Translate

Rabu, 19 Disember 2012

Kisah merancang

Assalamualaikum.

Salam ceria.

Di masa aku sedang mencoretkan ayat untuk blog ini, aku sedang terbaring dalam keadaan yang sangat relax dan bersantai. Bukan senang nak dapatkan waktu seperti ini, walaupun aku sendiri pun bekerja di rumah. Tau tau jelah kalau di rumah ni memang macam macam ada. Contohnya seperti tv, katil, sofa dan peti ais. Jadi semua benda yang aku sebut ini memang boleh mendatangkan gangguan semasa bekerja.

Untuk bekerja di rumah bukan satu perkara yang mudah. Bila orang dengar saja bekerja di rumah, mungkin satu perkara yang seronok sebab dapat duduk di rumah sambil bekerja. Ish! Tunggu dulu. Jangan mudah merasa senang. Sebenarnya tidak. Dengan adanya gangguan seperti yang dinyatakan tadi, sebenarnya kerja kita akan menjadi sukar dan menyebabkan tergendala. Lebih lebih lagi kalau yang kata buat kerja sambil tengok tv. Macam best kan?

Aku tak. Sepanjang aku bekerja di rumah lebih 3 tahun ni memang tv tak tengok. Walaupun di malam hari. Peratus untuk aku tengok tv tu lehih kurang 3 peratus saja. Selebihnya buat kerja. Mesti ada yang kata 'ala ruginya...'. Apa nak rugi pulak sebab aku yang pilih cara camtu. So terpulanglah kalau orang lain nak tengok tv pun boleh kalau tak mengganggu tumpuan membuat kerja.

Tak lama lagi dah masuk tahun baru. Azam berazam takde. Cuma aku nak ubah sikit cara kerja aku supaya lebih sistematik lagi. Tujuannya supaya perjalanan kerja aku lebih lancar tanpa sebarang kelam kabut. Dan banyak jugalah perkara yang aku nak rombak.

Jadi aku akan nyatakan apa yang nak aku rombak. Sama ada ianya ada kaitan dengan korang atau tidak, terpulang kepada pemikiran masing masing. Apa pun semua perancangan ini endingnya hanya untuk kebaikan bersama. Walaupun korang rasa rugi, tapi bagi aku ianya sangat positif. Apa yang positifnya? Jawapannya korang kena sabar. Ye sabar. Sabar itulah jawapannya.

Sebelum ini dalam beberapa tahun kebelakangan ini aku pernah menerima beberapa offer atau peluang. Peluang mengembangkan sayap perniagaan dengan lebih jauh. Ada juga yang menyebabkan kerugian kepada pihak pihak tertentu. Itu aku sendiri akui dan aku pun merasai untung rugi sepanjang beberapa tahun sebelum ini. Tapi aku tak ambil hal sebab ketepikan dulu sementara. Dan aku pula banyak terikat dengan beberapa syarikat. Itu berkenaan dengan kerja yang aku buat. Namun begitu, perjalanannya sangat lemah dan nampak macam ntah apa apa. Puncanya datang dari aku juga la. Sebab kelemahan aku menyebabkan banyak perkara tergendala. Tapi puncanya pun aku sudah kenal pasti dan ianya sudah pun menyatakan dari awal awal lagi pada setiap kali berlakunya perbincangan antara dua pihak. Namun aku sangat kecewa sebab korang tak ingat dan tak take note apa yang aku terangkan. Atau pun lupa. Tak ingat dan lupa tu sama je.

Jadi, apa yang aku akan buat? Rombakan. Ye, rombakan, bukan rompakan. Kalau dengan member aku sorang tu asyik nak ajak merompak je. Nak je aku libas helmet kat tulang belakang dia. Pertama sekali aku akan rombak balik segala komunikasi dengan semua syarikat yang ada kepentingan dengan aku. Maknanya aku nak putus semua kepentingan samada secara kekal atau sementara. Tak baik putuskan silaturrahim... ni bukan nak putus saudara la, ni nak close business related je... tepuk dahi tu kang!

