Translate

Khamis, 25 Disember 2008

Mula buat perubahan

Sepatutnya perubahan sudah lama dibuat. Bukannya baru sekarang ini nak bertindak. Tapi apakan daya sebab aku mampu merancang dan hanya Allah yang tentukan. Apa pun aku berusaha untuk merubah segalanya. Kemudian aku bertawakkal saja.

Kini aku sudah mula untuk membuat perubahan dari pelbagai sudut terutama sekali pada perancangan perniagaan. Cadangan aku untuk bekerja dan berkhidmat untuk oranga lain mungkin terpaksa ditangguhkan. Atau dihentikan. Bro Jimi pun sudah mula nak sibukkan diri untuk mencari pembiaya untuk projek aku dan dia dan Shahrul nanti. Projek besar-besaran. Harap pulangannya nanti menjadi jutaan. Insyaallah. Bak kata Bro Jimi, jika kita tak cuba pasti kita tak tau. Biar jatuh ke atau tersungkur sekali pun. Yang penting kita ada usaha.

Bila sentuh bab usaha ini bukanlah seperti menadah diri untuk jatuh tersungkur dengan sengaja. Aku bercerita yang melibatkan usaha disertakan dengan perancangan yang betul. Dulu lagi aku pernah buat semua ini dan hasilnya sangat teruk. Sebabnya adalah perancangan yang tak sempurna. Bila tindakan dibuat banyak benda yang tertingga dan tidak dibuat.

Sekarang ni pun aku sudah mula untuk ubah blog yang aku ada dan termasuk sekali web site yang aku manage. Perubahan dibuat pun untuk menaikkan lagi mutu persembahan dan isi yang mantap. Kini kerja aku pun bukan aku sorang je. Kini pembantu aku Shahrul dan Bro Jimi sebagai orang kuat dan berpengalaman dalam bidang business.

Aku orang seni. Cuma tak pandai dalam bidang perniagaan. Itu dulu. Kini aku tak boleh kata camtu sebab sudah bertahun-tahun pengalaman aku dalam bidang internet marketing ni. So ilmu tu ada dan pengalaman merasai kepahitan tu dah banyak kali. Cuma aku tak boleh pandang belakang balik. Hala tuju aku ke depan saja.

Berbalik pada perubahan blog ini, aku buat slow-slow sebab banyak kerja dan hal-hal yang pada masa yang sama aku kena buat juga. Nak bahagi tugas pun belum masanya lagi. Satu persatu. Termasuklah juga perancangan untuk membuat sistem affiliate sendiri dan aku ingin meminta bantuan pakar dalam bidang tersebut.

Isnin, 22 Disember 2008

Selamat Datang 2009, Bye bye 2009

Tahun 2009 akan datang tidak lama lagi. Mankala 2008 akan blah begitu saja sambil membawa kenangan-kenangan pahit dan manis. Bagi aku yang dah berlalu tetap akan berlalu. Tugas seterusnya membuka buku baru dan perancangan baru. Bagi aku tahun 2008 ini banyak kenangan suka dan dukanya. Susah nak dilupakan dan digambarkan dengan perkataan. Apa yang berlaku aku ambil sebagai kenangan dan pengalaman untuk mematangkan lagi diri aku ni. Masih banyak lagi kelemahan yang perlu aku selindungkan dan perbanyakkan kebaikan dalam diri.

Untuk perancangan tahun 2009 ni banyak benda yang aku akan buat perubahan dari segi perancang perniagaan. Kini aku panggil balik aku punya partner iaitu Shahrul. Kini dia masih bekerja dan aku akan panggil semula untuk mentadbir perniagaan aku bersama dia dahulu yang kini seolah-olah hidup segan mati tak mahu. Apa yang aku lakukan adalah mengadakan meeting dari pelbagai sudut untuk menaikkan semula MyEnik dan beberapa projek yang sudah sekian lama tersadai. Aku memandang pada sudut management. Aku beri keyakinan pada Shahrul untuk membawa MyEnik dengan lebih baik lagi. Jadi apa tugas aku pula. Aku masih lagi dalam MyEnik tapi sebagai penasihat dan pembantu untuk kes-kes tertentu. Ini kerana aku berada ditempat lain bermula 2009 nanti.

