Translate

Jumaat, 28 Ogos 2015

Serabut kelapa atau kepala?

Buat masa ini saya agak sibuk dengan membuat persediaan untuk beberapa projek dan kerja. Memang agak sibuk sehingga agak serabut dan kucar kacir. Ada sesetengah orang kata tak elok buat banyak kerja pada satu masa. Lagi pun saya ni pun bukanlah dari jenis multitasking. Banyak yang serabut. Cara terbaik buat satu-persatu. Atau pun ikut nasihat dari otai Dr Irfan Khairi adalah dengan membuat satu tugasan dan kemudian jika terasa serabut, tinggalkan tugasan tadi tu dan buat atau sambung tugasan lain pula. Tujuannya tak nak bagi rasa bosan. Tapi semua tu kena pandailah untuk mengendalikannya.

Buat pengetahuan rakan-rakan dan sahabat semua, buat masa kini saya sedang membuat persediaan untuk kursus-kursus akan datang. Ada empat kursus yang akan saya kendalikan. Tapi bukanlah pada satu masa. Ianya terbahagi kepada beberapa hari atau tarikh yang akan disusun. Namun begitu bukan mudah untuk melaksanakannya. Bukan seperti sebelum ini yang mana kursus yang saya kendalikan agak simple dan straight forward.

Dengan kemudahan yang ada sekarang ini saya lebih banyak memperbaiki dan menambah silibus yang ada di dalam kursus-kursus tersebut. Manakala kali ini juga semuanya adalah terbuka. Yang mana dahulunya agak tertutup dan ada juga yang tidak ramai ketahui. Macam nak buat kursus rahsia-rahsia pulak kan?

Untuk kursus membina alat pengesan logam atau metal detector ianya agak rumit sekali. Dalam masa sehari mungkin agak ketat waktu yang diperuntukkan untuk menghasilkan satu alat yang lengkap. namun begitu dengan teknik dan pengalaman saya membina alat pengesan logam dengan pelbagai jenis, Insyaallah kursus pertama ini akan berjaya. Ramai yang bersetuju dan ada yang tidak setuju dengan kursus yang saya buat ini. Takpelah... masing-masing punya pandangan. Apa pun saya cuba yang terbaik untuk peserta kursus dan diri saya sendiri. Pra pendaftaran masih dibuka sila ke www.myenique.com/kursus.html dan isi boring yang disedia. Kemudian anda akan diberitahu tarikh-tarikh kursus yang anda pilih kelak.

Kekangan masa dan kerja yang banyak belum beres membuatkan banyak kerja-kerja R&D saya tergendala. Dengan pekerja dan pembantu yang terhad memang agak susah juga nak kendalikan masa dengan betul. Ditambah juga dengan kos yang setiap hari meningkat membuatkan saya serabut sikit. Oleh itu dengan adanya hasil jualan produk dapatlah digunakan sedikit untuk melancarkan lagi perjalanan projek dan kerja R&D. Tidak lupa juga kepada para penyumbang yang baik hati memberi sumbangan demi melancarkan lagi projek saya sebelum ini.

Saya mengharapkan doa dan sokongan dari kawan-kawan dan sahabat semua bagi memudahkan urusan kerja saya, seterusnya dapatlah kiranya saya menunjukkan hasilnya nanti. Tunggulah akan hasilnya nanti. Nantilah sesuatu yang luar biasa. InsyaAllah.

Jumaat, 21 Ogos 2015

Masih lagi takut

Jika diikutkan seperti dulu-dulu memang saya akan buat mengikut apa yang terlintas di dalam fikiran. Apa saja yang terlintas pasti ada saja kerja yang akan dilakukan. Sehinggakan pada masa itu orang akan katakan saya jenis orang yang kreatif. Persepsi orang lihat kita lakukan sesuatu yang terlalu kerap dan juga agak berlainan tidak sama seperti orang biasa-biasa. Mereka menganggap ianya kreatif.

