Translate

Isnin, 6 Ogos 2012

Aktiviti luar dan dalam.


Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua kembali setelah lama menghilangkan diri dan terlalu lama tidak update blog.

Pada kali ini aku nak bercerita sedikit susulan daripada cerita-cerita dari blog aku yang pernah ujud seperti blog produk kreatif dan blog aktiviti pencarian.

Kisah bermula apabila aku merasakan sudah masanya untuk aku melaksanakan rancangan perubahan kepada produk terlaris aku iaitu metal detector atau alat pengesan logam.

Sebenarnya sudah cukup lama aku menantikan bilakah tiba masa untuk aku bikin satu detector yang lebih baik dan sangat berguna. Aku tak mahu kalau ada orang yang mengadu produk aku ada masalah serius dengan cara memaki hamun dan seumpamanya. Ia secara tidak langsung menciptakan satu situasi yang cenderung kearah negatif. Bila dah jadi negatif, pelbagai perasaan negatif juga timbul. Dan juga kerja boleh jadi tertangguh.

Disebab ada seorang pelanggan yang berkehendak sangat untuk membeli detector yang berkemampuan untuk mengesan logam dalam tanah sehingga dua meter, jadi aku menjadi tercabar dan didesak. Akhirnya keputusan telah dibuat untuk aku meneruskan desakan itu. Dalam tempuh yang lama aku mengambil masa untuk menghasilkan detector baru yang lebih baik. Sebelum ini pelan detector baru aku renungkan setiap masa dan di dalam hati selalu membisikkan ayat tidak mampu untuk menghasilkannya.

Telah ramai ahli fikir berkata niat seseorang di dalam hati boleh menjadi doa yang termakbul. Jadi sama juga kesnya kepada aku. Bila selalu kata tidak, maka tidaklah yang aku dapat. Kini setelah didesak dan tiada pilihan lain, akhirnya aku lakukan juga. Untuk bermula bukan satu hal yang mudah. Tapi setelah bermula, terasa satu cabaran dan keseronokan.

Pendekkan cerita aku berjaya menghasilkannya setelah melalui pelbagai kesukaran. Rahsianya adalah sentiasa tekun.