Aku merancang untuk melaksanakan pelan strategi bisnes sistematik. Ini belum aku nyatakan dalam semua meeting. Tapi bukan untuk semua meeting sebab... ada syarikat yang akan aku reject terus. Reject sebab membahayakan aku saja... walaupun offer baik dan masyuk tapi ending of the story can make me running into the jungle and jadi tarzan. Sori la, time untuk aku bersopan santun dah habis. Aku nak pencen awal sebab nak jadi gold hunter pulak nanti. Segala kelengkapan alatan rekaan aku dah siapkan dan tunggu masa je. Complete dan takkan aku jual. Bila dah jadi gold hunter nanti aku stop jual metal detector.... ha ha ha.. padan muka korang! Kalau nak, beli la yang komersial punya, lagi bagus dari aku punya. Susah nak jual barang yang kita buat kat orang. Sebabnya, hanya kita je faham apa yang kita buat. Bila sampai kat tangan orang, macam macam yang tak kena dan tak tau guna. So, biarlah aku faham dan guna sorang sorang.

Apa pun lepas ni aku still jual metal detector. Ye masih jual lagi, tapi yang simple punya. Yang sangat kompleks tu aku guna sendiri je. Bagi kat orang pun tak tau guna. Seterusnya nanti ada beberapa produk baru lain. Antaranya seperti alat perawat kulit yang bermasalah, bunga lampu hiasan dan barangan deco. Semua ini aku buat sendiri. Pada masa yang sama juga alat seperti generator elektrik juga akan dihasilkan dan juga portable charger untuk handphone dan tab akan berada di pasaran untui versi buatan Malaysia.

Namun kedua dua alat ini masih 50 50 untuk diberi hak pengilangan kepada syarikat luar dan aku terima royalty je setiap bulan atau aku jalankan sendiri. Apa yang menjadi masalah sekarang ini adalah ruang masa yang singkat untuk memberi tumpuan sepenuhnya dengan banyak perkara.

Apabila hal kewangan terganggu, segala perjalanan perancangan akan terganggu juga. Itu belum lagi dicampur dengan masalah masalah lain yang belum diketahui. Jadi, masa adalah menentu segalanya ianya berjaya atau tidak. Timbulnya masalah lain menyebabkan masa akan terganggu. Masa menjadi lebih lama dan istilah tidak tepati masa akan terkeluar dari mulut pihak tertentu.

Aku lebih utamakan hal yang berkaitan dengan R&D. Jadi, untuk penghasilan pula aku lebih suka berikan kepada orang untuk uruskan. Begitu juga pada bahagian marketing. Cuma kini semuanya aku yang uruskan. Bermula dari A sampailah ke Z, akulah orangnya yang memberi tumpuan 100 peratus. Ini memberikan kebaikan dan keburukan pada aku juga. Korang mesti tau dan boleh berfikir.

Oleh itu, mula tahun depan yang tak lama lagi, aku tekat memberi tumpuan kepada satu syarikat sahaja. Syarikat lain biarlah orang lain uruskan. Follow belakang aku je. Segala keputusan aku tentukan. Apa pun yang keluar dari mulut aku, semuanya muktamat. Aku tak mampu untuk berlembut lagi.

Begitu juga hal pelanggan. Sudah lebih 5 tahun aku berurusan dengan pelbagai pelanggan. Macam macam gaya, macam macam peel, macam macam karenah. Tapi aku tak salahkan mereka. Itu hak mutlak mereka. Cuma dalam ramai ramai tu ada juga yang pelik dan ntah apa apa. So, aku terima sebagai pengalaman dan memori terindah (cewah...). Ada yang biasa biasa, ada yang luar biasa, ada yang dikenali ramai, ada yang cerewet,  ada yang gelabah, ada yang baik budi pekerti, ada yang bercakap kasar, ada yang dari luar negara, ada yang malu malu, ada yang tak tau malu, ada yang terlalu muda, ada yang sangat tua, ada yang cerdik, ada yang kosong, ada yang bayar tapi tak datang ambik, ada yang dah ambik tapi tak bayar, ada yang dah tempah tapi tak ambik, ada yang tak tempah tapi tetiba datang ambik, ada yang cancel ambik, ada yang beli berulang kali, ada yang black list aku, ada yang suka sangat kat aku, ada yang maki aku, ada yang somebody, ada yang janji manismu, ada yang kata aku pun janji manismu, ada yang kelakar, ada yang serius, ada melayu, ada cina, ada india, ada banggali, ada bangla, ada arab, ada lelaki, ada perempuan, ada campur, ada yang nak bunuh aku kalau jumpa pun ada dan macam macam ada....