Ada juga yang lain melihat kreativiti dari suduh pembuatan dan penghasilan sesuatu benda. Dahulunya saya kreatif berkarya. Dari menghasilkan satu-satu barang sehinggalah menjadi seorang pelukis. Pelukis potret, pelukis kartun, pelukis batik dan macam-macam lagi. Semuanya itu saya berada di dalam proses pembelajaran. Apabila minat, kita teringin untuk melakukan sesuatu. Bergantung kepada keinginan, hasil yang terjadi apabila sesuatu kerja dilakukan dilihat kepada seni rentak kerja yang dibuat. Jika hasilnya pelik dan mengagumkan, ia dipanggil kreatif. Tapi, jika pelik pun dan tidak berguna, ianya dipanggil sampah.

Sudah menjangkau 25 tahun pengalaman dalam rekacipta (dulu istilah inovasi belum ada lagi), kini saya mengalami pelbagai pengalaman. Namun tak bermakna banyaknya ilmu. Cuma aturan masa dan usia menjadikan banyak benda yang saya simpan. Tidak seperti dahulunya saya banyak menunjukkan hasilnya kepada umum. Terutama kepada orang yang rapat dan dekat dengan saya. Apabila rangkaian sosialnya semakin besar, terjadi pelbagai perkara atau hal. Perkara-perkara yang tidak seronok yang membuatkan terjadinya dinding pemisah antara saya dan hasil kreativiti saya terpaksa disorokkan dan dibekukan.

Pengalaman yang mengajar saya. Bukan saya pergi belajar dengan mana-mana orang pun. Oleh itu saya sentiasa beringat. Sebabnya dari pengalaman lampau saya telah diajar. Hasilnya kini, saya seperti insan biasa-biasa saja. Tidak seperti dahulu banyak menunjukkan sesuatu yang ohsem. Sesuatu yang orang ramai ternanti-nantikan apa yang terbaru akan muncul. Itu dahulu. Tapi sekarang tidak. Mungkin tidak atau mungkin juga belum sampai masanya nanti.

Jika ditanya kepada saya apakah puncanya. Jawapan saya adalah TAKUT. Ya, satu perkataan yang bersifat negatif. Ia umpama seperti satu kunci. Kunci yang membelenggu dari satu perkara yang sangat mahal harganya. Ianya umpama sukar dilepaskan. Namun jika ditanya lagi kepada saya apakah yang menjadikan saya takut? Jawapannya adalah dari pengalaman lampau menjadikan saya takut. Takut untuk tunjukkan sesuatu. Takut untuk menceritakan sesuatu yang agak istimewa. Akibatnya, saya akan dikritik dan orang ramai masih belum bersedia untuk menerima kenyataan dari sesuatu yang baru. Biarlah ianya istimewa sekali pun, tetapi ianya masih belum tentu akan diterima oleh pemikiran orang luar. Atau dipanggil gila.

Untuk itu, saya akan cuba sampaikan di setiap kursus atau bengkel atau kelas yang akan saya anjurkan tidak lama lagi. Dan bermula dari situ saya akan lakukan berterusan melalui penyampaian saya sehinggalah sesuatu perkara yang besar akan berlaku InsyaAllah. Tidak seperti kursus-kursus yang saya buat sebelum ini, kerana saya masih takut-takut untuk menyampaikan sesuatu yang baru itu. Apa pun saya cuba untuk sampaikan dan sebarkan. Tapi, jangan fikir pula saya nak sampaikan ajaran sesat pula. Tidak. Bukan ajaran sesat yang menyimpang agama tetapi sesuatu yang pernah saya buat dan saya perolehi dari eksperimen yang pernah saya lakukan. Saya bukan professor yang ada kelulusan tinggi untuk membuat eksperimen yang akan membuka mata orang luar. Malah jika saya hasilkan teori sendiri pun belum tentu orang akan terima, terutama sekali orang yang ada kelulusan akedemik yang tinggi. Cukuplah. Siapa yang akan percaya? MOSTI pun tidak boleh menerima idea dan teori saya WALAUPUN prototaip yang sudah siap berfungsi berada di depan mata. Saya hanya orang biasa saja. Cuma sangat berminat untuk melakukan kerja-kerja ujikaji tentang teknologi elektronik dan seumpamanya. Insyaallah, jika mood saya ok, saya akan sampaikan kepada yang bernasib baik.

