapi pada fikiran aku la, kalau projek tu dah berjaya, aku rasa mesti ada pihak yang tak suka dan tak setuju dengan ciptaan aku tu. Yang pasti adalah pihak TNB. Sebabnya bil elektrik dah takde lagi dah. Kemudian syarikat yang jual minyak petrol, sebab kereta dah tak guna minyak lagi. Kalau tak boleh takpe la. Biar aku guna sendiri pun dah ok dah.

Oleh itu malamnya aku tidak nyenyak tidur sebab panas. Jiran-jiran yang lain ada yang sampai tidur dalam kereta sebab kereta ada aircond. Anak aku tidur guna kipas yang guna bateri dan ada satu lagi ciptaan aku yang guna free energy dan boleh dimanfaatkan untuk semua orang yang nak jimat bil elektrik. Err.. tapi takpelah aku tak nak cerita sebab nanti ada syarikat besar cari aku pulak.

Hari ni aku ke klinik lagi dan jumpa doktor lain pula. Doktor tu biasa dah dengan kami sekeluarga. Lepas cerita itu ini kat doktor tu, ubat ditambah jenisnya dan darah aku diambil untuk diuji. Keputusan pemeriksaan darah petang. Jadi aku balik rumah dah rest, rest, rest. Aku perlu sihat untuk aku teruskan kerja aku dan beberapa projek lagi. Hebat betul dugaanMu Ya Allah, tapi tidak sehebat dugaan kepada rasul-rasulMu yang terdahulu.

Selasa, 21 April 2009

Alergi

Anak kedua aku mengidapi penyakit ezema sejak dari umur beberapa bulan sehinggalah sekarang ni. Kalau orang kampung kata ruam susu. Tapi kalau ruam susu sekejap je dah ok. Ini tidak, penyakit ini akan pergi dan datang sesuka hati mengikut faktor-faktor tertentu.

Sebelum ini dah ok dan dah nampak kekurangannya. Aku pun happy la sebab effect penyakit tu dah semakin baik. Err.. korang tau ke ezema tu apa? Aku cerita je tapi tak terangkan sakit tu apa benda. Ezema tu adalah sakit kulit disebabkan faktor keturunan seperti asma atau lelah. Sakit tu akan serang paru-paru untuk menjadi asma atau kulit untuk menjadikan kulit kemerahan dan gatal. Jadi anak aku dapat dua-dua sekali iaitu kulit dan asma. Sebabnya adalah keturunan keluarga yang ada asma. Aku la pembawanya asma. Memang aku ada asma tapi sekarang dah hilang sebab aktif bersukan 15 tahun dulu.

Apa pun ianya tidak hilang sepenuhnya sebab adakala ia akan datang untuk kes-kes tertentu seperti makan jeruk atau makan yang tinggi asid. Satu lagi kalau stress yang amat sangat tahap cipan. Tapi aku tak la kena ezema sebab ianya adalah penyakit baru di zaman ini. Ramai dah kena termasuk anak member dan anak sepupu. Untuk hilangkan sakit ini amat sukar dan doktor pun belum dapat cari ubatnya dan hanya mencadangkan cara mengawalnya. Ianya bukan penyakit berjangkit ye. Jangan lari kalau jumpa budak yang kena sakit ni.

Sebelum ini sakit kulit yang anak aku hadapi dah beransur pulih dan nampak hasilnya. Aku pun rasa happy dan fikir penyakit ini akan berakhir sebab doktor kata penyakit ini akan hilang tetapi tidak tahu bila. Mungkin dua tahun, mungkin 5 tahun atau sepuluh tahun. Jadi aku fikirkan penyakit anak aku sudah tiba masa untuk pulih. Tapi Allah Maha mengetahui. Kulit anak aku tiba-tiba nak kemerahan dan berbintik-bintik. Keadaan seakan teruk. Aku buntu disebabkan keadaan tersebut. Setelah dibuat kajiselidik, anak aku ada makan makanan yang alergi dengan penyakit ezema pada beberapa jam selepas penyakit menyerang.