Semuanya aku berserah diri kepada Allah segala galanya. Aku hanya berdoa, berusaha dan berserah. Segala yang baik datang dariNya. Yang buruk datangnya dari diri aku sendiri.

Khamis, 4 Oktober 2012

Pemakanan sunnah yang istiqamah...

Assalamualaikum. Salam ceria dan bertemu kembali.

Kali ini aku tak dapat nak bercerita panjang. Cuma hanya info untuk dikongsikan bersama. Jika baik boleh diamalkan untuk kesejahteraan bersama. Jadikan ia sebagai satu amalan yang berterusan. Seterusnya menjadikan ibadah kita dan kehidupan kita lebih ceria dan sihat.

Di sini aku nak kongsi sikit mengenai pemakanan tambahan. Rata-rata ramai yang mengamalkan pemakanan tambahan harian semata-mata untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan. Ramai juga yang membeli makanan tambahan dari mana-mana penjual makanan kesihatan, baik yang mahal mahupun yang murah harganya. Tapi itu hak masing-masing untuk memilih makanan kesihatan atau makanan tambahan yang disukai.

Tidak kurang juga untuk diri aku sendiri. Apa yang aku amalkan sebenarnya sudah lama dan ia menjadi rutin harian aku mengambil makanan tambahan setiap hari. Rutin aku hanya pagi dan malam sahaja. Manakala makanan kegemaran aku ambil seperti biasa. Walaupun adalah beberapa makanan yang perlu aku kurangkan dan hindari. Tips yang aku nak kongsikan ini sekadar maklumat tambahan. Jadi aku tidak memaksa sesiapa untuk ikut dan amalkan seperti aku. Dan apa yang aku nyatakan di sini memang menjadi amalan aku dan bukannya dengar dari mulut orang lain dan kemudian dihebahkan, walaupun ianya baik. Sekurang-kurangkannya apa yang aku beritahu ini telah pun aku lakukan dan amalkan sekian lama.

Pertama sekali antara makanan yang menjadi perhatian aku adalah Habbatussauda', cuka epal, madu dan minyak zaiton. Semua keempat-empat makanan ini menjadi makanan tambahan aku. Aku amalkannya setiap hari dan semuanya adalah dicampur dan disediakan secara manual.



Jadi apakah khasiat semua makanan tersebut? Banyak khasiat yang baik-baik dan untuk ketahui khasiatnya sila rujuk mana-mana sumber rujukan seperti di internet, buku dan bertanya orang yang lebih mengetahui. Aku tak pandai nak bagitau.

Semua pemakanan ini dicampurkan sekali dan dimakan atau minum terus. Rasanya? Ada tiga rasa. Masam, manis dan berminyak. Cuma agak leceh sikit untuk menyediakannya. Tapi kalau susah nak sediakan semua bahan-bahan ini, beli je yang dah siap semua. Belilah Jus Tok Guru. Semua bahan-bahan ni ada dalam satu botol dan mudah dimakan. Khasiatnya tetap sama dan ianya makanan sunnah. Tapi aku tak pernah makan pun Jus Tok Guru tu. Cuma banyak dapat info dari Radio IKIM.fm je.

Cara penyediaan aku mudah je. Satu sudu madu (sudu pastik), satu sudu cuka epal, setengah sudu habbastussauda' dan satu sudu kecil minyak zaiton. Masukkan dahulu madu dan cuka dalam cawan. masukkan air 3/4 atau nak dekat penuh. Kemudian kacau. Selepas nampak sebati, masukkan minyak zaiton. dan jangan kacau. Kemudian masukkan habbatussauda' dalam mulut dan minum sekali dengan semua air campuran tadi. Sebelum minum selawat 3 kali dan bacalah Bismillah.

