Translate
Khamis, 17 Mei 2012
Team Baru
Assalamualikum. Salam ceria dan bertemu kembali.
Baru-baru ini aku telah menghadiri satu taklimat mengenai permohonan geran di bawah pembiyaan kerajaan yang boleh dimohon. Namun dalam taklimat tersebut banyak ditekankan kaedah yang betul dan sesuai untuk permohonan geran. Aku sebenarnya telah lama dalam permohonan geran di bawah program Cradle daripada dana MOF.
Rasanya sudah hampir setahun permohonan tersebut. Tapi biasanya jika berlaku kelewatan ini, kita mungkin dapat agak. Tambahan pula borang permohonan dikembalikan berserta dengan banyak soalan yang perlu dijawab.
Seperti yang aku jangkakan, permohonan tersebut memang bermasalah. Aku sendiri bertanya kepada pegawai Cradle semasa di salah satu karnival di Mid Valley sebelum ini. Apa pun semua soalan telah dijawab. Tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan. Jadi aku anggap permohonan tidak berjaya. Bukan patah semangat tapi aku nak tukar cara lain pula.
Aku simpan idea produk tersebut. Tapi kini satu idea produk lain pula muncul. Cuma kali ini aku hasilkan dengan prototaip sekali. Baik model yang kecil mahu pun pada saiz yang sebenarnya. Kali ini aku cuba bawa keluar dari lorong syarikat aku sendiri. Pada waktu yang sama dan kebetulan pula satu team baru telah muncul. Kali ini team baru nampak lebih bersemangat dan lebih teratur. Memang aku berpuas hati buat masa itu. Apa yang penting team marketing menampakkan keterujaannya. Ianya satu saat yang sangat dinantikan. Alhamdulillah akhirnya nampak hala tujunya. Apa yang membezakan team lama dengan yang baru adalah perancangan rapi serta dengan hala tuju yang sangat jelas.
Bahagian aku lebih kepada bahagian penghasilan produk. Yang mana aku tidak tertumpu kepada tugasan lain seperti akaun, perbelanjaan, promosi, hal koperat dan kebajikan pekerja. Cuma aku perlu tahu sepintas lalu hal kesemuanya tanpa mengganggu kerja bahagian aku.
Apa pun terima kasih atas kepercayaan semua terhadap aku.