Langkau ke kandungan utama

Alhamdulillah, selamat kembali lagi Insyaallah.

Assalamualaikum. Salam hormat dan selamat bertemu kembali di blog ini. Pertama sekali aku ingin ucap beribu-ribu kemaafan kerana sudah sekian lama aku tidak update dan upgrade blog ini dan beberapa blog lain lagi. Masalah kesibukan menjadi faktor utama aku tidak dapat memberi komitmen yang penuh terhadap perkara ini.

Namun jika pun adanya masa, bukanlah perkara mudah untuk aku sesuka hati mengemaskini blog-blog dengan kata-kata yang mungkin lahir dari perasaan yang tidak keruan terhadap kesibukan kerja. Topik perbincangan dan tajuk cerita bukan menjadi satu masalah. Kalau diikutkan terlalu banyak tajuk cerita yang boleh aku terbitkan.

Sejak sekian lama peninggalan aku ini, banyak sesuatu perkara, kejadian dan hal telah berlaku. Semuanya terjadi dan berlaku sehinggakan memberi pelbagai impak terhadap kehidupan seharian kita. Bagi kita yang prihati mungkin boleh menerima semua ini dangan hati yang terbuka. paling penting adalah menerimanya dengan positif. Ini kerana dengan kekuatan positif ianya akan membawa kita ke arah yang positif juga. Apa yang kita fikir akan menjadi niat. Dengan adanya niat, perlaksaan minda akan berlaku.

Ketiadaan aku sebelum ini sebenarnya memberikan banyak kesan terhadap perancangan dan juga orang sekeliling. Kini aku baru saja berpindah tempat kerja yang lebih selesa dan besar, Insyaallah. Ramai yang tidak ketahui untuk aku ke tempat baru memerlukan masa yang agak lama. Di situ aku diuji dengan kesabaran. Janji Allah adalah benar. Terdapat kemanisan di dalam kepahitan dalam bersabar. Bersabar untuk sesuatu perkara serta yakin akan pertolongan Allah, ia memberikan kesan yang amat manis.

Dengan adanya tempat baru ini, secara automatik alamat syarikat juga bertukar. Manakala seluruh pengurusan seperti MyEnik, Produkreatif dan yang berkaitan dengan penghasilan produk, berada di tempat yang sama. Jadi tidak perlulah untuk aku timbulkan tempat-tempat baru yang lain dan aku tak perlulah untuk ke sana dan ke sini pada satu-satu masa.

Walau pun sudah berpindah tempat, tapi masih belum beroperasi sepenuhnya. Ini kerana banyak kelengkapan  di tempat kerja yang masih belum lengkap sepenuhnya. Manakala alatan kerja yang lama dibawa kesemuanya dari lab lama ke lab yang yang baru. Keadaan masih berselerak dan tidak tersusun. Barang-barang masih lagi diselerakkan untuk dibuat pengasingan untuk dimasukkan ke dalam peti simpanan yang masih belum ditempah lagi. Apa pun, kesemua kekurangan dan masalah untuk tempat baru ini telah dibincangkan semasa meeting pengurusan baru-baru ini.

Kini aku telah tinggalkan kerja-kerja lab untuk sementara waktu. Walaupun senarai kerja untuk R&D sudah pun dibentangkan menanti tindakan dan arahan selanjutnya dari aku. Pembantu aku pula hanya dapat membuat kerja kecil-kecil seperti mengemas barang dan spare part untuk lab dan kerja R&D akan datang. Memang sayang sekali kalau difikirkan aku meninggalkan kerja R&D ini. Tapi ada sebabnya aku berbuat demikian kerana memberi tumpuan kepada persediaan kertas kerja yang bertimpa-timpa. Sedangkan tempoh yang diberikan untuk aku siapkan adalah seminggu saja. Untuk membuat kertas kerja bukan mudah kerana ianya memerlukan fakta yang betul dan tepat. Dan yang paling penting sekali adalah menarik.

Jadi, aku amat kurang berada di lab untuk beberapa minggu ini. Tetapi pembantu aku setia berada di lab setiap hari untuk melakukan tugas-tugas kecil sementara menantikan aku kembali semula. Setelah semua kerja dokumen siap sepenuhnya, aku kembali semula untuk menyambung kembali kerja R&D dan juga menyambung kembali bahagian produksi.

Insyaallah, setelah siap sepenuhnya berada di tempat baru, banyak perkara yang akan mengalami perubahan besar terutama sekali kepada laman web, blog dan emel. Manakala talian telefon juga mungkin akan berubah. Perubahan ini diselaraskan dengan perubahan alamat tempat baru dan pembantu aku akan bertanggungjawab dengan tugasan ini termasuk menjawab panggilan telefon, sms dan juga emel dari para pelanggan. Bagi aku pada waktu sekarang ini aku tidak dapat melayani segala panggilan dan pertanyaan kerana sibuk memberi tumpuan kepada tugasan yang kritikal yang perlu disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Atas kesibukan ini, banyak perancangan dan perjanjian ditangguh. Antaranya seperti kerja-kerja di lab di Damansara dan di Seremban yang terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu. Manakala perancangan untuk xpdc ke Gua Senyum juga ditangguhkan juga. Dan begitu juga xpdc ke Gunung Tok Wan ditangguhkan kepada waktu dan hari lain. Kesemua xpdc ini bertujuan untuk membuat research mengenai beberapa alat baru untuk diuji dan diambil maklumat mengenainya.

