Assalamualaikum. Salam ceria.
Pertama sekali aku nak ucapkan selamat meyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga kita semua dapat memperolehi pahala yang banyak dan merebut epluang ini untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh penghayatan keapda Allah.
Bagi diri aku, bulan Ramadhan ada banayk makna. Ia membuatkan aku lebih bersemangat untuk menempuhinya walaupun pelbagai rintangan dan cubaan yang perlu dilalui. Ramahdan adalah penting bagi aku dan Syawal adalah waktu meraikan kemenangan dan kejayaan. Itu pun jika kita berjaya melalui Ramadhan dengan penuh penghayatan.
Sebelum menghadapi Ramadhan ini aku terlalu sibuk dengan urusan dunia. Penuh dengan aktiviti kerja seperti melakukan R&D, membuat pemasangan produk, membuat temujanji, menghadiri meeting dan sebagainya. Itu tidak termasuk dengan urusan keluarga. Oleh sebab sibuk sangat, kesihatan aku tidak berapa bagus dan sentiasa penat yang melampau. Tambahan pula kesakitan aku yang dahulunya belum pulih sepenuhnya.
Agak pelik sakit yang aku alami. Seperti ada sesuatu yang berlegar-legar di dalam tubuh badan aku. Sehinggakan dua orang yang pernah urut aku sebelum ini sakit selepas mengurut aku. Bagaikan ada sesuatu yang marah apabila badan aku disentuh, diurut-urut dan diberi ubat. Tapi aku buat tidak endah saja sebab aku tidak rasa apa-apa. Tetapi kesakitan masih tidak hilang.
Sakitnya sekejap di kaki, kemudian apabila sudah hilang sakit di kaki, ia berpindah pula di tangan, kemudian berpindah balik di kaki dan seterusnya berterusan tak tau sampai bila. Bagai macam ada sesuatu yang tidak lepas untuk keluar.
Kini aku mengharapkan kehadiran Ramadhan. Selain dari mencari pahala, pada masa yang sama dapatlah aku menggunakan terapi puasa untuk memulihkan masalah kesihatan yang tidak berkesudahan. terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi nasihat dan petua kepada aku bagi menghadapi masalah kesihatan ini. Dan aku akan cuba elak dari tidur lewat malam untuk membuat kerja dan banyakkan aktiviti yang mengeluarkan peluh.