Translate

Rabu, 19 Disember 2012

Kisah merancang

Assalamualaikum.

Salam ceria.

Di masa aku sedang mencoretkan ayat untuk blog ini, aku sedang terbaring dalam keadaan yang sangat relax dan bersantai. Bukan senang nak dapatkan waktu seperti ini, walaupun aku sendiri pun bekerja di rumah. Tau tau jelah kalau di rumah ni memang macam macam ada. Contohnya seperti tv, katil, sofa dan peti ais. Jadi semua benda yang aku sebut ini memang boleh mendatangkan gangguan semasa bekerja.

Untuk bekerja di rumah bukan satu perkara yang mudah. Bila orang dengar saja bekerja di rumah, mungkin satu perkara yang seronok sebab dapat duduk di rumah sambil bekerja. Ish! Tunggu dulu. Jangan mudah merasa senang. Sebenarnya tidak. Dengan adanya gangguan seperti yang dinyatakan tadi, sebenarnya kerja kita akan menjadi sukar dan menyebabkan tergendala. Lebih lebih lagi kalau yang kata buat kerja sambil tengok tv. Macam best kan?

Aku tak. Sepanjang aku bekerja di rumah lebih 3 tahun ni memang tv tak tengok. Walaupun di malam hari. Peratus untuk aku tengok tv tu lehih kurang 3 peratus saja. Selebihnya buat kerja. Mesti ada yang kata 'ala ruginya...'. Apa nak rugi pulak sebab aku yang pilih cara camtu. So terpulanglah kalau orang lain nak tengok tv pun boleh kalau tak mengganggu tumpuan membuat kerja.

Tak lama lagi dah masuk tahun baru. Azam berazam takde. Cuma aku nak ubah sikit cara kerja aku supaya lebih sistematik lagi. Tujuannya supaya perjalanan kerja aku lebih lancar tanpa sebarang kelam kabut. Dan banyak jugalah perkara yang aku nak rombak.

Jadi aku akan nyatakan apa yang nak aku rombak. Sama ada ianya ada kaitan dengan korang atau tidak, terpulang kepada pemikiran masing masing. Apa pun semua perancangan ini endingnya hanya untuk kebaikan bersama. Walaupun korang rasa rugi, tapi bagi aku ianya sangat positif. Apa yang positifnya? Jawapannya korang kena sabar. Ye sabar. Sabar itulah jawapannya.

Sebelum ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini aku pernah menerima beberapa offer atau peluang. Peluang mengembangkan sayap perniagaan dengan lebih jauh. Ada juga yang menyebabkan kerugian kepada pihak pihak tertentu. Itu aku sendiri akui dan aku pun merasai untung rugi sepanjang beberapa tahun sebelum ini. Tapi aku tak ambil hal sebab ketepikan dulu sementara. Dan aku pula banyak terikat dengan beberapa syarikat. Itu berkenaan dengan kerja yang aku buat. Namun begitu, perjalanannya sangat lemah dan nampak macam ntah apa apa. Puncanya datang dari aku juga la. Sebab kelemahan aku menyebabkan banyak perkara tergendala. Tapi puncanya pun aku sudah kenal pasti dan ianya sudah pun menyatakan dari awal awal lagi pada setiap kali berlakunya perbincangan antara dua pihak. Namun aku sangat kecewa sebab korang tak ingat dan tak take note apa yang aku terangkan. Atau pun lupa. Tak ingat dan lupa tu sama je.

Jadi, apa yang aku akan buat? Rombakan. Ye, rombakan, bukan rompakan. Kalau dengan member aku sorang tu asyik nak ajak merompak je. Nak je aku libas helmet kat tulang belakang dia. Pertama sekali aku akan rombak balik segala komunikasi dengan semua syarikat yang ada kepentingan dengan aku. Maknanya aku nak putus semua kepentingan samada secara kekal atau sementara. Tak baik putuskan silaturrahim... ni bukan nak putus saudara la, ni nak close business related je... tepuk dahi tu kang!

