Aku boleh dikatakan agak tenang sikit lepas menghadiri perjumpaan persatuan pada hari sabtu baru-baru ini. Terdapat beberapa agenda disamping buat demo produk-produk rekaan aku. (nampaknya ada orang dah sakit hati dengan rekaan aku ni...). Rata-rata para hadirin sangat berpuas hati dan banyak memberi komen dan harapan. Harapan yang dimaksudkan adalah pencapaian masa hadapan kelak. Mereka meletakkan satu imaginasi yang mana aku mampu menghasilkan sesuatu untuk orang lain dan yang pasti mata-mata diorang ni nampak simbol RM. He he he...
Bagi aku tidak peduli sangat isu RM ni jika dibandingkan dengan kemajuan yang hendak dicapai. Cuma untuk permulaan ini RM itu penting bukan untuk mengenyangkan perut sendiri dan anak bini tapi atas tujuan pembangunan. Jadi aku agak berpuas hati walaupun hanya tunjuk demo saja. Tiada sale sebab mata aku takde simbol RM masa tu. Aku perlukan informasi mengenai produk yang aku reka dari segi kebaikan untuk orang ramai dan bagaimana ianya boleh membantu golongan tertentu.
Agenda perjumpaan adalah membincangkan untuk menerbitkan majalah sendiri. Nama majalah masih belum ditetapkan. Membincangkan potensi majalah tersebut dan juga market. Dari segi permintaan pembaca juga agak kabur sedikit dan bukan semua pembaca sesuai untuk majalah ini. Bukan majalah payboy tapi majalah informasi berkaitan dengan sejarah dan teknologi ufo. Semua ahli digalakkan membuat artikel termasuk aku. Bagi aku satu je, iaitu huraian mengenai teknologi ufo yang banyak dihuraikan oleh barat termasuklah blue print yang terlah tersebar kepada orang tertentu.
Jadi aku mencadangkan untuk mereka beberapa produk untuk persatuan. Produk boleh dijual untuk menampung perbelanjaan persatuan dari pelbagai sudut seperti aktiviti penyelidikan, aktiviti terjah dan sebaginya yang memerlukan kos. Produk yang aku cadangkan memang gila habis dan dipersetujui. Semua produk berkaitan dengan produk berteknologi seperti telekop digital, infrared ray for camera, emf detector dan sebagainya. Produk lain seperti baju T, topi dan seumpamanya memang wajib la tu. Tak payah cerita.
Sementara tunggu dana, aku telah jual beberapa produk yang sempat aku produksikan. Dengan itu bolehlah menampung kos R&D dan kos pembuatan. Tiada kena mengena dengan sara hidup anak bini aku weh. Janganlah ada sesiapa yang risaukan. Jadi aku bergantung kepada rezeki yang Tuhan bagi, usaha dan yang penting kertas kerja yang menjadi harapan masa depan. Aku tak boleh tunggu lagi dah ni. Kalau boleh hari ni juga aku nak laksanakan tugasan dari kertas kerja dan mencapai target yang dicitakan.