Jadi, jika ramai yang mengetahui dan membaca artikel saya ini, pasti pelbagai persepsi akan timbul. Saya tidak pasti sama ada lebih banyak yang negatif atau pun positif. Apa pun dipersilakan untuk komen mengikut cara dan kreativiti anda. Namun sesuatu yang saya sangat suka adalah komenlah depan-depan saya. Maksudnya, datang sendiri jumpa saya dan komen di hadapan saya. Cara itu lebih memuaskan hati saya berbanding komen di media sos
ial.

Mungkin ramai yang tertanya juga status pendidikan saya sehinggakan layakkah untuk membuat kursus. Saya menyampaikan ilmu mengikut dan berpandukan pengalaman saya. Jadi, saya menyampaikan ilmu dari pengalaman saya. Bukan dari status pendidikan saya dan bukan mengikut silibus buku teks atau buku rujukan sekolah. Jika tidak, lebih baik anda masuk saja ke sekolah teknik, atau kolej vokasional atau mana-mana IPT atau kolej kemahiran. Semua itu mengikut standard pembelajaran. Saya pula mengikut standard pengalaman. Jadi, meman ada kelainan. Nak rasa kelanan? Join kursus saya.

Jom lawat www.myenique.com

Isnin, 17 Ogos 2015

Sama Tapi Tak Serupa

Antara perkara yang membuatkan saya benar-benar rimas adalah apabila projek yang saya hasilkan tiba-tiba tidak menjadi. Bayangkanlah sudah lebih lima tahun mengadap projek yang sama dan hampir beratus-ratus kali ianya berfungsi dengan baik. Secara tiba-tiba pada satu hari, projek tersebut tidak berfungsi.

Apabila kita sudah faham akan kendalian dan selok belok sesuatu benda, pasti kita dapat tahu apakah puncanya masalah yang berlaku sekiranya ianya rosak. Sebelum ini pun pernah juga rosak dan tidak berfungsi, tapi dengan cepat sudah tahu di mana dan apa punca masalahnya. Dan perkara tersebut sentiasa berulang-ulang hampir setiap hari selama 5 tahun.

Jadi, apakah yang menyebabkan saya buntu baru-baru ini sehingga tidak tahu apakah punca masalah sebenarnya. Sehinggakan tidak tahu apakah cara lagi untuk menjejak masalah tersebut. Sedangkan sumber rujukan asal juga masih tidak dapat mengetahui puncanya. Tambahan pula hanya saya sahaja yang mengetahui kendalian projek tersebut.

Cerita sedikit mengenai komponen elektronik. Banyak komponen elektronik yang saya gunakan dari nilai yang asal sehinggalah kepada penukaran kepada fungsi yang sama. Itu keinginan saya. Jika membuat satu projek dan senarai komponen yang diberikan sukar diperolehi di kedai, pastinya saya akan membuat penukaran dan terus menguji keberkesanannya. Jika diberikan nilai perintang atau kapasitor, ianya tidak menjadi satu masalah yang rumit dan besar. Ini kerana ianya adalah dalam kategori komponen pasif. Paling tidak pun hanya guna kaedah tambah dan bahagi saja untuk mendapatkan nilainya yang dikehendaki. Jadinya, teori dan amali dilakukan serentak.

Namun, apabila masuk kepada komponen aktif seperti transistor dan IC, ianya agak rumit untuk melakukan pergantian nilai. Sebabnya, setiap komponen seperti transistor dan IC ada fungsinya tersendiri. Ianya bergantung juga kepada kendalian litar projek tersebut. Contohnya litar pengesan pergerakan boleh sewenang-wenang menukar kepada komponen yang lain asalkan fungsinya hampir sama seperti yang asal. Tetapi jika sebagai contoh litar projek radio frekuensi, bukan semudah litar tadi yang boleh sesuka hati untuk menukar nilai pergantian. Walaupun, ya walaupun nilai yang sama tetapi dibeli dari kedai yang berbeza atau stok keluaran yang berlainan (baca berulang kali).

