Translate

Rabu, 13 April 2011

Fobia dengan karen...

Assalamualaikum. Salam ceria.

Pada waktu ini aku berada di lab baru dan line internet yang baru saja masuk. Aku mengambil masa yang agak lama bersabar menunggu semua kemudahan ini diperolehi. Secara kasarnya, hampir semua kemudahan telah berjaya diperolehi dan dilengkapi. Namun masih ada lagi yang belum mencukupi sehingga dana baru diperolehi.

Untuk tunggu dana memerlukan masa juga. Masa lama atau pun sekejap itu bergantung kepada beberapa faktor. Jadi aku akan teruskan bersabar dengan tawadoqnya. Bukan sabar duduk diam tapi sabar selepas melakukan usaha (kira tawakkal la tuh...). Jangan salah anggap pulak.

Kalau dibaca pada tajuk di atas memang pelik sebab aku sememangnya fobia dengan karen atau elektrik. Tak kiralah elektrik kecil atau besar. Bagi aku sama aje. Pengalaman aku yang lalu-lalu menjadikan aku berfobia. Sehinggakan kalau aku nak buat test projek, macam-macam aksi yang terjadi. Berlarilah, melompatlah, menyoroklah, bergulinglah (lab baru sekarang ni lebih luas untuk melakukan semua aksi ni...) dan macam-macam lagi. Ini terjadi sebab beberapa faktor seperti projek akan meletup (seperti sebelum ini), projek akan mengeluarkan asap (seperti sebelum ini), projek akan jadi lain tidak seperti yang sepatutnya dan bermacam-macam lagi. Kalau aku cerita semua ini mungkin kurang kesannya melainkan kalau korang sendiri tengok kejadian yang sebenarnya.

Tambahan pula pada sekarang ini aku menjalankan R&D berkaitan dengan Green Technology untuk beberapa projek pembangunan dan geran kerajaan. Ini bermakna ianya bersangkutan dengan tenaga dan kuasa. Jadi, makin bertambah aksilah yang akan terjadi. Dalam minggu ini saja sudah beberapa aksi yang aku lakukan. Cuma gambar dan video saja yang tidak dapat direkodkan. Insyaallah atas bantuan pembantu lab aku nanti akan dibuat rekod melalui video atau gambar imej.

Kini untuk penghasilan produk aku serahkan 80% kepada pembantu aku. Manakala selebihnya aku bantu dan aku banyak memberi tumpuan kepada R&D. Kini projek free energy untuk personal device hampir berjaya dan sistem reverse techology untuk solar energy system sudah 50% bergerak. Manakala untuk sistem miniture energy sistem generator masih belum bermula lagi sebab kugasan yang lain masih dalam progress.

R&D hydrogen generator yang aku jalani sebelum ini pun sudah selesai tetapi aku belum buat keputusan lagi kepada controller yang aku hasilkan. Apa yang terjadi berlaku hakisan ekstream kepada elektrod cell yang membimbangkan.