Aku merancang untuk melaksanakan pelan strategi bisnes sistematik. Ini belum aku nyatakan dalam semua meeting. Tapi bukan untuk semua meeting sebab... ada syarikat yang akan aku reject terus. Reject sebab membahayakan aku saja... walaupun offer baik dan masyuk tapi ending of the story can make me running into the jungle and jadi tarzan. Sori la, time untuk aku bersopan santun dah habis. Aku nak pencen awal sebab nak jadi gold hunter pulak nanti. Segala kelengkapan alatan rekaan aku dah siapkan dan tunggu masa je. Complete dan takkan aku jual. Bila dah jadi gold hunter nanti aku stop jual metal detector.... ha ha ha.. padan muka korang! Kalau nak, beli la yang komersial punya, lagi bagus dari aku punya. Susah nak jual barang yang kita buat kat orang. Sebabnya, hanya kita je faham apa yang kita buat. Bila sampai kat tangan orang, macam macam yang tak kena dan tak tau guna. So, biarlah aku faham dan guna sorang sorang.

Apa pun lepas ni aku still jual metal detector. Ye masih jual lagi, tapi yang simple punya. Yang sangat kompleks tu aku guna sendiri je. Bagi kat orang pun tak tau guna. Seterusnya nanti ada beberapa produk baru lain. Antaranya seperti alat perawat kulit yang bermasalah, bunga lampu hiasan dan barangan deco. Semua ini aku buat sendiri. Pada masa yang sama juga alat seperti generator elektrik juga akan dihasilkan dan juga portable charger untuk handphone dan tab akan berada di pasaran untui versi buatan Malaysia.

Namun kedua dua alat ini masih 50 50 untuk diberi hak pengilangan kepada syarikat luar dan aku terima royalty je setiap bulan atau aku jalankan sendiri. Apa yang menjadi masalah sekarang ini adalah ruang masa yang singkat untuk memberi tumpuan sepenuhnya dengan banyak perkara.

Apabila hal kewangan terganggu, segala perjalanan perancangan akan terganggu juga. Itu belum lagi dicampur dengan masalah masalah lain yang belum diketahui. Jadi, masa adalah menentu segalanya ianya berjaya atau tidak. Timbulnya masalah lain menyebabkan masa akan terganggu. Masa menjadi lebih lama dan istilah tidak tepati masa akan terkeluar dari mulut pihak tertentu.

Aku lebih utamakan hal yang berkaitan dengan R&D. Jadi, untuk penghasilan pula aku lebih suka berikan kepada orang untuk uruskan. Begitu juga pada bahagian marketing. Cuma kini semuanya aku yang uruskan. Bermula dari A sampailah ke Z, akulah orangnya yang memberi tumpuan 100 peratus. Ini memberikan kebaikan dan keburukan pada aku juga. Korang mesti tau dan boleh berfikir.

Oleh itu, mula tahun depan yang tak lama lagi, aku tekat memberi tumpuan kepada satu syarikat sahaja. Syarikat lain biarlah orang lain uruskan. Follow belakang aku je. Segala keputusan aku tentukan. Apa pun yang keluar dari mulut aku, semuanya muktamat. Aku tak mampu untuk berlembut lagi.

Begitu juga hal pelanggan. Sudah lebih 5 tahun aku berurusan dengan pelbagai pelanggan. Macam macam gaya, macam macam peel, macam macam karenah. Tapi aku tak salahkan mereka. Itu hak mutlak mereka. Cuma dalam ramai ramai tu ada juga yang pelik dan ntah apa apa. So, aku terima sebagai pengalaman dan memori terindah (cewah...). Ada yang biasa biasa, ada yang luar biasa, ada yang dikenali ramai, ada yang cerewet,  ada yang gelabah, ada yang baik budi pekerti, ada yang bercakap kasar, ada yang dari luar negara, ada yang malu malu, ada yang tak tau malu, ada yang terlalu muda, ada yang sangat tua, ada yang cerdik, ada yang kosong, ada yang bayar tapi tak datang ambik, ada yang dah ambik tapi tak bayar, ada yang dah tempah tapi tak ambik, ada yang tak tempah tapi tetiba datang ambik, ada yang cancel ambik, ada yang beli berulang kali, ada yang black list aku, ada yang suka sangat kat aku, ada yang maki aku, ada yang somebody, ada yang janji manismu, ada yang kata aku pun janji manismu, ada yang kelakar, ada yang serius, ada melayu, ada cina, ada india, ada banggali, ada bangla, ada arab, ada lelaki, ada perempuan, ada campur, ada yang nak bunuh aku kalau jumpa pun ada dan macam macam ada....

Semuanya aku berserah diri kepada Allah segala galanya. Aku hanya berdoa, berusaha dan berserah. Segala yang baik datang dariNya. Yang buruk datangnya dari diri aku sendiri.