Translate

Khamis, 23 Jun 2011

Lamanya berehat

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam ceria dan ketemu kembali.

Setelah sekian lama aku berehat dari kesakitan yang aku alami dan kini kesakitan sudah beransur pulih. Dengan kepulihan yang beransur ok ini, aku kini sudah mula melakukan tugasan yang sudah lama aku tinggalkan.

Bermula dari xpdc ke Mersing lebih dua minggu lepas, aku telah mengalami masalah saraf seluruh badan secara mendadak. Kejadian tersebut memaksa aku dan beberapa geng yang turut serta ke Mersing terpaksa pulang awal. Kesakitan yang aku alami memang tidak terkira sakitnya sehinggalah berlarutan hampir dua minggu untuk aku menanggung derita sakitnya.

Dalam tempuh tersebut, aku terlantar sakit, susah untuk bangun, berjalan dan yang paling parah adalah susah untuk menyuap apa-apa makanan. Hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja. Untuk menjamah sesuap nasi pun aku tidak mampu untuk menghabiskannya.

Alhamdulillah setelah lama bersabar dan bertawakkal, akhirnya keadaan aku hampir pulih. Tanda-tanda positif seperti sudah boleh berjalan membuatkan aku berusaha untuk memulihkan lagi kesakitan yang aku hadapi. Namun begitu, masalah seperti kesakitan pada setiap urat masih ada lagi. Selera makan juga masih belum pulih.

Diharapkan keadaan aku ini akan beransur pulih 100%. Kini aku sudah boleh berjalan, memandu kereta, makan (tapi tidak boleh banyak) dan tidur yang nyenyak. Cuma hanya yang tinggal adalah kepenatan secara mendadak yang selalu aku hadapi. Ubatan dari doktor sudah habis dan kini aku sambung dengan makanan kesihatan tradisional seperti beberapa makjun dan herba.

p/s: pc aku ni pun baru je lepas reformat... ikut jejak tuan dia gak...