Translate

Selasa, 27 Disember 2011

Misteri sakit jantung terjawab

Assalamualaikum. Salam ceria.

Di bawah ini aku sertakan satu artikel mengenai masalah jantung yang berpunca daripada aktiviti yang sememangnya antara yang kurang sihat iaitu kurang tidur. Walaupun ianya antara sengaja dan tidak sengaja ianya boleh mengundang masalah seperti masalah kepada kesihatan jantung.

Aku nak bercerita mengenai hal aku yang pernah merasai masalah ini. Puncanya adalah kurang tidur yang terlalu kerap sehinggakan tidak memperdulikan masalah kesihatan yang akan timbul. Setelah mengamalkan aktiviti kurang tidur, masalah seperti denyutan jantung yang tidak stabil dan adakalanya berdegup laju serta lemah mental, menyebabkan aku resah ketakutan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti dikejarkan ke wab sakit jantung.

Mungkin kerja terlalu banyak dan perlu disiapkan cepat menyebabkan kita tidur lewat  sehingga ke pagi merupakan faktor kebiasaan tidur lewat. Kawan-kawan boleh baca artikel di bawah ini nanti dan semoga ambil iktibar agar sentiasa menjaga kesihatan dan tidak terlalu mengcilkan hal tidur yang cukup. Lakukan tidur yang cukup dan jangan pula tidur yang terlebih had pula. Bagi aku ianya satu mimpi ngeri yang sangat menakutkan apabila jantung kita tidak stabil seperti ingin berhenti berdenyut pada bila-bila masa. Msa tu barulah terfikir anak bini, dosa-dosa yang pernah kita lakukan dan ingin melakukan solat taubat. Sekiranya jantung terhenti serta-merta, maka tamatkan riwayat dan tiadalah peluang untuk bertaubat lagi. Betapa adilnya Allah menciptakan tidur untuk kita. Jadikan tidur sebagai ibadat dan jangan asyit tidur sampai taknak beribadat.

Artikel

Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan. 

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. 

Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.

Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar. 

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio. 

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard.

Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang. 

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain. 

Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular. 

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. - Agensi

Khamis, 1 Disember 2011

Sebulan Sekali?

Assalamualaikum. Sebulan sekali ke? Takkan sebulan sekali je nak kena update blog? Nampak gayanya macam tu la... Jadi mana yang tahu tu boleh agak akan kesibukan aku dengan kerja dan tugas. Apa pun aku terlalu penat dan perlu buat dan susun semula perancangan dengan lebih baik lagi. Ok lah. Aku stop di sini. Saja nak test status guna tap dengan software baru. Insyaallah akan ada lagi update blog dalam masa singkat ini dan lebih banyak lagi. Terima kasih.

Rabu, 2 November 2011

Menjawab persoalan

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salam ceria. Sudah begitu lama aku tak update blog ini dan juga beberapa blog yang lain. Ramai yang bertanya dan ramai juga yang memberi tanda tanya seolah-olah aku tiada idea untuk menulis di blog lagi.

Tidak. Terlalu banyak cerita dan juga pengalaman yang boleh aku ceritakan. Tapi masa yang sangat terhad dan juga masih belum masanya lagi untuk aku bertindak. Masih menantikan punch line yang terbaik untuk aku bertindak.

Untuk pengetahuan rakan-rakan yang ingin tahu ape projek aku sekarang ini dan apakah kerja-kerja yang aku uat sekarang ini sehinggakan aku tidak menyempat untuk update blog dan juga FB. Jika update FB pun hanya melalui handphone sahaja. Jadi ruangannya terhad untuk update dan cek status FB member sahaja. Jika ada yang hantar inbox atau sebagainya memang aku ketinggalan. Maaf bebanyak sebab aku tolak ke tepi.

Sekarang ini aku masih melakukan R&D untuk projek yang tersenarai dalam permohonan dana untuk pembangunan. Memang agak susah dan terlalu teliti jika diamati. Jadi alatan utama aku untuk melakukan kerja-kerja ini adalah sabar dan istiqomah. Itulah senjata utama.

Kini ape yang berlaku sekeliling aku yang mana aku tidak mampu untuk dipenuhi dan dituruti, aku biarkan sahaja untuk sementara waktu. Sabar sehingga memperolehi hasilnya nanti. Itu pun aku masih guna alat kesabaran. Biarlah ape pun orang lain kata dan beri pandangan terhadap diri aku ini, aku tidak akan kata ape melainkan diam dan bersabar.

Sebabnya aku yakin dengan janji Allah. Jika aku mahu, aku akan minta pada Allah. Dan Allah akan beri dan aku tidak pernah kecewa walaupun pada zahirnya aku meminta bantuan dari manusia tetapi hakikat tersirat niat memohon dari Allah. Sebabnya aku tidak akan kecewa atas hasil yang akan aku dapat nanti samada berjaya atau tidak.

