Salam semua. Nampak gayanya puasa kita sudah melalui semester kedua dan makin hampir ke semester ketiga pula. Terlalu cepat masa berlalu dan terasa amat sayang sekali kerana har-hari Ramadhan semakin berkurang bilangannya. Jika korang merebut peluang untuk beribadat bersungguh-sungguh di bulan Ramadhan ini ianya adalah usaha yang sangat disukai Allah dan layak menerima ganjaran yang besar.
Aku seperti ini juga. Aktiviti pada bulan Ramadhan ini kurang aktif berbanding hari-hari lain. Tetapi tugas tetap jalan juga. Baru-baru ini barang yang aku order yang hampir sebulan sudah sampai. Kalau ikutkan item-item yang aku terima bukanlah susah nak dapat tetapi masa yang aku terima ini terlalu lama sangat. Sehinggakan mengganggu jadual kerja aku dan juga menyebabkan banyak perkara terganggu.
Jadi apabila barang-barang ini telah dapat, masalah lain pula timbul. Tiada tempat untuk meletak dan menyimpan barang-barang ini. Untuk sementara aku letak dalam lab. Setelah selesai susun dalam lab, rupanya tak ubah seperti stor. Maknanya amat susah untuk bergerak sebab barang yang banyak menyebabkan ruang menjadi sempit. Nak tunggu lab baru siap, tak tau bila pulak? Banyak perkara berkaitan dengan urusan dokumen syarikat dan masalah urusan pengaturan syarikat masih belum selesai sehingga mengganggu jadual perancangan aku. Terima kasih kepada beberapa pelabur yang memahami dan setia mengikuti perkembangan projek aku. Yang lain tu terpaksalah aku guna wang simpanan peribadi untuk pembayaran balik nanti sebab dah over due walaupun production masih belum bermula kerana masalah lokasi yang masih dalam proses.
Produk terbaru akan keluar tetapi maaf jelah sebab memang korang tak nampak pun produk tu sebab tidak diwar-warkan di sini. Ini sebab perjanjian dengan pelabur. Melainkan pelabur itu sendiri nak aku promosikannya. Apa pun aku tak kisah dan aku ni suka berlembut (tapi jangan ingat aku ni lembik pulak.. huhuu).
Lepas raya ni mungkin jadual agak padat sebab dah mula buat kursus rekacipta elektronik. Kepada Bro Jimi, minta tolong uruskan perkara ini dan banyak-banyak terima kasih kerana berusaha menjayakannya. 25 persen..... huhuhuu....
My partner aku sorang lagi ni ajak aku sertai siri realiti tv berkaitan dengan rekacipta inovasi yang akan keluar tak lama lagi di tv. Berminat sungguh dia nak aku masuk. Aku pun entah la. Macam kurang berminat. Jadi aku suruh la dia yang masuk. Nanti aku bagi la projek apa yang boleh dia tunjukkan nanti. Untung-untung dapat dalam 5 finallist pun dah ok dah. Boleh la tumpang glamour... jika diizinkan....
Translate
Jumaat, 27 Ogos 2010
Sabtu, 21 Ogos 2010
Jadual padat tetapi tetap relax
Dalam bulan Ramadhan ini aku menempuhi jadual yang agak padat tetapi masih boleh relax dan ade masa untuk tidur sekejap di siang hari. Kepenatan menjalani ibadah puasa di siang hari membuatkan aku terasa letih dan lesu. Ditambahkan pula dengan kerja-kerja yang banyak menggunakan kepala otak. Tiada fomular saintifik untuk aku kekal cergas dan bertenaga melainkan tidur atau rehat sekejap. Apa pun syukur kerana masih dapat tunai ibadat solat terawih dan solat berjemaah yang lain walaupun sibuk kerja.