Saya masih mengkaji dua permasalah komponen transistor ini. Jika ada pandangan boleh anjurkan kepada saya. Mungkin saya kurang arif dan belum sampai ketahap sebegini. Antara komponen yang menjadikan saya banyak masalah dan menyebabkan saya jatuh sakit menderita adalah komponen ini iaitu transistor JFET 2N3819 dan 2SK30A. Dua komponen yang berbeza kod tetapi sama sifat dalamannya. Tapi tahukah tuan-tuan? Jika kedua-dua transistor ini jika dibeli dari semua kedai elektronik dan kemudian diasingkan mengikut kedai-kedai yang dibeli tadi, tidak semuanya boleh digunakan dan tidak semua yang tidak berfungsi.

Sebagai contoh. Transistor 2SK30A. Jika dilihat di dalam diagram litar tertera 2SK30A. Kemudian kita mahu mencari transistor tersebut dan kita akan pergi ke kedai menjual komponen. Di kedai komponen tersebut, kita akan tunjukkan senarai komponen kepada penjual dan mencarilah komponen tersebut. Penjual akan memberikan komponen berpandukan kepada label yang tertulis dan tidak menghiraukan nombor atau marking selepas 2SK30A tersebut. Kemudian kita pergi ke kedai lain dan beli komponen yang sama juga. Penjual akan memberikan komponen sama seperti label marking yang kita berikan tadi dan tidak menghiraukan marking selepas 2SK30A tadi. Sama juga dengan kedai-kedai yang lain. Sebabnya kerana kita tidak menulis label transistor selengkapnya seperti 2SK30A Y atau 2SK30A GR 2F dan sebagainya. Bagi kita itu tidak penting kerana pada diagram litar tidak ditulis label transistor sepanjang itu.

Cara penyelesaian adalah dengan memeriksa data sheet komponen yang digunakan. Ada komponen menitik beratkan nilai dibelakang selepas label utama seperti 2SK20A dan nilai belakangnya adalah GR 2F. Setelah diperiksa dari data sheet, memang ada perbezaannya. Jadi memang akan berlaku masalah walaupun hakikatnya kita tidak ketahui fungsi tersebut. Tidak seperti litar projek yang biasa seperti litar projek pengesan cahaya. Litar tersebut menggunakan transistor BC547. Namun ianya universal. Boleh menggunakan transistor lain seperti BC548 atau BC546 atau BC337. Ini kerana fungsinya universal dan umum. Berlainan pula dengan transistor 2N3819. Terdapat dua saiz badan transistor tersebut. Bersaiz kecil dan bersaiz besar sedikit. Jika dipasang pada litar, transistor 2N3819 yang bersaiz kecil akan berfungsi berbanding dengan yang bersaiz besar sedikit. Peliknya, pada label tidak menyatakan label tambahan selepas 2N3819. Kedua-dua transistor menunjukkan label yang sama. Hanya saiz saja yang berbeza. Jika dilihat pada data sheet, tiada yang menerangkan saiz memberikan kesan yang berbeza. Sedangkan pekedai pun tidak mampu untuk menerangkan punca tersebut.

Oleh itu berwaspadalah. Sentiasa beringat akan perkara ini. Sesetengah pekedai akan pertahankan mengikut kefahaman mereka. Mereka akan katakan ianya boleh diguna untuk semua label yang tertera. Namun ada segelintir yang tahu dan faham Begitu juga sama seperti membeli kapasitor yang bernilai 0.1uF. Kemudian penjual akan memberikan kapasitor yang bernilai 100nF. Jika kita jahil, kita akan mengatakan ianya salah dan tidak mahu nilai yang diberikan. Bagi saya nilai seperti mikro dan nano tidak memberikan hal yang rumit. Pada saya jenis material kapasitor tulah yang mencerewetkan saya. Kapasitor ceramic dan jenis polyester walaupun sama nilai kapasitannya tetapi berbeza dari segi keupayaan fizikalnya. Jika dipasang kepada litar yang melibatkan frekuensi, ianya sangat mempengaruhi.