Wahai kawan-kawan. Marilah kita kembali kepada Allah. Setiap apa yang berlaku ada sebabnya dan hikmahnya. Tidak perlu merayu kepada manusia atau selain dari Allah. Selain dari itu minta banyak bersabar sebab Allah selitkan rahsia dalam kesabaran. Jaga solat, jaga niat hati dan bersabar selalu. Cek diri jika ada selalu terima perkara tidak baik atau kemarahan. Cek juga punca rezeki kita dan ada berzakat?

Sekian semua. Tunggu update cerita xpdc aku di Gua Musang dan pantai timur.

Selasa, 23 Ogos 2011

Bukan senang nak bahagi masa...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Kini sudah pun masuk fasa ketiga Ramadhan. Mana yang rajin bertandang ke rumah Allah untuk Tarawwih atau beriktikaf, saya doakan semoga Allah memberikan keampunan dan terhindar dari api neraka.

Tidak kurang juga bagi mereka yang sibuk dengan persiapan untuk sambutan hari raya nanti. Sibuk tu sibuk juga dan harap-harap ianya memenuhi keperluan dan tidak berlebih-lebihan sangat. Aku biasa je. Apa yang penting adalah perubahan dalam diri kesan dari amalan puasa di bulan Ramadhan. Banyak pengajaran  dan ilmu yang diperolehi.

Seperti orang lain juga dan terkena kepada diri sendiri juga, kesibukan urusan kerja memang tidak dapat aku elakkan. Tambahan pula perancangan sentiasa berubah-ubah. Bukan seperti orang lain yang mana perancangan yang diorang buat menjadi lancar dengan sedikit sahaja masalah. Atau pun apa yang dirancang itulah yang akan diterima hasilnya. Tidak macam aku, jika aku rancang A, akan berlakunya perancangan B sehinggakan menjadi C.

Agak pelik dan susah nak kawal. Lebih-lebih lagi perancangan yang aku buat ini melibatkan permintaan dan kehendak orang sekeliling. So aku banyak kejar ke sana ke sini semata-mata nak bagi perancangan yang aku buat berada di landasan yang betul.

Selepas 26 haribulan ini aku akan mula cuti hari raya. So segala permintaan dan juga urusan berkaitan dengan produk kreatif dan myenique tidak dapat dilayan. Masa cuti aku di kampung. Namun begitu aku masih menerima panggilan masuk, cuma tiada masa untuk membuat temujanji atau meeting. Begitu juga dengan aktiviti metal detector. Kalau ada aktiviti tu pun aku lakukan sendiri kat kampung jelah.

Cuti-cuti juga, Raya pun raya juga. Tapi aku masih melakukan kerja walaupun bercuti. Aku akan cuba curi masa yang ada masa cuti untuk siapkan beberapa produk digital untuk MyEnique dan buku belajar elektronik yang akan keluar selepas cuti raya nanti.

Aku raya inilah satu-satunya produk terbaik yang akan muncul yang pernah aku buat. Ia bukan ebook biasa. Ia dijual dalam bentuk DVD yang mengandungi maklumat ebook dan video. Untuk produkreatif pula, alat Zapper akan dijual secara serius bersama dengan produk pertanian yang pertama.

Oleh itu kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua rakan-rakan semua. Salah dan silap aku selama ini aku mohon kemaafan. Aku bukalah manusia yang sangat lengkap dengan sifat-sifat terpuji seperti Rasullullah, cuma aku sentisa berusaha untuk mencontohinya. Kepada rakan-rakan pun, aku maafkan atas apa yang pernah berlaku secara langsung atau pun tidak langsung. Aku halalkan dan maafkan atas keikhlasan hati kerana Allah. Tapi rasanya takde siapa pun yang buat salah dengan aku, cuma aku je yang banyak buat salah dengan orang lain.

Selamat hari raya. Berhati-hati di jalan raya. Sebelum memandu pulang ke kampung, lakukan solat hajat terlebih dahulu untuk keselamatan dalam perjalanan.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Masuknya 10 hari terakhir...

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Selamat datang Ramadhan dan selamat tinggal Ramadhan. Kini kita hampir memasuki 10 Ramadhan terakhir. Masuklah juga penggal ke tiga dalam fasa bulan Ramadhan. Jadi ape urusan kita?

