Assalamualikum. Salam ketemu
lagi.
Baru-baru ni aku terlalu
sibuk dengan macam-macam tugasan yang perlu dan wajib untuk diselesaikan. Tapi
selalunya apa yang kita rancang atau laksanakan bukannya sempurna. Maknanya
bukanlah dapat diselesaikan dengan jayanya. Pasti ada cacat celanya.
Apa yang pasti perancangan
Allah adalah Maha sempurna. Jadi aku tak bleh nak anggap apa yang aku lakukan
apa-apa tugasan adalah sempurna tanpa menyerahkan segala-galanya kepada Allah.
Begitu juga dengan niat setiap kali melakukan kerja. Kerja yang tidak diniatkan
kerana Allah maka kerja tesebut diberkati Allah. Begitu juga dengan mengucapkan
Bismillah setiap kali melakukan kerja.
Apa yang berlaku terutama
terima kesukaran, aku terimanya dengan positif. Bagi aku Allah ingin
menunjukkan sesuatu kepada kita dengan memberikan kesukaran atau pun
kesenangan. jadi dengan bersangka baik, hati kita akan tenang tanpa perlu
merungut-rungut atau memaki hamun setiap kali kesukaran atau musibah yang
dapat.
Hampir dua minggu aku
menguruskan hal-hal berkenaan dengan urusan TNB dan Syabas. Nak settle
kemasukan bekalan air dan karen pada kilang kat Sungai Chua. Ada orang nak
sewa. Asalnya memang tiada bekalan air dan karen disambung sebab kosong dan
tidak digunakan hampir 15 tahun. Kali ini baru nak mohon sambung semula. Jadi
lepas ni kilang aku sudah ada jiran baru.
Aku pula on and off berada di
kilang. Aku banyak habiskan masa berada di lab sendiri di rumah. Banyak habis
masa buat R&D. Apa pun aku puas dan masih dalam urusan membuat permohonan
dana dari Cradle dan status terkini masih bersoalan jawab dengan pelbagai
soalan dari Cradle. Cradle kata idea aku sudah ada orang uat dan beri bukti
sekali. Aku pula sangkal balik dan bagitau idea yang berbeza dari mana-mana
idea yang diberitahu. Jadi begitulah keadaannya sampai sekarang. Harap dapat
selesaikan dengan cepat. Mohon pada Allah.
Tak kala member sebaya
ramainya sibuk bekerja, tidak kurangnya aku. Walaupun kerja di rumah, tapi
sibuknya macam buat projek RM8 juta je. Ada kalanya sampai tengah malam dan awal
pagi masih lagi buat kerja. Walaupun pulangan tidak seberapa tapi syukur
Alhamdulillah. Jika ada lebih tu dapat la bersedekah.