Ikuti kursus bengkel saya untuk lihat kesan daripada permasalahan ini. Sesuatu yang menarik melihat eksperimen saya secara langsung.

Sabtu, 15 Ogos 2015

Antara Research dan Talk

Memang ada kaitan antara dua perkara seperti tajuk di atas ni. Kedua duanya memang berkaitan. Selepas saya selesai buat research, saya akan bagi talk. Memberi atau memindahkan ilmu secara formal atau tidak formal. Jika secara formal memang dok dalam kelas.

Apa pun saya tak kisah dapat apa yang ada. Sedikit keuntungan untuk lepas belanja makan minum pun sudah ok. Jauh sekali nak dapat penghargaan atau ijazah kedoktoran atau sebagainya. Walaupun buat research sendiri, seolah olah mereka berkata saya syok sendiri. Yes... memang saya syok sendiri dan pada masa yang sama saya sebarkan apa yang saya temui dalam penemuan kajian saya.

Jika dilihat pada blog saya atau mana-mana blog yang saya ada, tiada pun satu hasil research yang saya dedahkan. Ye memang benar. Saya suka sampaikan depan-depan pada orang ramai. Saya lebih suka mata bertentang mata, walaupun saya tak suka bermain mata. Hehe

Mana yang faham dan pernah ikuti saya sebelum ni memang tahu apa yang saya buat. Bukan saja suka-suka buang masa buat research sendiri. Tapi tak mengharap pun dari mana-mana Institusi untuk ikhtiraf kerja saya. Gaji saya pun mengharapkan hasil penjualan produk saya saja. Jika kurang dana, maka slow lah perjalanan kajian saya. Jika dana banyak, makan semakin rancaklah kerja saya.

Namun saya tidak pernah menolak kerjasama dari mana-mana Institusi untuk melakukan kajian atau sebagainya. Namun kalau jemput saya datang tapi tak tanggung kos perjalanan, itu saya agak susah. Melainkan datang sendiri ke lab saya. Apa yang saya ada, itulah yang saya tunjukkan, berikan, ajarkan dan persembahkan.

Ramai yang terer dari saya dalam bidang seperti saya ini. Terer tahap tereris. Memang ramai. Tapi itu hal mereka. Dan ini hal saya. Walupun saya jenis pendiam, tetapi saya lebih suka menyampaikan ilmu dan hasil kajian saya terutama di dalam kelas atau dewan kuliah. Kerana itu yang membuatkan saya lebih seronok dan berpuas hati.

Insyaallah akan datang ini saya akan adakah kursus dan bengkel. Semuanya asas dan untuk beginner. Yang dah terer pun nak sertai pun boleh. Cuma jangan terasa boring kalau berada dalam kelas saya sebab saya banyak pengajar perkara asas. Walaupun asas tetapi kaedahnya berbeza. Berbeza supaya nampak kelainan dari yang lain.

Untuk sertai kursus pendek dan bengkel amali, sila ke www.myenique.com.




Jumaat, 14 Ogos 2015

Meletup, terbakar dan hangus

Apabila masa untuk membuat satu eksprerimen, memang ada pelbagai perasaan yang timbul. namun begitu ianya bergantung kepada mood juga. Kalau mood tak ok, maka kerja pada hari itu memang teruklah. Sudah banyak kali berlaku. Kena pula time badan dan tua ni, macam-macam sakit yang dapat.