Terpulang kepada hak masing-masing. Mana-mana yang mengetahui amalan apakah yang seharusnya dilakukan pada 10 Ramadhan terakhir ini dan ada juga yang jahil atau buat-buat jahil. Jika dirasa ianya baik untuk kita maka lakukanlah amalan yang menjanjikan ganjaran besar dari Allah untuk Ramadhan ini.  Selamat beramal saya ucapkan kepada rakan-rakan semua yang rajin-rajin beramal soleh seperti bertadarus, membaca Al-Quran, bersedekah, tolong-menolong, beriktikaf 10 Ramadhan terakhir dan sebagainya.

Aku di sini ingin menyusun ampun dan maaf di atas kesilapan dan kesalahan aku kepada rakan-rakan sekelian yang tak sengaja mahupun yang disengajakan. Maaf juga kerana terlalu awal untuk aku memohon kemaafan melalui blog ini kerana takut takde masa lagi nak update blog selepas ini (sibuk arr...). Ape yang penting, raya nanti datang le ke rumah.

Rumusannya, walaupun Ramadhan belum berakhir lagi tetapi aku dapat banyak merasai pelbagai pengalaman dalam diri aku sendiri tentang kehidupan dan kesusahan orang lain yang boleh dijadikan pengajaran untuk masa akan datang. Betapa pentingnya niat kita dalam melakukan sesuatu di dunia ini.

Salam Lebaran untuk semua. semua kita semua menjadi ahli Syurga Allah yang kekal abadi. Insyaallah.

Tawaran produk

Assalamualaikum dan salam ceria.

Bermula dari 19/08/2011, produkreatif menawarkan penjualan produk Pengesan Logam BFO terhad kepada 5 unit pada harga RM400 seunit. Dengan setiap pembelian akan dapat seunit alat Pengesan Logam Pin Pointer yang berharga RM89 seunit. Kos penghantaran tiada dikenakan.

Oleh itu, tawaran terhad ini akan berlangsung sehingga 26/08/2011 iaitu pada hari Jumaat. Di mana pada hari tersebut adalah hari terakhir untuk urusniaga seperti proses pembayaran dan proses penghantaran (courier).

Anda boleh rebut peluang terhad ini sebelum harga asal seperti biasa. Promosi juga akan tutup sekiranya stok 5 unit habis awal sebelum tarikh tutup promosi. Sila ke web site www.myenique.com/bfo.html untuk maklumat lanjut produk dan promosi.

Anda diminta hubungi saya dahulu untuk pengesahan pembelian dan stok yang masih ada.

p/s: selepas cuti raya produk ini akan kekal harganya (RM450) berikutan dikendalikan oleh pengurusan baru dari syarikat saya. :)

Khamis, 11 Ogos 2011

Sudah melepasi 1/3 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Sekarang ini kita sudah melepas 1/3 Bulan Ramadhan. Diharapkan rakan-rakan masih lagi mengerjakan ibadah puasa dengan sempurna serta mengejar pahala dan keampunan dari Allah.

Pada bulan puasa ini aku tidak banyak berada di lab besar dan office. Aku banyak meluahkan masa berada di lab di rumah aku sendiri. Ini memandangkan keadaan cuaca yang agak panas dan kering yang menyebabkan berlaku penghidratan yang cepat semasa berada di lab besar. Begitu juga dengan pembantu aku yang juga hanya mampu bertahan sehingga tengah hari sahaja. Kami akan berada di lab besar hanya untuk beberapa waktu sahaja. Kemudiannya kami akan balik ke rumah dan sambung kerja. Maklumlah lab belum pasang air condition lagi.

Ada kalanya aku terpaksa juga datang ke lab besar atas urusan tertentu seperti temujanji dengan student dan pelanggan yang ingin melihat dan mengetahui produk dengan lebih dekat lagi. Pada masa kini pula aku terlalu sibuk dengan pelbagai kerja yang masih belum selesai lagi. Walaupun aku ada pembantu (PA) tetapi kerja yang aku buat ini sukar untuk diberikan kepada orang lain untuk disiapkan. Kiranya kerja semuanya hanya aku sorang sahaja yang faham dan ianya berkenaan dengan teknikal ,pengetahuan dan kreativiti.

Kalau kerja setakat menaip atau potong kayu, boleh juga berikan kepada orang lain untuk buatnya. Tapi ini tidak sebab kerja yang dilakukan memerlukan tindakan dan membuat keputusan bergantung kepada penilaian aku sendiri. Begitu juga dengan layanan panggilan telefon daripada pelanggan dan macam-macam orang yang ingin tahu pengenai produk dan bertanyakan pelbagai soalan berkaitan elektronik. Jadi aku lebih banyak habis masa kepada perkara lain dan kerja sebenar sudah menjadi lambat untuk disiapkan. Untuk kerja menjawab telefon juga tidak dapat diberikan kepada orang lain termasuklah PA aku sendiri sebab kalau bagi orang lain jawab, last-last passing kat aku juga. Soalan teknikal dan soalan berkaitan dengan pemahaman ilmu pengetahuan yang susah untuk orang lain terangkan.

