Translate

Jumaat, 29 Julai 2016

Selepas 2 Bulan, Inilah Hasilnya...

Assalamualaikum. Salam ceria. Kali ini saya ingin sharing sedikit mengenai system aquaponic dengan solar energy system yang telah saya hasilkan dan dibina melewati 2 bulan lalu.

Tiada apa yang menarik perhatian jika rakan-rakan seorang yang biasa-biasa saja. Apa yang saya telah hasilkan ini memang nampak biasa saja. Setakat system akuaponik dan kemudian ditambah pula dengan system solar energy. Rata-rata orang akan katakan biasa-biasa saja. Ok, tak mengapa. Perkara kecil saja.

Jadi pada kali ini saya berhasrat untuk berduskasi mengenai system solar energy ini secara terperinci. Yang mana maklumat yang saya ceritakan ini mungkin boleh dijadikan sebagai rujukan panduan untuk yang memerlukannya. Hasil setelah dua bulan saya menguji system ini tidak mengecewakan. Ingat. Saya bukan nak menjual produk tapi sekadar menceritakan spec tentang system ini.

Secara asasnya untuk membina satu system solar power memerlukan beberapa perkakasan penting. Jika pergi ke mana-mana perkakasan atau aksessori ini adalah wajib dipasang dan ianya perlu ada. Antaranya adalah Solar panel, solar controller, power inverter dan bateri. Fungsi bagi perkakasan ini boleh saya terangkan begini secara ringkas.

Solar panel adalah satu perkakasan atau komponen yang berfungsi menerima tenaga dari pancaran cahaya matahari. Kemudian dari penerimaan cahaya itu, ia akan menukarkan kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang terhasil merupakan voltan DC atau pun arus terus. Voltan arus terus merupakan voltan seperti pada bateri dan tidak sama seperti voltan AC iaitu arus ulang-alik seperti karen pada soket dinding rumah. Kekuatan atau kuasa solar panel bergantung kepada nilai Watt. Untuk mudah, semakin besar solar panel itu, semakin tinggi nilai Watt. Nilai Watt yang tinggi berupaya untuk menghidupkan banyak alatan. Tapi perlu tahu, semakin tinggi nilai Watt, semakin tinggi pula nilai duitnya.

Selepas solar panel adalah solar controller. Fungsi alat ini mengawal dan mengatur voltan daripada solar panel. Jadi alat ini akan mengatur perjalan voltan dari solar panel untuk dihantar kepada bateri atau pun terus ke alatan luar. Bateri pula gunanya untuk menyimpan voltan dari solar panel. Kenapa perlu simpan? Ok sampai masanya saya akan cerita.

Ok, jadi untuk menghasilkan satu system lengkap ini perlulah ada beberapa perkakasan yang saya sebut tadi. Oleh itu mudahlah kerja. Rakan-rakan hanya perlu beli semua perkakasan itu dan pasang. Mudah kan? Ye, memang mudah. Jadi apa yang peliknya kat sini sebab apa yang saya buat sama juga orang lain pun boleh buat? Baiklah, memang saya akui semua orang boleh buat seperti apa yang saya ceritakan tadi. Saya ada satu pengalaman untuk dikongsikan.

Waktu daulu ketika saya baru bermula dalam sector solar power ini, saya telah cuba untuk membina satu system seperti yang saya ceritakan mula-mula tadi. Maknanya semua berpandu kepada maklumat yang diberi di dalam buku. Kemudian saya menyediakan semua perkakasan yang disenaraikan dengan lengkap. Setelah dapat semua yang diperlukan, kerja pemasangan dilakukan serta merta. Kerja pemasangan juga sangat mudah sebab pendawaian tidak memerlukan kerja pematerian. Hanya guna test pen saja.

Pemasangan solar panel, solar controller dan bateri tidak menjadi masalah. Setelah siap dipasang, ianya perlu diuji. Ternyata pengujian itu juga Berjaya dan berfungsi dengan baik. Bateri yang dipasang dicas sempurna oleh solar panel. Jadi langkah pertama Berjaya.

Kemudian saya perlu tahu atas tujuan apa untuk saya pasang system solar power ini. Ye, saya terfikir untuk hidupkan lampu dan kipas. Setelah diuji ianya berfungsi dengan baik kerana ianya disambung terus ke bateri. Ok saya Berjaya.

Ok sekali lagi saya berjaya.                 
Hmmm... rakan-rakan ada perasan tak? Baca balik perenggan atas ini lagi. Perasan?
Saya berjaya sebab bateri dicas oleh solar panel. Saya berjaya sebab lampu dan kipas berfungsi selepas saya sambung ke bateri.