Sebenarnya doktor tidak ketahui apakah makanan yang boleh atau tidak untuk dimakan. Semua doktor kata camtu termasuk la doktor pakar. Bergantung kepada aku dan isteri untuk tentukan makanan yang sesuai. Jika diberi makan telur dia ok, maka telur boleh dimakan. Jika diberi udang goreng ada kesan negatif, maka udang tidak boleh makan. Begitulah setiap masa dan paling buruk baru-baru ini anak aku ada makan keropok lekor dan penyakit kulitnya yang dah ok sebelum ini, menjadi lebih teruk. Setelah selidik lagi, bahan keropok lekor tu menggunakan ikan tertentu yang sememangnya alergi untuk anak aku. Mungkin ada jenis ikan yang anak aku tak boleh makan sebab sebelum ini pernah makan keropok lekor (tempat lain la), tapi ok je.

Oleh itu keropok lekor tidak boleh dijadikan makanan untuk anak aku dan begitu juga aiskrim, air batu dan air tebu. Sejak guna Bio Aura, penyakit kulit anak aku boleh dikawal dan nampak hasilnya. Selepas ini aku nak cuba produk Alpha Lipid pula. Mana tau dengan izin Allah, boleh sembuh ke.

p/s: terus mencuba dan berusaha

Khamis, 16 April 2009

Penyakit zaman moden

Sudah seminggu aku demam. Demam biasa je tetapi impaknya sangat lama sekali sehinggakan kerja-kerja aku tidak mampu aku lakukan. Maknanya badan aku ni kena rest semaksimum yang mungkin. Tapi biasa la... Aku ni susah nak duduk diam. Mesti ada benda yang nak aku buat. Rasa rugi kalau aku tak buat apa-apa. Memang aku paksa diri aku untuk buat kerja tapi sampai masanya aku terpaksa akur dengan sakit yang aku hadapi.

Member-member nasihatkan aku supaya rehatkan diri dan jangan buat kerja. Lebih baik kalau aku baring kat rumah dan cas balik segala tenaga yang dah hilang. Memang benar juga, aku rasa tak bertenaga langsung malah sakit kepala aku yang dah lama hilang, datang balik dan attack kepala otak aku ni. Rasanya macam nak pengsan tapi aku kuatkan semangat supaya aku tak rebah.

Kini aku dah pulih semula dan boleh blogging semula. Jadi aku kena fikirkan semula apakah tugasan yang dah lama aku tinggalkan supaya kau boleh kejar balik. Bila bangun pagi aku rasa segar sikt berbanding sebelum ini. Kepala pun tak sakit lagi. Cuma yang paling tak best sebab MeCD dah takde lagi. Baru je aku buat urusan dengan MeCD dan staff diaorang pun tak boleh nak kata apa dah. Bagaikan gantung tak bertali. Tunggu dan lihat jelah. Bagi aku ini dah jadi satu cabaran hebat dan perlu bijak untuk aku dan partner aku hadapi.

Hari ini pun aku akan adakan meeting untuk membincangkan perkembangan projek dan tindakan selanjutnya. Harap-harap aku tak sakit balik la. Apa pun aku tak tau punca demam yang lama aku hadapi sebelum ini. Tapi apa yang aku tahu, Allah nak uji aku. 

Sabtu, 11 April 2009

Pelancaran Logo Baru

Baru-baru ini aku dengan beberapa partner dalam perancangan untuk penubuhan organisasi secara serius. Perancangan rapi telah dibuat dengan menghadiri beberapa meeting-meeting group. Dengan itu satu logo telah direka khas untuk organisasi tersebut oleh salah seorang partner aku yang sememangnya pakar dalam mereka grafik dan logo. Jadi selepas ini logo baru ini akan digunakan dalam semua web site dan blog-blog yang aku kendalikan.