Jadi kini aku digelar sebagai orang yang tamakkan kerja. Semua kerja aku lakukan dan aku tidak mampu untuk melakukan semua ini pada masa akan datang tetapi masih boleh lakukannya untuk masa sekarang. Sampai bila aku nak tamakkan kerja sebab aku sudah susun strategi dan matlamat untuk masa akan datang semua kerja dibahagi-bahagikan supaya aku boleh relax. Biar susah sekarang ni, jangan susah sampai bila-bila.

Tang promosi produk juga aku yang lakukan. Begitu juga dengan kerja melibatkan dokumen syarikat. Semuanya aku lakukan untuk masa kini dan bagi aku tidak mengapa sebab aku anggap sebagai pengalaman aku sebelum diberikan tugasan-tugasan kepada pekerja lain. Jadi senang pada masa akan datang aku tahu semuanya sebab sudah merasi pengalaman sebelum ini dan aku boleh relaks serta kembali semula dengan kerja-kerja R&D aku. Kerja R&D tidak perlu untuk berjumpa pelanggan, melakukan promosi atau marketing, tidak perlu melakukan kerja-kerja dokumentasi syarikat, tidak perlu menjawab telefon dan tidak perlu buat kopi sebab dah ada tea lady.

Oleh sebab terlalu banyak kerja, pergi sana sini sehinggakan banyak kos mengalir keluar dan paling utama adalah penat. Aku rasa terlalu penat. Kerja berlarutan sehingga ke malam. Adakalanya kesihatan aku terganggu dan terlalu penat. Sampaikan pemakanan suppliment juga tidak dapat membantu sebab kekurangan tidur dan memberikan kesan buruk seperti kurang tumpuan dan badan cepat naik.

Apa pun bagi aku ini adalah sementara sahaja. Apa yang penting hubungan aku dengan keluarga sentiasa erat.  Di kala aku penat, hanya anak-anaklah pengubatnya. Walaupun sibuk, hubungan aku dengan anak-anak terlalu rapat dan mesra.

Sabtu, 30 Julai 2011

Selamat menyambut Ramadhan

Assalamualaikum. Salam ceria.

Pertama sekali aku nak ucapkan selamat meyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak. Semoga kita semua dapat memperolehi pahala yang banyak dan merebut epluang ini untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh penghayatan keapda Allah.

Bagi diri aku, bulan Ramadhan ada banayk makna. Ia membuatkan aku lebih bersemangat untuk menempuhinya walaupun pelbagai rintangan dan cubaan yang perlu dilalui. Ramahdan adalah penting bagi aku dan Syawal adalah waktu meraikan kemenangan dan kejayaan. Itu pun jika kita berjaya melalui Ramadhan dengan penuh penghayatan.

Sebelum menghadapi Ramadhan ini aku terlalu sibuk dengan urusan dunia. Penuh dengan aktiviti kerja seperti melakukan R&D, membuat pemasangan produk, membuat temujanji, menghadiri meeting dan sebagainya. Itu tidak termasuk dengan urusan keluarga. Oleh sebab sibuk sangat, kesihatan aku tidak berapa bagus dan sentiasa penat yang melampau. Tambahan pula kesakitan aku yang dahulunya belum pulih sepenuhnya.

Agak pelik sakit yang aku alami. Seperti ada sesuatu yang berlegar-legar di dalam tubuh badan aku. Sehinggakan dua orang yang pernah urut aku sebelum ini sakit selepas mengurut aku. Bagaikan ada sesuatu yang marah apabila badan aku disentuh, diurut-urut dan diberi ubat. Tapi aku buat tidak endah saja sebab aku tidak rasa apa-apa. Tetapi kesakitan masih tidak hilang.

Sakitnya sekejap di kaki, kemudian apabila sudah hilang sakit di kaki, ia berpindah pula di tangan, kemudian berpindah balik di kaki dan seterusnya berterusan tak tau sampai bila. Bagai macam ada sesuatu yang tidak lepas untuk keluar.

Kini aku mengharapkan kehadiran Ramadhan. Selain dari mencari pahala, pada masa yang sama dapatlah aku menggunakan terapi puasa untuk memulihkan masalah kesihatan yang tidak berkesudahan. terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberi nasihat dan petua kepada aku bagi menghadapi masalah kesihatan ini. Dan aku akan cuba elak dari tidur lewat malam untuk membuat kerja dan banyakkan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Sabtu, 16 Julai 2011

Tragedi di sebalik tragedi

Assalamualaikum dan salam ceria.