Biar pun aku berada di tempat lain yang dirahsiakan, tapi perjalanan bisnes perlu diteruskan. memandangkan banyak produk yang akan dikeluarkan untuk tahun baru nanti, semuanya akan diuruskan oleh Shahrul yang mempunyai kepakaran dalam bidang bisnes dan internet. Namun tumpuan target adalah satu saja iaitu membina empayar yang besar dan lebih luas lagi. Tidak lupa kepada Bro Jimi yang akan terut serta dalam misi baru ini. Segala kepakaran Bro Jimi akan diperlukan untuk memantapkan lagi empayar perniagaan aku dan partner.

Sebenarnya aku dah lama fikir panjang sampaikan fikiran menjadi tersasar dan terus terbabas. Banyak juga kesilapan yang sudah aku lakukan sehingga menjadi satu benda yang susah nak diperbetulkan lagi. Namun aku fikir hidup di dunia yang fana ini dugaannya amat sedikit berbanding di akhirat kelak, jadi tiada guna aku berputus harapan. Apa yang perlu aku ada adalah kesabaran yang tinggi dan sekuat yang boleh. Walaupun dugaannya sedikit tetapi kesannya sangat besar dan mendalam. Ada kalanya aku sendiri susah nak tanggungnya dan sangat memeritkan. Demi Allah aku bersabar dan berusaha juga.

Aku juga tidak boleh menyangka apakah tahun 2009 ini akan merubah segalanya kepada lebih baik dan sempurna? Aku akan berusaha juga sedaya upaya aku dan sebijak yang termampu. Jika aku tidak bijak mengatur perancangan, akibatkan ia akan memakan diri aku sendiri seperti sebelum ini yang pernah terjadi kepada aku. Aku ambil sebagai iktibar dan peringatan untuk masa akan datang bagi aku lebih berhati-hati lagi. Aku akan cuba pecahkan semula perkara yang membelenggu diri aku selama ini. Jika dilihat pada sejarah kehidupan aku 10 tahun dulu sangat berbeza dari segi pemikiran dan tindakan berbanding pada hari ini. Sangat berbeza sehinggakan aku pun sedar yang aku kini berada diluar kawalan diri aku sendiri. 10 tahun dulu aku berjaya memecahkan belenggu dalam diri aku sendiri. Tapi kini aku telah dimasukkan semula.

Itu cerita lama dan tidak perlu aku ingatkan lagi. Jalan kehadapan dan jangan memandangan-mandang ke belakang lagi. Kini aku hendak tutup buku 2008 dengan lebih awal lagi sebelum 2009 muncul. Hasrat aku untuk membina empayar perniagaan yang lebih luas dan besar serta pada masa yang sama dapat merubah segala-galanya dengan lebih baik. Aku sangat berterima kasih yang amat sangat dengan isteri aku yang banyak berkorban dan membantu aku yang banyak kali jatuh dan naik. Semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal dengan bantuan yang diberikan selama ini. Aku juga tak akan pernah lupa akan pengorbanannya selama beberapa tahun sebelum ini.

Selain dari usaha yang berterusan, aku juga sentiasa berdoa kepada Allah supaya memberi taufik hidayah dan keberkatan dalam usaha yang aku lakukan. Jadi selepas ini jangan fikir pula aku tiada lagi di blog ini. Aku masih ada dan akan terus dalam blog ini untuk memberi sesuatu yang labih baik kepada semua orang yang membacanya. Terima kasih kepada yang memberi komen dan sebagainya. Tidak perlu memuji, sebab aku tidak selesa jika orang memuji aku atau kepandaian aku. Takut timbul perasaan riak dan sombong pulak. Kalau teguran atau pandangan tu takpe. Aku lebih suka tu walaupun rasa tak selesa.