Setelah lama aku amalkan dan sentiasa yakin kepada Allah akan berkah khasiat dari apa yang kita amalkan ini, Allhamdulillah rasa banyak perubahan positif. Antaranya kurang letih walaupun penat bekerja sepanjang hari, penawar sakit sendiri dan belakang, fikiran tenang, tekanan darah turun, jantung stabil, kalau demam cepat sembuh, penawar magrain atau sakit kepala yang serius, tidak sesak nafas dan badan stabil atau tidak gemuk, kurangkan kolesterol dan macam-macam lagi yang baik. Ada yang tanya kalau minum minyak zaiton tak bahaya ke sebab ia berminyak? Aku jawab entah. Cari la sendiri khasiatnya dan betul ke ada kolestrol? Kalau aku cerita kang ada yang tak percaya. Sembang je lebih... macam le terer sangat pun... (ayat biasa aku kena maki dulu...).

Apa pun jangan lupa niat satu lagi. Amalkan sebab nak ikut sunnah Rasullullah saw. Tapi ada pulak yang tanya... ada hadis ke? Dalil ke? Betul ke? Jawapan aku sekali lagi, cari la sendiri dan pergi tanya Ustaz atau orang yang ahlinya dalam bidang berkaitan. Apa pun kaedah ini aku amalkan sudah sekian lama dan bukannya baru minggu lepas try. Nanti aku kena maki lagi... sembang je lebih....

Selain itu tiada apa-apa lagi yang aku amalkan dengan seruis cuma ada beberapa petua yang aku gunakan untuk lebihkan lagi power badan. Antaranya seperti banyakkan makan buah-buahan dan makan sebelum makan nasi. Elakkan makan buah selepas makan nasi. Elakkan atau kurangkan minuman bergas. (jangan tanya gas ape...). Banyakkan makan sayur-sayuran. Sayur bendi baik untuk menstabilkan kandungan darah dalam gula dan baik untuk pengidap kencing manis. Buat durian belanda juga baik untuk diamalkan. Banyakkan minum air putih diwaktu siang hari.

Dari sudut minuman? Aku suka minum kopi O. Teh tak minum sebab melemahkan badan aku. Tak kiralah teh ape pun termasuklah teh tarik. Bukan tak ambil langsung, kalau minum sekali dalam sebulan takpe. Aku minum teh tarik pun kalau balik rumah mertua je sebulan sekali. Jadi jangan angggap pulak aku cop teh tu tak baik. Kalau korang nak minum, silakanlah. Cuma aku je tak boleh sebab melemahkan badan dan ianya terbukti secara praktikel. Jadi jangan ada pertikaikan dan maki aku lagi. Sape nak minum teh aku tak larang. Aku minum kopi je walaupun ada yang nasihat aku kopi ade kafen dan sebagainya. Ye betul aku setuju. tapi cuba cek kebaikkannya pulak. Sekian terima kasih.

Isnin, 6 Ogos 2012

Aktiviti luar dan dalam.


Assalamualaikum. Salam ceria. Salam bersua kembali setelah lama menghilangkan diri dan terlalu lama tidak update blog.

Pada kali ini aku nak bercerita sedikit susulan daripada cerita-cerita dari blog aku yang pernah ujud seperti blog produk kreatif dan blog aktiviti pencarian.

Kisah bermula apabila aku merasakan sudah masanya untuk aku melaksanakan rancangan perubahan kepada produk terlaris aku iaitu metal detector atau alat pengesan logam.

Sebenarnya sudah cukup lama aku menantikan bilakah tiba masa untuk aku bikin satu detector yang lebih baik dan sangat berguna. Aku tak mahu kalau ada orang yang mengadu produk aku ada masalah serius dengan cara memaki hamun dan seumpamanya. Ia secara tidak langsung menciptakan satu situasi yang cenderung kearah negatif. Bila dah jadi negatif, pelbagai perasaan negatif juga timbul. Dan juga kerja boleh jadi tertangguh.

Disebab ada seorang pelanggan yang berkehendak sangat untuk membeli detector yang berkemampuan untuk mengesan logam dalam tanah sehingga dua meter, jadi aku menjadi tercabar dan didesak. Akhirnya keputusan telah dibuat untuk aku meneruskan desakan itu. Dalam tempuh yang lama aku mengambil masa untuk menghasilkan detector baru yang lebih baik. Sebelum ini pelan detector baru aku renungkan setiap masa dan di dalam hati selalu membisikkan ayat tidak mampu untuk menghasilkannya.