Alhamdulillah aku sudah boleh melakukan tugas-tugas harian dan juga kerja-kerja pada waktu ini. Setelah lama juga aku menghadapi saat-saat yang mengganggu tugasan harian aku yang selama ini terlalu banyak tertangguh dan juga ada yang terlepas.

Apa pun bagi aku ada hikmahnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya. Setelah beberapa minggu aku ada beritahu yang kesihatan aku sudah pulih, tetapi sebenarnya tidak. Kepulihan itu bukanlah 100%. Ini kerana adakalanya kesihatan badan aku sering terganggu on anda off pada waktu-waktu tertentu dan hari-hari yang tidak diketahui. Jika ia berlaku mengakibatkan banyak kerja dan tugasan tidak dapat dilakukan.

Walaupun kesihatan selalu terganggu, meeting minggu tetap diteruskan. Tidak kiralah macam mana keadaan sekali pun. Tidak kira awal pagi atau sehingga tengah malam sekali pun, meeting tetap diteruskan. Ini bagi memastikan perjalanan syarikat berjalan dengan lancar atau sebaliknya.

Baru-baru ini satu kejadian buruk telah berlaku. Kini aku bertugas seoarang diri tanpa pembantu. Kejadian menimpa pembantu aku Shahrul cedera parah dengan tangan kirinya terkehel dan hampir patah kerana terjatuh ketika melakukan tugas memasang dark sensor lampu. Kejadian itu berlaku di depan mata aku sendiri dan ianya sungguh mengerikan. Kini Shahrul cuti berehat panjang sementara menunggu kecederaan tangan kirinya pulih.

Kini aku di lab keseorangan. Alhamdulillah badan aku sudah sembuh sepenuhnya. Cuma mental aku masih tidak berapa stabil lagi kesan daripada kesakitan yang terlalu lama aku lalui. Susah untuk aku menumpukan hal kerja kerana gangguan dalaman. Aku kini perlu kuatkan mental dan semangat agar aku dapat menempuhi cabaran kerja dengan gagah. Untuk itu aku terlalu jarang berdampingan dengan telefon bimbit dan tidak banyak bercakap dengan orang. Tapi Insyaallah ini adalah untuk seketika saja setelah aku pulih sepenuhnya.

Dengan keadaan aku begini dan ditambah pula dengan pembantu aku yang cedera dan cuti berehat panjang, ia membuatkan aku risau. Risaukan banyak tugasan yang belum dapat disiapkan.

Namun begitu kini aku sudah mula buat susun atur jadual perlaksanaan baru. Tugasan yang perlu aku buat seorang diri dan target untuk siap dalam masa yang sangat singkat. Seperti pengalaman yang dulu-dulu, tiada rahsia lain yang mampu untuk melaksanakan kesemua tugasan ini melainkan tumpuan penuh, mental yang tahan lasak dan tiada gangguan.

p/s: nampak gayanya macam ada pengganggu yang sentiasa mendampingi diri aku setiap masa yang menyebabkan aku tidak boleh melaksanakan tugasan...

Khamis, 23 Jun 2011

Lamanya berehat

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Salam ceria dan ketemu kembali.

Setelah sekian lama aku berehat dari kesakitan yang aku alami dan kini kesakitan sudah beransur pulih. Dengan kepulihan yang beransur ok ini, aku kini sudah mula melakukan tugasan yang sudah lama aku tinggalkan.

Bermula dari xpdc ke Mersing lebih dua minggu lepas, aku telah mengalami masalah saraf seluruh badan secara mendadak. Kejadian tersebut memaksa aku dan beberapa geng yang turut serta ke Mersing terpaksa pulang awal. Kesakitan yang aku alami memang tidak terkira sakitnya sehinggalah berlarutan hampir dua minggu untuk aku menanggung derita sakitnya.

Dalam tempuh tersebut, aku terlantar sakit, susah untuk bangun, berjalan dan yang paling parah adalah susah untuk menyuap apa-apa makanan. Hanya bergantung kepada ubat-ubatan sahaja. Untuk menjamah sesuap nasi pun aku tidak mampu untuk menghabiskannya.

Alhamdulillah setelah lama bersabar dan bertawakkal, akhirnya keadaan aku hampir pulih. Tanda-tanda positif seperti sudah boleh berjalan membuatkan aku berusaha untuk memulihkan lagi kesakitan yang aku hadapi. Namun begitu, masalah seperti kesakitan pada setiap urat masih ada lagi. Selera makan juga masih belum pulih.