Nah itu silapnya. Saya sambung terus ke bateri. Sememangnya lampu dan kipas akan berfungsi kerana disambung terus ke bateri. Lampu dan kipas itu pula menggunakan voltan 12 VDC. Jadi ia memang benar-benar berfungsi. Bila dilihat balik fungsi solar panel hanya untuk cas bateri dan tidak Nampak lagi ia menghidupkan kipas dan lampu secara terus tanpa ada bateri. Jadi saya putuskan sambungan bateri dan solar panel sekarang bersambungan terus kepada lampu dan kipas. Apakah akan terjadi?

Lampu dan kipas berfungsi tetapi tidak sama seperti mula-mula dia berfungsi tadi. Lampu malap sikit dan kipas tidak laju berpusing. Apabila keadaan agak mendung sikit, langsung kedua-dua berhenti berfungsi. Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya guna solar panel 12 volt 5 Watt.

Bateri yang saya guna adalah 12 volt. Ketika matahari terik, voltan yang bterhasil pada solar panel adalah 13 volt ++. Jadi voltan ini adalah hamper sesuai untuk cas bateri 12 volt. Untuk pengetahuan rakan-rakan, untuk cas bateri, apa-apa voltan bateri sekali pun, untuk cas perlu voltan lebih sedikit dari voltan bateri. Contohnya bateri 12 volt dan nilai voltan cas adalah 13.5v hingga 14v, atau bateri 6 volt nilai cas adalah 7.5volt.

Ketika waktu mendung, voltan solar panel akan susut kepada 10 volt atau 8 volt. Pada voltan ini, bateri tidak boleh dicas lagi sebab... voltan tidak mencukupi untuk cas bateri. Ok, itu asas. Biar saya cerita asas dulu.

Jadi untuk saya onkan lampu dan kipas terus dari solar panel, perlu Watt yang lebih tinggi dan voltan juga perlu tinggi sedikit lagi. Tidak lagi slar panel 12 volt. Saya tukar kepada solar panel 18 volt 5 Watt. Yes, ini memang power walaupun ia masih dalam kategori rendah.

Kipas dan lampu berfungsi dengan baik walaupun keadaan sedikit mendung. Kemudian saya masukkan semula bateri yang mula-mula saya cabutkan. Solar panel sekarang boleh cas bateri dan menghidupkan sekali kipas dan lampu. Ianya berterusan sehingga ke waktu malam. pada waktu malam, kipas dan lampu berfugsi atas sebab disambung kepada bateri.

Jadi Nampak asasnya ye? Ok berbalik kepada akuaponik dan system solar tadi, satu perkakas yang penting dan belum saya terangkan adalah power inverter. Apa tujuan power inverter ini?

Saya berhasrat untuk membina satu system akuaponik yang boleh dipasang di rumah-rumah. Yang mana system akuaponik ini merupakan system penenaman pokok di ats dan pelihara ikan di bawahnya. Sistem aliran air akan mengalir berterusan atau secara berjadual yang komponen asasnya adalah motor pam air. Kemudian saya fikir adalah lebih baik pam air ini berfungsi 100% dengan solar panel sahaja. Pam air pula berfungsi dengan voltan AC 220Volt. Voltan AC boleh dapat pada soket dinding rumah. Saya tidak berhasrat untuk menggunakan tenaga dari TNB. Tujuan utama hanya guna solar power 100%. Oleh itu saya menggunakan Power Inverter. Fungsinya menukarkan voltan 12 dari bateri menjadi voltan 220V AC.

Bagi penggunaan power inverter, saya guna jenis yang ada di pasaran sebagai permulaan untuk pengujian sahaja. Setelah diuji, ia berfungsi dengan baik tetapi ianya disambung terus dari bateri. Jadi, system berfungsi dengan baik. Secara ringkasnya, solar panel akan cas bateri melalui solar controller kepada bateri. Kemudian power inverter akan menukarkan kepada voltan AC untuk menghidupkan pam air. Langkah pertama Berjaya.

Langkah seterusnya saya membina satu power inverter sendiri dengan menggunakan beberapa komponen dan transformer. Ia menjadi dan berfungsi dengan baik.

Langkah seterusnya saya berhasrat untuk menghidupkan pam air tanpa menggunakan bateri pada waktu siang. Maknanya hanya guna tenaga elektrik daripada solar panel sahaja. Jadi di sini cara penyambungan alatan adalah, solar panel ke solar controller dan terus ke power inverter. Power inverter akan onkan pam air. Adakah idea ini berhasil? Pada waktu ini saya menggunakan solar panel 18 volt dan 5 Watt sahaja.

Setelah dibuat penyambung dan ianya diuji. Ternyata tidak berfungsi walaupun ketika matahari terik. Saya menggunakan power interter yang dibeli dan ianya tidak berfungsi. Kemudian saya cuba tukar dengan power inverter yang saya hasilkan sendiri. Masih juga tidak berfungsi. Jadi percubaan kali ini gagal.

Sistem akuaponik sudah siap dibina. Ianya dibina tana system pam air yang menggunakan solar panel. Hanya guna kuasa dari TNB.

