Translate

Selasa, 21 November 2023

Teknik potong rumput

Masa muda remaja dulu kerja potong rumput ni memang dah menjadi kebiasaan aku. Lepas habis pengajian UTM, kerja yang mula-mula aku buat adalah kerja potong rumput.



Bukan buat kerja sendiri tapi kerja secara berkumpulan di bawah satu syarikat kontrak lanskap. Bukan tiada pilihan kerja tapi memang masa tu dah terjebak sebab syarikat sepupu dan kalangan pekerjanya pun dari orang kampung belah ayah aku. So tak kekok dan rasa seronok bekerja bersama. Masa tu pekerja Bangla, Indon atau Pakistan memang takde. Semuanya orang tempatan.

Kali pertama guna mesin potong rumput sandang ni memang agak kekok. Sebab tak biasa guna dan lagi pun kat rumah memang takde mesin sandang ni. Ada pun yang jenis tolak je.

Lama jugalah aku kerja potong rumput ni sampailah masanya aku dapat kerja lain yang berkaitan dengan bidang yang belajar dulu iaitu bidang elektronik. Walaupun dapat kerja baru, kerja potong rumput aku tak tinggal terus. Ada masa cuti hujung minggu aku buat kerja potong rumput secara sambilan dengan syarikat sepupu aku tu juga.

Tiada apa yang nak dimalukan dengan kerja potong rumput ni dulu. Walaupun aku ni jenis orang yang pemalu. Lagi pun masa kerja muka dan seluruh badan memang bertutup dan berbungkus. Dah macam ninja. Selain dari elak dari terkena batu dan sampah tutup muka juga boleh elak dari kulit terbakar sebab panas terik. Salin itu juga tak nak bagi orang nampak muka. Hehe...

Sekarang ni dah tua-tua pun masih potong rumput tapi bukan untuk cari duit lagi. Kalau balik kampung memang ada je aktiviti bersih laman rumah dan potong rumput. Guna dua jenis mesin iaitu mesin sandang dan mesin tolak.


Biasanya aku akan guna mesin tolak dulu dan kemudian masin sandang pula. Guna mesin tolak hasilnya rumput nampak sekata dan rumput yang dipotong dapat dikumpulkan dalam bekasnya terus. Kerja menyapu jadi kurang.

Mesin sandang pula guna untuk potong kawasan yang mesin tolak tak boleh lalu dan sempit. Selain itu boleh mengemaskan keadaan rumput yang tidak cantik.

Selepas selesai potong rumput, kemaskan kawasan yang dipotong dengan menyapu dan mengumpulkan rumput-rumput yang telah dipotong.

Rumput-rumput yang dikumpulkan boleh bakar atau dibungkus dengan plastik sampah dan diletakkan di satu tempat yang mudah untuk pekerja pembersihan ambil.

Nak tahu tak cara dan teknik betul menggunakan mesin potong rumput sandang? Insyaallah untuk post seterusnya nanti aku tunjukkan caranya.

Jumpa lagi.