Diharapkan keadaan aku ini akan beransur pulih 100%. Kini aku sudah boleh berjalan, memandu kereta, makan (tapi tidak boleh banyak) dan tidur yang nyenyak. Cuma hanya yang tinggal adalah kepenatan secara mendadak yang selalu aku hadapi. Ubatan dari doktor sudah habis dan kini aku sambung dengan makanan kesihatan tradisional seperti beberapa makjun dan herba.

p/s: pc aku ni pun baru je lepas reformat... ikut jejak tuan dia gak...

Rabu, 13 April 2011

Fobia dengan karen...

Assalamualaikum. Salam ceria.

Pada waktu ini aku berada di lab baru dan line internet yang baru saja masuk. Aku mengambil masa yang agak lama bersabar menunggu semua kemudahan ini diperolehi. Secara kasarnya, hampir semua kemudahan telah berjaya diperolehi dan dilengkapi. Namun masih ada lagi yang belum mencukupi sehingga dana baru diperolehi.

Untuk tunggu dana memerlukan masa juga. Masa lama atau pun sekejap itu bergantung kepada beberapa faktor. Jadi aku akan teruskan bersabar dengan tawadoqnya. Bukan sabar duduk diam tapi sabar selepas melakukan usaha (kira tawakkal la tuh...). Jangan salah anggap pulak.

Kalau dibaca pada tajuk di atas memang pelik sebab aku sememangnya fobia dengan karen atau elektrik. Tak kiralah elektrik kecil atau besar. Bagi aku sama aje. Pengalaman aku yang lalu-lalu menjadikan aku berfobia. Sehinggakan kalau aku nak buat test projek, macam-macam aksi yang terjadi. Berlarilah, melompatlah, menyoroklah, bergulinglah (lab baru sekarang ni lebih luas untuk melakukan semua aksi ni...) dan macam-macam lagi. Ini terjadi sebab beberapa faktor seperti projek akan meletup (seperti sebelum ini), projek akan mengeluarkan asap (seperti sebelum ini), projek akan jadi lain tidak seperti yang sepatutnya dan bermacam-macam lagi. Kalau aku cerita semua ini mungkin kurang kesannya melainkan kalau korang sendiri tengok kejadian yang sebenarnya.

Tambahan pula pada sekarang ini aku menjalankan R&D berkaitan dengan Green Technology untuk beberapa projek pembangunan dan geran kerajaan. Ini bermakna ianya bersangkutan dengan tenaga dan kuasa. Jadi, makin bertambah aksilah yang akan terjadi. Dalam minggu ini saja sudah beberapa aksi yang aku lakukan. Cuma gambar dan video saja yang tidak dapat direkodkan. Insyaallah atas bantuan pembantu lab aku nanti akan dibuat rekod melalui video atau gambar imej.

Kini untuk penghasilan produk aku serahkan 80% kepada pembantu aku. Manakala selebihnya aku bantu dan aku banyak memberi tumpuan kepada R&D. Kini projek free energy untuk personal device hampir berjaya dan sistem reverse techology untuk solar energy system sudah 50% bergerak. Manakala untuk sistem miniture energy sistem generator masih belum bermula lagi sebab kugasan yang lain masih dalam progress.

R&D hydrogen generator yang aku jalani sebelum ini pun sudah selesai tetapi aku belum buat keputusan lagi kepada controller yang aku hasilkan. Apa yang terjadi berlaku hakisan ekstream kepada elektrod cell yang membimbangkan.

Rabu, 16 Mac 2011

Alhamdulillah, selamat kembali lagi Insyaallah.

Assalamualaikum. Salam hormat dan selamat bertemu kembali di blog ini. Pertama sekali aku ingin ucap beribu-ribu kemaafan kerana sudah sekian lama aku tidak update dan upgrade blog ini dan beberapa blog lain lagi. Masalah kesibukan menjadi faktor utama aku tidak dapat memberi komitmen yang penuh terhadap perkara ini.

Namun jika pun adanya masa, bukanlah perkara mudah untuk aku sesuka hati mengemaskini blog-blog dengan kata-kata yang mungkin lahir dari perasaan yang tidak keruan terhadap kesibukan kerja. Topik perbincangan dan tajuk cerita bukan menjadi satu masalah. Kalau diikutkan terlalu banyak tajuk cerita yang boleh aku terbitkan.

Sejak sekian lama peninggalan aku ini, banyak sesuatu perkara, kejadian dan hal telah berlaku. Semuanya terjadi dan berlaku sehinggakan memberi pelbagai impak terhadap kehidupan seharian kita. Bagi kita yang prihati mungkin boleh menerima semua ini dangan hati yang terbuka. paling penting adalah menerimanya dengan positif. Ini kerana dengan kekuatan positif ianya akan membawa kita ke arah yang positif juga. Apa yang kita fikir akan menjadi niat. Dengan adanya niat, perlaksaan minda akan berlaku.