Kalau nak cerita mengenai penerangan terperinci logo ini buat masa ini aku rasa belum masanya lagi. Sebabnya belum boleh 100% projek terlaksana. Kalau diceritakan juga, aku rasa sampai naik bulu roma rasanya. Mungkin bagi orang lain biasa-biasa je. Tapi bagi aku agak lain. Buat pengetahuan semua, perancangan ini sudah 10% terlaksana. Aku pun sebenarnya tak nak tunggu lama-lama. Malas nak tangguh-tangguh kerja. Lagi pun task aku memang banyak sangat.

Rabu, 8 April 2009

Faedah merancang

Aku dari dulu lagi memang susah nak merancang sesuatu kerja dengan merekod di atas sekeping kertas. Cara aku adalah dengan menulisnya di dalam ingat di dalam kepala. Memang kerja mudah tetapi mudah lupa. Ya! Aku mudah lupa. Tambahan pula dengan pelbagai tugasan yang aku terima membuatkan lebih banyak perkara penting menjadi lupa dan hilang dalam ingatan. Huru haralah jadinya dan kerja pun menjadi compang-camping dan bercelaru.

Itu dulu. Tapi sekarang ni perubahan berlaku secara mendadak disebabkan beberapa faktor yang mendorong aku membuat perancangan di atas kertas dan tidak lagi mengingatinya di dalam kepala otak. Banyak baiknya dari kekurangan. Cuma untuk melaksanakannya agak 'M'. M tu adalah malas. Tiada cara lain yang boleh membantu melainkan diri kita sendiri. Apabila kita paksa diri, macam-macam boleh jadi. Apa yang kita mahu pun juga boleh tercapai. Jika tidak tercapai juga, usaha kita belum cukup lagi. Tambahkan lagi.

Apabila bercerita tentang perancangan, ada juga beberapa perancangan yang aku pernah buat terpaksa ditangguhkan dahulu. Tapi sebenarnya bukan tangguh cuma ada perubahan. Perancangan aku nak adakan kursus Rekacipta terpaksa ditangguhkan dahulu sebab pada masa yang sama terdapat penambahan perancangan. Tambahan itu juga sebenarnya menyeret sekali perancangan yang ada sebelum ini. Jadi bukan maksudnya ditangguhkan tetapi sedang dalam usaha dan menunggu waktu yang dibenarkan untuk ia menjadi kenyataan.

Tugasan harian, kerja R&D, design produk, merancang projek, semuanya aku buat siang dan malam. Dan pada masa yang sama juga banyak tempahan yang aku terima tetapi buat masa ini aku agak keberatan sikit. Sibuk la. Kalau boleh aku nak dahulukan mana yang perlu aku siapkan dulu. Mengenai pertanyaan yang aku terima, aku akan jawab dan ada juga yang aku tak jawab sebab bergantung kepada soalan. Soalan yang tidak berkaitan memang aku tak jawab. Lagi pun setiausaha aku belum ada lagi yang boleh cek email dan bantu kerja aku. Jadi bayangkan aku buat kerja ni sorang diri. 

Buat masa ini aku sedang mengikuti perancangan yang telah ditetapkan. Segala keputusan dan hasil akan menyusuri tidak lama lagi. Insyaallah. Mana-mana kerja dan tugasan yang tidak siap lagi tu memang tak boleh buat apa sebab aku bukan tak buat tapi masih dalam tugasan untuk disiapkan. Seperti nasihat Dr Irfan Khairi, lakukan kerja 20% darinya jika terdapat banyak tugas yang perlu dilakukan pada masa yang sama. Kemudian ulang semula pada tugas yang pertama tadi dan seterusnya sehingga kerja siap. Tapi aku tidak kisah juga jika ada yang melemparkan kata2 negatif pada aku. Seperti yang aku pernah katakan pada topik2 yang lalu, aku rindukan segala tohmahan dan tekanan-tekanan ini. Tanpa semua ini aku tak mungkin mencapai matlamat perancangan. Aku dah nampak dah apa yang ada kat depan sana dan kat belakang aku tak nampak lagi dah, cuma aku perlu ingat yang berada di atas dan sekali sekala mengingati di bawah.

