Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Sekarang ini kita sudah melepas 1/3 Bulan Ramadhan. Diharapkan rakan-rakan masih lagi mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna serta mengejar pahala dan keampunan dari Allah.
Pada bulan puasa ini aku tidak banyak berada di lab besar dan office. Aku banyak meluahkan masa berada di lab di rumah aku sendiri. Ini memandangkan keadaan cuaca yang agak panas dan kering yang menyebabkan berlaku penghidratan yang cepat semasa berada di lab besar. Begitu juga dengan pembantu aku yang juga hanya mampu bertahan sehingga tengah hari sahaja. Kami akan berada di lab besar hanya untuk beberapa waktu sahaja. Kemudiannya kami akan balik ke rumah dan sambung kerja. Maklumlah lab belum pasang air condition lagi.
Ada kalanya aku terpaksa juga datang ke lab besar atas urusan tertentu seperti temujanji dengan student dan pelanggan yang ingin melihat dan mengetahui produk dengan lebih dekat lagi. Pada masa kini pula aku terlalu sibuk dengan pelbagai kerja yang masih belum selesai lagi. Walaupun aku ada pembantu (PA) tetapi kerja yang aku buat ini sukar untuk diberikan kepada orang lain untuk disiapkan. Kiranya kerja semuanya hanya aku sorang sahaja yang faham dan ianya berkenaan dengan teknikal ,pengetahuan dan kreativiti.
Kalau kerja setakat menaip atau potong kayu, boleh juga berikan kepada orang lain untuk buatnya. Tapi ini tidak sebab kerja yang dilakukan memerlukan tindakan dan membuat keputusan bergantung kepada penilaian aku sendiri. Begitu juga dengan layanan panggilan telefon daripada pelanggan dan macam-macam orang yang ingin tahu pengenai produk dan bertanyakan pelbagai soalan berkaitan elektronik. Jadi aku lebih banyak habis masa kepada perkara lain dan kerja sebenar sudah menjadi lambat untuk disiapkan. Untuk kerja menjawab telefon juga tidak dapat diberikan kepada orang lain termasuklah PA aku sendiri sebab kalau bagi orang lain jawab, last-last passing kat aku juga. Soalan teknikal dan soalan berkaitan dengan pemahaman ilmu pengetahuan yang susah untuk orang lain terangkan.
Jadi kini aku digelar sebagai orang yang tamakkan kerja. Semua kerja aku lakukan dan aku tidak mampu untuk melakukan semua ini pada masa akan datang tetapi masih boleh lakukannya untuk masa sekarang. Sampai bila aku nak tamakkan kerja sebab aku sudah susun strategi dan matlamat untuk masa akan datang semua kerja dibahagi-bahagikan supaya aku boleh relax. Biar susah sekarang ni, jangan susah sampai bila-bila.
Tang promosi produk juga aku yang lakukan. Begitu juga dengan kerja melibatkan dokumen syarikat. Semuanya aku lakukan untuk masa kini dan bagi aku tidak mengapa sebab aku anggap sebagai pengalaman aku sebelum diberikan tugasan-tugasan kepada pekerja lain. Jadi senang pada masa akan datang aku tahu semuanya sebab sudah merasi pengalaman sebelum ini dan aku boleh relaks serta kembali semula dengan kerja-kerja R&D aku. Kerja R&D tidak perlu untuk berjumpa pelanggan, melakukan promosi atau marketing, tidak perlu melakukan kerja-kerja dokumentasi syarikat, tidak perlu menjawab telefon dan tidak perlu buat kopi sebab dah ada tea lady.
Oleh sebab terlalu banyak kerja, pergi sana sini sehinggakan banyak kos mengalir keluar dan paling utama adalah penat. Aku rasa terlalu penat. Kerja berlarutan sehingga ke malam. Adakalanya kesihatan aku terganggu dan terlalu penat. Sampaikan pemakanan suppliment juga tidak dapat membantu sebab kekurangan tidur dan memberikan kesan buruk seperti kurang tumpuan dan badan cepat naik.
Apa pun bagi aku ini adalah sementara sahaja. Apa yang penting hubungan aku dengan keluarga sentiasa erat. Di kala aku penat, hanya anak-anaklah pengubatnya. Walaupun sibuk, hubungan aku dengan anak-anak terlalu rapat dan mesra.