Ketiadaan aku sebelum ini sebenarnya memberikan banyak kesan terhadap perancangan dan juga orang sekeliling. Kini aku baru saja berpindah tempat kerja yang lebih selesa dan besar, Insyaallah. Ramai yang tidak ketahui untuk aku ke tempat baru memerlukan masa yang agak lama. Di situ aku diuji dengan kesabaran. Janji Allah adalah benar. Terdapat kemanisan di dalam kepahitan dalam bersabar. Bersabar untuk sesuatu perkara serta yakin akan pertolongan Allah, ia memberikan kesan yang amat manis.

Dengan adanya tempat baru ini, secara automatik alamat syarikat juga bertukar. Manakala seluruh pengurusan seperti MyEnik, Produkreatif dan yang berkaitan dengan penghasilan produk, berada di tempat yang sama. Jadi tidak perlulah untuk aku timbulkan tempat-tempat baru yang lain dan aku tak perlulah untuk ke sana dan ke sini pada satu-satu masa.

Walau pun sudah berpindah tempat, tapi masih belum beroperasi sepenuhnya. Ini kerana banyak kelengkapan  di tempat kerja yang masih belum lengkap sepenuhnya. Manakala alatan kerja yang lama dibawa kesemuanya dari lab lama ke lab yang yang baru. Keadaan masih berselerak dan tidak tersusun. Barang-barang masih lagi diselerakkan untuk dibuat pengasingan untuk dimasukkan ke dalam peti simpanan yang masih belum ditempah lagi. Apa pun, kesemua kekurangan dan masalah untuk tempat baru ini telah dibincangkan semasa meeting pengurusan baru-baru ini.

Kini aku telah tinggalkan kerja-kerja lab untuk sementara waktu. Walaupun senarai kerja untuk R&D sudah pun dibentangkan menanti tindakan dan arahan selanjutnya dari aku. Pembantu aku pula hanya dapat membuat kerja kecil-kecil seperti mengemas barang dan spare part untuk lab dan kerja R&D akan datang. Memang sayang sekali kalau difikirkan aku meninggalkan kerja R&D ini. Tapi ada sebabnya aku berbuat demikian kerana memberi tumpuan kepada persediaan kertas kerja yang bertimpa-timpa. Sedangkan tempoh yang diberikan untuk aku siapkan adalah seminggu saja. Untuk membuat kertas kerja bukan mudah kerana ianya memerlukan fakta yang betul dan tepat. Dan yang paling penting sekali adalah menarik.

Jadi, aku amat kurang berada di lab untuk beberapa minggu ini. Tetapi pembantu aku setia berada di lab setiap hari untuk melakukan tugas-tugas kecil sementara menantikan aku kembali semula. Setelah semua kerja dokumen siap sepenuhnya, aku kembali semula untuk menyambung kembali kerja R&D dan juga menyambung kembali bahagian produksi.

Insyaallah, setelah siap sepenuhnya berada di tempat baru, banyak perkara yang akan mengalami perubahan besar terutama sekali kepada laman web, blog dan emel. Manakala talian telefon juga mungkin akan berubah. Perubahan ini diselaraskan dengan perubahan alamat tempat baru dan pembantu aku akan bertanggungjawab dengan tugasan ini termasuk menjawab panggilan telefon, sms dan juga emel dari para pelanggan. Bagi aku pada waktu sekarang ini aku tidak dapat melayani segala panggilan dan pertanyaan kerana sibuk memberi tumpuan kepada tugasan yang kritikal yang perlu disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Atas kesibukan ini, banyak perancangan dan perjanjian ditangguh. Antaranya seperti kerja-kerja di lab di Damansara dan di Seremban yang terpaksa ditangguhkan untuk sementara waktu. Manakala perancangan untuk xpdc ke Gua Senyum juga ditangguhkan juga. Dan begitu juga xpdc ke Gunung Tok Wan ditangguhkan kepada waktu dan hari lain. Kesemua xpdc ini bertujuan untuk membuat research mengenai beberapa alat baru untuk diuji dan diambil maklumat mengenainya.

Oleh itu, pada masa ini, dalam keadaan ini, ramai yang tertanya-tanya seolah-olah aku hilang atau pun macam tak buat apa-apa. Memang susah nak yakinkan orang dan bukan senang nak kawal seribu orang dalam satu masa dan bukan mudah nak ingat orang (kena pulak ada 10 orang nama yang sama). Jadi seperti biasa lah... apa yang boleh buat adalah bersabar. Nasihat untuk aku dan kawan-kawan adalah mengharapkan sesuatu hanya dari Allah dan bukan dari manusia kerana kita hanya berusaha untuk merancang dan Allah yang menentukan keputusanNya. Jika kita mengharapkan kepada manusia dan manusia itu tidak dapat memenuhi kehendak kita, kita akan kecewa. Jika kita meletakkan Allah sebagai pengharapan, apa saja keputusan, kita akan redha dan hati akan tenang. Sesungguhnya janji Allah adalah benar.

