Translate

Sabtu, 14 Mac 2009

Satu penyelesaian

Pernah tak dengar atau ketahui satu cerita mengenai kambing di dalam kotak? Ya kambing dalam kotak. Kalau tak nak kambing, anak kucing pun boleh.

Seorang budak telah menyuruh seorang lelaki dewasa untuk melukiskan satu gambar kambing biri-biri untuk budak itu. Atas permintaan budak itu, lelaki tersebut cuba melukis gambar biri-biri yang diminta. Setelah siap lukis lelaki tadi memberikan gambar yang dilukis kepada budak itu tadi. Setelah melihat gambar biri-biri yang dilukis, budak tadi tak berpuas hati dengan mengatakan lukisan tersebut tidak serupa dengan gambar kambing biri-biri idamannya.

Kemudian lelaki tadi melukiskan semula gambar biri-biri supaya gambar kedua yang dilukiskan itu akan memuaskan hati budak itu tadi. Namun sama juga hasilnya sehingga lelaki itu melukisnya berpuluh-puluh kali sehinggakan budak itu mendesaknya untuk melukis dengan sebenar-benar gambar kambing biri-biri yang diminta. 

Nak ditolak permintaan budak tu tak boleh pulak sebab budak tu mendesak sangat. Nak dilukis dah la tak pandai lukis. Jadi setelah berpuluh-puluh kali melukis asyik tak jadi saje, lelaki tadi dapat satu idea. Dia melukis satu kotak seperti macam yang aku lukiskan ni. Kemudian lelaki tersebut memberikan pada budak itu. Budak tu lagilah bengang. Gambar kambing biri-biri yang diminta, gambar kotak pulak yang dilukis. Untuk pengetahuan semua, budak itu memang minat dengan kambing biri-biri sebab tu dia suruh orang lukis gambar kambing biri-biri.

Budak itu bertanya kenapa lelaki tu lukis gambar kotak yang ada lubang? Lelaki tu jawab 'kambing biri-biri tu ada dalam kotak tu'. Budak itu seronok sekali kerana kambing biri-biri yang dia minat tu ada dalam kotak yang lelaki tu lukis. Lelaki tadi rasa selamat dan tak perlu lukis berulang kali lagi. Disebabkan budak tu banyak tanya, maka lelaki tu ceritalah perihal kambing biri-biri tu sehinggalah budak tu rasa benar-benar puas hati walaupun dia tak nampak pun kambing biri-biri dalam kotak tu. Semua ciri-ciri kambing biri-biri yang diidamkan tu benar-benar ada walaupun ia berada dalam kotak yang dilukiskan saje.

Ini cerita lama. Tapi aku teringat-ingat sampai sekarang. Sebabnya ada sesuatu yang tersembunyi di dalam cerita itu tadi. Aku ingatkannya sebagai satu panduan hidup. Jangan tanya aku kenapa. Korang fikirlah sendiri. Aku cuma nak kongsi cerita je.