Sejak minda dah mula ok ni, saya sudah mula aktif. Dan benda-benda yang kurang faedah pun dah mula tinggalkan. Bak kata sorang ustaz, kalau nak dapat lebih masa, tinggalkan segala gajet. Tinggalkan semua benda yang sia-sia. Ya, memang benar kenyataanya. Tapi itulah. Manusia ni mudah pula. Bila dah senang sikit lupa asal usul. Lupa kepayahan lama.

Memang saya sukan buat eksperimen. Kalau ada dana lagi banyak eksperimen yang saya akan lakukan. Tak kira apa pun asalkan ianya bermanfat. Bila dan banyak buat eksperimen dan banyak pula kejayaan, saya akan sampaikan dalam kursus atau bengkel saya. Sama ada berbayar atau free. So sekarang ni nak bagi free susah sikit sebab banyak benda nak tanggung. Nak cakap free pun payah juga sebab makan minum saya nanti siapa pula nak tanggung.

Berkenaan dengan eksperimen, baru-baru ini saya sudah buat satu eksperimen biasa-biasa aje. Cuma manfaatnya sebab nak bagi jadi satu alat ini. Alat ni dah lama jadi cuma masalahnya ianya ada kekurangan. Jadi bermulalah R&D untuk alat ini.

Bila masuk bab eksperimen ni, saya lebih banyak kali menggunakan sumber cas elektrik yang rendah. Yang tidak merbahaya. Atau pun hanya guna bateri. Dahulunya saya ada seunit power supply yang saya beli sendiri. Power supply tu bukannya tak boleh buat sendiri. Tapi dana tak cukup dan tidak penting, itu yang membuatkan saya beli saja. Kemudia power supply tu sudah tiada. Saya jualkan kepada orang lain. Sekarang ni saya guna sumber kuasa dari bateri yang boleh dicas semula.

Menggunakan kuasa elektrik AC memang saya takut. Agak fobia. Memang pucat lah muka saya. Bukannya tak biasa. Hari-hari menggunakan power AC untuk buat eksperimen. Tapi masih juga takut-takut. Jadi eksperimen yang baru-baru ini berlaku letupan dan kebakaran kecil di dalam lab saya. Biasanya apabila jadi begini, saya akan berhenti dan tak mahu teruskan semula. Tapi kali ini tidak. Saya masih mahu teruskan juga sehingga saya dapat apa yang dikehendakkan.

Tiga kali letupan berlaku. Dan tiga kali juga barang eksperimen menjadi hancur berkecai. Sampai masanya stok komponen saya kehabisan. Pada masa itu jugalah terpaksa cari komponen yang baru. Oleh itu kenalah pergi ke KL untuk cari stok komponen yang baru. Memang sangat berkos kan? Itulah orang luar memang tak nampak. Hanya tahu barang sudah tersedia dan fikirkan ianya sangat mudah untuk dihasilkan. Ironiknya sebenarnya sukar dan banyak kerja yang perlu dibuat. Bagi saya tak apalah, sebab orang tak tahu.

Kini baru satu produk sudah melepasi ujian yang agak mencabar dan berisiko. Semuanya dengan duit sendiri dan hasil jualan produk. Harap adalah yang sudi memberi sponser untuk R&D saya seterusnya. Walaupun ada yang Berjaya dijadikan produk untuk dijual, yang tidak menjadi produk pula saya simpan untuk dibawa di dalam kursus dan bengkel yang saya anjurkan.

Insyaallah akan datang saya ingin anjurkan kursus rekacipta elektronik dan eksperimen saya. Saya galakkan yang fresh dalam elektronik untuk hadir ke kursus saya. Yang dah power tu nak jhadir pun boleh juga untuk pelajari dari pengalaman saya. Insyaallah nanti saya akan hadir ke kursus orang lain juga yang lebih berpengalaman dari saya yang kurang ilmu ini.

Terima kasih

ps: Nak bagi banyak masa memang tinggalkan gajet... so faham aje lah

Rabu, 12 Ogos 2015

Mula RnD semula

Assalamualaikum. Salam bertemu kembali setelah lama saya menjalani brain training, brain storming, brain clearing, kini saya kembali semula setelah beberapa kali percubaan gagal untuk muncul. Harap usaha kali ini akan membuahkan hasil.