Telah ramai ahli fikir berkata niat seseorang di dalam hati boleh menjadi doa yang termakbul. Jadi sama juga kesnya kepada aku. Bila selalu kata tidak, maka tidaklah yang aku dapat. Kini setelah didesak dan tiada pilihan lain, akhirnya aku lakukan juga. Untuk bermula bukan satu hal yang mudah. Tapi setelah bermula, terasa satu cabaran dan keseronokan.

Pendekkan cerita aku berjaya menghasilkannya setelah melalui pelbagai kesukaran. Rahsianya adalah sentiasa tekun.

Ahad, 5 Ogos 2012

Aktiviti Semasa Sebelum Ini


Assalamualikum. Salam ketemu lagi.

Baru-baru ni aku terlalu sibuk dengan macam-macam tugasan yang perlu dan wajib untuk diselesaikan. Tapi selalunya apa yang kita rancang atau laksanakan bukannya sempurna. Maknanya bukanlah dapat diselesaikan dengan jayanya. Pasti ada cacat celanya.

Apa yang pasti perancangan Allah adalah Maha sempurna. Jadi aku tak bleh nak anggap apa yang aku lakukan apa-apa tugasan adalah sempurna tanpa menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Begitu juga dengan niat setiap kali melakukan kerja. Kerja yang tidak diniatkan kerana Allah maka kerja tesebut diberkati Allah. Begitu juga dengan mengucapkan Bismillah setiap kali melakukan kerja.

Apa yang berlaku terutama terima kesukaran, aku terimanya dengan positif. Bagi aku Allah ingin menunjukkan sesuatu kepada kita dengan memberikan kesukaran atau pun kesenangan. jadi dengan bersangka baik, hati kita akan tenang tanpa perlu merungut-rungut atau memaki hamun setiap kali kesukaran atau musibah yang dapat.

Hampir dua minggu aku menguruskan hal-hal berkenaan dengan urusan TNB dan Syabas. Nak settle kemasukan bekalan air dan karen pada kilang kat Sungai Chua. Ada orang nak sewa. Asalnya memang tiada bekalan air dan karen disambung sebab kosong dan tidak digunakan hampir 15 tahun. Kali ini baru nak mohon sambung semula. Jadi lepas ni kilang aku sudah ada jiran baru.

Aku pula on and off berada di kilang. Aku banyak habiskan masa berada di lab sendiri di rumah. Banyak habis masa buat R&D. Apa pun aku puas dan masih dalam urusan membuat permohonan dana dari Cradle dan status terkini masih bersoalan jawab dengan pelbagai soalan dari Cradle. Cradle kata idea aku sudah ada orang uat dan beri bukti sekali. Aku pula sangkal balik dan bagitau idea yang berbeza dari mana-mana idea yang diberitahu. Jadi begitulah keadaannya sampai sekarang. Harap dapat selesaikan dengan cepat. Mohon pada Allah.

Tak kala member sebaya ramainya sibuk bekerja, tidak kurangnya aku. Walaupun kerja di rumah, tapi sibuknya macam buat projek RM8 juta je. Ada kalanya sampai tengah malam dan awal pagi masih lagi buat kerja. Walaupun pulangan tidak seberapa tapi syukur Alhamdulillah. Jika ada lebih tu dapat la bersedekah.

Khamis, 17 Mei 2012

Team Baru

Assalamualikum. Salam ceria dan bertemu kembali.

Baru-baru ini aku telah menghadiri satu taklimat mengenai permohonan geran di bawah pembiyaan kerajaan yang boleh dimohon. Namun dalam taklimat tersebut banyak ditekankan kaedah yang betul dan sesuai untuk permohonan geran. Aku sebenarnya telah lama dalam permohonan geran di bawah program Cradle daripada dana MOF.

Rasanya sudah hampir setahun permohonan tersebut. Tapi biasanya jika berlaku kelewatan ini, kita mungkin dapat agak. Tambahan pula borang permohonan dikembalikan berserta dengan banyak soalan yang perlu dijawab.