Seperti yang ustaz-ustaz yang telah banyak kali memberi tazkirah mahupun ceramah mengenai tanggungjawab kita dalam mengerjakan ibadah walaupun dalam apa juga keadaan sekali pun. Tiada alasan untuk kita lari dari tanggungjawab tersebut. Apa pun kita adalah hamba Allah yang sepatutnya tunduk kepada arahan dan suruhanNya. Lakukan apa yang disuruh dan hindarkan apa yang ditegah. Insyaallah berbahagialah hidup di dunia dan akhirat. Itulah janji Allah kepada hamba-hambanya yang beriman.
Bulan puasa ini tidak bermakna aku kena duduk dalam lab atau rumah sebab tak nak rasa penat kerana berpuasa. Tidak kisahlah di mana kita duduk sekali pun. Penat atau letih itu kita boleh rasainya juga. Duduk di rumah saja pun boleh rasa penat malah rasa lapar yang cepat. Begitu juga jika kita lakukan kerja di luar dan melakukan kerja dengan penuh penghayatan sehinggakan tidak rasa lapar atau dahaga yang keterlaluan. Ianya adalah benar kerana aku dahulu pernah menghadapinya. Kebetulan pula masa itu aku kerja sebagai pemotong rumput kontrak. Agak-agaknya la, mesti ada yang fikirkan orang kerja-kerja berat seperti itu tidak mampu untuk berpuasa kan? Ya memang betul tetapi tidak semua. Puasa bukanlah alasan untuk kita tidak melakukan kerja berat.
Apa yang aku boleh bandingkan antara kerja berat dengan kerja yang banyak menggunakan akal fikiran adalah, kerja yang menggunakan akal fikiran adalah lebih cepat penat dan memerlukan rehat yang mencukupi pada bulan puasa ini. Inilah yang aku lalui dan rasai. Jadi bagaimana pula kerja yang menggunakan kedua-dua kuderat pula? Korang fikirlah sendiri....

Rabu, 11 Ogos 2010
Selamat menyambut Ramadhan
Salam Ramadhan kepada semua. Nampaknya bulan puasa sudah pun tiba. Cepat benar masa berlalu. Tempoh masa yang terlalu cepat dan pendek. Apa pun aku ucapkan selamat datang kepada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Rugi kepada sesiapa yang tidak merebut peluang mencari pahala sebanyak-banyaknya. Sama-samalah kita usahakannya.
Bila tiba bulan puasa ini, macam-macam yang ada. Pasar Ramadhan la, jualan murah sana sini la dan macam-macam lagi. Bagi aku semua itu biasa je sebab setiap tahun memang macam tu. Cuma tahun ni makanan untuk berbuka puasa kena control dan tukar cara pemakanan yang lebih baik untuk kesihatan tubuh badan. Seperti setiap tahun, menu bubur lambuk Taman Mesra Kajang memang tak miss. Hari-hari ade. Tapi takde la makan hari-hari. Ada hari tertentu je.
Syukur sebab Ramadhan sudah tiba. Aku harap bulan puasa ni masalah kesihatan aku dapat dikurangkan dan berharap sangat penderitaannya akan hilang. Ambil barakah dan kebaikan dari bulan Ramadhan, Insyaallah.
Pada bulan puasa ni juga, jadual kerja aku telah berubah dan banyak dilonggarkan. Hanya banyak buat kerja-kerja production berbanding kerja R&D. Sebabnya kerja R&D banyak guna tenaga pada bahagian otak, jadi badan aku cepat lemah. Jika tidak, mungkin kerja R&D dibuat sebelah malam selepas solat terawih.
Selamat menjalani ibadah puasa. Puasa tu puasa juga... solat 5 waktu jangan lupa. Wajib tu dan berdosa besar kalau ditinggalkan dan puasa pun takde makna. Salam Ramadhan. :-)

Jumaat, 6 Ogos 2010
Jaga pemakanan untuk kesihatan
Untuk menjaga kesihatan badan berpanjangan dan sentiasa berada dalam keadaan bertenaga, salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan setiap hari. Kita akan makan setiap hari apabila lapar dan pemakanan kita pula mengikut rutin harian. Mengenai hal pemakanan ini aku memang lebih mengutamakannya dan ianya penting. Tujuannya adalah untuk menjaga kesihatan badan agar badan aku tidak cepat penat dan lesu.