Isnin, 6 April 2009

Antara Nikola Tesla dan Hutchinson

Tesla adalah orang yang memperkenalkan arus ulang alik (AC) kepada dunia dan merupakan insan yang dianggap genius pada era zaman beliau. Beliau bekerja dengan Thomas Alva Edison yang merupakan insan yang tidak pernah serik menghasilkan sebiji mentol yang sampai sekarang kita menggunakan hasil ciptaannya. Tesla mempunyai labnya tersendiri yang mengandungi teknologi yang belum pernah orang melakukannya pada zaman beliau menggunakan pengiraan ilmu yang beliau miliki sehinggakan kita agak sukar untuk memahami kaedah yang digunakan.

Tesla dan Edison bekerja antara satu sama lain untuk menjalankan projek tertentu yang mana Tesla menyediakan elektrik untuk Edison menghasilkan beratus-ratus paten ciptaan yang kita ketahui dan mungkin kita tidak sedari. Bila dilihat pada hasil kerja Tesla memang susah untuk diungkapkan ujikaji beliau sehinggakan pelbagai pihak setara dunia mengulangi ujikaji beliau untuk menghasilkan satu keputusan yang tidak diduga. Tesla sememangnya menduga hasil kerjanya. Memang kita tidak mempu menjejaki pemikiran Tesla yang sememangnya nampak jauh kehadapan apa yang beliau jangkakan. Pemahaman itu menjadikan arus elektrik tidak menjadi satu benda bahaya kepada beliau kerana beliau sangat-sangat faham. Bagaimanakah penghasilan tenaga percuma (free energy) yang digambarkan menjadi kenyataan sedangkan pada zaman ini tiada insan seperti beliau yang berjaya melakukannya. Aku sendiri sukar memahami konsep yang beliau gunakan walaupun ramai antara kalangan para genius mengetahui kerja beliau tetapi saya sendiri meraguinya. Tesla adalah orang pertama yang mencipta wireless. Perkataan wireless atau tanpa wayar sudah mula dicipta sedangkan kita baru sahaja bertungkus lumus untuk memajukannya. Namun pertikaian daripada teknologi German yang sebenarnya lebih maju dari segala negara di dunia dapat mencipta remote control pertama yang sebenarnya US benar-benar mencemburuinya. Berita tersebut tidak didedahkan sehingga ianya didedahkannya pada waktu kini dan menggemparkan para pengkaji teknologi.

Tesla berasal dari Serbia dan berhijrah ke Amerika mencipta alatan wireless seperti radio dan mempunyai lab sendiri untuk membangunkan teknologi tenaga elektrik. Satu menara tinggi dibina untuk menghasilkan cas elektrik untuk teori Tesla beliau sendiri. Tesla mempunyai ilmiah dalam bidangnya tersendiri sehinggakan mempu untuk menghasilkan pelbagai ciptaan yang belum pernah dicipta. Tetapi kita tidak ketahui siapakah yang menjadi orang pertama dalam sesuatu cipta? Tesla mempu memberikan teori dalam teknologi ufo sehinggakan teknologi electrogravitics beliau sangat sukar untuk diperjelaskan pada hari ini. Hanya segelintir sahaja termasuk aku mampu untuk menghasilkan tidak lebih dari 10% hasil dari teori beliau. Dengan kehadiran medan magnet dari penjanaan elektrik mampu menghasilkan satu pembalikan graviti. Teori pusingan magnet juga bersangkutan dengan teori teknologi ufo yang mana maklumat tersebut diselindungi oleh pihak kerajaan US. Apa nak ditakutkan? Bukan semua orang ambil tahu.