Pada 2009 ini Insyaallah jika Allah izinkan, aku akan buat kerja kebajikan melalui web site MyEnik dan beberapa web site lain lagi yang ada. Termasuklah blog ini. Kebajikan yang macam mana tu? Ala macam memberi info percuma yang mudah orang cari dan yang perlu orang ketahui. Selain itu memberi banyak maklumat percuma termasuk la e-book percuma yang sesuai untuk semua orang. Aku akan lakukan setakat yang termampu bagi diri aku dan perkara ini aku sudah bincangkan dengan Shahrul iaitu partner aku. Dengan adanya usaha ini, Insyaallah sejuk la hati aku sebab dapat menggembirakan hati orang. Kalau dulunya selalu melukakan hati orang, selepas ini Insyaallah tidak lagi.

Oklah dah panjang ini. Dalam blog mana boleh cerita panjang-panjang. Tapu takpe sebab ini satu je. Selepas ini pendek dan ringkas je.

p/s: banyak berfikir boleh jadi perut lapar...

Jumaat, 19 Disember 2008

Banyak benda yang rosak

Aduuuhhh... sekarang ni banyak betul benda yang rosak. Kamera digital aku rosak. Handphone aku ada patah sikit. Motor aku pun rosak. Barang yang aku baru buat pun rosak juga. Tapi bukan la rosak namanya kalau tak berfungsi dengan betul. Kira boleh dikatakan rosak juga la.

Baru-baru ni aku ada buat beberapa sample untuk produk baru yang boleh dipasarkan. Tapi bagi aku masih belum boleh dipasarkan sebab proses terakhir masih belum sempurna. Apa benda proses terakhir tu? Proses terakhir adalah guna dan uji ketahanannya. Untuk proses tu maknanya aku kena guna sendiri atau bagi kat sesiapa yang aku nak untuk buat test. Jika ujian lulus maknanya produk tu yakin boleh dipasarkan.

Tapi aku masih tercari-cari sapa yang layak untuk uji produk aku ni. Paling tidak pun dalam 10 orang je. Kemudian dapatkan maklum balas mengenai produk yang telah digunakan. 10 produk yang nak ditest tu akan diberikan percuma kepada 10 orang yang terpilih. Maknanya aku kena buat pemilihan 10 orang tersebut kecuali aku sendiri. Kalau campur aku jadi la 11 orang. Jika produk tu lulus untuk jangka masa tertentu dan mengikut level yang benarkan, 10 orang tu boleh la ambil terus produk tu dengan percuma. Janji diorang promote la produk aku pada orang lain pula.

Kini aku dah panggil balik partner aku atau pembantu aku yang sememangnya sangat bagus. Setelah aku merancang untuk kembali ke arena perniagaan yang dirancang, mungkin aku akan lepaskan beberapa jawatan penting kepada Shahrul iaitu partner aku. Mungkin dia akan menjadi bos untuk beberapa bahagian yang selama ini aku menjawatnya. Manakala aku pula ada misi lain yang telah dirancang secara serius.

Selama ini aku banyak kali mengalami kegagalan dari segi perancangan dan perlaksanaan. Aku akui kesilapan itu sebab hampir 100% aku menjawat tugasan yang ada tanpa meminta bantuan orang lain seperti partner aku. Kini aku panggil partner aku balik dan bekerja bersama-sama walaupun tidak pada tempat yang sama. Maknanya ada perpecahan dari segi tempat kerja dan akan bersama jika ada meeting dan perlaksanaan projek. Semua ini sudah dirancang dengan teratur. Harap misi ini akan berjaya.

