Translate

Khamis, 4 Oktober 2012

Pemakanan sunnah yang istiqamah...

Assalamualaikum. Salam ceria dan bertemu kembali.

Kali ini aku tak dapat nak bercerita panjang. Cuma hanya info untuk dikongsikan bersama. Jika baik boleh diamalkan untuk kesejahteraan bersama. Jadikan ia sebagai satu amalan yang berterusan. Seterusnya menjadikan ibadah kita dan kehidupan kita lebih ceria dan sihat.

Di sini aku nak kongsi sikit mengenai pemakanan tambahan. Rata-rata ramai yang mengamalkan pemakanan tambahan harian semata-mata untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Ramai juga yang membeli makanan tambahan dari mana-mana penjual makanan kesihatan, baik yang mahal mahupun yang murah harganya. Tapi itu hak masing-masing untuk memilih makanan kesihatan atau makanan tambahan yang disukai.

Tidak kurang juga untuk diri aku sendiri. Apa yang aku amalkan sebenarnya sudah lama dan ia menjadi rutin harian aku mengambil makanan tambahan setiap hari. Rutin aku hanya pagi dan malam sahaja. Manakala makanan kegemaran aku ambil seperti biasa. Walaupun adalah beberapa makanan yang perlu aku kurangkan dan hindari. Tips yang aku nak kongsikan ini sekadar maklumat tambahan. Jadi aku tidak memaksa sesiapa untuk ikut dan amalkan seperti aku. Dan apa yang aku nyatakan di sini memang menjadi amalan aku dan bukannya dengar dari mulut orang lain dan kemudian dihebahkan, walaupun ianya baik. Sekurang-kurangkannya apa yang aku beritahu ini telah pun aku lakukan dan amalkan sekian lama.

Pertama sekali antara makanan yang menjadi perhatian aku adalah Habbatussauda', cuka epal, madu dan minyak zaiton. Semua keempat-empat makanan ini menjadi makanan tambahan aku. Aku amalkannya setiap hari dan semuanya adalah dicampur dan disediakan secara manual.



Jadi apakah khasiat semua makanan tersebut? Banyak khasiat yang baik-baik dan untuk ketahui khasiatnya sila rujuk mana-mana sumber rujukan seperti di internet, buku dan bertanya orang yang lebih mengetahui. Aku tak pandai nak bagitau.

Semua pemakanan ini dicampurkan sekali dan dimakan atau minum terus. Rasanya? Ada tiga rasa. Masam, manis dan berminyak. Cuma agak leceh sikit untuk menyediakannya. Tapi kalau susah nak sediakan semua bahan-bahan ini, beli je yang dah siap semua. Belilah Jus Tok Guru. Semua bahan-bahan ni ada dalam satu botol dan mudah dimakan. Khasiatnya tetap sama dan ianya makanan sunnah. Tapi aku tak pernah makan pun Jus Tok Guru tu. Cuma banyak dapat info dari Radio IKIM.fm je.

Cara penyediaan aku mudah je. Satu sudu madu (sudu pastik), satu sudu cuka epal, setengah sudu habbastussauda' dan satu sudu kecil minyak zaiton. Masukkan dahulu madu dan cuka dalam cawan. masukkan air 3/4 atau nak dekat penuh. Kemudian kacau. Selepas nampak sebati, masukkan minyak zaiton. dan jangan kacau. Kemudian masukkan habbatussauda' dalam mulut dan minum sekali dengan semua air campuran tadi. Sebelum minum selawat 3 kali dan bacalah Bismillah.

Setelah lama aku amalkan dan sentiasa yakin kepada Allah akan berkah khasiat dari apa yang kita amalkan ini, Allhamdulillah rasa banyak perubahan positif. Antaranya kurang letih walaupun penat bekerja sepanjang hari, penawar sakit sendiri dan belakang, fikiran tenang, tekanan darah turun, jantung stabil, kalau demam cepat sembuh, penawar magrain atau sakit kepala yang serius, tidak sesak nafas dan badan stabil atau tidak gemuk, kurangkan kolesterol dan macam-macam lagi yang baik. Ada yang tanya kalau minum minyak zaiton tak bahaya ke sebab ia berminyak? Aku jawab entah. Cari la sendiri khasiatnya dan betul ke ada kolestrol? Kalau aku cerita kang ada yang tak percaya. Sembang je lebih... macam le terer sangat pun... (ayat biasa aku kena maki dulu...).

Apa pun jangan lupa niat satu lagi. Amalkan sebab nak ikut sunnah Rasullullah saw. Tapi ada pulak yang tanya... ada hadis ke? Dalil ke? Betul ke? Jawapan aku sekali lagi, cari la sendiri dan pergi tanya Ustaz atau orang yang ahlinya dalam bidang berkaitan. Apa pun kaedah ini aku amalkan sudah sekian lama dan bukannya baru minggu lepas try. Nanti aku kena maki lagi... sembang je lebih....

Selain itu tiada apa-apa lagi yang aku amalkan dengan seruis cuma ada beberapa petua yang aku gunakan untuk lebihkan lagi power badan. Antaranya seperti banyakkan makan buah-buahan dan makan sebelum makan nasi. Elakkan makan buah selepas makan nasi. Elakkan atau kurangkan minuman bergas. (jangan tanya gas ape...). Banyakkan makan sayur-sayuran. Sayur bendi baik untuk menstabilkan kandungan darah dalam gula dan baik untuk pengidap kencing manis. Buat durian belanda juga baik untuk diamalkan. Banyakkan minum air putih diwaktu siang hari.

Dari sudut minuman? Aku suka minum kopi O. Teh tak minum sebab melemahkan badan aku. Tak kiralah teh ape pun termasuklah teh tarik. Bukan tak ambil langsung, kalau minum sekali dalam sebulan takpe. Aku minum teh tarik pun kalau balik rumah mertua je sebulan sekali. Jadi jangan angggap pulak aku cop teh tu tak baik. Kalau korang nak minum, silakanlah. Cuma aku je tak boleh sebab melemahkan badan dan ianya terbukti secara praktikel. Jadi jangan ada pertikaikan dan maki aku lagi. Sape nak minum teh aku tak larang. Aku minum kopi je walaupun ada yang nasihat aku kopi ade kafen dan sebagainya. Ye betul aku setuju. tapi cuba cek kebaikkannya pulak. Sekian terima kasih.