Maaf di atas kecelaruan yang telah berlaku semala ini. Saya seperti hilang identity. Seolah olah tak kenal siapa diri saya ini. Disebabkan itu, saya menjadi hilang panduan dan arah tuju yang selama ini saya tidak begitu.

Nampaknya masih banyak kelemahan yang saya ada. Dan saya perlu banyak belajar dari masa ke semasa atau pun proses pembelajaran perlu diteruskan tanpa henti. Siapalah saya ini. hanya manusia  biasa yang selalu membuat dosa dan kesalahan. Namun jika tidak diberi peluang seterusnya, maka saya akan tiada arah tuju dan tiada apa yang boleh saya lakukan. Jika diberi peluang semula, maka saya akan berusaha semula mencari jalan lain. Mencari penyelesaian lain.

Saya tahu ramai yang tention pada saya. Dan saya yakin mereka tidak tahu hal yang sebenarnya berlaku. Jadi, saya tak perlu cerita. Sebab saya sudah diberi peluang seterusnya untuk bertindak. memulakan jalan kerja baru yang Insyaallah lebih mantap.

Untuk pengetahuan umum, saya kini berada di pejabat dan lab baru di Pandan Indah KL. Berdekatan atau bersebelahan dekat dengan menara MPAJ. Jadi siapa yang ingin berjumpa saya boleh terus ke sana untuk pelbagai urusan seperti menghantar barang, mengambil barang, membeli barang, bertanya khabar, belanja makan, nak ajak bertinju, ajak main badminton dan sebagainya.

Alamat lengkap tertera di web site myenique di www.myenique.com. Ia tertera pada satu sudut di web page tertentu. Cari aje la.

Untuk kali ini, saya akan banyak menceritakan alkisah kerja-kerja saya yang boleh dijadikan sumber rujukan. Bukan kerja-kerja pejabat atau apa yang saya buat setiap hari. Ianya berkisarkan mengenai kerja ujikaji saya dan juga penemuan-penemuan tertentu. Semuanya asli dan bukan copy and paste dari sumber lain. Kalau copy paste pun hanyalah kaedah tetapi yang membuatnya atau mengujinya adalah diri saya sendiri.

Jadinya, apakah tujuan saya berbuat begini? Ramai yang nak tahu dan ada yang rasa macam poyo. Apa pun saya bagitau sajalah. Tujuannya sudah tiba masanya saya menyampaikan segala apa yang saya tahu dan yang pernah saya pelajari termasuklah penemua-penemuan sebelum ini. Saya bukan ada kelulusan tinggi dalam bidang akedemik tetapi saya ada pengalaman membuat sesuatu, mengkaji dan menemukan sesuatu idea.

Pada masa akan datang jika ada yang lihat saya ni nampak lain macam, tak perlulah fire saya dengan benda-benda negative. Datang jumpa saya atau bekerjasama dengan saya sudah memadai. Tak perlu kondem dan tak perlu bunuh pemikiran saya. Tukarkan kepada peluang. Senangkan? Saya juga boleh bagi talk pada orang ramai, dalam kelas, dalam bilik kuliah atau sebagainya. Asalkan ianya boleh memberikan manfaat.

Mulai 13/8/15 iaitu pada hari Isnin, saya berbesar hati untuk menjemput semua untuk dating sendiri ke pejabat saya sebagai tanda sokongan kepada saya. Termasuklah juga kepada pelanggan yang ingin mengambil produk yang masih belum dihantar atas sebab tertentu dan juga mengambil produk-produk yang telah upgrade. Kerjasama dan sokongan anda amat saya hargai.

Oleh itu salam jumpa lagi.

Emel utk hubungi atau pertanyaan lokasi ewoodrocktech@yahoo.com. Tiada telefon untuk masa ini termasuklah whatsapp, telegram, weechat, fb, waze, coc dan sebagainya atas sebab tidak boleh berfungsi.