Cara yang terbaik adalah cara pemakanan mengikut sunnah Rasullullah s.a.w. Ikut sunnahnya, Insyaallah akan berguna untuk diri kita. Dapat pahala, kesihatan kita terjamin. Nabi telah ajar dan tunjukkan cara pemakanan yang betul dan adap makan yang baik. Pada ajaran Nabi, pemilihan dan susunatur jenis makanan juga perlu betul bagi menjamin penghadaman yang sempurna. Ianya seperti kombinasi ikan, daging, ayam dan susu yang mana semuanya tidak sesuai dimakan sekali dalam satu hidangan kita. Kepala ikan dielakkan makan kerana terdapat satu urat pada bahagian kepala ikan apabila kita makan boleh menyebabkan kita menjadi pelupa. Dan banyak lagi yang perlu kita ketahui. Untuk mempelajarinya, rajin-rajinlah tanya ulama-ulama yang arif mengenai hal ini. Insyaallah hidup kita akan diberkati Allah. Kesihatan terjamin dan ibadah kita berjalan dengan lancar.
Memang dahulunya aku selalu macam tu, selalu penat dan lesu setelah buat kerja berat melibatkan urusan berfikir dan menjana idea. Tapi sejak melakukan kerja yang mencabar ini, setelah mengambil pemakanan yang betul dan teratur, Alhamdulillah, kelesuan secara mendadak sudah tiada lagi. Apabila badan lesu dan cepat penat, urusan kerja akan terganggu. Jika ini berlaku, biasa aku memang tak boleh buat kerja.
Jadi apakah makanan yang selalu aku ambil setiap hari, minggu, bulan dan tahun? Aku makan seperti orang biasa juga. Tiada apa yang istimewa seperti perlu banyak berpantang. Cuma tukar kelas pemakanan dan sedikit tambahan pemakanan saja. Hari-hari aku makan nasi. Cuma lauk saja yang aku perlu kawal. Bagi korang, tidak perlu ikut cara ini sebab cara pemakanan aku ini mengikut keserasian badan aku saja. Makanan seperti ayam, sea food, kekacang dan adalah yang lain-lainnya aku perlu elakkan atau kurangkan. Bukan bermakna tidak boleh makan, tetapi tidak berapa sesuai. Yang bagus untuk aku adalah daging kambing, susu, telur, sayur-sayuran (amaun yang banyak), pisang dan beberapa lagi. Semua senarai tadi adalah kelas yang sesuai untuk diri aku dan itulah yang aku makan selalu (bukan setiap hari).
Makanan tambahan lain setiap hari adalah Ginko Biloba, susu kambing, pati halia dan pisang. Makanan ini bagus untuk diri aku bagi mengekalkan tenaga minda dan menguatkan sistem saraf. Amalan ini bukan baru-baru ini aku amalkan, tetapi sudah lama sejak aku pernah mengalami masalah saraf dan masalah denyutan jantung peringkat awal. Alhamdulillah, setelah mengamalkan cara pemakanan yang betul, masalah lama yang pernah aku alami dahulu, sudah tiada malah bertambah sihat.
Jadi, untuk korang aku tak berani nak nasihat makan makanan itu ini atau seperti yang aku amalkan sekarang. Sebabnya kelas darah kita lain-lain (bukan kelas darah orang kaya, orang miskin, tapi kelas darah A, B, AB dan sebagainya) dan perlu bersesuaian dengan aktiviti harian kita.
Rabu, 4 Ogos 2010
Aku minta maaf
Assalamulaikum. Salam hormat dan salam 1 Malaysia.