Hasrat untuk membina empayar perniagaan yang besar masih dalam usaha-usaha. Aku, Shahrul dan Bro Jimi walaupun suka buat lawak kalau berjumpa dan meeting, tapi tujuan dan hasrat masih kuat untuk membina empayar perniagaan yang besar. Tapi untuk permulaan ia bermula dari kecil-kecil. Untuk dana dan modal itu terkandung dalam senarai perancangan. Perkara tersebut bukannya baru hendak dirancang tapi sudah bertahun-tahun merancang dan cuma belum dapat rentaknya lagi. Sampaikan Bro Jimi pun dah tua dah. Anak pun dah tunggu orang nak pinang je.

Berbalik kepada barang yang rosak seperti tajuk di atas, ia adalah benar. Tapi untuk perenggan mula-mula je. Lepas tu dah melalut dengan cerita perancangan aku dan partner. Apa pun aku dan partner sedang berusaha dan mengharapkan bantuan dari pihak kerajaan mengenai produk besar kami. Korang pulak jangan asyik baca je blog aku ni. Paling tidak pun berilah sikit dana ke atau buat la pelaburan sikit walaupun aku belum offer lagi untuk para pelabur nanti.

Jumaat, 12 Disember 2008

Jaga kesihatan banyak cara

Pada kali ini aku nak sentuh sikit pasal kesihatan. Tapi jangan la korang fikir aku ni orang yang paling sihat dan menjaga kesihatan sepenuhnya. Aku macam orang lain jugak. Ada kalanya terlepas pandang dari segi menjaga kesihatan ini. Lebih-lebih lagi mengawal pemakanan. Kalau sentuh bab makan ni aku memang suka. Suka makan. Tapi tak la sekerap mana pun. Ada masa aku takde selera makan.

Bila cakap pasal makan ia terlibat sekali dengan hal kesihatan badan. Makanan yang baik akan menjamin kesihatan yang baik juga. Tapi ada kalanya makanan juga boleh membawa musibah buruk. Jika ianya dimakan secara tidak terkawal dan berlebihan. Raya haji baru-baru ini seumpamanya sebagai contoh yang mana aku dijamu dengan hidangan daging-daging korban. Sedap tu memang sedap tapi kalau makan berlebihan akan mengundang padah kepada aku. Bila makan daging banyak-banyak boleh menyebabkan kepala aku pening dan rasa nak pitam. Darah tinggi la tu.


Jangan tanya aku ada darah tinggi ke tak?! Apa pun memang aku ada sikit-sikit darah tinggi tu. Ala... penyakit keturunan. Banyak faktor juga yang mengundang darah tinggi tu. Faktor pemakanan dan satu lagi faktor kerja atau tekanan persekitaran. Memang semua ni aku kurang jaga sikit sejak baru-baru ni. Dulu masa zaman bujang dulu aku tak macam ni. Lebih utamakan kesihatan. Aku pun tak tau sebab apa. Penat dah nak fikir.

Banyak berfikir juga pun boleh jadi darah tinggi juga. Lagi pun kerja aku sekarang ni pun banyak berfikir. Jadi kalau kerja banyak berfikir, makanan pun kena jaga sebab nak cover balik tenaga otak yang telah digunakan. Selepas kerap berfikir, kepala otak akan lemah dan penat. Satu lagi kalau korang pun sama cam aku jugak... apa yang penting jangan tidur lewat malam. Tidurlah dengan secukupnya dan jangan kurang tidur. Kalau kurang tidur ia boleh melemahkan kepala otak dan yang paling utama sekali adalah mengganggu kesihatan jantung. Bila tidur tak cukup sekarapnya, jantung boleh jadi sakit. Samalah kesnya macam aku.

Sebelum ni pun aku ada cerita mengenai masalah tersebut dan tak perlulah aku cerita banyak kali. Cukuplah kalau aku nasihatkan supaya dapatkan tidur yang cukup. Kalau ada macam-macam petua, ikutlah. Tidak kisahlah apa petua pun janji korang ok. Bagi aku kalau rasa pening atau tengkuk rasa kaku, aku ada cara tersendiri nak bagi kurangkan masalah tu. Apa pun psikologi memainkan peranan.