Rabu, 12 Januari 2011

Tahun 2011 yang mencabar...

Assalamualaikum. Salam ceria kepada semua.

Sudah masuk tahun baru 2011 ini banyak kenangan 2010 yang rasanya perlu dilupakan. Tinggalkan yang lama dan hadapi yang baru pula. Malas nak cerita kenangan yang lalu. Biarlah dijadikan pengalaman untuk panduan menghadapi kehidupan seterusnya.

Cuma pada tahun ini aku tak nak komen apa-apa. Tak nak maki memaki orang (sebelum ni pun tak pernah buat pun). Apa yang penting aku ikut cara aku. Dan yang paling utama adalah ingat Allah selalu. Kalau ada masalah, ada kesulitan, minta panduan, minta saja kepada Allah. Insyaallah akan perolehi pertolongan. Tempoh ujikaji aku pada tahun 2010 sudah tamat. Pada tahun 2011 ini masanya untuk menuai hasil. Biarlah sebelum ini orang kata bukan-bukan pada aku dan kerja aku. Biarlah dahulunya aku rasa tak senang duduk, jantung bagai disentap, hati bagai dibakar, kepala bagai ditekan. Alhamdulillah, apabila mengadu kepada Allah, insyaallah boleh dapat jaminan.

Tapi bukanlah bermakna tahun 2011 ini aku relax je oleh sebab masa untuk menuai. Oh tidak! Hidup di dunia ini bukan tempatnya untuk bersuka ria, berseronok sakan, relax serta lepak. Tidak sama sekali. Walaupun kita ada tanggungjawab kepada keluarga, kepada orang sekeliling, pada kerja dan sebagainya, tidak bermakna kita melupakan tanggungjawab akhirat. Biarlah kita makan sebanyak mana pun di dunia ini, tapi lupa untuk santapan rohani pula. Maka berlakulah kepincangan.

Aku bukan seorang yang pandai dalam bab-bab keagamaan. Tapi aku wajib tahu dan perlu resah apabila isu agama disentuh. Dan aku juga bukan seorang yang lengkap dan sempurna. Semua orang tahu dan mengaku. Malah tidak perlu untuk aku sentuh sepatutnya. Tapi aku terpanggil juga untuk diluahkan. Terutama sekali bagi isu solat wajib 5 waktu. Solat lah apabila tiba waktunya. Jangan ambil ringan isu solat ini. Sedih lihat kawan-kawan tidak jaga solat 5 waktu dan ambil ringan. Kalau solat pun hari jumaat je. Lagi sedih apabila diajak solat tapi tidak mahu ikut. Kenapa? Tak takut ke azab Allah? Jangan pertikai sikap dan perangai seseorang  dengan membandingkan dengan solat. Jangan pertikai orang yang tidak solat itu ada yang lebih baik perangai berbanding yang jaga solat 5 waktu. Itu masalah orang tersebut, cuma kita kena jaga solat. Itu je.

Seperkara lagi, mengenai kerja dan tugasan harian kita. Niatlah kerana Allah, ingatlah Allah dan jika ada masalah, mengadulah kepada Allah. Minta ampun kepadaNya, berdoa dan pintalah apa saja. Dan jangan putus harapan serta menyalahkan takdir. Sedih lihat kawan-kawan yang mengadu hidup susah dan buntu dengan hidup sebab masalah kewangan. Ada yang geram dan marah dengan diri sendiri dengan apa yang telah menimpanya. Susah untuk saya katakan jika setiap hari kita tidak jaga solat, tidak ingat Allah. Jika kita tidak solat, bagaimana untuk kita mengadu masalah? Susah juga jika kita memberi nasihat tapi tak mahu mendengarnya selain dari memberi 1000 alasan.

Bagi aku yang paling cantik sekali hidup ini adalah berkerja dengan tekun hanya kerana Allah, berusaha dengan bertawakkal, menjaga solat 5 waktu dan setiasa mengingati Allah setiap masa, perbuatan dan apa saja. Tidak merungut-rungut dan memaki hamun. Selalu bersabar jika diri ditimpa musibah dan dipuji. Tidak marah (melainkan untuk agama). Dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

Tahu tak? Apa yang paling dekat dengan kita? Bukan isteri atau suami. Bukan kawan-kawan. Bukan anak-anak kita dan bukan ahli keluarga kita. Yang paling dekat dengan kita adalah 'mati'. So, kengkawan semua, jom kita solat dan kembali kepada iman!