Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Kini sudah pun masuk fasa ketiga Ramadhan. Mana yang rajin bertandang ke rumah Allah untuk Tarawwih atau beriktikaf, saya doakan semoga Allah memberikan keampunan dan terhindar dari api neraka.
Tidak kurang juga bagi mereka yang sibuk dengan persiapan untuk sambutan hari raya nanti. Sibuk tu sibuk juga dan harap-harap ianya memenuhi keperluan dan tidak berlebih-lebihan sangat. Aku biasa je. Apa yang penting adalah perubahan dalam diri kesan dari amalan puasa di bulan Ramadhan. Banyak pengajaran dan ilmu yang diperolehi.
Seperti orang lain juga dan terkena kepada diri sendiri juga, kesibukan urusan kerja memang tidak dapat aku elakkan. Tambahan pula perancangan sentiasa berubah-ubah. Bukan seperti orang lain yang mana perancangan yang diorang buat menjadi lancar dengan sedikit sahaja masalah. Atau pun apa yang dirancang itulah yang akan diterima hasilnya. Tidak macam aku, jika aku rancang A, akan berlakunya perancangan B sehinggakan menjadi C.
Agak pelik dan susah nak kawal. Lebih-lebih lagi perancangan yang aku buat ini melibatkan permintaan dan kehendak orang sekeliling. So aku banyak kejar ke sana ke sini semata-mata nak bagi perancangan yang aku buat berada di landasan yang betul.
Selepas 26 haribulan ini aku akan mula cuti hari raya. So segala permintaan dan juga urusan berkaitan dengan produk kreatif dan myenique tidak dapat dilayan. Masa cuti aku di kampung. Namun begitu aku masih menerima panggilan masuk, cuma tiada masa untuk membuat temujanji atau meeting. Begitu juga dengan aktiviti metal detector. Kalau ada aktiviti tu pun aku lakukan sendiri kat kampung jelah.
Cuti-cuti juga, Raya pun raya juga. Tapi aku masih melakukan kerja walaupun bercuti. Aku akan cuba curi masa yang ada masa cuti untuk siapkan beberapa produk digital untuk MyEnique dan buku belajar elektronik yang akan keluar selepas cuti raya nanti.
Aku raya inilah satu-satunya produk terbaik yang akan muncul yang pernah aku buat. Ia bukan ebook biasa. Ia dijual dalam bentuk DVD yang mengandungi maklumat ebook dan video. Untuk produkreatif pula, alat Zapper akan dijual secara serius bersama dengan produk pertanian yang pertama.
Oleh itu kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua rakan-rakan semua. Salah dan silap aku selama ini aku mohon kemaafan. Aku bukalah manusia yang sangat lengkap dengan sifat-sifat terpuji seperti Rasullullah, cuma aku sentisa berusaha untuk mencontohinya. Kepada rakan-rakan pun, aku maafkan atas apa yang pernah berlaku secara langsung atau pun tidak langsung. Aku halalkan dan maafkan atas keikhlasan hati kerana Allah. Tapi rasanya takde siapa pun yang buat salah dengan aku, cuma aku je yang banyak buat salah dengan orang lain.
Selamat hari raya. Berhati-hati di jalan raya. Sebelum memandu pulang ke kampung, lakukan solat hajat terlebih dahulu untuk keselamatan dalam perjalanan.