Kali ini aku buat semula dengan sungguh-sungguh setelah peristiwa pahit menyelubungi aku setiap masa. Ini dek gara-gara terlalu percaya dengan orang 100%. Jadi, kepala aku kenalah dipijak-pijak sampai lumat. Apa pun semangat aku pulih dah semula dan bersedia bertarung kembali. Tapi itu dah lama. Cerita lama dan aku malas nak fikir-fikir lagi dah. Kini aku ada ramai kawan dan ada team baru yang sudi membantu aku untuk menjayakan perancangan aku yang terdahulu.
Hari minggu baru-baru ini, aku luang masa untuk berkemas semula lab office aku. Aku berhasrat untuk lepak semula di dalam lab office aku selepas balik dari kerja sementara sehingga 2010 ini. Untuk balik semula 100% ke karier lama perlu ambil masa juga. Ini memandangkan ia memerlukan kos. Bukan free. Kosnya terlalu besar dan aku dan team kena bermula dari bawah secara efektif dan pantas.Kalau ikutkan terlalu banyak benda nak buat. Lagi pun masa suntuk dengan hanya ada masa pada waktu malam dan hari minggu. Tepat pukul 5 petang aku akan balik terus ke rumah. Sampai di rumah, aku akan memerap di dalam lab office aku untuk menyiapkan kerja projek aku yang dulu dan yang terbaru.
Selain blog myenik, aku ada blog yang lain-lain juga. Salah satu yang penting adalah blog produkreatif. Di dalam blog itu aku banyak menceritakan tentang produk inovasi khas untuk menjual sahaja. Dahulunya aktif. Kini aku stop untuk sementara sebab nak susun semula produk dengan betul dan tersusun rapi.
Jika sebelum ini aku buat kerja di depan tv, kini duduk dalam lab office tanpa tv. Tumpuan menjadi lebih, tanpa sebarang gangguan.