Pengalaman Guna Bio Aura

Sejak isteri aku jadi ahli untuk produk Bio Aura ni, aku ambil kesempatan untuk guna produk ini 100%. Apa guna kalau beli mahal-mahal tapi tak guna untuk sendiri. Lagi pun ramai orang kata ianya sangat manfaat jika digunakan selalu. Maklumlah aku ni banyak penyakit yang sedar dan yang tidak aku sedar. Kalau nak dilihat pada zahir aku memang orang akan kata aku ni tak berpenyakit sebab susuk tubuh badan yang sederhana. Cuma perut je nampak boroi kedepan. itu cerita dulu sebelum aku guna Bio Aura ni.

Bukan niat nak promote supaya orang percaya cakap aku dan terus beli produk ni. Kuasa membeli atas tangan anda. Bukan nak memaksa. Isteri aku beli ni pun bukan kena paksa tapi atas sebab kebaikan yang terdapat pada Bio Aura. Lagi pun dalam tv pun dah mula cerita pasal Bio Aura ni. Rasa macam tak aci la kalau aku tak berkongsi pasal Bio Aura ni.

Sebelum ini pun aku pernah guna penapis air tapi yang jenis biasa-biasa je yang guna 2 level penapis. Sebab aku guna kerana kualiti air kat rumah lama aku tak berapa bagus. Keruh je. Lepas guna penapis biasa tu warna air yang keluar memang jernih tapi still tak boleh minum terus dan perlu masak
 dulu sebelum minum. Tapi dengan Bio Aura ni lain. Selain dari menjernihkan air ianya boleh terus minum tanpa perlu masak. Nak guna untuk masak pun boleh. Kalau isteri aku memang suruh masak dulu sebab dah biasa dengan cara lama. tapi aku tak, aku terus minum je walaupun rasa kekok mula-mula nak mula minum air yang keluara dari kepala paip. Lama-lama dah jadi biasa dah.

Kenapa aku nak cerita pasal minum air ni. Banyak faktor dan cerita yang aku nak kongsi bersama walaupun aku guna produk ni tak la lama sangat tapi kesannya boleh aku rasainya. Aku ada masalah pada tekanan darah aku. Sama ada tekanan darah tinggi atau pun darah rendah. Pada masa yang sama aku rasa degupan jantung aku memang tak berapa betul dan seterusnya aku rasa stress yang amat 
sangat. Pada asalnya aku memang selalu stress dengan kerja dan macam-macam hal. Selain dari amalkan zikir setiap hari, aku guna Bio Aura sebagai minuman kesihatan.

Pada permulaan mencuba air ini kesannya memang sangat terasa. Yang paling ngeri adalah rasa macam tak nak minum lagi air ni. Perasaan takut mula terasa sebab aku rasa makin pening dan hampir-hampir nak tumbang. Pada masa tu angin dari perut keluar dari pelbagai arah sehinggalah aku muntah kerana angin yang banyak dari perut. Badan aku rasa sangat lemah dan takut untuk m
akan makanan seperti nasi dan daging. Sebabnya setiap kali lepas aku makan nasi atau makanan yang berat-berat, kepala aku pening dan rasa macam nak tumbang. Walaupun masih takut dengan air dari Bio Aura ni, aku masih minum juga gelas demi gelas setiap hari dan masalah yang sama berlaku lagi.

Pendekkan cerita, setelah lama melalui pengalaman ngeri (bagi aku), keadaan aku yang bermasalah semakin berkurangan. Dan aku masih amalkan lagi meminum minuman dari penapis Bio Aura ini. Alhamdulillah badan aku rasa segar dan rasa macam nak pitam tu pun sudah tidak selalu macam dulu. Namun pun begitu aku masih mengamalnya lagi walaupun penyakit aku ni sembuh. Sebabnya, ianya air yang bertenaga sehinggakan aku pernah mandi dengan air Bio Aura ini yang aku tadah dalam baldi. Memang tak pernah pula aku dengar orang mandi dengan air ni, tapi aku cuba untuk diri aku. Adakalanya buat basuh mula setai pagi dan petang.