Oleh itu, pada masa ini, dalam keadaan ini, ramai yang tertanya-tanya seolah-olah aku hilang atau pun macam tak buat apa-apa. Memang susah nak yakinkan orang dan bukan senang nak kawal seribu orang dalam satu masa dan bukan mudah nak ingat orang (kena pulak ada 10 orang nama yang sama). Jadi seperti biasa lah... apa yang boleh buat adalah bersabar. Nasihat untuk aku dan kawan-kawan adalah mengharapkan sesuatu hanya dari Allah dan bukan dari manusia kerana kita hanya berusaha untuk merancang dan Allah yang menentukan keputusanNya. Jika kita mengharapkan kepada manusia dan manusia itu tidak dapat memenuhi kehendak kita, kita akan kecewa. Jika kita meletakkan Allah sebagai pengharapan, apa saja keputusan, kita akan redha dan hati akan tenang. Sesungguhnya janji Allah adalah benar.

Catatan popular daripada blog ini

Konsep free energy

Mungkin ada yang salah anggap apabila dikatakan free energy di mana tenaga yang dijana adalah percuma semata-mata tanpa perlu penambahan dan juga perlu mengeluarkan kos untuk menghasilkan tenaga percuma tersebut. Inilah yang dikatakan free energy. Rata-rata yang beranggapan free energy sama seperti kaedah solar panel yang menyerap cahaya matahari untuk menghasilkan tenega elektrik secara percuma. Begitu juga dengan kaedah tenaga angin melalui pemusingan turbin generator yang dipasang di tempat yang berangin tiup kuat. Bagi aku semua kaedah tersebut masih belum 100% free energy kerana ia memerlukan sokongan untuk mencapai jumlah tenaga yang diperlukan. Setelah lama aku membuat pemerhatian dan juga beberapa ujikaji serta teori berkaitan dengan free energy, ianya 100% boleh dilaksanakan. Tetapi ianya seolah-olah sukar untuk dilasanakan atau dijadi kenyataan. Ia bersangkut paut dengan sensitiviti pihak-pihak tertentu. Sebagai contohnya seperti terciptanya kenderaan elektrik atau kenderaan

Litar converter dan inverter

Bismillah... Assalamualaikum. Salam ceria. Adakah anda tahu akan litar inverter dan litar converter. Ok baik, kali ini saya sentuh bab agak advance sikit. Kepada yang baru mula belajar atau baru kenal komponen bab ini anda boleh baca dan ikuti. Jika anda sukar untuk faham itu tidak mengapa. Ini adalah sambungan dari topik solar panel sebelum ini. Persoalannya bolehkah solar panel yang bersaiz kecil berupaya untuk cas bateri yang mempunyai nilai volt yang tinggi seperti 12 volt? Jawapan saya adalah boleh. Bagaimana caranya? Dengan penambahan litar converter. Apakah litar converter dan inverter? Ada pelbagai versi jawapan. Saya akan terangkan dan anda boleh nilaikan sendiri. Litar converter berfungsi menukar nilai voltan masuk kepada satu nilai tertentu pada keluaran. Contoh voltan masuk 5 volt, keluaran pula 10 volt. Contoh lain, voltan masuk 8 volt dan keluaran pula 4 volt. Voltan biasanya adalah DC atau arus terus. Ada juga litar converter yang berfungsi menukarkan voltan positi

Selepas 2 Bulan, Inilah Hasilnya...

Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya ingin sharing sedikit mengenai system aquaponic dengan solar energy system yang telah saya hasilkan dan dibina melewati 2 bulan lalu. Tiada apa yang menarik perhatian jika rakan-rakan seorang yang biasa-biasa saja. Apa yang saya telah hasilkan ini memang nampak biasa saja. Setakat system akuaponik dan kemudian ditambah pula dengan system solar energy. Rata-rata orang akan katakan biasa-biasa saja. Ok, tak mengapa. Perkara kecil saja. Jadi pada kali ini saya berhasrat untuk berduskasi mengenai system solar energy ini secara terperinci. Yang mana maklumat yang saya ceritakan ini mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan panduan untuk yang memerlukannya. Hasil setelah dua bulan saya menguji system ini tidak mengecewakan. Ingat. Saya bukan nak menjual produk tapi sekadar menceritakan spec tentang system ini. Secara asasnya untuk membina satu system solar power memerlukan beberapa perkakasan penting. Jika pergi ke mana-mana perkakasan atau aks