Jadi bagi aku setelah aku buat beberapa penyelidikan dan gandingkan teori Tesla dan juga Hutchinson, pelbagai tanggapan muncul. Kaitan antara elektromagnet, magnet kekal, frekuensi dan cara penjanaan free energy bersangkut paut dengan satu teknologi yang kita tidak ketahui. Setiap benda di dunia ini termasuk kita mempunyai satu nilai frekuensi yang tidak diketahui. Teknologi ufo menggunakan kaedah ini. Namun begitu kehadiran kuasa magnet menjadi satu lagi helah yang aku susah nak faham. Peratusan dalam otak aku ni tak mampu untuk menjangkau ke situ. Seluruh dunia mencuba pelbagai kaedah teori. Namun gagal walaupun hanya 5% berhasil. Teori tersebut adalah mudah cuma kita seperti ditipu dengan teori maklumat yang menjangkau jauh dan meleret-leret.

Pada teori John Hutchinson seperti Hutchinson Effect sememangnya beliau merupakan seorang saintis yang beliau sendiri menaikkan tittle tersebut. Ini satu lagi manusia yang berjaya membuatkan orang ramai menyampah dan termasuk juga para genius dan saintis-saintis seolah-olah ditipu dengan teori Hutchinson Effect. Memang benar segala video yang ditunjukkan adalah fake (tipu). Tapi mereka yang tertipu itu dan menganggap diri mereka ditipu sebenarnya ditipu sekali lagi. Bagi aku teori beliau adalah benar cuma aku lihat Hutchinson ada helah yang semua orang tidak tahu. Aku pun susah nak jelaskan. Lagi pun siapalah aku ni. Bukannya saintis yang diiktiraf dan aku pun bukannya ada PhD dan tiada tittle Profesor pun. Tapi kalau aku kopek teori ini, aku yakin boleh lulus tesis ini. Segala hasil kerja dilihat oleh satu rombongan tentera US dan merakamkan hasil ujikaji beliau pada tahun 1980an. Namun segalanya menjadi satu peristiwa yang ramai tidak tahu dan ianya menggemparkan Hutchinson sendiri atas apa yang berlaku pada 9/11. Segala laporan beliau di Pentagon musnah dalam serangan dan serangan tersebut merupakan hasil dari Hutchinson Effect beliau.

Ianya benar sehinggakan aku sendiri susah nak dalami teori hasil dari kesan serangan 9/11. Ianya menjadi satu misteri yang sangat mengerikan bukan kerana perlanggaran dua kapal terbang keatas dua banggunan tersebut tetapi kasan dari serangan tersebut kerana ianya seperti satu energy yang tidak diketahui. Hutchinson mempunyai sesuatu yang hendak disebarkan kepada dunia tetapi disekat oleh pihak berkuasa dan membenarkan kerja beliau dengan pelbagai syarat. Berasaskan teori Tesla, Hutchinson merupakan seorang perintis yang dibenci oleh orang yang tidak mengenali beliau menganggap beliau menipu melalui video hasil kerja beliau. Penipuan itu sebenarnya mengandungi mesej kepada umum dan bukan untuk dinilai berpandukan video yang disiarkan. Jadi sebenarnya segala apa yang terhasil merupakan satu kejadian yang tidak diduga melalui teori Tesla dengan pelbagai alatan tertentu termasuk juga Tesla Coil.
Bagi aku terdapat beberapa mesej walaupun terdapat penipuan dan juga sesuatu yang diselindungkan dari pengetahuan umum atas sebab tertentu. Jika dilihat pada video, aku pun tahu semua tipu dan bukan kesan yang sebenarnya. Kesan sebenarnya memang ada dan Tesla sendiri membuktikannya dahulu. Tapi siapalah tahu. Apa pun aku masih mengkaji teori antigraviti dan memahami gandingan frekuensi dengan jisim.