Assalamualaikum. Salam ceria kepada semua.
Sudah masuk tahun baru 2011 ini banyak kenangan 2010 yang rasanya perlu dilupakan. Tinggalkan yang lama dan hadapi yang baru pula. Malas nak cerita kenangan yang lalu. Biarlah dijadikan pengalaman untuk panduan menghadapi kehidupan seterusnya.
Cuma pada tahun ini aku tak nak komen apa-apa. Tak nak maki memaki orang (sebelum ni pun tak pernah buat pun). Apa yang penting aku ikut cara aku. Dan yang paling utama adalah ingat Allah selalu. Kalau ada masalah, ada kesulitan, minta panduan, minta saja kepada Allah. Insyaallah akan perolehi pertolongan. Tempoh ujikaji aku pada tahun 2010 sudah tamat. Pada tahun 2011 ini masanya untuk menuai hasil. Biarlah sebelum ini orang kata bukan-bukan pada aku dan kerja aku. Biarlah dahulunya aku rasa tak senang duduk, jantung bagai disentap, hati bagai dibakar, kepala bagai ditekan. Alhamdulillah, apabila mengadu kepada Allah, insyaallah boleh dapat jaminan.
Tapi bukanlah bermakna tahun 2011 ini aku relax je oleh sebab masa untuk menuai. Oh tidak! Hidup di dunia ini bukan tempatnya untuk bersuka ria, berseronok sakan, relax serta lepak. Tidak sama sekali. Walaupun kita ada tanggungjawab kepada keluarga, kepada orang sekeliling, pada kerja dan sebagainya, tidak bermakna kita melupakan tanggungjawab akhirat. Biarlah kita makan sebanyak mana pun di dunia ini, tapi lupa untuk santapan rohani pula. Maka berlakulah kepincangan.
Aku bukan seorang yang pandai dalam bab-bab keagamaan. Tapi aku wajib tahu dan perlu resah apabila isu agama disentuh. Dan aku juga bukan seorang yang lengkap dan sempurna. Semua orang tahu dan mengaku. Malah tidak perlu untuk aku sentuh sepatutnya. Tapi aku terpanggil juga untuk diluahkan. Terutama sekali bagi isu solat wajib 5 waktu. Solat lah apabila tiba waktunya. Jangan ambil ringan isu solat ini. Sedih lihat kawan-kawan tidak jaga solat 5 waktu dan ambil ringan. Kalau solat pun hari jumaat je. Lagi sedih apabila diajak solat tapi tidak mahu ikut. Kenapa? Tak takut ke azab Allah? Jangan pertikai sikap dan perangai seseorang dengan membandingkan dengan solat. Jangan pertikai orang yang tidak solat itu ada yang lebih baik perangai berbanding yang jaga solat 5 waktu. Itu masalah orang tersebut, cuma kita kena jaga solat. Itu je.
Seperkara lagi, mengenai kerja dan tugasan harian kita. Niatlah kerana Allah, ingatlah Allah dan jika ada masalah, mengadulah kepada Allah. Minta ampun kepadaNya, berdoa dan pintalah apa saja. Dan jangan putus harapan serta menyalahkan takdir. Sedih lihat kawan-kawan yang mengadu hidup susah dan buntu dengan hidup sebab masalah kewangan. Ada yang geram dan marah dengan diri sendiri dengan apa yang telah menimpanya. Susah untuk saya katakan jika setiap hari kita tidak jaga solat, tidak ingat Allah. Jika kita tidak solat, bagaimana untuk kita mengadu masalah? Susah juga jika kita memberi nasihat tapi tak mahu mendengarnya selain dari memberi 1000 alasan.
Bagi aku yang paling cantik sekali hidup ini adalah berkerja dengan tekun hanya kerana Allah, berusaha dengan bertawakkal, menjaga solat 5 waktu dan setiasa mengingati Allah setiap masa, perbuatan dan apa saja. Tidak merungut-rungut dan memaki hamun. Selalu bersabar jika diri ditimpa musibah dan dipuji. Tidak marah (melainkan untuk agama). Dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.
Tahu tak? Apa yang paling dekat dengan kita? Bukan isteri atau suami. Bukan kawan-kawan. Bukan anak-anak kita dan bukan ahli keluarga kita. Yang paling dekat dengan kita adalah 'mati'. So, kengkawan semua, jom kita solat dan kembali kepada iman!