Begitu halnya untuk anak kedua aku yang me
mpunyai masalah kulit atau ekzima sejak dari permulaan dia dilahirkan. Kini umur dia sudah lebih setahun. Keadaan kulit pipinya sentiasa merah dan mengerikan kalau orang lain tengok. Kaki suami isteri dah biasa dah. Kalau keluar rumah, orang akan melihat keadaan pipi anak aku seperti keadaan yang pelik. Seolah olah kami pula yang menderanya. Penyakit ekzima ni berpunca dari banyak faktor. Tapi doktor kata punca sebenarnya jika keturunan ada sakit lelah. Ya... memang aku ada lelah. Tapi dulu, sekarang dah ok. Sekarang ni dah turun pada anak kedua aku. Ubat tiada melainkan krim pelembap dan adalah ubat makan dari doktor. Doktor sudah ramai yang kami bawa jumpa termasuklah beberapa doktor pakar kanak-kanak dan kulit. Jawapannya masih sama. Dukun dan berubat kampung juga sudah cuba banyak tempat. Sampaikan ada
 seorang dukun sudah pun meninggal dunia selepas minta ubat untuk sakit kulit anak aku ni.

Selepas jumpa beberapa doktor dan beri bermacam-macam ubat, keadaan kulit anak aku ni semakin kurang dan ada nampak macam dah nak elok. Pada masa yang sama aku selalu juga masuhkan kulit yang bermasalah dengan air Bio Aura ni setiap hari. Kedua-dua anak ak
u ni mak dan ayah aku jaga setiap hari. Maka setiap harilah aku hantar kedua-duanya ke rumah atuknya di Jln Cheras. Rumah mak ayah aku pun ada juga penapis Bio Aura dan mereka selalu guna air ini untuk basuh kulit muka anak aku ini setiap hari. Alhamdulillah ada nampak kesannya. G
atal-gatal pada badan pun sudah tiada lagi.

Bila aku tanya pada mak ayah aku selepas diorang guna Bio Aura ni, diorang cerita mula-mula guna memang ada masah
 sikit pada badan seperti aingin yang banyak keluar dan rasa perut yang tidak selesa. Tapi itu sementara, selepas itu ok dan aku tengok mak ayah aku dah bertenaga dan tidak lagi selalu komplen sakit-sakit badan dan sendi.

Aku bukan nak agung-agungkan Bio Aura ni. Nanti dah jadi syirik pula sebab menganggap air dari Bio Aura ni punca dari penyembuhan penyakit. Tidak. Benda ini adalah asbab saja. Sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit dan pada masa yang sama menyihatkan badan. Bila badan sihat dari penyakit, bolehlah beribadah dengan tenang. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa aku sekeluarga. Wallahualam.

Jumaat, 5 Disember 2008

Guna Kuasa Minda: Nampak Imej Misteri

Guna minda dan kemahiran mata. Kalau nak ikutkan hal-hal motivasi ni aku dah lama dah tinggalkan bidang tersebut masa kat sekolah dulu. Walaupun aku presiden, tapi macam tak jadi presiden pun. Ini gara-gara undi dan sokong membabi buta la ni. Last-last aku yang malang ni yang kena. Tolong jangan amalkan lagi cara tersebut. Rosak negara nanti.

Pengalaman aku masa jadi ala-ala konselor tak banyak membantu pun. Tapi masih ada kalanya boleh membantu diri sendiri juga. Kalau tak digunakan selalu, lama-lama jadi lupa pulak. Dan aku memang minat dengan benda-benda macam tu. Lebih lebih lagi kalau yang melibatkan menguji IQ. Walaupun IQ aku tak la bagus mana pun, paling tidak pun EQ aku bagus la. Kalau main games pula suka yang menguji IQ.