Bulan Ramadhan akan datang tidak lama lagi. Jadi eloklah kita bersiap sedia untuk menghadapinya dengan hati yang penuh dengan kesyukuran. Pastinya pelbagai rancangan telah pun disusun atur menjelang Ramadhan nanti terutama sekali kepada para peniaga-peniaga pasar Ramadhan. Tidak ketinggalan juga kepada kita yang seharusnya bersedia dari semua aspek rohani dan jasmani. Apa yang penting adalah amalan sepanjang bulan puasa nanti.
Pada aku sendiri sebenarnya banyak perkara yang perlu aku rancang dan buat. Terutama sekali pada kerja aku. Banyak perubahan yang perlu aku buat kerana perancangan sebenar telah banyak terpesong dari keadaan sebenarnya. Begitulah khabarnya banyak terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang sememangnya tidak dapat dielak.
Aku sebagai manusia yang hanya tahu merancang tetapi Allah jua yang sebenar-benarnya Maha Mengetahui baik dan buruknya. Selain dari berusaha melakukannya setiap masa, adakalanya tidak semua yang kita mahukan akan tercapai. Pengalaman lalu menjadi sumber inspirasi dan mengajar aku selok-belok kehidupan. Bukan takdir yang perlu dipersalahkan tetapi diri kita sendiri yang menjadi punca dan penyebab.
Ikut pada kertas kerja yang aku buat awal tahun ini sebenarnya kedudukan aku pada masa kini sudah berada di tahap yang terakhir. Di mana pengeluaran telah berjalan. Namun tiada alasan yang boleh aku buat melainkan jika menyalahkan orang lain yang menjadi penyebabnya. Tapi apalah hak aku untuk menuding jari atas apa yang telah berlaku. Yang terjadi tetap akan terjadi. Bermakna bukanlah aku berhenti di situ dan memikirkan kenapa ianya berlaku. Sampai bila pun tak habis.
Kini aku menyusun rancangan baru bersesuaian dengan kelewatan yang sedang berlaku. Jadi aku perlu memahami situasi sekarang yang aku hadapi. Bagi orang lain alasan aku ini bukanlah masalah mereka. Walaupun itulah sebenarnya berlaku. Seperti yang lalu-lalu, aku perlu bersabar seperti biasa. Dan aku minta maaf jika janji yang pernah aku katakan tiba-tiba berubah serta-merta. Minta maaf aku kepada semua para pelabur atas kelewatan ini. Puncanya adalah tempat R&D dan tempat untuk produksi masih belum siap dan masih dalam proses renovasi dan pengurusan pihak berwajib. Apakan daya, ianya bukan atas kuasa aku, melainkan aku sentiasa mendesak supaya dipercepatkan.
Bulan puasa makin hampir. Dalam perancangan produksi sepatutnya sudah bermula sebelum menjelang Ramandhan. Barang-barang yang dipesan juga masih belum sampai-sampai lagi atas alasan kelewatan penghantaran dari Hong Kong, Taiwan dan sebagainya lagi. Insyaallah pada awal puasa barang-barang akan sampai dan boleh digunakan untuk R&D. Jadi, untuk bulan puasa ni, aku terpaksa kurangkan aktiviti berfikir yang keterlaluan seperti sekarang dan sebelumnya. Ini mengelak dari badan aku yang cepat letih dan lesu. Tau-tau jelah, kalau aku buat kerja yang memerlukan pemerahan otak, badan aku cepat letih dan untuk kekal segar aku akan banyak minum air dan makan makanan tenaga. Jadi, untuk bulan puasa nanti, aku kena kurangkan aktiviti tersebut dengan memperbanyakkan aktiviti amali seperti penyediaan produk. Begitu juga dengan pembantu aku yang akan bekerja di lab dia sendiri yang baru dibuat. Ini memastikan kerja masih bergerak walaupun pada suasana tempat yang berlainan.
Selamat menyambut bulan Ramadhan...

Langgan:
Catatan (Atom)