Bermula dari saat itu, saya telah membuat satu power inverter lain. Menggunakan kuasa yang kecil dan berupaya untuk menerima kuasa yang tinggi tanpa masalah gagal atau rosak. Saya bina dua jenis power inverter yang berlainan tetapi kecekapan yang hampir sama. Ubah suai banyak dilakukan sehinggalah tiba saat untunk diuji. Ternyata ianya berjaya setelah beberapa kali dibuat pengujian.

Kini, solar panel sahaja sudah boleh menghidupkan pam air secara berterusan selagi matahari dalam keadaan terik. Pam berfungsi dengan baik tanpa penyambungan bateri.



solaraquaponics from Mohd Azrai Bin Mohd Aris on Vimeo.

Satu masalah timbul kerana pam air tidak stabil kerana keadaan cahaya matahari tidak tetap. Apabila mendung sedikit saja, pam akan berhenti. Apabila matahari terik kembali, pam air berfungsi semula. Keadaan itu berlarutan sehingga saya tukar solar panel kepada watt yang lebih tinggi lagi. Saya tukar kepada 10 watt pula. Kali ini system berfungsi dengan baik. Pam air sentiasa berfungsi pada waktu siang walaupun matahari terlindung sedikit.

Sistem akuaponik solar energy telah berjaya berfungsi dengan sepenuhnya. Setelah berusaha menghasilkan power inverter khas untuk pam air ini kini ia beroperasi dengan dua unit pam air serentak. Pada waktu malam, pam air akan berfungsi dengan sambungan inverter kepada bateri. Bateri yang sesuai adalah bateri kereta 12volt kerana pam air boleh berfungsi semalaman sehingga ke esok harinya. Solar panel akan cas semula bateri sehingga penuh. Namun begitu jika ada di antara rakan-rakan yang tahu mengenai pengiraan tepat untuk system solar energy ini pasti akan banyak persoalan timbul. Namun begitu lihat saja pada hasilnya. Untuk lebih detail, bolehlah masuk ke bengkel anjuran saya nanti. Di situ saya akan ajar dan terangkan cara kendalian yang lebih terperinci lagi.


solaraquaponic from Mohd Azrai Bin Mohd Aris on Vimeo.

Jika saya cabut bateri, system ini akan beroperasi hanya pada waktu matahari ada sahaja. Pada waktu malam system ini akan berhenti. Sistem aquaponik ini juga boleh dijadikan kolam ikan dengan air pancut yang menggunakan pam air 100% guna tenaga elektrik dari solar panel. Tidak perlu pasang bateri jika ingin jimat lagi atau mahu ia berfungsi di waktu siang hari sahaja.

Penggunaan motor pam air adalah atas pemilihan saya. Ini kerana ianya dipilih berdasarkan beberapa kali ujian yang telah dilakukan. Motor pam yang sesuai adalah motor pam 2 Watt sahaja. Penggunaan tenaga yang redah. Namun begitu tekan air pula rendah dan tidak mampu untuk mengalirkan air pada jarak lebih dari satu kaki panjangnya. Motor pam 3 waat atau 4 watt juga boleh digunakan kerana saya telah menguji dua unit motor pam bergerak serentak menggunakan inverter dan solar panel yang sama.

Pemilihan motor pam jenis AC juga memang menjadi keutamaan saya. Pertamanya ia mudah diperolehi. Kedua ia jenis tahan lasak dan kalis air. Ketiga ia boleh digunakan pada jangka waktu yang lama. Ada yang juga yang bertanya jika boleh menggunakan motor DC 12V dan menggunakan terus dari solar panel atau bateri. Jawapan saya adalah tidak sesuai. Pertamanya motor jenis DC ini walaupun agak power tetapi bukan direka untuk ia bekerja pada jangka waktu yang lama. Kedua, ia tidak kalis air. Ketiga, ia mudah rosak kerana motor DC jenis yang digunakan itu adalah jenis brush dan boleh menyebabkan haus. Manakala motor pam yang saya pilih adalah jenis induction, tiada sentuhan berlaku. Jadi selama mana ia digunakan tidak mudah rosak. Saya pernah ujinya sehingga ke 300VAC dan ia masih berfungsi walaupun air pancut dengan laju sekali.

Oleh itu, system aquaponik ini telah duji dan telah pun ditetapkan penggunaan peralatan yang sepatutnya. Saya tidak galakkan untuk buat ubahsuai. Jika ubahsuai menjadi berfungsi, tak apalah. Tapi jika tidak berfungsi atau rosak disebabkan ubah suai tersebut, saya tidak bertanggungjawab.

Jika anda tidak suka aquaponik, anda boleh tukar menjadi system air pancut untuk kolam atau system penapisan air secara kitaran.

Berminat dengan system ini dan teringin nak buat satu untuk dipasang di rumah atau pejabat atau sekolah-sekolah, boleh lah ke laman web ini untuk tempahan di www.mydekonovasi.com.