Cuba korang tengok pada gambar ni. Cuba klik untuk besarkan. (jangan klik dulu, baca arah selanjutnya dulu lepas tu baru klik gambar). Pada gambar itu kelihatan corak-corak dan warna-warna. Tapikan kalau korang terror, sebenarnya ada imej apa sebenarnya? Korang perhatikan gambar tersebut, carilah kat mana-mana bahagian pun, nanti korang akan jumpa satu imej misteri. Nampak imej tu, bagitau aku. Tapi aku tak la bagi hadiah. Aku bagi hand clap je.

Cerita disebalik gambar tu ada alkisahnya. Pada bulan pertama aku mula masuk kerja baru, memang takde kerja nak buat. Projek belum mula lagi. So duduk office mengadap la pc. Surf internet dan surfing la macam-macam web site. Kemudian member office aku dapat beberapa gambar seperti gambar tadi dan suruh aku cari imej yang tersembunyi. Caranya dengan merenung tajam pada gambar tersebut dan dengan kuasa minda, akan muncul imej tersebut. Aku guna teknik tersebut dan tidak sampai seminit aku berjaya mencari imej misteri tersebut. Hanya member aku tadi dan aku saje yang boleh nampak imej tersebut. Member office yang lain-lain tak nampak langsung. 'Tak nampak pun?' 'Nampak corak-corak dan warna warna adalah' 'Ko ni giler ke? Takde ape pun? Tipu ni'. Itulah rungutan mereka.

Apa pun korang pun boleh cuba. Dan aku ada banyak koleksi gambar-gambar macam ni. Yang bestnya kalau dah nampak imej misteri tu, mesti korang suka sebab imejnya 3D dan macam hologram. Ada yang imej, bentuk dan ada juga perkataan. Caranya tarik nafas, relaxkan minda. Tenung gambar sambil kosongkan fikiran. Insyaallah akan muncul imej misteri tu.

Rabu, 3 Disember 2008

Pengalaman Dulu Tiba Lagi

Sebenarnya aku dah lama serik dengan banyak benda-benda yang remeh temeh. Tapi semua tu memang dah selalu terkena pada diri aku sendiri. Setakat ini aku memang agak dan memang sibuk sangat dengan projek yang aku reka sendiri. Tak nampak sangat hasilnya sebab ianya berlaku dengan perlahan-lahan. Tapi satu perkara yang membuatkan aku serik dengan semua ini dan hampir-hampir aku putus harapan adalah masalah kesihatan. Puncanya sebab jadual yang tidak tersusun dengan sempurna. Ini menyebabkan aku banyak kali hampir jatuh sakit dan mengalami peredaran sistem badan yang tidak sempurna. Hasilnya amat menakutkan aku. Yang lebih menakutkan adalah kerana jantung hampir tidak berfungsi dengan betul.

Aku ada kalanya bagaikan sudah hampir kepada kematian. Tapi bukan semudah itu aku menyerah kepada keadaan. Semangat aku perlu untuk melawan perasaan yang membuatkan aku hampir-hampir menempah maut semata-mata ingin merealisasikan impian aku sebagai seorang perekacipta. Siang malam aku pulun mengejarkan sesuatu hasil dan itu yang aku gelarkan usaha. Jadi atau tidak itu adalah ketentuan Allah. Biar Dia yang tentukan dan aku hanya perlu usaha dan berdoa. Bukannya merungut atau menghitung nasib. Bukannya nasib aku sekarang ini baik atau pun mewah tetapi aku berserah dan aku pula asyik berusaha untuk kejayaan dan kepuasan. Keadaan sekeliling banyak sekali membuatkan aku rasa tidak selesa dan tekanan yang sangat mendesak. Aku hanya berserah dan disamping itu aku berusaha. Bukannya berdiam diri. Allah berikan masa 24 jam siang dan malam. Pandai-pandailah aku mengaturkan masa dan selalunya dipenuhi dengan perancangan. Namun tidak semua perancangan manusia akan berakhir dengan satu hasil yang baik. Yang buruk itulah akan dijadikan peringatan.