Seperti yang aku jangkakan, permohonan tersebut memang bermasalah. Aku sendiri bertanya kepada pegawai Cradle semasa di salah satu karnival di Mid Valley sebelum ini. Apa pun semua soalan telah dijawab. Tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan. Jadi aku anggap permohonan tidak berjaya. Bukan patah semangat tapi aku nak tukar cara lain pula.

Aku simpan idea produk tersebut. Tapi kini satu idea produk lain pula muncul. Cuma kali ini aku hasilkan dengan prototaip sekali. Baik model yang kecil mahu pun pada saiz yang sebenarnya. Kali ini aku cuba bawa keluar dari lorong syarikat aku sendiri. Pada waktu yang sama dan kebetulan pula satu team baru telah muncul. Kali ini team baru nampak lebih bersemangat dan lebih teratur. Memang aku berpuas hati buat masa itu. Apa yang penting team marketing menampakkan keterujaannya. Ianya satu saat yang sangat dinantikan. Alhamdulillah akhirnya nampak hala tujunya. Apa yang membezakan team lama dengan yang baru adalah perancangan rapi serta dengan hala tuju yang sangat jelas.

Bahagian aku lebih kepada bahagian penghasilan produk. Yang mana aku tidak tertumpu kepada tugasan lain seperti akaun, perbelanjaan, promosi, hal koperat dan kebajikan pekerja. Cuma aku perlu tahu sepintas lalu hal kesemuanya tanpa mengganggu kerja bahagian aku.

Apa pun terima kasih atas kepercayaan semua terhadap aku.

Selasa, 27 Mac 2012

Perihal produk aku

Assalamualaikum. Salam ceria. Salam jumpa lagi.

Minggu yang sangat sibuk dengan pelbagai urusan dan kerja. Baik kerja rasmi mahu pun kerja-kerja dalam keluarga. Semua itu adalah penting.

Buat masa ini aku agak bertungkus lumus dengan menyiapkan beberapa model metal detector yang aku nak guna untuk aktiviti aku selepas ini. Beberapa tempat telah dikenalpasti dan hanya tunggu untuk terjah saja.

Kali ini aku gerak solo tetapi bersama dengan beberapa orang lain sebagai pembantu yang tidak tetap bagi setiap waktu.

Pada masa yang sama juga aku sedang mengatur semula jadual dan perancangan agar lebih teratur dan berjaya, Insyaallah. Dengan adanya alat bantu yang boleh menguruskan pelbagai kerja dan tugasan aku yang makin banyak. Oleh itupada masa akan datang nanti kerja aku ini akan bergerak dengan teratur. Itulah perancangan nama. Seterusnya aku berserah diri pada Allah.

Oklah. Kita ketemu lagi pada post akan datang. Salam....

Selasa, 13 Mac 2012

Tukar jadual baru

Assalamualikum. Salam jumpa lagi dalam blog ini.


Memang sudah terlalu lama aku tidak update pos untuk blog ini. Namun bukan setakat blog ini saja tapi termasuk juga untuk blog-blog yang lain. Agaknya sebab apa ye?


Terlalu banyak alasan yang hendak diberikan tapi semuanya hanya alasan semata-mata. Kini aku kembali sekali lagi dan cuba untuk kembali.


Selamat kembali untuk aku.


Salam.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 18 Januari 2012

Kebaikan di dalam Habbatus Sauda

Siapa yang boleh nafikan kebaikan di dalam Habbatus Sauda yang boleh di dapati dalam pelbagai bentuk persediaan makanan. Terutama sekali untuk makanan kesihatan. Ia bukan sekadar sumber ubat malah sebagai makan tambahan untuk menjaga kesihatan badan bagi pengamalnya.

Habbatus Sauda atau jintan hitam ini sudah lama digunakan beribu-ribu tahun lamanya dan amat popular pada zaman piramid Mesir dahulu. Jadi kini bukan punca dari orang kat piramid dulu mengamalkan jintan hitam yang menyebabkan kita ikut juga mengamalkannya tetapi atas dasar kebaikan dari jintan hitam ini.

Sesungguhnya Allah menjadikan Habbatus Sauda ini untuk umat manusia menggunakannya sebagai jalan kebaikan kepada kesihatan manusia. Aku sendiri pun sudah lama mengamalkannya. Untuk mengekalkan kesihatan dan mencegah dari pelbagai penyakit.