Assalamualaikum dan salam ceria.
Alhamdulillah aku sudah boleh melakukan tugas-tugas harian dan juga kerja-kerja pada waktu ini. Setelah lama juga aku menghadapi saat-saat yang mengganggu tugasan harian aku yang selama ini terlalu banyak tertangguh dan juga ada yang terlepas.
Apa pun bagi aku ada hikmahnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Setelah beberapa minggu aku ada beritahu yang kesihatan aku sudah pulih, tetapi sebenarnya tidak. Kepulihan itu bukanlah 100%. Ini kerana adakalanya kesihatan badan aku sering terganggu on anda off pada waktu-waktu tertentu dan hari-hari yang tidak diketahui. Jika ia berlaku mengakibatkan banyak kerja dan tugasan tidak dapat dilakukan.
Walaupun kesihatan selalu terganggu, meeting minggu tetap diteruskan. Tidak kiralah macam mana keadaan sekali pun. Tidak kira awal pagi atau sehingga tengah malam sekali pun, meeting tetap diteruskan. Ini bagi memastikan perjalanan syarikat berjalan dengan lancar atau sebaliknya.
Baru-baru ini satu kejadian buruk telah berlaku. Kini aku bertugas seoarang diri tanpa pembantu. Kejadian menimpa pembantu aku Shahrul cedera parah dengan tangan kirinya terkehel dan hampir patah kerana terjatuh ketika melakukan tugas memasang dark sensor lampu. Kejadian itu berlaku di depan mata aku sendiri dan ianya sungguh mengerikan. Kini Shahrul cuti berehat panjang sementara menunggu kecederaan tangan kirinya pulih.
Kini aku di lab keseorangan. Alhamdulillah badan aku sudah sembuh sepenuhnya. Cuma mental aku masih tidak berapa stabil lagi kesan daripada kesakitan yang terlalu lama aku lalui. Susah untuk aku menumpukan hal kerja kerana gangguan dalaman. Aku kini perlu kuatkan mental dan semangat agar aku dapat menempuhi cabaran kerja dengan gagah. Untuk itu aku terlalu jarang berdampingan dengan telefon bimbit dan tidak banyak bercakap dengan orang. Tapi Insyaallah ini adalah untuk seketika saja setelah aku pulih sepenuhnya.
Dengan keadaan aku begini dan ditambah pula dengan pembantu aku yang cedera dan cuti berehat panjang, ia membuatkan aku risau. Risaukan banyak tugasan yang belum dapat disiapkan.
Namun begitu kini aku sudah mula buat susun atur jadual perlaksanaan baru. Tugasan yang perlu aku buat seorang diri dan target untuk siap dalam masa yang sangat singkat. Seperti pengalaman yang dulu-dulu, tiada rahsia lain yang mampu untuk melaksanakan kesemua tugasan ini melainkan tumpuan penuh, mental yang tahan lasak dan tiada gangguan.
p/s: nampak gayanya macam ada pengganggu yang sentiasa mendampingi diri aku setiap masa yang menyebabkan aku tidak boleh melaksanakan tugasan...