Sebelum ini dalam beberapa minggu dan hampir kepada bulan, tidur tidak menentu. Hampir selalu tidur lewat malam atau lewat pagi. Aku juga perlu ingat bahawa aku adalah manusia biasa. Maksud aku, aku perlu rehat yang cukup untuk hidup dan melakukan kerja setiap hari. Apa yang aku tahu tidur yang cukup adalah dalam anggaran 6 hingga 8 jam untuk seorang manusia seperti aku dan kita semua. Tapi aku tidur hanya 4 jam setiap hari. Hanya mengejarkan usaha yang aku sendiri tidak pasti bilakah akan tibanya kejayaan. Sorry... aku tidak pernah merungut dan bertanyakan bilakah kejayaan bagi aku. Sebab aku tahu kejayaan akan menjadi milik aku juga tapi tidak tahu bilanya. Biarlah Allah yang tentukan dan aku cuba merancang untuk berjaya secepat mungkin. Mungkin hari ini atau selewat-lewatnya esok pagi.

Disebabkan selalu tidur lewat dan kurangnya tidur, pergerakkan jantung aku tidak menentu. Adakalanya kencang dan ada masanya seperti sudah terhenti. Tubuh badan aku tidak stabil lagi. Nadi aku rasakan memang tidak menentu. Sekejap laju sekejap berhenti. Aku sudah mula panik. Apa dalam fikiran aku adalah perjalanan aku ke alam kubur. Dahi aku sudah mula berpeluh. Beberapa anggota badan aku sudah ada yang kebas kerana tiada darah mengalir lagi kerana jantung aku sudah lemah. Aku hampir rebah dan kali ini aku sudah fikir inilah harinya pengakhiran hidup aku. Aku akan tinggalkan orang yang aku sayangi dan segala-galanya. Aku rebah dan terduduk di atas tangga. Pada ketika itu aku sedang mendukung anak kecil aku yang turut sama rebah. Kemudian aku tersentap. Sentapan itu membuatkan aku terfikir sekali lagi. Dikala aku hampir-hampir tidak sedarkan diri, satu bisikan membisik ke telinga aku dan menyuruh aku bangun. Bangun! Bangun! Bangun!

Bisikan tersebut memberikan kata-kata semangat untuk tidak mudah jatuh dan rebah. Aku bangun selepas itu dan cuba sedaya-upaya aku. Walaupun jantung aku lemah dan badan aku benar-benar kebas, tapi aku bersemangat untuk bangun kerana bisikan tersebut. Benar! Aku bangun dan melompat seperti ingin keluar dari perasaan untuk jatuh tadi. Kini aku berdiri dan bergerak ke sana dan ke sini kerana diracun oleh bisikan tadi. Aku bersemangat. Aku tidak fikir lagi untuk menyerah kepada kematian. Aku tidak boleh mengalah begitu sahaja. Bukan semudah itu dan bukan begitu caranya untuk aku mati tanpa aku berbuat apa-apa yang boleh memberikan sumbangan kepada semua. Akhirnya aku tegap berdiri. Walaupun sebenarnya degupan jantung aku tidak sekata lagi.

Selepas kejadian yang memberikan kesan dalam hidup aku buat kali kedua ini, aku tidak lagi tidur lewat malam kecuali bangun tengah malam untuk solat malam sahaja. Jika ada kerja yang masih belum selesai, aku akan sambung untuk keesokkan harinya. Biarlah lewat siap kerja, asalkan kesihatan aku Allah jamin. Ada juga member aku yang selalu tidur lewat untuk buat kerja dan sebagainya tapi mereka akan tidur pada siangnya. Tidak seperti aku, pada siang hari memang aku tak akan tidur. Apa pun kalau aku tidur pada malam hari, aku tidur mati. Tidak boleh diganggu kerana jantung aku juga kan terganggu. Itulah hikmahnya Allah jadikan aku seperti itu dan berbeza dengan orang lain. Aku tidak pernah merungut dan mengeluh dengan ciptaanNya. Malah aku bersyukur.