Translate

Jumaat, 13 Mac 2009

Ada tersirat di balik tersurat

Baru-baru ini banyak betul perkara yang tidak diingini berlaku ke atas aku. Tapi aku tak kisah dan anggap ianya sebahagian dari cabaran dan dugaan hidup. Bagi aku itulah guru aku sekarang. Tapi bila difikirkan dari apa yang berlaku banyak datang dari kekuatan minda aku sendiri. Jika tumpuan minda sudah terpesong kepada sesuatu yang buruk, maka banyaklah berlaku perkara yang buruk. Jadi aku tidak boleh salahkan takdir jika aku tidak lihat pada diri aku sendiri.

Dulu masa sekolah dulu aku memang aktif dengan persatuan dan juga kelab-kelab. Jadi apa yang aku sertai pasti ada jawatan yang aku sandang. Paling cikai pun jadi AJK je. Dipendekkan cerita aku pernah menjawat jawatan presiden Kelab Bimbingan Kaunserling. Perlantikan aku atas undian ahli kelab dan aku terpaksa walaupun aku tak berapa setuju atas perlantikan tersebut. Maklumlah tugas presiden bukannya mudah dan sepatutnya perlu aktif dalam kelab. Asalnya aku suka masuk kelab tu sebab aku memang minat dengan motivasi dan program jati diri. 

Namun bukan bermakna bila aku masuk kelab tu aku menjadi orang yang bermotivasi tinggi serta merta. Sebenar tidak sebab aku sebenarnya seorang sangat pendiam dan tidak suka bersosial. Dalam kelas pun asyik dapat nombor dua dari belakang (masa sekolah rendah la). Tapi segalanya telah berubah dengan begitu mendadak sehinggakan aku tidak faham apa yang telah terjadi. Setelah menjalani kursus kaunserling di luar dan selalu membaca buku teknik pemikiran tinggi, baru aku faham. Minda aku yang memandu aku ke arah yang aku inginkan. Tanpa aku sedar minda bawah sedar aku yang melaksanakannya. Ada caranya.

Pada waktu itu (masuk sekolah menengah) apa dalam fikiran aku adalah kegemilangan, pengaruh dan tarikan bermain-main dalam minda sedar aku sehinggakan ia mengaktifkan minda bawah sedar untuk melaknakannya. Minda bawah sedar melaksanakannya tanpa aku sedar. Ini adalah benar dan benar-benar berlaku.

Itu dulu masa di sekolah. Akhirnya aku banyak lupa dan tinggalkan sedikit-demi sedikit sehinggakan teknik minda bawah sedar aku lupakan. Sehinggalah berlakunya pelbagai krisis hidup dan akhirnya aku terlalu banyak memikirkan masalah, masalah dan masalah. Jadi dari cerita sebelum ini pasti korang tahu apa yang terjadi? Ya... memang masalah yang datang satu demi satu walaupun aku cuba menanganinya dengan kepala otak yang selalu memikirkan masalah. Minda bawah sedar melaksanakannya apa yang aku fikirkan berterusan.

Mungkin korang tidak faham apa yang aku perkatakan mengenai minda bawah sedar dan minda sedar. Ada satu lagi iaitu minda infiniti. Kalau tak faham, eloklah korang rajin-rajin pergi kursus berfikir tinggi atau apa-apa yang berkaitan. Tapi apa yang aku nak rumuskan, jika ada masalah janganlah sibuk-sibuk dengan memikirkan masalah tersebut. Tenang dan fikirkan cara untuk memajukan diri supaya menjadi lebih baik lagi dan secara tidak sedar masalah yang ada pasti akan selesai. Memang sukar untuk laksanakannya. Sedangkan aku sendiri pun terasa susah untuk maintain tahap motivasi setiap hari. Wallahualam.